Julai 31, 2021
Gotcha!!๐
Got a headache & at the same time got this lucky number too!! What a lucky I am ๐. |
Last night I really can't sleep because I've consumed a cup of coffee during my dinner. So, what I did is I spent my time by watching the movies. Started from Bollywood films, Korean Dramas until Food Channels on YTube. Guess what? Now, I got a headache ๐.
While I was watching the movies, I suddenly remembered about Mamapp's giveaway that's still running. So, I took an opportunity to monitor Mamapp's blog (with the help of my husband too ๐) in order to keep track of the pageviews ๐. Actually, I've bookmarked that giveaway page on my phone. So, easy for me to access that blog & views it pageviews immediately. I keep refreshing the blog so many times, until I got this lucky number (my husband got 3,000,009 pageviews ๐)!! Bingo!! Exactly 3M!! What a coincidence ๐.
Right now, I still can't email this screenshot to Mamapp because I've not yet joined that giveaway ๐ . Still got plenty of time to join right? If I got free time, tonight I'll try my best to create & submit my entry. Wish me luck guys ๐๐!! Now I need to take a break for a while. Still got a headache. Thanks to yesterday's coffee ๐.
I think if I win the cash, I got to "belanja" my husband as a token for him to help me!! ๐
Julai 28, 2021
Big Apple Pengubat Duka
Perisa coklat belaka!! ๐ |
Reading List Tak Boleh Nak Baca!!
Julai 27, 2021
Hartal Doktor Kontrak
Beberapa minggu ni agak kecoh jugak ye pasal hartal doktor kontrak. Akhirnya, tepat jam 11 pagi semalam, sebilangan doktor-doktor kontrak ni bersolidariti melancarkan hartal secara beramai di sekitar kawasan tempat mereka bertugas.
Untuk pengetahuan korang, istilah hartal ni dah lama dah ada & ianya mula diperkenalkan oleh tokoh perjuang kemerdekaan India iaitu Mahatma Gandhi. Sehingga ke hari istilah ni masih diguna pakai. Bila istilah hartal ni digunapakai, sekurang-kurangnya tak adalah bunyinya macam cliche sangat jika dibandingkan dengan mogok & tunjuk perasaan.
Apa itu hartal?
Sebelum Syu bercerita lebih panjang. Korang tahu tak apa yang dimaksudkan dengan hartal ? Jom kita tengok apa sebenarnya maksud hartal tu.
HARTAL [har.tal] | ูุฑุชูBerasal dari perkataan Hindi yang bermaksud penutupan kedai dan pejabat sebagai protes atau tanda kesedihan.Kamus Dewan Edisi Ke-4 :Permogokan umum (penutupan kedai dll. sebagai bantahan terhadap sesuatu)Sinonim kepada :Protes besar-besaran, tunjuk perasaan & demonstrasiBahasa inggeris : "strike"
Sejarah hartal di Malaysia
Hartal ni bukannya baru pertama kali berlaku di Malaysia tau. Actually, sebelum bumi Malaysia ni berstatus Tanah Melayu lagi dah terjadinya hartal ni. Tapi dedulu, hartal ni banyak berkisarkan kepada hak untuk memperjuangkan kemerdekaan negara.
Jauh beza dengan hartal yang ada pada hari ni yang mana matlamatnya lebih kepada memperjuangkan hak untuk bersuara. Berikut antara rentetan sejarah hartal yang pernah berlaku di Malaysia yang Syu rasa korang patut tahu.
- 20 Oktober 1947 - Hartal All Malaya [Menuntut kemerdekaan dari kerajaan British]
- 1967 - Hartal Parti Buruh Pulau Pinang [Membantah penurunan nilai mata wang lama]
- 10 September 2014 - Hartal "Solidariti For Azmi Sharom" [Mendesak kerajaan supaya memansuhkan akta hasutan]
Macam Rusuhan Kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969, ianya tak dikira sebagai hartal tau. Sebab rusuhan ni lebih kepada melakukan kekacauan & huru-hara. Memang jauh beza maksudnya dengan hartal. Hartal ni lebih kepada mogok aman yang tak melibatkan apa-apa pertumpahan darah & kacau bilau.
