Buah Kurma Sedap Makan Dengan Salim Triangle Cheese

Mac 14, 2024

Korang dah cuba makan kurma dengan butter? Lately ni, viral orang makan kurma letak butter & kekacang di TikTok 🤭. Kalau Syu, Syu lagi prefer makan dengan Triangle Cheese Salim keluaran Wardat Al-Mashreeq Food Co. ni.



Rasanya creamy & tak muak macam kita letak butter. Tekstur butter macam greasy sikit bila makan dengan kurma. Kalau makan dengan Triangle Cheese Salim ni better sikit. Elok cair dalam mulut. Makan macam tu saja dah sedap!


Salim Triangle Cheese
Buat khunafa guna cheese ni pun sedap juga 🤤. 



Triangle Cheese Salim halal ke tidak?


Untuk pengetahuan korang, Triangle Chesee Salim ni halal untuk dimakan & ianya diimport dari negara Riyadh, Arab Saudi. Dalam satu kotak Triangle Cheese Salim (120g=334.8Kcal) ni ada 8 ketul. Harga sekotak, paling murah korang boleh dapat dalam ±RM4 - BELI SINI



Seketul cheese ni korang boleh makan dengan 4-6 biji kurma - Bergantung kepada saiz kurma juga. Makin besar kurma, makin banyaklah korang kena tepek cheese-nya 😁. Selalu kalau Syu makan, tak habis pun seketul.


Salim Triangle Cheese
Belah dua, buang biji. Lepas tu letak cheese dekat tengah-tengah kurma. Serius sedap! 😘


Macam Syu, Syu paling suka makan Salim Triangle Cheese ni dengan kurma madu Rotab. Sebab isi & kulitnya lembut. Bila makan, kulit kurma tu tak lekat dekat tekak. Tapi, kalau korang nak makan dengan kurma jenis lain pun tak ada masalah sebenarnya. Terpulang pada selera masing-masing 😁. 

Comments

  1. wahhh yang baru pulak ni.. busyra baru beli butter nak try. haha.. tak buat2 lg,

    BalasPadam
  2. Wahh ramai yang dah cuma kurma butter viral ni . CCL belum cuba lgi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang ni Syu makan denga cheese CCL 😅

      Padam
  3. Kurma Butter yg viral.. asalkan dgn butter original yer hihii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang ni Syu makan dengan cheese. Sedap! 😋
      Makan dengan butter Syu tak berapa suka sangat.

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!