Mac 30, 2024
Sabtu Blues 😪
Salam Sabtu korang. Hari ni rasa malas betul nak masuk kerja 😪. Mood memang totally ke laut sungguh! Tapi, itulah. Dah hari bekerja company set macam tu. Nak tak nak terpaksalah Syu ikut juga 😮💨. Jealous tau tengok kilang sekeliling tempat Syu kerja. Deme semua off hari ni. Apa-apapun selamat berhujung minggu!
Bukan senja nan merah. Tapi, subuh nan merah 😚. |
Preparation raya?
By the way, persiapan raya korang macam mana tahun ni? Warna baju, tema apa? Kuih raya berapa jenis? Any progress? Persiapan raya Syu tahun ni ala kadar sahaja. Ada juga buat biskut. Tapi, dalam beberapa jenis saja. Tak banyak. Cukuplah buat syarat.
Baju raya tahun ni? Tak ada spesifik colour tema. Nampak mana yang bekenan di mata & ngam dekat badan Syu beli - Baju banyak beli dekat Tik Tok Shop sebab murah 🤭.
Lepas tu, pandai-pandailah mix & macth dengan baju raya tahun-tahun sudah. Bukan apa, zaman tengah gawat. Banyak benda naik harga. So, kena berjimat cermat bila berbelanja.
Mac 29, 2024
Giveaway by Blog The Story of Mommy EEZ
Salam Jumaat korang! Hari ni dah masuk 19 18 Ramadhan dah kita ya. Sekejap betul rasa. Pejam celik biji mata tahu-tahu nanti dah masuk 1 Syawal. Tapi itulah. Bila duduk dekat office, rasa macam lambat sangat masanya berjalan. Seminit tu rasa macam sejam lamanya. Mereput menunggu.
Setiap hari, rasa tak sabar nak tunggu pukul 6. Mata pula asyik nak layu saja. Kelebek file ni tak kena. Kelebek file tu tak kena. Bosan asyik tatap benda yang sama hari-hari. Permit pekerja asing pun tak berapa banyak nak kena handle lately ni 😮💨. So, tak banyak kerja nak kena dibuat - Okay, enough berceloteh!
Special giveaway Mommy EEZ
By the way korang dah join ke belum Giveaway Mommy EEZ ni? Kalau belum, meh pakat join ramai-ramai bagi meriah. At least ada modal untuk korang bercerita dalam blog. Ada rezeki boleh dapat hadiah special dari Mommy EEZ.
Klik untuk info lebih lanjut!👆 |
Untuk pengetahuan korang, giveaway ni berlangsung sampai 8 April 2024. So, cepat-cepatlah submit penyertaan tu ya. Pada yang dah join, ALL THE BEST Syu ucapkan! Details lebih lanjut boleh klik pada banner.
Cara Buat Bangkit Cheese Sedap Rapuh & Cair Di Mulut Sukatan Cawan
Bangkit cheese boleh dikatakan kuih raya yang viral juga sejak beberapa tahun ni. Dulu, kita ada bangkit original dengan bangkit pandan. Sekarang dah diolah sikit rasanya supaya kena dengan selera orang Malaysia yang sukakan cheese dalam masakan.
Tak tahu siapa yang start dulu buat kuih bangkit cheese ni. Yang pasti Syu suka sebab sedap & ada rasa lemak-lemak. So, untuk raya tahun ni. Syu cuba buat sikit biskut bangkit cheese ni tapi dengan cara Syu sendiri.
SUMBER FOTO : Sirap Limau |
Bahan asas biskutnya sama. Cuma ada beberapa bahan tambahan Syu letak dalam adunan biskut bangkit cheese ni supaya biskutnya double triple sedap. Lebih lemak & ketagih nak makan lagi & lagi. Jom Syu share resepinya macam mana.