Kalau korang tengok apa yang jadi semalam, semua doktor-doktor kontrak yang menyertai hartal hanya memegang plakad semata-mata bagi menyuarakan hak diorang. . Semua bermula & berakhir dengan keadaan yang aman. Tak ada baling-baling molotov & bom bagai. Itulah yang membezakan antara hartal & rusuhan.
3 Tuntutan Hartal Doktor Kontrak
Dikhabarkan seramai 45% (23,000 daripada 53,000) doktor yang berkhidmat dalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah berstatus kontrak & hanya 3% sahaja yang telah dilantik secara tetap.
Disebabkan hal ini, Gerakan Doktor-doktor Kontrak Malaysia bangkit menyuarakan hak diorang dengan melancarkan hartal. Terdapat 74 organisasi & 110 badan persendirian lain yang turut menyokong hartal ni dilaksanakan.
Kalau nak tahu, ini antara 3 tuntutan yang diperjuangkan oleh doktor-doktor muda dalam hartal kontrak doktor ni :
1) Jaminan perlantikan tetap kepada doktor kontrak & baru
2) Hak gaji samarata dengan doktor tetap yang menjalankan tugas yang sama
3) Kebajikan yang serupa termasuk cuti & faedah
Actually, isu doktor kontrak ni dah lama dah berlaku. Sejak zaman "bosskur" lagi sebenarnya. Cuma sejak pandemik ni tercetus, ramai frontliners dah burn out terutamanya doktor-doktor kontrak ni. Ada juga yang terpaksa buat keputusan untuk tarik diri dari KKM sebab dah terlampau fade up dengan sistem kontrak ni.
Diorang bukan saja di anak tirikan dengan status kontrak, malahan diorang punya skop kerja mengalahkan doktor-doktor tetap. Gaji pulak tak setanding dengan kerja diorang.
Pandangan Orang Ramai Terhadap HDK
Bila tercetusnya Hartal Doktor Kontrak ni, ramai jugaklah netizen yang menggelejat & menyalak bila doktor-doktor kontrak ni buat demonstrasi macam ni.
Ada yang mengisukan, kenapa time pandemik & kes tengah mencanak naik baru nak buat hartal bagai? Orang lain pun kerja kontrak juga tapi takdelah sampai nak kena curi masa buat demonstrasi dengan naikkan plakad.
Kat sini mungkin ada segelintir netizen ni tak faham yang bekerja dalam profession perubatan ni tak sama macam profession yang lain. Korang kena tahu, selagi diorang tak dapat status permanent ni, diorang punya job security tu tak terjamin.
Dia macam ni tau, bila mana seseorang doktor kontrak tu tak disahkan sebagai doktor tetap, diorang punya kerjaya ni seolah-olah macam isteri yang digantung tak bertali. Jangan kata nak sambung Master, even nak upgrade level jadi Medical Officer pun tak boleh disebabkan status kontrak tu.
Korang bayangkan lah, diorang ni dah habiskan masa belajar dalam bidang kedoktoran bertahun-tahun. Tup-tup bila diambil kerja statusnya adalah kontrak. Lepas dah habis kontrak? Takdelah kerja. Kalau kena dekat korang, korang rasa seronok tak? Dahlah kerja banyak mengalahkan yang kerja tetap. Benda-benda macam ni boleh jadi toxic tau. Elok-elok ikhlas nak tolong orang terus jadi tak ikhlas.
Memanglah Syu tak kerja dalam bidang perubatan ni, tapi kita boleh nampak sendiri macam mana diorang ni di anak tirikan di bumi sendiri. Bila graduan doktor luar negara tak nak balik kerja kat Malaysia, dituduhnya pengkhianat ๐ . Dah pilih balik kerja kat Malaysia sampai kesudah pulak tak permanent.
So, siapa yang khianat siapa sebenarnya ni. Isu ni sebenarnya agak berat jugak nak dibincangkan. Tapi disebabkan ramai yang tak faham kenapa diorang buat hartal. So, Syu cuba explain sedaya upaya Syu supaya orang kat luar sana faham apa yang diorang cuba suarakan. Lagipun hartal doktor kontrak ni bukan diorang buat secara membabi buta pun.
Sebelum diorang lancarkan hartal, diorang dah suarakan isu ni ke pihak kementerian & kerajaan. Tapi disebabkan hak bersuara diorang tak diendahkan, so diorang terpaksa laksanakan hartal sebagai tanda protes tentang nasib yang dialami doktor-doktor kontrak ni.
