Top 5 Blogger Reading List Pilihan

Julai 09, 2021

Read

Salam Jumaat semua sayang-sayang sekalian. Petang ni nak cerita santai-santai pasal blog pilihan yang selalu masuk dalam reading list harian Syu. Bukan Syu tak baca blog dari blogger lain tau. Syu baca. Cuma yang Syu listkan ni antara reading list yang sememangnya Syu takkan miss baca walaupun sehari. Kalau up dalam reading list blogger memang Syu akan klik. Blog-blog ni macam ada satu aura tau.Tak tahu apa. Asal up jer mesti nak baca. Kalau tak baca tu macam satu kerugian.



Memandangkan Syu masih baru dalam dunia blogger ni, jadi dengan membaca blog-blog orang lain Syu dapat inspirasi macam mana nak improvekan lagi blog Syu supaya boleh berdiri seiring dengan blogger-blogger hebat kat luar sana. Tinggi cita-cita tu kan πŸ˜†. Sejenis Syu, memang macam tu. Kuat berangan. Doa-doakanlah. Mana tahu suatu hari nanti tercapai jugak cita-cita Syu.




1) Chef Mat Gebu



Siapa tak kenal blogger Che Mat Gebu kan. Blog ni memang terkenal sangat dengan perkongsian masakan. Baik dari resepi lauk pauk sehinggalah ke resepi kek. Memang habis Che Mat Gebu tapau πŸ˜‚. Bukan tu jer, bahkan pengikut blog masakannya jugak sudah hampir mencecah 16K. Syu ada jugak follow blog masakan yang lain, tapi pada Syu blog Che Mat gebu lagi best & menarik untuk Syu ikuti.



Sebelum Syu terjebak dalam dunia blogger, blog Che Mat Gebu ni lah yang Syu selalu jadikan rujukan untuk masak kuih, kek & roti. Syu ingat lagi, resepi pertama yang Syu refer dari blog Che Mat Gebu ni adalah resepi pau πŸ˜‚. Hari ni nampak pulak dia up resepi kek chiffon gula melaka. Macam nak cuba buat. Tapi bila mengenangkan skill buat kek Syu agak kelaut. Ada baik Syu lupakan sekejap niat Syu tu. 




2) Alien Oren



Blog Alien Oren ni memang antara blog yang Syu selalu refer & baca untuk dapatkan inspirasi berblog. Mula terjebak dengan Alien Oren ni masa Syu join Giveaway dia. Start dari situ Syu memang tertarik sangat dengan blog ni. Bukan saja warna malah template design blog dia sedikit sebanyak memberikan anjakan paradigma pada Syu. Ahaaa...Gittew!!


Kalau Syu tak ada idea nak refresh template blog, memang Syu akan masuk ke dunia Alien Oren ni. Tapi kan sejak akhir-akhir Alien Oren ni senyap jer dalam blog. Last dia punya post pun pasal dia upgrade workspace dia. Mana pergi yer si Alien Oren ni? Udah terbang ke planet lain ke? πŸ˜‚



Pada yang pernah tengok penampilan awal blog Syu. Mesti korang tahu betapa sadisnya penampilan blog Syu masa tu. Design template & CSS blog Syu memang terabur gila-gila. Dengan banyak error & lepas tu Javascript pulak banyak yang corrupted πŸ˜‚. Nak betulkan tak reti sebab masa tu tak cerdik lagi. Sekarang dah cerdik sikit. Sikit jelah 😁.


Lepas Syu menang giveaway Alien Oren, barulah blog Syu tampil bergaya dengan wajah baru & blog Syu mula diterima Adsense. Duit menang giveaway tu Syu manfaatkan dengan beli template dari Etsy. Memang agak mahal. Tapi pada Syu berbaloi sebagai permulaan untuk Syu kembali berblog πŸ˜‰.




3) Atiqah Najihah.com



Yang ketiga blog Atiqah Najihah. Kalau nak tahu, Atiqah ni antara blogger terawal yang follow blog Syu & of course penulisan dia jugak antara yang Syu selalu baca. Bukan sebab dia pengikut terawal Syu,tapi disebabkan content yang Atiqah ni tulis mampu menarik jari jemari Syu untuk klik & baca setiap kali post dia tersenarai dalam blogger reading list 😁.



Setiap entri yang Tiqah tulis memang menarik untuk dibaca. Walaupun tajuknya biasa-biasa. Topik penceritaannya macam ada satu aura tau. Setiap apa yang dia sampaikan tu ada isi. Bukan nak cakap apalah, siapa yang jadi pembaca blog Atiqah mesti tak nafikan apa yang Syu sampaikan ni. Betul tak followers & pembaca blog Atiqah Najihah? Kalau tak buat apa korang berdesup-desup komen kat post dia kalau bukan content dia bagus kan πŸ˜†.