BAHAN-BAHAN
250g - Pure salted butter (Nak pakai butter biasa pun boleh)
1 Cawan (200g) - Gula aising
1/3 Tin - Susu pekat (Untuk rasa lemak)
250g - Cream cheese
3 Cawan (750g) - Tepung ubi kayu (Disangai)
2 Cawan (500g) - Tepung jagung (Disangai)
1 Cawan (250g) - Tepung gandum (Disangai)
1 ½ Sdk. - Baking powder
1 ½ Sdk. - Esen vanilla (Masukkan sekali dalam kuning telur)
2 Biji - Kuning telur
50g - Cheddar cheese parut
Sedikit garam untuk rasa lemak
- Pukul butter, cream cheese dengan gula aising hingga sedikit kembang.
- Masukkan kuning telur, esen vanila & susu pekat. Pukul lagi sampai sekata.
- Masukkan bahan-bahan kering & juga cheddar cheese yang dah diparut.
- Gaul sebati sehingga doh tak melekat pada tangan.
- Rehatkan doh sekejap di dalam peti ais selama 20 minit. Kemudian bolehlah dicanai & ditekap guna acuan bangkit cheese.
- Untuk suhu oven. Bakar pada suhu 160-170℃ selama 30 minit (Bergantung pada jenis oven) atau sehingga biskutnya masak.
- Bila dah masak boleh keluarkan & simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba!
Mac 24, 2024
Senarai Buffet Ramadhan Sekitar Ipoh 2024
BUFFET RAMADHAN IPOH 2024 | Ramadhan 2024 datang lagi. Seperti biasa, buffet Ramadhan pun dah mula dipromosikan di merata-rata platform media sosial. Ada menu berbuka puasa bertemakan masakan kampung, western & macam-macam lagi. Apa yang menariknya, early bird diskaun pun ada diberikan kepada mereka-mereka yang membuat tempahan awal sebelum tibanya Ramadhan.
BACA JUGA
➢ Amalan Minum Air Ketika Bersahur
➢ Kurma Apa Paling Mahal & Popular
➢ Himpunan Doa Yang Dianjurkan Sepanjang Bulan Ramadhan
Di sekitar Ipoh ni kalau ikutkan ada banyak tempat menarik & sedap untuk berbuka puasa. Cuma tak semua restoran & kedai makan ada menawarkan pakej berbuka puasa ala buffet. Rata-rata Syu tengok, banyak yang menawarkan pakej berbuka puasa secara ala carte.
SENARAI LOKASI BUFFET RAMADHAN IPOH 2024
Syu yakin. Ramadhan tahun 2024 kali ni, mesti ramai yang tercari-cari tempat berbuka puasa style buffet di sekitar Ipoh ni. Berikut Syu senaraikan buffet Ramadhan yang ada di sekitar Ipoh bagi tahun 2024. Bermula dari harga budget sehinggalah ke harga kayangan 😁.
1) Tok Mat Glamping
2) Nostalgia Ramadhan Buffet @ Kinta Riverfront
3) Gurindam Ramadhan @ Seri Malaysia
4) Citarasa Madani @ Tiffin Restaurant
5) Sajian Iftar Warisan Desa @ The Haven
6) Citarasa Ramadhan @ Symphony Suite Hotel
7) Selera Warisan Bonda @ MH Hotel Ipoh
8) Sajian Diari Ramadhan @ MU Hotels
9) Iftar Impiana @ Impiana Hotel
10) Cafe warisan bonda
11) Tower Regency
12) Selera Rasa Kampung @ D'Atas Restoran
13) D' Marcass Cafe
14) Buffet Ramadhan Balik Kampung Miker Signature @ Silveritage
15) The Warung Theatre by Nifayyi
16) Selera Kampung House of Salai By Naddy
17) Buffet Ramadhan Nusantara Klasik @ Casuarina Meru Ipoh
18) Restoran Sajian Sazlee
19) Hotel Excelsior Ipoh
20) Iftar Ramadhan Ayu Castle
21) Ramadhan Iftar Feast Menate'
22) Gala Rasa Iftar Galasa
23) Ramadhan Buffet Royal Perak Golf Club
24) Ramadhan Buffet Anjung Tiga
25) Buffet Ramadhan Citarasa Warisan Melayu TT Heritage
26) US Pizza
27) Selera Tradisi Citarasa Warisan @ Zaha Places Ipoh
28) Sushi Buffet Taiyo Bento
29) Santai-santai Buffet D'Polo Cafe
[P/S : Senarai lokasi buffet Ramadhan akan dikemaskini dari masa ke semasa]
Nak pilih lokasi yang mana satu? Terpulang pada tahap ketebalan poket korang. Sekali sekala nak merasa berbuka puasa ala-ala buffet yang mahal sikit apa salahnya. Bukan selalu. Setahun sekali 🤭💕. Cuma satu Syu nak pesan. Elakkan pembaziran di bulan Ramadhan. Apa-apa pun selamat berpuasa Syu ucapkan.