Namun begitu, ada jugak segelintir netizen-netizen yang berfikiran positif & menyambut baik tindakan hartal ni. Apa-apa pun jom kita dengar penjelasan lanjut dari Dr. Wan tentang apa yang sebenarnya doktor-doktor kontrak ni nak kan dari berhartal ni.
Syu harap dengan segala penerangan ni dapat membuka mata rakyat Malaysia kat luar sana tentang rasionalnya hartal ni dilaksanakan. Kita pun tahu, sejak kita di uji dengan pandemik ni, ramai doktor-doktor diperlukan untuk menjadi frontliners supaya dapat meringankan bebanan kerja kakitangan di Kementerian Kesihatan Malaysia.
Walaupun berstatus kontrak, diorang tetap turun padang bergadai nyawa bagi memudahkan usaha kerajaan untuk menangani pandemik ni dari terus berleluasa. Kita boleh cakap macam-macam sebab kita tak berada ditempat diorang.
Semoga nasib doktor-doktor kontrak yang berada di Malaysia terbela. Sebab tanpa diorang, siapa lagi yang akan jadi pelapis kepada doktor-doktor pakar yang sedia ada sekarang ni ๐.
Pertandingan Video Pendek
๐ Punyalah confident ingat hari ni 29 haribulan!! |
Julai 26, 2021
Merdeka Giveaway by TarotTheFool
Geram pulak tengok tuan tanah ni bergambar kat pantai. Rindunya nak bercamping. Barang camping Syu pun dah berhabuk dah duduk lama-lama dalam stor. |
Syarat penyertaan :
1. FOLLOW blog Young Blood & penselduabee
2. FOLLOW instagram mustazarazali & radhia87
3. ADD Facebook Radhia Razali
4. TULIS ENTRY bertajuk "Merdeka Giveaway by TarotTheFool", letak banner & backlink ke entry tuan tanah.
5. Tinggalkan LINK PENYERTAAN di ruangan komen (WAJIB).
6. SHARE entry korang di Facebook.
7. CERITA sikit apa hajat korang bila tamat PKP.
Untuk pengetahuan korang, Merdeka Giveaway ni akan berlangsung dari 24.07.2021 sehingga 31.08.2021 (11.59 malam). Keputusan pemenang akan diumumkan pada 05.09.2021. Mereka yang bertuah akan memenangi:
Chloe Perfume
One Spring Chrysanthemum Moisturizing Gift Set
Victoria's Secret Pure Seduction Frosted Perfume
Home Textile Face Towel
Set Pelentik Bulu Mata
2x Topup RM10.00
Menarik kan hadiah-hadiahnyer. Apa tunggu lagi? Jom meriahkan giveaway anjuran TarotTheFool ni. Mana tahu ada rezeki korang untuk menang. By the way, pemilihan pemenang akan dipilih melalui Random.org okey ๐๐. All the best!!
Julai 25, 2021
Sihat Tapi Tak Sedap!! ๐
Alhamdulillah, seronok bila dikurniakan suami yang suka berbeli barang tiba-tiba tanpa pengetahuan isteri ๐. Tahu-tahu ada jer abam posmen hantar barang dekat depan rumah. Tak sangka dibelikannya air fryer untuk Syu. Saja nak suprise katanya. Bukan apa, sebab sejenis Syu ni memang tak suka mintak-mintak dengan suami beli benda-benda yang bukan keperluan melainkan barang pemakan ๐.
Kalau korang nak tahu, air fryer yang husband Syu beli ni saiznya 5L jer. Muatlah takat nak masuk ayam sekor yang bersaiz sederhana. Kalau ayam besar mungkin tak muat melainkan potong kecik-kecik.
Tengoklah kejadiannya. Macam sedih jer rupa nugget & kentang Syu ni ๐ . |
Segmen Wanna Be My GFF by AO
Nahhhhhhh...sejenis Alien Oren (AO) ni kalau buat segmen & giveaway memang tak pernahnya tak luar biasa. Tengok hadiahnya pun boleh tahan. Dengar cerita, 3 peserta terawal akan dapat free header.2 peserta terpilih yang duduk Shah Alam pulak, akan dapat hadiah istimewa. Hadiah apa agaknyer yer. Ke melon manis GFF? Fuhhhh...tengok AO post dekat insta dia pun dah terhidu-hidu bau manis & wangi melon tu ๐. Kalau dapat dalam sebiji dua, memang pucuk dicita ulam mendatang. Kecik tapak tangan besen ditadahkan. Tak main dah nyiru-nyiru. Nyiru kecik bebeno nak diguna buat tadah ๐.
