Oktober 14, 2025
Let's Kemas-kemas

Alhamdulillah. Selasa minggu sudah owner rumah dah serah kunci rumah baru Syu. So, nak tak nak kena pindah juga dalam hujung bulan ni. Installment bulanan pun dah start kena bayar. Lagi baiklah pindah terus. Tak payah bayar rumah sewa dah - Dah Whatsapp owner rumah sewa kata nak pindah. Tapi, sampai kesudah tak balas-balas. Pergi ride ke Hatyai gamaknya.
Tapi itulah, sebelum pindah ke rumah baru nak kena kemas-kemaslah juga rumah sewa yang Syu duduk ni. Baru tenang hati nak serahkan balik pada owner. Sejenis Syu, macam mana owner bagi kat kita, macam tu jugalah kita kena pulangkan balik dekat dia.
11 tahun tau duduk kat taman ni. 3 tahun duduk rumah bujang masa kerja dengan Daybreak - Rumah bujang tak jauh pun. Betul-betul belakang rumah yang Syu menyewa sekarang ni jer. Baki 8 tahun lagi, time lepas kahwin. Owner pulak jenis bagus & tak suka naikkan sewa sesuka hati. Even masa time covid hari tu pun dia bagi pelepasan bayar sewa 3 bulan. Memang baiklah Syu cakap.
![]() |
| Maaf ler semak rumahnya. Ajomlah kita kemas 😂 |
Rumah sewa Syu duduk ni tak banyak perabot sangat, sebab owner dah provide siap masa Syu pindah masuk. Cuma peti ais, mesin basuh, katil bujang, kotak-kotak baju, pinggan mangkuk & kelengkapan dapur jer nak kena diangkut.
Nampak gayanya, Syu angkut guna Lalamove jelah. Siap-siap tambah 2 orang helpers. Senang kerja! Murah pun murah 😁. Tapi sebelum tu, let's kemas-kemas dulu apa yang patut supaya senang abang Lalamove nak buat kerojer nanti.
Oktober 12, 2025
Nor Datang Abang 🫂💕
![]() |
| Tengok dari raut wajah mak pun dah tahu mak terlalu rindu kat abah 😔. |
Mak dah lama dah habis eddah sebenarnya. Tapi, mak tak ada kekuatan nak jejakkan kaki ziarah kubur arwah abah. Bila ditanya. Mak tak boleh. Sedih & takut terkenang-kenang katanya. Dan hari ni, buat pertama kalinya mak kata mak nak ikut ziarah ke kubur arwah. Mungkin hari ni mak baru ada kekuatan.
Arwah abah cinta pertama terakhir mak. Terlalu banyak kenangan pahit manis bersama dengan arwah abah yang mak memang susah nak lupakan. Dulu, mak pernah kehilangan arwah abah sekali. 6 tahun hidup mak kosong tanpa arwah abah. Selaku anak sulung, kitalah saksi & kita jugalah yang dengar rintihan dia.
Dalam tempoh tu mak terpaksa belajar keluar dari kepompong dia demi kelangsungan hidup & juga anak-anak. Dari situ mak belajar. Belajar berbisnes, bergaul, bergaya & jadi diri dia yang sebenar. Kemudian, Allah jodohkan kembali & gantikan 6 tahun kekosongan mak dengan 6 tahun kegembiraan dengan arwah abah. Alhamdulillah, memang kuat jodoh mak dengan arwah abah.
Tapi, dalam sekelip mata. 6 tahun kegembiraan yang Allah gantikan tu Allah titipkan sekali lagi ujian buat kitaorang satu famili. Memang agak berat. Tapi pada Syu, semua tu ada hikmah. Mungkin satu kehilangan yang Allah bagi satu ketika dulu adalah kekuatan untuk kitaorang satu famili tempuhi hari ni. Walaupun, hakikatnya ia agak berat. Berat untuk dilalui.
Oktober 09, 2025
Selamat Hari Lahir My Bebeh!
Semalam ada orang tu sambung cuti rehat dengan harapan kita ada nak celebrate birthday dia. Malangnya Syu terlupa! Even wish birthday pun tidak. Udah petang baru wish encik suami - Maafin aku sayang. Sumpah terlupa 😂. Itupun dia sendiri bagitahu Syu. Masa tu Syu tengah lepak dekat meja depan kat ruang tamu. Tunggu dia bersiap nak pergi HRPB tengok kakaknya kat hospital nun kena heart attacked - Get well soon angah!
Datang-datang dengan muka penyek dia cakap kat Syu - "Kita apply cuti tau hari ni, kita ingat awak ada lah nak celebrate birthday kita ke wish ke apa ke. Kita tunggu dari malam tadi tau". Dalam hati - "😌 Halah3! Time birthday kita idak pun dia nak celebrate bagi hadiah bagai. Time dia? Kemain dia ya. Ha3." So, lepas tengok kakaknya kat HRPB semalam, kita pun pergilah ke Nifayyi sana celebrate birthday dia. Bagi dia rasa syiok sikit. Birthday boy kan! Kasilah dia chance.
![]() |
| Celebrate dekat Nifayyi jer. Dah alang-alang dekat dengan area HRPB. |
To my husband, selamat hari lahir yang ke sekian-sekian. Semoga diberikan kesihatan yang baik. Dipermudahkan segala urusan. Dimurahkan rezeki untuk keluarga kecil kita yang memang sedia-sedia kecil ni. Jangan nak baran-baran tengin-tengin bagai sebab awak pun tahu bini awak singa tidur yang lagi singa dari singa bila dia menyinga. Ha3. Love you so much! Dunia akhirat. Jom ronda-ronda naik skuter lagi malam ni jom! He3 😁.
Oktober 06, 2025
Baru Nak Buka Hadiah! 😂

