Drama Wifi Sebelah Rumah - Episod 2

Julai 23, 2021

Wifi sebelah rumah

Lepas terkantoi dengan papa Mira, Ghaz & Fendi memang kecut perut gila-gila dibuatnya. Dia punya garang tu memang tak boleh di bawak bincang langsung. Tak tahu lah kenapa papa Mira cukup tak berkenan dengan diorang berdua ni. Padahal duduk berjiran 😅. Apa lah salahnya berbaik-baik. Padahal Ghaz & Fendi bukan ada niat jahat pun. Bila dah kena aim dengan papa Mira, Ghaz & Fendi terbantut nak excercise. So, diorang pun masuklah ke dalam rumah bersiap-siap nak pergi kerja.



Masa kat dalam rumah, papa Mira mengadu dekat isteri dia. Dia bagitahu yang Ghaz cuba-cuba nak pikat Mira masa dekat luar tadi sampai siap bukak langkah silat 😆. Tapi, mama Mira ni jenis yang open minded orangnya. So, dia memang tak halang pun kalau ada orang yang berkenan dengan Mira. Dalam tengah rancak bersembang tu, tiba-tiba kawan papa Mira telefon ajak keluar melepak dekat luar. Papa Mira bagitahu dekat mama Mira yang dia ada perjumpaan dekat surau. Mama Mira pun mula la syak sesuatu. Tapi papa Mira cuba menafikan apa yang isteri dia cakap. Bukan apa, mama Mira memang dah dapat agak dah yang papa Mira melencong tempat lain.

Wifi sebelah rumah

Pagi tu masa dekat office, Ghaz & Fendi terkejut sangat bila ternampak Mira datang dekat office diorang. Rupa-rupanya Mira ada sesi interview dengan Fizi. Fendi ingat Mira datang nak cari Ghaz. Tapi takkan lah semata-mata datang office nak datang jumpa Ghaz. Padahal, selama hari ni Mira mana tahu Ghaz & Fendi kerja dekat mana. Pada awalnya Ghaz cuba mengelak dari jumpa Mira. Tapi tak semena-mena Mira dah panggil Ghaz. Terkedu Ghaz dibuatnya. Mira pun pada awalnya terkejut jugak bila nampak Ghaz & Fendi kerja dekat situ. Sempat jugaklah diorang berbual pendek. Masa Fizi dekat dalam office, dia ternampak Mira ada dekat koridor pejabat dengan Ghaz & Fizi. So,dia pun panggillah Mira masuk ke dalam untuk di interview. Kalau nak tahu Fizi ni senior Mira masa belajar dekat universiti dedulu & diorang berdua ni pernah bercinta. Tujuan dia panggil Mira interview pun sebab dia nak Mira tolong dia uruskan kan syarikat peninggalan arwah papa dia.


Wifi sebelah rumah


Masa dekat dalam office Fizi, Mira pun duduklah dekat depan Fizi. Macam biasa. Kalau datang interview mesti kita duduk dekat depan tukang interview kan. Tapi Mira tak. Fizi dengan selambanya ajak Mira duduk sebelah dia. Bila Ghaz nampak, dia dah macam tak sedap hati lah kan. Almaklumlah, si Fizi tu dahlah buaya. Semua perempuan dia nak mengayat. Bila nampak Fizi cuba nak mengayat Mira dah confirm-confirm Ghaz rasa yang dia tak ada peluang nak menangi hati Mira dah lepas tu. Gila apa perempuan tak nak dekat Fizi tu. Dah lah kaya, segak pulak. Kalau kahwin dengan dia dah sah-sah hidup senang lenang. Ghaz pun jadi meluat & malas nak tengok adegan Fizi & Mira,so dia pun pergi sibukkan diri buat kerja dia. 


Masa dekat luar office, Ghaz dah gelabah dah tengok Mira tak habis-habis interview. Tapi Fendi tetap cool & tenangkan Ghaz. Lepas habis jer kerja, Ghaz & Fendi singgah dekat cafe kak Zetty lepak-lepak. Masa kat sana, diorang pun sembang pasal Mira. Kak Zetty macam dah dapat agak dah yang Ghaz ada hati dekat Mira. Tapi Ghaz bagitahu  kak Zetty yang dia segan nak bercakap dengan Mira. Pasal isu pinjam Wifi hari tu pun Ghaz tak sempat nak ucap terima kasih lagi. Kak Zetty suruh Ghaz telefon Mira. Tapi dia segan. Kak Zetty pun pesan dekat Ghaz jangan tangguh-tangguh, kalau tak nanti melepas.

Wifi sebelah rumah

Keesokkan paginya, Ghaz keluar berjogging dekat taman & dia pun duduk berehat kejap untuk hilangkan penat. Masa tu entah macam mana dia tiba-tiba berfkir macam mana nak ucapkan terima kasih dekat Mira pasal bagi pinjam Wifi tempoh hari. Yang Ghaz ni pun praktis lah cakap sorang-sorang macam orang gila. Dalam tengah sibuk-sibuk praktis menyusun ayat untuk Mira, tiba-tiba ada orang cuit Ghaz dari belakang. Ghaz pun toleh. Rupa-rupanya Mira. Ghaz pun apa lagi, terkedulah dibuatnya. Elok-elok ada idea nak menyusun ayat, terus hilang gara-gara nampak Mira 😅. Bersambung... 

Wifi sebelah rumah

What My Bawangians Say