Ogos 26, 2026

Zus Matcha Series Matcha Chocolate Latte

Geng-geng FOMO Zus Coffee mesti dah try Lain Tapi NGAM series yang terbaru tu kan. Especially, air bom warna biru tu 😂. Maaf syakap. Kita tak berani lah nak try. Takut perut tak se-FOMO itu untuk menerima satu. Yang kedua, takut menyesal sebab tak sedap! Kita ni sejenis tak suka berhadapan dengan kekesalan. Nak-nak kekesalan tu kita sendiri yang pilih 😆.


Zus Coffee
Sedap! Ada rasa kelat-kelat. Rasa rumput sikit plus rasa lemak-lemak.


Selalu kalau teringin nak minum Zus Coffee mesti akan order kopi. Asyik kopi...kopi...kopi!  Macam tak ada pilihan lain jer kan?- Begitulah tekak pencinta kopi. Pahit-pahit pun tetap tak jemu. Kali ni kita try matcha series diorang pulak - Zus Mactha Chocolate Latte. Back then pernah try Matcha Taro & Matcha Strawberi. Tapi, bukan kat Zus Coffee lah. Kali ni kita cuba Matcha kahwinkan dengan Chocolate pula. 


First impression, confirm kuat rasa rumputnya ni. Bila dah cuba, not bad ya dia punya rasa! Boleh tahan serasi jugalah dia punya gandingan tu 😋. Terasa lemak-lemak coklat & kelat-kelat matcha tu. Will repeat again next time. Tapi, bukan untuk minum kat office lah. Minum time kerja okay jer. But kita prefer coffee. Baru cerah sikit biji mata 😁. Next, kita nak try matcha ape pulak ya? 🤔