4) Siinurul.com



Blog Siinurul ni antara blog yang Syu selalu rujuk untuk tahu pasal tips berblog. Banyak jugaklah info yang Syu dapat dari blog ni. Kalau nak tahu, dari sini lah Syu tahu pasal Intellifluence & serba sikit pasal Google Adsense😁. Korang pun tahu kan, Syu tak berapa tahu & mahir pasal dunia Blogger ni. Jadi, blog Sii Nurul ni antara salah satu platform kedua Syu untuk tambah ilmu tentang blogger selain daripada blog Cik Nurfarah




5) Blog Si Hati Merah Jambu


Blog Si Hati Merah Jambu ni memang sinonim dengan kad raya hipster. Korang mesti tahu kan blogger Azhafizah ni? Actually, Syu start follow blog Kak Fizah ni pun selepas Syu nampak post Atiqah Najihah pasal giveaway kad raya hipster. Start dari tu Syu rajin ikuti perkembangan blog ni.



Bukan apa, Syu suka teknik gambar-gambar yang Kak Fizah ambil. Memang high quality & nampak profesional sangat. Kadang-nak jugak ambik gambar macam Kak Fizah. Tapi almaklumlah, tangan Syu kejung tak ada seni πŸ˜…. Kalau ambil gambar pun ikut mana dan saja. Asalkan ada untuk letak dalam entri. Selebihnya touch up sikit dekat Canva & pinjam gambar abang Google πŸ˜†.



Jadi, itulah antara top 5 blogger reading list Syu. Setiap kali naik post diorang dalam list memang Syu takkan ketinggalan luangkan masa untuk membaca. Bukan sebab blog tu ramai followers atapun apa. Tapi disebabkan kandungan & penampilan blog diorang yang sememangnya menarik & berguna untuk Syu jadikan inspirasi dalam usaha Syu memperbaiki blog picisan Syuderis.com ni.


Korang yang lain jangan sedih pulak kalau blog korang tak tersenarai dalam list ni tau. Syu ada baca jugak post yang korang tulis. Cuma yang top 5 ni reading list pilihan & kegemaran Syu bila Syu tengok dashboard blogger reading list.


By the way, korang pulak macam mana? Siapa blogger pilihan & kegemaran korang dalam reading list. Cuba kongsi sikit dekat ruangan komen. Mana tahu Syu boleh masukkan dalam list top ten Syu pulak dikemudian hari. Sebab top 5 blogger reading list sekarang ni hanya blog yang Syu follow sedia ada jer πŸ˜‰. 

Comments

  1. Ya Allah terharunyaaaa baca entri kak syu ni! Tak sangka saya pun tersenarai sedangkan saya punnnn boleh dikatakan beginner walaupun dah lama dalam dunia blog (blog lama) >.<
    Mungkin saya patut letak header yang no 2 itu kot, yang ada tangan tuu, bak kata kak syu, aura menarik orang ke blog dan menarik duit HAHAHAHA :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. By the way, terima kasih ya kak syu, serious ni rasa terharu sangat walaupun tak pernah bersua muka dan hanya kenal melalui blog, thank youuu kak syu! <3

      Padam
    2. Tapi betul lah,akak memang suka baca blog Tiqah tau.Ada daya penarik!!Tengok ruangan komen Tiqah pun dah cukup.Tu pun dah menunjukkan blog Tiqah ni ada sesuatu yang buat orang lain nak continue baca.
      Honestly,kadang-kadang tajuk yang Tiqah tulis tu pendek & nampak biasa-biasa jer.Tapi bila baca,penuh dengan pengisian & ilmu baru untuk akak.Banyak benda yang akak tak tahu tiba-tiba boleh tahu bila masuk blog Tiqah.Syabas Tiqah!!Akak nak lebih lagi!!

      Padam
    3. Header no.2 tu akak suka!!Sebab memang itu pun ciri-ciri yang akak nampak pada blog Tiqah. Tarik orang & at the same time tarik duit sekali!!πŸ˜†

      Padam
  2. Selalu baca juga 2/3 blog di atas tapi no2 dan 3 tu tak pernah singgah lagi rasanya..nanti bolehlah blogwalking ke blog mereka. Thanks share blog best untuk terjah wak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wajib singgah lepas ni Zarini.Memang best blog yang no.2 & 3 tu πŸ˜‰.

      Padam
  3. Memang semuanya As follow rapat-rapat. Terbaik!!

    BalasPadam
  4. Semua saya kenal... dulu banyak gak blogger.. tapi sekarang banyak gak yang dah stop... Cuma blog che mat gebu tu jarang terjah sebab x selalu tengok resepi sana..

