Raya Haji Syu Deris 2021

Julai 20, 2021

Hari raya korban wishes

اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، لَااِلٰهَ اِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Allah Maha besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan segala puji hanya milik Allah.

اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً واَصِيْلاً, لَااِلٰهَ اِلَّا اللَّهُ وَلَانَعْبُدُ اِلَّا إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ, وَلَوْ كَرِهَ الكَا فِرُونَ, لَااِلٰهَ اِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ, صَدَقَ وَعْدَهُ, وَنَصَرَ عَبْدَهُ, وَأَعَزَّجُنْدَهُ وَهَزَمَ الْاَحْزَابَ وَاحْدَهُ, لَااِلٰهَ اِلَّااللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Allah Maha Besar dengan segala kebesaran, segala puji bagi Allah dengan sebanyak-sebanyak puji, dan Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang, tiada Tuhan melainkan Allah dan kami tidak menyembah selain kepada-Nya, dengan memurnikan agama Islam, meskipun orang-orang kafir membencinya. Tiada Tuhan melainkan Allah dengan ke Esaan-Nya, Dia dzat yang menepati janji, dzat yang menolong hamba-Nya dan memuliakan bala tentara-Nya dan menyiksa musuh dengan ke Esaan-Nya. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan segala puji hanya untuk Allah.

Daging korban
Sepanjang Syu duduk dekat taman Syu ni, tak pernah merasa makan daging korban. Alhamdulillah tahun ni dapat merasa😊

Alhamdulillah, tahun ni ada rezeki dapat daging korban. Tengah Syu dengan husband sibuk dok jamah makan tengahari, ada seorang pak cik yang duduk dalam taman Syu datang bagi salam & tekan loceng. Tak sangka dapat dua bungkus penuh dengan daging & tulang lembu fresh. Elok berasing. Terima kasih sangat-sangat pada yang memberi. Malam ni bolehlah buat sup takpun daging masak hitam😘. 

By the way, menu Syu raya haji ni just nasi hujan panas. Jadilahkan. Nak masak rendang ketupat semua tu dah selalu sangat. Raya haji tahun ni Syu buat kelainan sikit. Kalau teringin jugak nak makan menu raya, esok baru Syu masak😜. Raya haji kan dua hari 😁!!

Nasi Hujan Panas

Di kesempatan ni Syu nak ucapkan selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua rakan-rakan blogger Syu. Walaupun raya ni tak dapat berkumpul sanak saudara macam dedulu, insyaallah Allah akan selitkan moment gembira untuk kita nikmati. Macam Syu sekarang, tak pernah-pernah merasa daging korban akhirnya hari ni Allah selitkan rezeki untuk Syu & husband nikmati. Yang pasti setiap yang dugaan Allah bagi ada hikmahnya. 


Selamat Hari Raya Aidiladha 

What My Bawangians Say

  1. Salam aidiladha buat kak syu dan juga keluarga!
    Semoga ceria selalu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Aidiladha jugak untuk Tiqah & family😊💕.Stay safe tau!!

      Padam
  2. Selamat hari raya Aidiladha. Maaf zahir batin. Semoga berbahagia di samping keluarga tersayang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya Aidiladha jugak Fairus😊💕.

      Padam
  3. Selamat menyambut raya idul adha
    maaf zahir dan batin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Aidiladha WP.Seronok tengok post WP pasal pulasan hari tu.Kalau dekat memang Syu order dah😅.

      Padam
  4. Salam aidil adha Syu... Maaf zahir & batin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Matri raya kak Yan.Maaf zahir batin jugak😊💕

      Padam
  5. Balasan
    1. Rabiah pun.Selamat hari raya yer.Maaf zahir batin.

      Padam
  6. Balasan
    1. Naim jugak.Selamat hari raya Aidiladha😊💕.

      Padam
  7. Selamat Hari Raya Aidiladha Syu. Sedap tu buat nasi hujan panas. Alhamdulillah rezeki dapat daging korban juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya jugak kak Fizah Alhamdulillah rezeki Syu tahun ni.Dapatlah merasa😁.

      Padam
  8. Alaaa... tahun uncle tak dapat daging korban... Salam aidiladha!

    BalasPadam
    Balasan
    1. 😊💕Salam Aidiladha uncle gedek.Alhamdulillah rezeki syu tahun ni.Mungkin orang surau & masjid tak dapat nak buat banyak agaknyer sebab SOP ketat.

      Padam
  9. selamat hariraya maaf zahir batin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya jugak mamapp😊💕.

      Padam