Februari 27, 2023

Buffet Ramadhan Ipoh 2023

Buffet Ramadhan
KREDIT FOTO : eatgo.com


BUFFET RAMADHAN IPOH 2023 || Ramadhan 2023 bakal menjelma tak lama lagi. Seperti biasa, buffet Ramadhan pun dah mula dipromosikan di merata-rata platform media sosial. Ada menu berbuka puasa yang bertemakan masakan kampung, western & macam-macam lagi. Apa yang menariknya, early bird diskaun bakal diberikan kepada mereka-mereka yang membuat tempahan awal sebelum tibanya Ramadhan. 


BACA JUGA

Amalan Minum Air Ketika Bersahur

Kurma Apa Paling Mahal & Popular

Himpunan Doa Yang Dianjurkan Sepanjang Bulan Ramadhan 



Di sekitar Ipoh ni kalau ikutkan ada banyak tempat menarik & sedap untuk berbuka puasa. Cuma tak semua restoran & kedai makan ada menawarkan pakej berbuka puasa ala buffet. Rata-rata Syu tengok, banyak yang menawarkan pakej berbuka puasa secara ala carte.


Walaupun, Ramadhan just around the corner. Syu yakin. Mesti ramai yang tercari-cari tempat berbuka puasa ala buffet di sekitar Ipoh ni. Berikut Syu senaraikan buffet Ramadhan yang ada di sekitar Ipoh bagi tahun 2023. Bermula dari harga budget sehinggalah ke harga kayangan 😁. 



1) Buffet Ramadhan @ Gopeng Glamping Park


Buffet Ramadhan Ipoh 2023


Buffet Ramadhan Ipoh 2023


Kehangatan Ramadhan kian terasa!


Dapatkan segera slot Buffet Ramadhan Gopeng Glamping Park dengan harga yang pastinya berbaloi-baloi! Moh le kome! πŸ₯°πŸ˜

.

.

Info tentang Glamping Buffet Ramadhan 2023

πŸ“† : 24 Mac - 19 April 2023

⏰ : 7.00PM - 9.30PM

☎️ : 013-240 8857 

Lokasi : Gopeng Glamping Park, Gopeng, Perak



HARGA


 Promosi Awal: RM40.00 /seorang (13 tahun keatas)

RM 25.00/ seorang (6-12 tahun. 5 tahun kebawah PERCUMA)

.

.

Hubungi kami segera ya! Jumpa nanti ☺️



2) Iftar Sinar 2.0 @ Kinta Riverfront


Buffet Ramadhan Ipoh 2023



3) Masakan Negeri Perak @ Hotel Seri Malaysia Ipoh


Buffet Ramadhan Ipoh 2023



4) Tradisi Warisan Bonda @ Tiffin Restaurant


Buffet Ramadhan Ipoh 2023


TIFFIN RESTAURANT @ WEIL HOTEL

TRADISI WARISAN BONDA 

πŸ“† 25 Mac - 21 April 2023

⏰ 7:00PM-10:00PM

☎️ 012-5029228


HARGA

RM128 (Dewasa) 

RM128 (Warga emas)

RM78 (Kanak-kanak) 



5) Sajian Iftar Warisan Desa @ The Haven


Buffet Ramadhan Ipoh 2023



6) Citarasa Ramadhan @ Symphony Suite Hotel


Buffet Ramadhan Ipoh 2023



7) Citarasa Kampung @ Nasi Buloh Meru


Buffet Ramadhan Ipoh 2023



8) Buffet Ramadhan @ Camelia Event


Buffet Ramadhan Ipoh 2023



9) Sajian Diari Ramadhan @ MU Hotels


Buffet Ramadhan Ipoh 2023



10) Buffet Ramadhan @ Astana Fartisha


Buffet Ramadhan Ipoh 2023



11) Iftar Impiana @ Impiana Hotel


Buffet Ramadhan Ipoh 2023


Khabarnya, lebih 100 juadah berbuka puasa bakal disajikan di Impiana Hotel sepanjang bulan Ramadhan ni nanti. 


12) Cafe warisan bonda @ Artwork Hotel


Buffet Ramadhan Ipoh 2023


Buffet Ramadhan Ipoh 2023


13) MP BBQ Steamboat


Buffet Ramadhan Ipoh 2023



14) Saloma Steamboat & Grill


Buffet Ramadhan Ipoh 2023



15) Zul Yahya Steamboat & BBQ (Coming soon) 


Buffet Ramadhan Ipoh 2023



16) Maracass Cafe (Coming soon) 


Buffet Ramadhan Ipoh 2023


17) Miker Food Kinta Riverside (Coming soon) 


Buffet Ramadhan Ipoh 2023



18) Charkata Barbeque (Coming soon) 