    BalasPadam
  5. Semua blog tu akak memang jenguk selalu...ada masa ke takde masa ke tetap akan singgah....ramai blogger2 hebat dah senyap jer skrg kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang betul kak SA,Syu tengok ramai blogger yang Syu follow sebelum-sebelum ni tak berapa aktif dah.Mungkin tak ada kesempatan nak menulis agaknya.Takpun dah cuci tangan dalam dunia blogger πŸ˜….

      Padam
  6. Ya Allah thank you so much kak syu!!!
    Terharu sangat dimasukkan dalam Top 5 Reading List Pilihan.

    Haah kak, AO agak sibuk uruskan site kerja, sampai tak terkejar site sendiri huhuhuhu

    Sedih jugak dia sepi tu, insyaAllah setiap minggu ada entri baru, setiap hari tu, tak dapat lagi kak ^_^!

    Terima kasih lagi sekali. Yang blog lain semua saya follow, lagi-lagi kak Az dengan atiqah tu. Memang powerlah diorang an. InsyaAllah, kak Syu pun dah hebat sekarang.

    Ayuh bangkit bersama di alam blogger!

    BalasPadam
  7. Hai kak Syu ;)

    Waah saya senang mampir ke blog akak ini. Menambah teman blogger saya dari Malaysia :). Dulu saya study Kat Penang, jadi sedikit banyak saya masih paham tulisan2 dengan istilah2 khas Melayu :D.

    Saya pun punya reading list blog-blog kesayangan saya. Mostly memang Indonesia blog. Tapi saya suka baca segala macam jenis blog dari manapun. Hitung2 menambah wawasan dari tulisan diorang kan :).

    Blog2 fav akak di atas, mau saya blogwalking juga. Saya rindu sangat membaca tulisan dalam bahasa Melayu nih :). Sebelum pandemi saya rutin balik Penang dan KL. Selalunya saya mampir ke toko buku popular Kat sana dan beli novel2 Malaysia hanya demi pemahaman saya dengan istilah2 Malaysia tak lupa lagi :D.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 😘❤️ Wah sahabat dari Indonesia.Selamat berkenalan Fanny.Terima kasih yer sudi singgah blog akak.Teringin nak pergi negara Fanny,tapi masih tak berkesempatan lagi.Tambah pulak pandemik masih belum reda.

      By the way kita Malaysia & Indonesia kan serumpun.Cuma ada certain perkataan jer berbeza.Jangan lupa follow & blogwalking blogger favourite akak tau.Banyak artikel yang best2 diorang tulis.Sambil2 tu boleh Fanny tambah kawan2 dari Malaysia 😚❤️.

      Padam
  8. Kelima lima blogger ni semua Mamy kenal blog mereka. . Mereka memang mantop!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.Memang mantapπŸ‘πŸ».Masing-masing ada kelebihan yang tersendiri.Baik penampilan blog mahupun content.Syu banyak refer kelima-lima blog ni untuk improve webpage Syu 😁.

      Padam
  9. My reading list blog
    Yuyu zulaikha
    Atiqah najihah
    Blog sihatmerahjambu

    BalasPadam
  10. Tahniah semua. Macam mana nak masuk dalam kategori ni? Hehehe

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah..Terima kasih Syu. Tak sangka ada terselit dalam senarai pilihan Syu. Semua blog pun best termasuk blog Syu :)

    BalasPadam
  12. First time singgah blog Syu. Waahh, seronoknya dah ubah template terus dapat adsense.. Tahniah Syu . Moga terus sukses dalam alam blogger.

    antara 5 1 je tak pernah singgah. Tiffinbiru tu. Haha

    BalasPadam
  13. Antara 5 orang nie, yang no.1 tue aje akak tak penah singgah.. nanti bleh la singgah untuk tengok resipi memandangkan PKP nie kan.. hihi

    BalasPadam
  14. Semua blogger2 yang tersenarai CCL kerap juga ziarah belog diorang

    BalasPadam
  15. nanti aida nak ternah alia oren la :)
    lagi 4 semua memang dlm bloglist dah.

    now friends blogger aida byk da berubah.
    ramai yg masih berkawan di fb, tapi da slow blogging.
    ntah la knape. now ramai adik-adik yg blogging.
    sebab tu this month, aida dlm usaha refresh bloglist.
    ramai yg da bye bye to blogging ni.

    BalasPadam
  16. Lamanya baru sy terbaca posting akak ... bila google kat imej tetiba terselit gambar haha.. Terima kasih kak atas reviewnya.. sy pun suka sgat2 baca blog akak ..selalu jadi silent reader aja.. jarang2 komen..

    BalasPadam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!