![]() |
| Syomel-syomel semuanya. Thanks guys Choy, Wana & Kelvin! |
Birthday dah habis lama dah. Baru ini ada kesempatan nak hadap hadiah-hadiah yang officemate bagi hari tu - Hadiah tak banyak pasal circle dah kecik 😅. Apa-apa pun terima kasih daun keladi kepada yang memberi. Setiap tahun sentiasa mengingati & mengiringi diri yang semakin hari semakin menua ini dengan doa!
Semoga diri ini diberikan kesihatan & afiah dalam meneruskan sisa-sisa kehidupan yang masih tersisa ni. Buat rakan-rakan Blogger juga, terima kasih kerana sentiasa setia, sudi membaca & meninggalkan jejak yang kadang-kadang Syu lupa nak jejak balik - Maafkan ambo! 😂.
![]() |
| Sebelum masuk kerja kita ngopi dulu bagi segar biji mata. |
Oktober 03, 2025
Momoyo Sedap Lagi Rupanya!!

Selama hari ni memang tak pernah singgah Momoyo ni - Sukalah tengok dia punya beruang. Syomel angat!! 😚💕. Baru ini pertama kali Syu singgah. Selalu kalau nak beli soft ice cream & air memang selalu bertepek kat Mixue jer. Nak dijadikan cerita, ada satu hari tu nak pergi Mixue. Orang pulak ramai. Since Momoyo tak ada orang, Syu dengan si Sarah pun singgahlah berbeli.
![]() |
| Suka tengok maskot Momoyo ni. Chomey!! |
Dengar cerita Momoyo ada menu baru, egg waffle ice cream. Cadang nak try masa pergi hari tu. Tapi, dah sold out lah pulak - Laku keras juga ya. Kena cuba juga ni nanti. So, kitaorang beli air & aiskrim jer. Si Sarah beli Passion Mango Boom (RM6). Syu pulak Jumbo Milk Tea (RM9.90). Memang puaslah minum! Sebekas besar tu boleh minum 2 orang. Tapi, Syu minum seorang jer sebab sedap!
![]() |
| Milk tea sedap kurang manis. Fruit tea tu mungkin boleh minta kurang manis sikit. Aiskrim pulak terasa matcha dia. |
![]() |
| Deko kat dalam selesa. Macam best jer lepak lama-lama kat dalam ni 🤭. |
Untuk aiskrim kitaorang beli flavour matcha. Sumpah sedap! Tak tipu. Rasa susunya tak over sangat compare to soft ice cream yang Syu pernah makan sebelum-sebelum ni. Aiskrimnya lebih padat, steady & lambat cair. Overall, memang semua sedap. Walaupun harganya mahal sikit dalam seringgit dua, yang pasti rasa dia lagi sedap dari Mixue - Sorry Mixue!!