Buffet Ramadhan Ipoh 2023



19) Citarasa Iftar @ Casa Impian De La Rosa



Buffet RAMADHAN PALING VIRAL di IPOH tahun lepas kini kembali dengan menyajikan gabungan 3 cita rasa KAMPUNG, WESTERN dan MIDDLE EAST . Char kue teow dan cucur bawang di goreng secara live , lebih daripada 5 stall disediakan dan paling penting KAMBING GOLEK & GULAI KAWAH setiap hari .Aneka kuih muih, ABC , aiskrim sebagai pencuci mulut. Lebih dari 40 menu disediakan setiap hari. Untuk info menu dan maklumat lanjut. Boleh klik pautan di bawah


πŸ“† 25 Mac - 20 April 2023

⏰ 6:30PM-10:00PM

☎️ 018-403 9225 / 019-690 8391

Lokasi : No 20 jalan lapangan terbang , kampung sei rapat , 31300 Ipoh Perak ( berhampiran carsem dan airport ipoh )


HARGA

RM128 (Dewasa) 

RM128 (Warga emas)

RM78 (Kanak-kanak


[P/S : Senarai lokasi buffet Ramadhan akan dikemaskini dari masa ke semasa]


Nak pilih lokasi yang mana satu? Terpulang pada tahap ketebalan poket korang. Lagipun, sekali sekala nak merasa berbuka puasa ala-ala buffet yang mahal sikit apa salahnya. Bukan selalu. Setahun sekali πŸ€­πŸ’•. Cuma satu Syu nak pesan. Elakkan pembaziran di bulan Ramadhan. Apa-apa pun selamat berpuasa Syu ucapkan.

Februari 26, 2023

La gourmet® Hydration Bottle Giveaway by Anies

Selamat berhujung minggu semua rakan Blogger Syu. Mesti ramai keluar pergi bercuti jalan-jalan dengan anak-anak time musim cuti sekolah ni kan? Tak pun pusing-pusing satu Malaysia makan nasi minyak. Almaklumlah, cuti sekolah. Inilah masa yang sesuai pun nak buat kenduri 😁. 



By the way, memandangkan hari ni Syu ada kelapangan sikit. Syu cuba nak cuba juga submit penyertaan giveaway blogger Anies. Bukan apa, saja nak cuba nasib. Ada rezeki boleh menang botol air La gourmet® Hydration Bottle ni. Syarat penyertaannya mudah saja. Korang hanya perlu :-


  1. Follow blog Anies
  2. Tulis entri giveaway bertajuk "La gourmet® Hydration Bottle Giveaway by Anies" 
  3. Letakkan banner giveaway & backlink ke entri giveaway
  4. Tag 3 rakan Blogger
  5. Tinggalkan link penyertaan di ruangan komen entri giveaway


Klik untuk maklumat lanjut πŸ‘†πŸ». 


Penyertaan giveaway ni terbuka kepada blogger-blogger Malaysia sahaja & akan ditutup tarikh penyertaannya pada 28hb Februari 2023 ni. Pada yang nak sertai giveaway ni, make sure korang follow kesemua syaratnya supaya korang layak untuk menang La gourmet® Hydration Bottle ni okay! All the best Syu ucapkan πŸ˜‰.


(Sarah Deris, Azwar Syuhada & Aienienka. Jom join Giveaway 😁!) 

Februari 24, 2023

Sedap Betul Kaya Kok La BohΓ©me Ni! πŸ˜‹

Kaya Kok
Datang La BohΓ©me mesti beli Kaya Kok ni πŸ˜‹.


Setiap kali datang AEON Station 18. Syu mesti akan repeat beli Kaya Kok (Kaya Puff) La BohΓ©me ni. Sedap sangat πŸ˜‹. Kulit luarnya crunchy & dalamnya ada inti kaya. Sedap! Manis sangat pun tak. Sedang-sedang saja. Serasi sangat bila digabung dengan kulit puff yang plain & berlapis-lapis tu.



Harga Kaya Kok ni tak mahal mana pun. Cuma RM5 untuk 3 ketul. Selain inti kaya, ada juga inti lain - Sardin, ayam & tuna kalau tak silap Syu. Tapi, Syu lagi prefer yang ada inti kaya ni lagi πŸ˜‹. Kalau korang terpandang Kaya Kok ni di La BohΓ©me. Cuba beli satu set! Sedap! Gerenti akan repeat beli lagi 😁. 

Februari 23, 2023

Terbang Pergi Seorang Lagi Geng Bertepuk Bertampar πŸ₯Ί

Semalam, terbang pergi seorang lagi regu membawang Syu. Sekarang tinggallah kami bertiga Asalnya berlima. Apakan daya. Jodoh untuk kekal bersama tak panjang. Sampai takat ini saja. Sebab Allah dah atur rezeki masing-masing dekat tempat lain.



