Angkat Tangan Berdoa Vs. Angkat Bendera Putih

Julai 02, 2021

Kita semua sedia maklum bawah baru-baru ni rakyat Malaysia ada melancarkan satu kempen mengibar bendera putih sebagai tanda & inisiatif orang ramai untuk membantu golongan yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Walaupun, kita tak tahu siapa yang mulakan dulu kempen bendera putih ni, tapi rata-rata seluruh rakyat Malaysia menyambut baik apabila ia diwar-warkan di seluruh Malaysia. Namun begitu, kempen kibar bendera putih ni turut mendapat respond yang agak kurang menyenangkan dari segelintir ahli politik yang beranggapan mengibarkan bendera putih ni simbolik kepada tanda kekalahan.

Kenyataan optimis yang berbaur pesimis. 

Tempoh hari Ahli Parlimen Bachok [Nik Muhamad Abduh], kali ni Mufti Penang pulak buat kenyataan pasal bendera putih. Dalam hal ni jugak, Pesuruhjaya Pas Pahang [ Rosli Abdul Jabar] & MB Kedah pun tak terkecuali. Hairan yer, kenapa mesti ada orang yang berfikiran "jumud" macam ni? Kenapa mesti nak kaitkan perkara ni dengan isu politik? Diorang tak sedar ke ada banyak rakyat kat luar sana yang berperang dengan kesusahan sampai kemurungan nak menghadap pandemik Covid-19 ni. Dengan dibuang kerja, pendapatan tak ada, nak berniaga tak boleh & sampai ada yang terpaksa shut down business disebabkan tak ada keuntungan. Mungkin barangkali diorang ni lupa pasal konsep doa, usaha & tawakkal agaknya. 



Pada Syu,berdoa tetap kena berdoa jugak sebab itu antara kita dengan Allah. Tapi usaha tetap kena jugak. Takkan kita nak berdoa sepanjang hari sampai turun beras sekampit dari langit? Itu memang mustahil. Dalam isu kibarkan bendera putih ni, bukan bermaksud kita menyerah kalah 100%. Tidak. Itu hanya salah satu alternatif untuk cari jalan keluar dari kesempitan ketika menghadapi suasana pandemik ni. Bila kibarkan bendera putih sekurang-kurangnya jiran tetangga, Badan Bukan Kerajaan (NGO) & apa jua agensi alert & tak ada satu pun keluarga susah diketepikan semasa berdepan dengan pandemik ni. 


Mungkin dari luar kita nampak orang tu macam senang. Tapi hakikatnya kita tak tahu, apa yang diorang alami. Kita pun tahu sejak akhir-akhir ni kes kematian bunuh diri meningkat disebabkan ramai yang menghadapi tekanan perasaan ketika berhadapan pandemik ni. Sekurang-kurangnya dengan ada kempen seperti ni, kita dapat membantu mengurangkan sedikit beban & tekanan diorang yang diorang alami. Sekarang ni, kita ketepikan dahulu isu politik buat sementara waktu. Apa yang penting sekarang ni adalah suara rakyat.



Apa-apa pun Syu bersyukur sangat, ramai dikalangan selebriti Malaysia & NGOs menyokong baik kempen ni. Antaranya Naim Daniel, Fetdri Yahya, Lisa Surihani, Mamu Sharnaz & ramai lagi. Malah, ada antara mereka-mereka ni sanggup turun padang menyelamatkan keadaan & sudi menghulurkan bantuan kepada mereka yang terputus bekalan makanan di musim PKP ni. Syu berterima kasih sangat. Agaknya kalau Ustaz Ebit Liew ada di Malaysia, dia pun mungkin akan buat perkara yang sama tanpa memilih bulu. 







 BACA ARTIKEL


1) Mufti P. Pinang tidak setuju kibar bendera putih

2) Angkat tangan berdoa & bukan angkat bendera putih

3) Netizen kecam kenyataan Nik Abduh

4) Angkat bendera putih itu satu ikhtiar

5) Kerajaan Kedah tak iktiraf bendera putih

Comments

  1. Betul. Tak perlu dikaitkan dengan politik. Rakyat yang mampu nak tolong rakyat yang kurang mampu, tapi tak tahu siapa yang kurang mampu. Sebab tu kita seru supaya kibarkan bendera putih. Terus boleh tolong.

    BalasPadam
  2. Betul tu syu k ret pun sokong.. Sekurg2 nya kita dpt tlg ringan kan beban mereka yg betul2 memerlukan.. Takkan la drg yg ssh ni x berdoa kan... Paling2 pun dia doa dgn harapan ada yg dtg membantu..

    Kdg org2 politik ni mende kecil pun nk jd kan isu politik...

    BalasPadam
  3. Orang kalau sudah terdesak, perlulah dibantu.. Kalau orang tu berdoa saja, kita pun tak nampak. Bendera tu lah isyaratnya. Taknak bantu diam je, ini inisiatif rakyat untuk rakyat. Orang politik buat cara orang politik.

    BalasPadam
  4. Itulah pasal Fairus. Syu pun tak faham kenapa diorang nak politik kan benda-benda kecik macam ni. Pada Syu doa kena seiring dengan usaha jugak, baru ada hasil.

    BalasPadam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!