Lepas tu peserta-peserta yang dah join segmen ni akan di interview oleh AO untuk segmen podcast dia. Macam menarik jer kan. Syu pun tak berapa tahu apa benda podcast tu ๐. Harap AO boleh explain podcast tu apa. Sebelum tu, pada yang nak join, make sure korang follow syarat-syarat kat bawah ni okey ๐๐.
Syarat Penyertaan:
1) FOLLOW blog Alien Oren
2) FOLLOW Facebook dan Instagram Golden Fresh Fruits [ Instagram | Facebook ]
3) FOLLOW Instagram Kepada Sesiapa dan Facebook Alien Oren Space
4) CREATE POST bertajuk 'Segmen Wanna Be My GFF by AO'
5) COPY banner & link kan ke entri AO
6) PUBLISH POST & SUBMIT LINK di ruangan komen.
By the way, untuk tinggalkan link penyertaan, korang boleh klik dekat banner untuk masuk ke dunia tuan tanah ๐. Untuk makluman korang, segmen ni akan berlangsung selama TIGA MINGGU jer tau. Mulai 21 Julai hingga 11 Ogos 2021. Jangan lepaskan peluang ni okey ๐๐.
Selamat bersegmen & selamat berhujung minggu!! ๐๐
Eid Finished. However ...
I ate with compressed rice ๐. It seems like "Soto", but in version of beef bones soup. |
Julai 24, 2021
Freely Play At Plays.org
Back then, I frequently played game via game consoles. Now, I can simply play it through PC & mobile phone. In this Plays.org there are hundreds of games you can play. Below are the games that I've played at Plays.org. But recently, I still can't hold myself to play the We Bare Bear games. Seriously, it's super addicted & difficult to stop playing ๐. Especially to me who are absolutely hardcore fans of video games. I wish I can play a game that quite similar to Harvest Moon at Plays.org because I really love that such kind of games. Overall, I love all the existing games in this website ๐.
I love We Bare Bear games!! Seriously addicted to playing with ๐. |
I understand there are some parents who might think this online game can give a bad impact on their child. However, playing online games at Plays.org is totally different than what you've imagined. Instead, it's fully loaded with useful & educational things that your child can learn from it. All games on Plays.org can stimulate the development of your child's mind. By playing with some educational games like words searching, calculation & puzzles, it's enable to improve their cognitive skills.
Twenty four hours over seven facing with books & PDPR (Home-based Learning & Teaching) classes sometimes might be quite tough for them to go through. Besides, their focus also can easily be interrupted due to stressful. Why don't just give them a short break for a while. They might feel bored same as you too. Especially during this lock-down.
In Plays.org, there are about 134 game genres that are suitable to be played by all stages of ages. The best part is, it's totally free!! You can play as many games as you want. Plus, there is no unwanted pop-up & in-game ads too. Here are some other reasons why you need to choose Plays.org as one of your platform for playing online games.
What are you waiting for? Come on!! Let's have fun with Plays.org. It's FREE & ENJOYABLE to play ๐!! Click the button below to start playing. Don't forget to spread this info to others. So, they can have some fun just like you did.
๐ Release your stress now by freely play at Plays.org!!
Julai 23, 2021
Drama Wifi Sebelah Rumah - Episod 2
Lepas terkantoi dengan papa Mira, Ghaz & Fendi memang kecut perut gila-gila dibuatnya. Dia punya garang tu memang tak boleh di bawak bincang langsung. Tak tahu lah kenapa papa Mira cukup tak berkenan dengan diorang berdua ni. Padahal duduk berjiran ๐ . Apa lah salahnya berbaik-baik. Padahal Ghaz & Fendi bukan ada niat jahat pun. Bila dah kena aim dengan papa Mira, Ghaz & Fendi terbantut nak excercise. So, diorang pun masuklah ke dalam rumah bersiap-siap nak pergi kerja.