Memang tak dinafikan yang kitaorang semua ni tak sama department. Bila dah duduk dalam office yang sama. Faham-faham sajalah.  Geng-geng ini sahaja yang sentiasa ada bersama sebab sebulu & sekepala. Actually, offimates lain pun Syu kawan juga. Cuma, tak seakrab yang ni πŸ˜….


Friends
πŸ‘ˆπŸ» Yang terbang pergi dua dari kiri. 

Honestly, masa jumpa buat kali terakhir semalam. Automatik mata Syu tak boleh tahan. Serius sebak. Mungkin, Syu rasa ralat sebab dapat tahu lambat pasal pemergian officemate Syu ni. Korang bayangkanlah. Esok last kerja. Hari ni baru dapat tahu. Itu pun sebab ternampak conversation dalam WhatsApp HR - Kalau tak terpandang, sampai ke sudah tak tahu gamaknya 😌. 



Apa-apa pun, Syu doakan akak dapat rezeki bekerja di tempat yang lebih baik. Lebih fleksibel & tak menyerabutkan kepala otak πŸ’†πŸ»‍♀️. Doakan juga kami yang ada dekat sini dapat survive lebih lama. Andai rezeki tak menyebelahi kami, harap ada hendaknya rezeki di tempat lain untuk kami tumpang berpijak. Amin 🀲🏻. Wish you all the best Kak Niza! Stay keep in touch dengan kitaorang okay 😘. 

Februari 19, 2023

Mochi Matcha Redbean Baru Dari Nestle

Buat penggemar green tea (Matcha) & mochi, korang boleh cuba aiskrim baru keluaran Nestle ni. Mochi matcha redbean nama aiskrimnya. Dengar cerita aiskrim ni dah viral dah sekarang ni. 



Jadi, kalau korang jumpa aiskrim ni dekat mana-mana kedai. Grab terus. Jangan tangguh-tangguh. Kalau tak nanti, korang tak merasa πŸ˜‚. Faham-faham sajalah bila dah viral. Susah nak nampak bayang aiskrimnya. 


Mochi Matcha redbean
Luar mochi, isi dalam aiskrim matcha filling kacang merah πŸ˜‹. 


Pada Syu, aiskrim Mochi Matcha ni boleh dikatakan sedap jugalah sebenarnya. Lemak berkrim, ada rasa kelat-kelat teh hijau. Aiskrimnya pun tak terlalu manis. Cuma rasa matcha-nya agak strong sedikit πŸ˜…. Kalau korang nak tahu, isi dalamnya ada kacang merah. Memang kenalah bila digandingkan dengan matcha & mochi πŸ˜‹πŸ’•. 

Februari 16, 2023

Makan Malam Di Restoran Al-Medina Nasi Arab

Restoran makanan Arab di Ipoh ni ada banyak - Tapi boleh dikira dengan jarilah restorannya 🀭. Sebelum ni Syu cuba makan makanan Arab di Restoran Hadramout Tent. Kali ni Syu cuba pula di Restoran Al-Medina. Kalau korang nak tahu, restoran ni ada dua cawangan. Satu terletak di Meru & satu lagi di Silibin. Yang Syu pergi ni yang dekat Silibin 😁. 


Restoran nasi Arab
Tempat cantik, bersih & selesa. 


Menu makan malam kami kali ni tak banyak macam yang kami pesan masa makan malam di Hadramout Tent hari tu. Cukup sekadar roti garlic & hummus untuk appetiser & set nasi sebagai main course kami berdua. Ini pun jenuh juga nak bagi habis. Sebab portion-nya banyak πŸ˜‚. Nasib baik Kunafa & baklava tak ada dalam menu. Jadi, ada kurang sikit menu atas meja untuk di-order


Roti garlic & humusnya sedap πŸ˜‹.


Hanith chicken ni RM16 sahaja. Portion-nya punyalah banyak πŸ˜šπŸ’•. 


Yang ni untuk encik suami punya.  Wajib ada kambing πŸ˜…. 

Overall, makanan dekat sini memang sedap-sedap belaka. Portion banyak. Harga pun berpatutan. Memang tak rugi datang makan dekat sini. Cuma pilihan menu pencuci mulutnya tak berapa banyak. Kalau ada baklava & kunafa mesti lagi syok! Tapi malangnya tak ada πŸ˜ͺ. Yang ada cuma barbosa, aiskrim & fruit salad. Hurm...sedih!

Februari 12, 2023

Lama Tak Makan Subway! πŸ˜‹

Sekali sekala bolehlah makan Subway ni. Kalau hari-hari dok ulang, mahu koyak poket πŸ˜…. Almaklumlah, nama pun sandwich premium. Harga pun premium jugalah kan? Standard kayangan saja yang buat Subway ni makan hari-hari 😁. 


