Drama Semanis Senyumanmu - Episod 14

Julai 02, 2021

Semanis Senyumanmu

Semanis Senyumanmu Episod 14

Masa berjogging pagi tu dengan Izat, Azim bagitahu yang Azra masih belum bersedia untuk teruskan hubungan dengan lebih serius. Lepas Azim berjogging dengan Izat, balek tu dia singgah kejap ke bakeri Azra untuk beli breakfast. Azim cakap dia rindukan Azra. Azra pun cakap perkara yang sama jugak pada Azim. Hujung-hujung, dua-dua tersipu malu 😚. 



Actually, tujuan Azim datang jumpa Azra pagi tu sebab dia nak ajak Azra keluar dinner minggu depan dekat Restoran Sedap untuk sambut bithday Azra. Pada awalnya, Azra macam segan nak terima pelawaan Azim tu. Tapi lepas berfikir panjang, akhirnya Azra setuju. Lagipun, Azim ada cakap yang dia ajak Azra keluar bukan hanya sekadar kawan, tapi lebih dari tu. So, mungkin sebab tu Azra sudi terima pelawaan Azim.


Semanis Senyumanmu Episod 14

Minggu depannya pukul 8 malam, Azim pun datang jemput Azra. Azim jadi teruja sangat bila nampak Azra berpakaian cantik malam tu. Azim bagitahu Naufal yang dia ajak Azra untuk makan malam dekat restoran dia. So, Naufal plan nak buat satu makan malam yang paling romantik untuk  Azra & Azim. Memandangkan hari tu tak berapa ramai orang. Naufal pun berani ambik risiko untuk tutup Restoran Sedap sepenuhnya semata-mata untuk suprisekan Azra. Masa dinner tu memang Azra & Azim happy sangat-sangat. Makan malam pun semua sedap-sedap sebab semua menu Azim dah plan awal-awal dengan Naufal & krew dapur dia.


Tapi malangnya, masa Azim melutut nak bagi hadiah dekat Azra, tiba-tiba Azra jadi panik. Mungkin dia masih paranoid dengan apa yang jadi masa Joe melamar dia agaknya. Entah macam mana Azra terus tinggalkan Azim macam tu jer. Naufal yang ada masa tu pun jadi tertanya-tanya. Kenapa Azra nak larikan diri, sedangkan Azim cuma nak bagi hadiah & cupcake jer. Malam tu memang Azim kecewa sangat dengan apa yang Azra buat. Sebab dia tak jangka yang Azra akan tinggalkan dia macam tu jer masa time dinner dekat Restoran Sedap tu. Bersambung...

What My Bawangians Say

  1. Saya singgah sini sebab tertarik baca sinopsis Semanis Senyumanmu..Sweet betul cerita ni..

    BalasPadam