Masa kat dalam rumah, papa Mira mengadu dekat isteri dia. Dia bagitahu yang Ghaz cuba-cuba nak pikat Mira masa dekat luar tadi sampai siap bukak langkah silat ๐. Tapi, mama Mira ni jenis yang open minded orangnya. So, dia memang tak halang pun kalau ada orang yang berkenan dengan Mira. Dalam tengah rancak bersembang tu, tiba-tiba kawan papa Mira telefon ajak keluar melepak dekat luar. Papa Mira bagitahu dekat mama Mira yang dia ada perjumpaan dekat surau. Mama Mira pun mula la syak sesuatu. Tapi papa Mira cuba menafikan apa yang isteri dia cakap. Bukan apa, mama Mira memang dah dapat agak dah yang papa Mira melencong tempat lain.
Pagi tu masa dekat office, Ghaz & Fendi terkejut sangat bila ternampak Mira datang dekat office diorang. Rupa-rupanya Mira ada sesi interview dengan Fizi. Fendi ingat Mira datang nak cari Ghaz. Tapi takkan lah semata-mata datang office nak datang jumpa Ghaz. Padahal, selama hari ni Mira mana tahu Ghaz & Fendi kerja dekat mana. Pada awalnya Ghaz cuba mengelak dari jumpa Mira. Tapi tak semena-mena Mira dah panggil Ghaz. Terkedu Ghaz dibuatnya. Mira pun pada awalnya terkejut jugak bila nampak Ghaz & Fendi kerja dekat situ. Sempat jugaklah diorang berbual pendek. Masa Fizi dekat dalam office, dia ternampak Mira ada dekat koridor pejabat dengan Ghaz & Fizi. So,dia pun panggillah Mira masuk ke dalam untuk di interview. Kalau nak tahu Fizi ni senior Mira masa belajar dekat universiti dedulu & diorang berdua ni pernah bercinta. Tujuan dia panggil Mira interview pun sebab dia nak Mira tolong dia uruskan kan syarikat peninggalan arwah papa dia.
Simbol-simbol Pada Produk Penjagaan Diri & Kosmetik
Bila sentuh bab barangan penjagaan diri & kosmetik, ada beberapa simbol pada label packaging yang korang kena ambik tahu. Dekat sini Syu senaraikan 10 simbol yang selalu kita jumpa pada mana-mana label produk penjagaan diri & kosmetik di pasaran. Ada sesetengah simbol tu mungkin korang tak pernah nampak sebab simbol tu kebiasaannya akan dilabel pada produk-produk berasal dari luar negara. Setiap simbol ni mempunyai maksud & fungsi yang tersendiri tau. Jom kita tengok apa simbol-simbolnya.
1) Tempoh selepas pembukaan (Period after Opening - PAO)
PAO ni merujuk kepada tempoh masa pengunaan bila mana sesuatu produk itu dah dibuka. Huruf "M" tu merujuk kepada bulan. Bila korang nampak 36M macam kat bawah ni bermakna korang ada masa 36 bulan sahaja untuk guna sesuatu produk tu. Kalau dah lebih, jawapannya adalah tong sampah!!๐
Julai 22, 2021
Cara Betulkan Isu Ads.text Di Google Adsense
Sejak Syu tukar domain hari tu, Google Adsense Syu hilang jejak yer kawan-kawan ๐. Pada yang tak tahu, sebenarnya itu adalah perkara biasa yang sering berlaku bila tukar domain. Segala mak nenek iklan memang tak akan muncul dalam blog korang sebab yang berdaftar dalam Google Adsense korang adalah domain yang lama.
Bila domain ditukar, Google Adsense tak dapat detect domain korang & automatically segala iklan akan di remove. Jadi, apa yang perlu korang buat sebaik tukar domain adalah dengan menambah domain baru ke dalam Google Adsense korang. Once korang dah buat, Google Adsense akan review semula blog korang macam masa mula-mula korang apply dedulu.
Apa-apa pun alhamdulillah, sekian lama menunggu akhirnya Syu dapat perkhabaran gembira dari Google Adsense melalui e-mail. Termasuk hari ni ada lah dalam 12 hari kena tunggu. Busuk-busuk dekat 2 minggu jugaklah. Sejujurnya lah kan, Syu agak tenang sebenarnya bila tak ada Adsense muncul dalam blog ๐. Bukan apa, kadang-kadang Syu tengok jugak blog Syu dari sudut perspektif pembaca.
