Lately ni kan, badan rasa lemau gila. Lepas balik kerja memang asyik rasa nak rehat jer. Malas nak buat apa-apa. Time maghrib lagi sakan. Mengantuk yakhamat amat mata ni. Mata macam kena gam. Kerja rumah jangan cakap. Rajin Syu buat. Time malas Syu biarkan jer. Dapur pun kadang berasap, kadang idak. Apa pasal eak? Faktor usia ke? Terkena penyakit ain ke? - Masalahnya siapa yang nak sangat ain kat kita tu 😂.
![]() |
Kalau ikutkan lepas balik kerja hari Sabtu hari tu cadangnya nak shoot teruslah balik ke kampung. Dah badan tak larat. Kita pun charge lah sekejap. Malam sikit lepas habis dinner baru Syu laki bini gerak balik Gelong Gajah ambil mak. Itu pun tak planning sebenarnya. Mak pun last minute baru kemas kain baju. Sebab dia pun macam tak percaya. Sungguh ke anak dengan menantu dia ni ambil bawa balik ke Pusing 😆.
![]() |
| Roti nan & ayam tandoori kat sini sedap. Cuma garlic sos dia macam pelik sikit. Rasa manis susu pekat gabung dengan bawang putih 😅. |
Setel ambil mak kat kampung. Kita bawa mak singgah supper kat kedai mamak, Sahul Corner. Masa tu jam dah dekat pukul 12 dah. Tapi, saja Syu bawa mak singgah mengeteh kat sana. Kot-kot mak lapar. Nama pun supper kan. So, kita order menu yang simpel-simpel jer. Yang pasti, teh tarik wajib ada!


Comments
💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!