Family Day Ke Melaka-JB : Let's Go Bebeh!

September 14, 2026

Hujung bulan sudah, adik ipar Syu yang bongsu tu ajak pergi bercuti & berkumpul ramai-ramai, family day. Tapi jauh ke selatan sana bercutinya. Bukan sehari dua kome! Plan-nya, 3 hari dua malam stay kat Melaka & 3 hari 2 malam lagi stay kat JB.

 

Makan semua, alhamdulillah dia yang sponsor! Cuma homestay jer pakat tong-tong adik-beradik. Tapi itulah...kita ni maleyh lah nak drive jejauh! Kereta manual. Dengan jalan jem lagi. Tambah-tambah time Merdeka ni. Dengan budak cuti sekolahnya lagi. Cramp kaki dibuatnya.

 

So, nak memudahkan kerja, kitaorang laki bini gerak dari Perak ke KL naik bas jer - Itupun bas delay tau. Sebab jalan jem punya pasal. Dari KL nanti baru naik sekali satu kereta dengan adik ipar & kakak ipar gerak ke Melaka. Nak ke terminal bas, kitaorang dua naik grab jer. Tak kalut nak bayar duit parking! He3. 

 

Dah lama tak naik bas, rasa bederau darah kita pun ada.


Untuk tiket bas, Syu dah beli online siap-siap dah guna Redbus. Cuma Syu terlupa nak beli tiket yang dah siap ada boarding pass. So, nak tak nak terpaksalah beratur juga kat kaunter beli boarding pass - Kena cas RM2. Naik bas sekarang dah canggih. Mana ada orang cek tiket manual. Semua scan guna QR jer. Untuk tiket balik ke Ipoh Syu belum beli lagi, Sebab tak sure dari JB tu sampai KL pukul berapa.


Kita lapik perut dengan Roti Boy jer dulu. Nanti sampai sana baru kita makan kenyang-kenyang. Risau naik public ni kalau tiba-tiba ada feelin nak terkucil 😂



First Family Day


Sampai-sampai terus cari port makan. Perut udah laporrrr...minta nasi! 🤭 


Since mak & ayah mertua Syu meninggal, diorang adik beradik memang tak pernah langsung buat family day. Almaklumlah, masing-masing bersepah-sepah duduknya. Baru ini diorang plan nak buat. Dah alang-alang orang pelawa, kita pun join sekali sekala kan. Pucuk dicita ulam mendatang yedak? Bukan selalu. - Thanks adik! Murah rezeki kamu belanja satu famili! ðŸ˜˜ - BERSAMBUNG

Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!