Mac 23, 2024
Sepetang Di Disneyland Ayer Tawar
Nampak sama. Tapi bukan dia 🤭. |
Minggu lepas Syu balik ke Ayer Tawar. Cadang nak repair keretalah kononnya sebelum balik ke Ipoh. Entah macam mana, bengkel tu pula tutup. Nak shoot balik terus ke Ipoh macam awal lagi. So, Syu pun merayaulah ke Disneyland Ayer Tawar. Lama juga Syu tak singgah ke sini sebenarnya.
Port lepak dengan Sarah
Kalau korang nak tahu, Disneyland Ayer Tawar ni dirasmikan pada tahun 1996 oleh Mendiang Tun Dr. Lim Keng Yek (8 April 1939 - 22 Disember 2012). Masa tu beliau memegang jawatan sebagai Menteri Perusahaan Utama Malaysia & juga selaku Ahli Parlimen Beruas. Time tu Syu satu family belum pindah ke Ayer Tawar lagi. Kitaorang semua masih lagi menetap di Selangor. Tahun 2000 baru Syu satu family pindah ke Ayer Tawar.
Penuh warna-warni ya. Siap ada patung Donald Duck besar lagi. |
Masa sekolah dulu-dulu, Syu rajin juga bawa adik-adik Syu ronda petang-petang naik motor dekat sini - Tempatnya dah tak jauh dah pun dari rumah. Since dah tak ada tempat lain nak dituju. Maka, Disneyland Ayer Tawar ni sajalah tarikan yang ada untuk adik Syu bermain - Taman permainan lain ada. Tapi, macam tak berapa selamat sebab ada banyak anjing.
Disneyland Ayer Tawar sekarang ni jauh lebih meriah & nampak lebih teruruslah berbanding dahulu. Ada diletakkan decorations supaya nampak lebih ceria. Monumen Disneyland pun dah dicat baru dengan warna yang lebih menyerlah. Siap ada disediakan kelengkapan untuk bersenam lagi. Kira nampaklah ada perubahan. Orang pun ramai juga datang ke sini beriadah petang-petang.
Tempatnya tak besar mana pun. Tapi, bolehlah kalau nak datang singgah beriadah petang-petang sambil ambil-ambil gambar. |
Ada haruman yang tak best!
Tak sanggup nak pergi dekat. Hancing sangat! Kita mampu bergambar dari jauh saja 😂. |
Actually, tempatnya memang dah cantik dah. Cuma yang tak best tu bila masuk dalam kawasan monumen Disneyland ni. Dia punya bau tu bukan main hancing - Dari luar pun dah boleh hidu dah baunya. Kalau masuk tengok dekat dalam, boleh nampak melakung air kencing. Syu tak fahamlah dengan orang yang jenis suka kencing merata macam 🐕 ni. Tak ada manners langsung.
Lepas ni tolonglah ya. Jangan buat perangai macam ni. Huduh tau orang tengok! Dari dulu sampai ke hari ni. Hancing sesaja dalam monumen Disneyland ni. Kita datang sini nak santai-santai hirup udara segar. Boleh pula spray merata-rata. Kalau wangi macam bau perfume tak apa juga. Ni tak. Hancing pering baunya!
Mac 20, 2024
Subsidi Tepung Tamat Tahun Ini 🥹
SUMBER FOTO : Bukalapak.com |
Dengar cerita, subsidi tepung dari kerajaan sampai tahun ni saja. Siapa yang berniaga barang pemakan berasaskan tepung tu, mesti rasa terkesan gila. Tanpa subsidi daripada kerajaan, korang faham-faham sajalah. Harga barang mentah dah tentu-tentu akan naik.
