Mac 31, 2021

Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog

Dalam diam-diam, sedar tak sedar esok dah masok bulan April yer kengkawan. Bulan Ramadhan pon lagi beberapa hari jer lagi. Syu rase tahun 2021 ni macam cepat pulak mase berjalan. Serius korang. Ramadhan tahun ni memang Syu tak prepare ape pun lagi. Sebab terlampau busy dengan kerja & Mini Backyard Garden Project(BGP) Syu😂. Kalau macam tahun lepas ade la jugak Syu beli kurma & restock segala barang dapor. Almaklom lah...mase tu kan Ramadhan nyer time PKP. So ape lagi...bila keluar berbeli barang tu sekali harung jelah, takde nak repeat-repeat pegi shopping mall dah sebab malas nak beratur panjang punya pasal😎.



Sejujurnye la kan....untuk Ramadhan & Syawal tahun 2021 ni...Syu just nak buat ala kadar jer. Sahur lauk ala kadar, berbuka pun sama. Bukan ape, at least time Ramadhan ni boleh lah Syu vanishkan spare part lemak yang semakin hari semakin bertingkek-tingkek ni😂. Pastu lebihan duit barang dapur tu boleh lah Syu sedekahkan ke surau sikit untuk diorang buat moreh. Bulan puase kan makannyer kurang, so mesti ade lebihan sikit kat situ. 



Raya pulak just celebrate biashe-biashe, xde nak jahit baju langsir bagai macam tahun-tahun sudah. Letih nau!! Ha3!!😅 Tahun ni baju semua beli kat Shopee, kuih pon Shopee, lampu liplap-liplap & kasut raya pon Shopee, pokoknyer semua tunjuk-tunjuk kat Shopee lah senang cite!! Search, add to cart zazzzzz....senang kerojer!! Murah pun murah!!😁


GA Contest

Okay-okay, actually, kalau korang nak tau, entri Syu kali ni ade kene mengena dengan satu giveaway (GA) ni tau. Since Syu ade freetime, so masih belom terlambat untuk Syu cuba join. Untuk pengetahuan korang, dalam Syu sibuk-sibuk menambah rakan blog. Secara tak sengaja Syu ternampak satu posting dari Sis Suraya pasal GA raya dari blog Sis ShidaJadi, rase terpanggil lah jugak untuk cuba join buat pertama kali dalam sejarah Syu berbloger 😅. 



Tak kisahlah menang atau pun tidak, Syu cuma sekadar nak menyahut seruan rakan-rakan Bloger yang sememangnyer kreatif dalam usaha diorang untuk memeriahkan blog-blog diorang. Mana tau esok lusa Syu pula buat GA untuk korang join😜. Siapa tahu ye dak? Kepada kawan-kawan yang nak join GA ni, korang boleh klik banner dekat atas.



Korang cubalah!! Mana tahu rezeki menyebelahi korang. Sis Farah Sis Syazwani jom join GA Raya ni, Syu tengok hadiah GA nyer pon boleh tahan 😆. Bukan kaleng-kaleng. For those yang join GA Raya ni, all the best & selamat menjalani ibadah puasa Syu ucapkan 😘💕. Semoga Ramadhan kita semua tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya. Dirahmati, diberkati serta dipermudahkan segala urusan. 



Mac 22, 2021

Lama Tak Perkena Mr.Steak House!!

Lama betul tak makan Mr.Steak House di Kompleks Mutiara Pernama ni. Rasanya ada lah dekat 4 tahun tak datang ke sini. Dedulu, sinilah tempat kitaorang laki bini ber-dating makan-makan. Last makan dekat sini dulu tahun 2017 kalau tak silap Syu. Masa tu kami berdua masih lagi memegang status tunangan orang 😁. Kiranya kalau lapar, ni la port dating Syu ngan husband masa tu. Asal gaji jer ke sini la jawabnyer. Bukan pergi wayang ke karaoke ke...tapi pergi makan!!😆



Memandangkan mood nak memasak hari ni macam agak ke laut sikit, jadi setelah membuat perhitungan dengan encik suami maka dengan rasminya, hari ni gantung periuk kuali satu hari lagi!! Yakyakyeh!!😁. Hari-hari asyik makan makanan homecooked saja lama-lama jemu juga. Ye dak? Tambah-tambah kita yang jadi tukang masak. Kadang tu sampai dah tak tau nak masak apa. Buntu idea nak memikir hari-hari 😂.


Mr.Steak House Ipoh
Yang Syu order ni Chicken Marryland nama dia. 


SEDAP & PORSI BANYAK | Kalau korang nak tau, Chicken Marryland ni memang menu favourite Syu di Mr.Steak House ni. Tekstur ayamnya ranggup di luar & juicy di dalam. Last time masa datang sini pun memang menu ni jugak yang Syu order. Tapi kan, makanannya kali ni macam ada perbezaan sikitlah jika dibandingkan dengan sebelum-sebelum ni. Mungkin cara plating dia agaknya. Tak pun sosnya ada kurang sikit 😗?


Yang ini korang kena bagi masa Syu godek gambar lama kejap 😂!! Ada. Syu pernah ambil tau gambarnya. Korang jangan ingat tak ade ya. Walaupun Syu makan Chicken Marryland ni tahun 2017, tapi gambarnya masih ada Syu simpan dalam handphone. Cuma nak kena korek balik tu lah makan masa sikit. Nanti kalau jumpa Syu letak di penghujung entri 😉.


Mr.Steak House Ipoh
Muka ada sinyum yer tuan-tuan & puan-puan!!Actually, yang tukang amik gambar ni pon senyum jugak sebenarnya sebab tak payah masak!!😆


Kalau dekat steak house yang lain jujur lah Syu cakap ya. Portion-nya sikit yakhamat. Macam semalam Syu pergi makan kat satu kedai ni, memang sikit gila portion steak-nya & sangat tak berbaloi dengan harga. Itu pasal hari ini Syu & encik suami menyinggah makan ke Mr.Steak House ni pula. Semua gara-gara tak puas makan Western Food dekat satu kedai ni semalam (Tak nak mention nama kedai. Nanti melingkup kedai kawan tu 😌).


Mr.Steak House Ipoh
Steak combo ni husband Syu punya. Yang ini pun sedap juga 😋.


ADA PILIHAN LAIN | Untuk pengetahuan korang, dekat Kompleks Mutiara Pernama ni ada jugak kedai-kedai lain tau korang. Fat Boy Kitchen & Warung Makan Ipoh pun kat sini jugak diorang punya lokasi. Misal kata korang tak nak makan makanan Western, korang boleh pilih menu dari dua kedai ni untuk pilihan makan malam korang.



Macam Fat Boy, menunyer lebih kepada fast food seperti burger, meatball, spagetti & onion ring ni. Warung Makan Ipoh pulak lebih kepada masakan ala-ala kampung gitu. Jadi, korang ada pilihan lain sekiranya korang tak nak makan makan dari Mr.Steak House ni. Kalau korang datang Ipoh, korang wajib datang makan dekat kedai-kedai ni okay!! Menu sedap-sedap & harga pun boleh dikatakan berpatutan juga.


Mr.Steak House Ipoh
Set onion rings memang terbaiklah korang👍.


CHICKEN MARRRYLAND 2017 | Hah!! Jumpa pon gambarnya. Memang betul lah. Cara plating & sos dia ada berubah sikit. Tapi tak mengapa, harga dia masih lagi berpatutan & berbaloi jika dibandingkan dengan steak house lain yang Syu pernah makan. 


Mr.Steak House Ipoh
Chicken Marryland & Steak Combo yang Syu makan masa tahun 2017 hari tu 😁.