Mesti korang rasa semak kan kalau ada iklan muncul bila tengah seronok membaca? Macam tu jugak masa tengok TV & YTube. Paling tak suka bila ada iklan. Tapi, korang kena faham jugak dari sudut perspektif penulis. Sometimes, diorang pun nak jugak generate income pasif melalui penulisan. Jadi, nak tak nak korang kena terima jugak bila masuk ke laman tuan tanah. Dah baca free kasi chancelah sikit untuk penulis dapat wang perhargaan dari Google Adsense. Sekarang-kurangnya penulis blog rasa motivated untuk terus menulis.
Macam mana nak betulkan isu ads. Text di Adsense?
Pernah tak korang dapat notifiikasi macam ni dekat korang punya Google Adsense? Syu kalau nampak merah-merah gini mulalah Syu runsing ๐. Macam satu kegagalan tau benda bila nampak something yang melibatkan warna-warna merah ni. Kebiasaanya, notifikasi ni korang akan dapat bila korang dah berjaya diterima dengan jayanya oleh Google Adsense. Tapi kalau tak ada terima alhamdulillah lah. Tak payah runsing kepala nak memikir.
Pada yang terima notifikasi ni dekat Adsense, korang kena selesaikan isu ni secepat yang mungkin. If not, ia akan memberi impak kepada revenue korang di Google Adsense. Benda nampak macam kecil saja sebenarnya. Tapi sangat-sangat memberi kesan pada blogger-blogger yang sememangnyer menjadikan Google Adsense untuk menjana pendapatan sampingan.
Nak selesaikan isu ni mudah jer. Apa yang korang perlu buat hanyalah dengan memuat turun kod yang Google Adsense dah bagi ni & kemudian copy paste pada bahagian monetization dalam setting Blogger korang. Lepas korang dah paste kod ads.text dalam blogger. Insyaallah dalam tempoh 24 jam notifikasi adsense tadi akan hilang & Google Adsense korang akan kembali aktif seperti biasa macam sebelum-sebelum ni ๐.
Kalau korang nak tahum, step ni sama saja macam masa korang mula-mula diterima Adsense. Disebabkan Syu nak Google Adsense Syu muncul di domain yang baru. Maka Syu terpaksa buat permohonan untuk pengaktifan semula. Supaya ianya boleh berfungsi seperti biasa dalam webpage Syu ๐. Senangkan caranya?
Buat masa sekarang ni mungkin Google Adsense Syu akan ambik masa sikit untuk muncul dalam blog, sebab proses optimization masih lagi berjalan & mengambil masa yang lama jugak untuk run. Apa-apa pun Syu harap segala perkara berkaitan dengan Google Adsense ni akan cepat berakhir. Bukan apa, senak dah kepala otak ni asyik dok fikir pasal Google Adsense ๐ !!
Julai 21, 2021
Kek Sarang Semut Takde Sarang ๐
Tengok dari luar pun dah tahu macam ada something wrong dengan kek ni ๐. |
Entah ke mana lah pergi sarangnya๐๐ฆ |
Julai 20, 2021
Raya Haji Syu Deris 2021
ุงَُّููู ุฃَْูุจَุฑُ، ุงَُّููู ุฃَْูุจَุฑُ، ุงَُّููู ุฃَْูุจَุฑُ، َูุงุงَِٰูู ุงَِّูุง ุงَُّููู َูุงَُّููู ุฃَْูุจَุฑُ، ุงَُّููู ุฃَْูุจَุฑُ ََِِّูููู ุงْูุญَู ْุฏُ
Allah Maha besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan segala puji hanya milik Allah.
