Breakfast Roti Bakar Karamel Paling Simple

Jun 30, 2023

Roti Bakar

Pagi tadi, Syu tak ada idea nak breakfast apa. Nak makan nasi lemak, risau mengantuk pula dekat office 😅. Jadi, kita masak menu yang paling simple saja buat lapik perut sementara nak tunggu makan tengahari nanti.



Memandangkan stock roti Gardenia Syu ada banyak & tarikhnya dah nak dekat expired 😂. Maka, Syu pun buatlah Roti Bakar Karamel. Lagipun, Syu sayangkan roti Syu tu. Kalau dibiar lama-lama, expired pula nanti. Ada eloknya juga Syu clear-kan stock roti Syu cepat.


Roti bakar
Sapu butter atas permukaan roti & tabur gula (Sapu sebelah saja). 


Nak buat Roti Bakar Karamel ni memang senang. Syu cuma guna 3 bahan sahaja. Roti, gula putih & butter Syu guna butter jenama Buttercup saja. Nak sedap lagi korang boleh pakai pure butter ğŸ˜. Resepi roti ni husband Syu yang ajar. Dia memang rajin & suka masak roti style macam ni buat kudap-kudap. Sebab senang nak membuatnya 🤭.



Actually, gula putih tu kalau korang nak ganti dengan gula perang pun boleh juga. Tak jadi masalah. Terpulang pada citarasa korang. Janji, masa nak masak tu korang guna kuali non-stick atau mana-mana kuali kesayangan korang yang jenis tak melekat. Supaya masak masak nanti karamel pada roti tu masak elok & tak melekat pada kuali.


Roti bakar
Lebihan karamel atas kuali tu korang ratakan dekat sebelah bahagian lagi. 


Roti bakar
Bagi sejuk sekejap & boleh makan dengan fresh milk 😋. 


Lepas masak. Make sure korang bagi rotinya sejuk dahulu. Sebab gula yang dah caramelised tu panas. Takut melecur mulut tu nanti 😅. Roti ni nak makan macam tu saja pun boleh. Nak cicah dengan susu segar pun boleh. Yang best-nya. Roti Karamel ni crusty di luar & lembut di dalam. Tak cuba memang rugi 😁. 

Comments

  1. wah..layan tu..kena plak ngan kopi O.. dap dap...

    BalasPadam
  2. Simple saja resipi tapi confirm sedap! nnti boleh la Cuya try.. hehe
    biasa Cuya tak bakar, Cuya makan gitu je....pon sedap

    BalasPadam
  3. Nampak menarik macam ni, kena try buat ni nanti hehe

    BalasPadam
  4. Selamat bersarapan
    kalau wak kena 8 keping baru kenyang

    BalasPadam
  5. lama tak singgah sini..sedapnyaa

    BalasPadam
  6. wah sedapp ni mestii laku. good idea😊
    kan kadang2 roti tak terusik bila beli yg besar tu. ada masa tak cukup pula beli yg kecik. mcm2

    BalasPadam
  7. Ok makasih resepi ni.. simple sesuai nak buat utk anak sblm gi sekolah :D

    BalasPadam
  8. Fuhh sedap . Minum dengan kopi o panas tak pun teh o panas ni memang sedap laaa . Nk cuba buat laa .

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!