Subsidi Tepung Tamat Tahun Ini 🥹

Mac 20, 2024

Tepung gandum bersubsidi
SUMBER FOTO : Bukalapak.com

 

Dengar cerita, subsidi tepung dari kerajaan sampai tahun ni saja. Siapa yang berniaga barang pemakan berasaskan tepung tu, mesti rasa terkesan gila. Tanpa subsidi daripada kerajaan, korang faham-faham sajalah. Harga barang mentah dah tentu-tentu akan naik.

 

Yang rajin membeli tu jangan cakaplah. Lepas ni, mungkin korang tak akan jumpa dah kuih 5 ketul harga RM2. Almaklumlah, kos bahan mentah dah meningkat. Nak cover balik kos, terpaksalah peniaga-peniaga naikkan harga jualan juga.



Apa-apa pun mohon bertabah banyak-banyaklah ya rakyat Malaysia semua. Ini semua ujian. Terpaksalah kita jadi lebih indipendent tanpa mengharapkan subsidi dari kerajaan lagi. Lepas ni, tak tahu subsidi apa lagi yang bakal dimansuhkan pula - SEKADAR LUAHAN


Comments

  1. Nasib baiklah tak makan tepung tapi saya makan roti canai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan. Nasib baik kita makan nasi.
      Tapi itulah, beras pun mahai la ni 🥹.

      Padam
  2. sekarang pun susah nak jumpa 5 ketul rm2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dekat area Pengkalan ni masih ada lagi. Almaklumlah, dekat dengan kawasan kampung. Kalau jual mahal nanti tak ada orang nak beli 🥹.

      Padam
  3. hurmm apa lagi lah subsidi yg bakal ditamatkan :(

    BalasPadam
  4. beras pun mahal, tepung pun mencanak naik harga tak lama lagi. kena kerap puasa la kot?

    BalasPadam
  5. Sikit sikit subsidi makanan di tarik.. ayam, beras, telur, minyak masak.. hurmm menaik lagi la harga makanan lps ni..

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!