Yang rajin membeli tu jangan cakaplah. Lepas ni, mungkin korang tak akan jumpa dah kuih 5 ketul harga RM2. Almaklumlah, kos bahan mentah dah meningkat. Nak cover balik kos, terpaksalah peniaga-peniaga naikkan harga jualan juga.
Apa-apa pun mohon bertabah banyak-banyaklah ya rakyat Malaysia semua. Ini semua ujian. Terpaksalah kita jadi lebih indipendent tanpa mengharapkan subsidi dari kerajaan lagi. Lepas ni, tak tahu subsidi apa lagi yang bakal dimansuhkan pula - SEKADAR LUAHAN
Mac 19, 2024
10 Buffet Ramadhan Terbaik Sekitar Manjung Sitiawan & Lumut 2024
Bila menjelangnya Ramadhan. Seperti biasa, buffet Ramadhan dah mula dipromosikan di merata-rata platform media sosial. Ada menu berbuka puasa yang bertemakan masakan kampung, western & macam-macam lagi. Apa yang menariknya, early bird diskaun bakal diberikan kepada mereka-mereka yang membuat tempahan awal sebelum tibanya Ramadhan.
BACA JUGA
➢ Amalan Minum Air Ketika Bersahur
➢ Kurma Apa Paling Mahal & Popular
➢ Himpunan Doa Yang Dianjurkan Sepanjang Bulan Ramadhan
Di sekitar daerah Manjung ni kalau ikutkan ada banyak tempat menarik & sedap untuk berbuka puasa. Cuma tak semua restoran & kedai makan ada menawarkan pakej berbuka puasa ala buffet. Rata-rata Syu tengok, banyak yang menawarkan pakej berbuka puasa secara ala carte.
SENARAI BUFFET RAMADHAN TERBAIK SEKITAR MANJUNG SITIAWAN & LUMUT
Syu yakin. Mesti ramai yang masih tercari-cari tempat berbuka puasa ala buffet di sekitar daerah Manjung ni kan? Berikut Syu senaraikan 10 buffet Ramadhan terbaik sekitar Manjung, Sitiawan & Lumut untuk tahun 2024 😁.
1) Buffet Ramadhan Menggamit Nostalgia @ Kopee Paste x Lumut Hotspot
2) Berbuka Puasa Hotel Sfera
3) Selera Kita @ Ritz Garden Hotel Manjung
4) Onetee Kitchen Ramadhan Buffet
5) Nostalgia Ramadhan Marina Island
6) Sajian Nostalgia Hotel Orient Star
7) Prime Steak & Grill Buffet Ramadhan
8) Buffet Ramadhan Dapur Cik Wina
9) Ramadhan Buffet Deif Cafe
10) Buffet Ramadhan Restoran Walid & Ummi
Translate
AUTHOR
FEATURED POST
Popular Posts
ARCHIVE
-
▼
2024
(72)
-
▼
Mac
(20)
- Sabtu Blues 😪
- Giveaway by Blog The Story of Mommy EEZ
- Salam Nuzul Al-Quran 2024/1445H
- Cara Buat Bangkit Cheese Sedap Rapuh & Cair Di Mul...
- Senarai Buffet Ramadhan Sekitar Ipoh 2024
- Sepetang Di Disneyland Ayer Tawar
- Subsidi Tepung Tamat Tahun Ini 🥹
- 10 Buffet Ramadhan Terbaik Sekitar Manjung Sitiawa...
- Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Teman Sebantal 🥰!
- Buffet Ramadhan Kopee Paste x Lumut Hotspot Mengga...
- Marry My Husband
- Buah Kurma Sedap Makan Dengan Salim Triangle Cheese
- Birthday Celebration & Makan-makan Famili
- Salam Ramadhan & Selamat Berpuasa
- Salam Hujung Minggu Dari Padang Polo Ipoh
- Promosi Buffet Ramadhan Manjung 2024 : Absolute Bu...
- Selamat Hari Wanita Sedunia!
- Happy Birthday Sarah Deris
- FAMA Fest Perak 2024 RTC Gopeng
- Layan Teringin Sarah Deris Makan Myeongdong Topokk...
-
▼
Mac
(20)