ุงَُّููู ุฃَْูุจَุฑُ َูุจِْูุฑًุง َูุงْูุญَู ْุฏُ َِِّููู َูุซِูุฑًุง َูุณُุจْุญَุงَู ุงَِّููู ุจُْูุฑَุฉً ูุงَุตِْููุงً, َูุงุงَِٰูู ุงَِّูุง ุงَُّููู ََููุงَูุนْุจُุฏُ ุงَِّูุง ุฅَِّูุงُู ู ُุฎِْูุตَِْูู َُูู ุงูุฏَِّْูู, ََْููู َูุฑَِู ุงَููุง ِูุฑَُูู, َูุงุงَِٰูู ุงَِّูุง ุงَُّููู َูุญْุฏَُู, ุตَุฏََู َูุนْุฏَُู, ََููุตَุฑَ ุนَุจْุฏَُู, َูุฃَุนَุฒَّุฌُْูุฏَُู ََููุฒَู َ ุงْูุงَุญْุฒَุงุจَ َูุงุญْุฏَُู, َูุงุงَِٰูู ุงَِّูุงุงَُّููู َูุงَُّููู ุฃَْูุจَุฑُ، ุงَُّููู ุฃَْูุจَุฑُ ََِِّูููู ุงْูุญَู ْุฏُ
Allah Maha Besar dengan segala kebesaran, segala puji bagi Allah dengan sebanyak-sebanyak puji, dan Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang, tiada Tuhan melainkan Allah dan kami tidak menyembah selain kepada-Nya, dengan memurnikan agama Islam, meskipun orang-orang kafir membencinya. Tiada Tuhan melainkan Allah dengan ke Esaan-Nya, Dia dzat yang menepati janji, dzat yang menolong hamba-Nya dan memuliakan bala tentara-Nya dan menyiksa musuh dengan ke Esaan-Nya. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan segala puji hanya untuk Allah.
Sepanjang Syu duduk dekat taman Syu ni, tak pernah merasa makan daging korban. Alhamdulillah tahun ni dapat merasa๐. |
Selamat Hari Raya Aidiladha
Translate
AUTHOR
FEATURED POST
Popular Posts
- 7 Design Perkataan "ุจِุณْููููููููููููููููููู ِ ุงِููู ุงูุฑَّุญْู َِู ุงูุฑَّุญِْูู ِ" Untuk Entri Blog
- Check Out Memo (COM) Pekerja Asing
- Apa Yang Menarik Tentang Perayaan Kuih Bulan?
- Panduan Tukar Hakmilik Kenderaan Individu Kepada Syarikat Di JPJ
- Cara Betul Peram Ciku Supaya Cikunya Masak Sekata & Manis
ARCHIVE
-
▼
2021
(332)
-
▼
Julai
(46)
- Gotcha!!๐
- Big Apple Pengubat Duka
- Reading List Tak Boleh Nak Baca!!
- Hartal Doktor Kontrak
- Pertandingan Video Pendek
- Merdeka Giveaway by TarotTheFool
- Sihat Tapi Tak Sedap!! ๐
- Segmen Wanna Be My GFF by AO
- Eid Finished. However ...
- Freely Play At Plays.org
- Drama Wifi Sebelah Rumah - Episod 2
- Simbol-simbol Pada Produk Penjagaan Diri & Kosmetik
- Cara Betulkan Isu Ads.text Di Google Adsense
- Kek Sarang Semut Takde Sarang ๐
- Raya Haji Syu Deris 2021
- Raya Haji Esok Masak Apa?
- Ada Berapa Peribahasa Dalam Segmen Pencarian Blogl...
- Drama Wifi Sebelah Rumah - Episod 1
- Senarai Peserta Terpilih Segmen Pencarian Bloglist...
- Elak Kerongsang Gigit Tudung
- Segmen Pencarian Bloglist Tamat
- Minum Petang Hari Ni
- Segmen Renew Bloglist 2021
- Syuderis Dotcom Selamat Dilahirkan
- Audit Blog
- Hack Your Soup With Hacks
- Bollywood Time!!
- Top 5 Blogger Reading List Pilihan
- Semanis Senyumanmu (2021)
- Dapat Hadiah Dari La Petite Kiosque!!
- Pertama Kali Join Intellifluence ๐
- Drama Semanis Senyumanmu - Final
- Sedondon Berkaftan Batik Bersama La Petite Kiosque
- Drama Semanis Senyumanmu - Episod 15
- The Mysterius Benedict Society [2021]
- Penangguhan Bayar Balik PTPTN
- Tekak Dah Jemu Makan Nasi๐
- Alhamdulillah Rezeki!! ๐
- Giveaway Blog ShalimarYusofDotCom
- Human Vs. Cat Age
- Angkat Tangan Berdoa Vs. Angkat Bendera Putih
- Giveaway Aku & Kamu
- Drama Semanis Senyumanmu - Episod 14
- Segmen 24 Jam Bloglist #41 MiaLiana.com
- "Garfu Tala" Haram Diamalkan
- Drama Semanis Senyumanmu - Episod 13
-
▼
Julai
(46)