Subway
Honey Mustard, Sweet Onion, Spicy Mayo, JalapeΓ±o Cheese, BBQ & Chipotle Southwest sos paling favourite Syu.


Nak dijadikan cerita. Husband Syu teringin nak makan Subway semalam. Tak nak makan nasi katanya - Tahu bininya dah gaji lettew πŸ˜‚. Jadi, lepas balik kerja. Syu terus gerak ke Subway Station 18 tapaukan Subway untuk dia.



Cuba Roast Beef & Chicken Breaded Cutlet


Dulu kalau makan Subway, suka repeat sandwiches yang ada Roasted Chicken & Teriyaki Chicken. Kali ni, cuba beli Roast Beef & Chicken Breaded Cutlet pula. Saja nak tahu rasanya sedap ke tidak. Adik Subway tu cakap sedap. 



Untuk Roast Beef, Syu pilih roti Honey Oat size footlong - Yang ni husband Syu punya πŸ˜. Rotinya husband Syu cakap tak payah bakar. Tapi, Syu minta adik Subway tu panaskan sekejap guna microwave. Bagi ada rasa suam-suam kuku sikit sandwiches-nya. Baru sedap sikit makan.


Roast beef letak sos honey mustard, sweet onion, jalapeΓ±o cheese & spicy mayo. 


Memandangkan sayur Subway percuma. Jadi, Syu suruh adik Subway tu sumbatkan saja segala jenis sayur yang ada dalam semua sandwiches. Termasuklah sandwich yang Chicken Breaded Cutlet tu sekali😁. Sosnya pula, Syu letak tiga jenis sahaja - sos sweet onion, honey mustard & jalapeΓ±o cheese.



Untuk yang Chicken Breaded Cutlet pula - Yang ini Syu punya sandwich 😁. Syu pilih roti Italian Herbs & CheeseSelebihnya, semua sama macam sandwiches Roast Beef tadi. Rotinya Syu minta adik Subway tu bakarkan sekejap bagi rangup supaya rotinya crunch & tak soggy bila makan πŸ˜‹. 


Sos yang sama tapi isi dalamnya chicken breaded cutlet. 



(P/S : Gabungan sosnya dah sedap dah. Cuma pada Syu, chicken breaded cutlet ni biasa-biasa saja rasanya πŸ˜…) 

Februari 07, 2023

Belajar Elok-elok Sarah Deris! πŸ€—πŸ’•

Semalam hantar Sarah Deris balik Politeknik Sultan Idris Shah di Sabak Bernam. Sampai-sampai. Bersusun kereta parkir diluar kolej siswi. Almaklumlah, cuti semester dah habis. "Ayuh kembali ke sekolahlah" jawabnya 🀣.


Politeknik Sultan Idris Shah Sabak Bernam
Tingkat paling atas duduknya πŸ˜‚. 


Jenuh jugalah berangkut dari tingkat bawah. Sudahlah tingkat paling atas pula tu si Sarah Deris ni duduk. Jenuh menapak πŸ˜‚. Menangis ketiak naik tangga angkut barang. Nasib baik Syu ikut sekali. Kalau tidak, memang penatlah mak Syu dibuatnya. 


Politeknik Sultan Idris Shah Sabak Bernam
Ni saki baki saja. Yang lain semua dah selamat masuk dalam bilik πŸ˜…. 


Rasanya, masih berbaki 2 semester lagi Sarah Deris di Politeknik Sultan Idris Shah ni. Dah tak lama dah. Pejam celik nanti dah masuk semester akhir. 3 tahun belajar, bukan lama manapun. Nanti dah graduate mesti rindu! 



Apa-apa pun, belajar rajin-rajin tau Sarah Deris! Harap tahun ni dapat anugerah dekan (AD) lagi. Cubalah  maintain pointer sampai ke final year. Kalau dapat kelas pertama, tak payah runsing nak bayar PTPTN  dah 🀭.


Politeknik Sultan Idris Shah Sabak Bernam
Sebelum gerak balik, sempatlah ambil gambar barang sekeping dua buat ubat rindu πŸ€—πŸ’•. 

Februari 06, 2023

Sedap Rupanya Jacob's Baked Crisps!

Dah lama dah terpandang Jacob's Baked Crisps ni sebenarnya. Tapi, tak pernah terdetik pula nak beli & cubaπŸ˜…. Lagipun, Syu dah jarang beli biskut-biskut buat stok dalam rumah. Tambah-tambah brand Jacob's ni 🀭.



Tapi, kali ni tetap kena beli buat stok juga. Sebab penangan biskutnya lain macam. Dia punya sedap sampai tak boleh stop mengunyah. Semua sebab officemate Syu. Dialah punca Syu terjebak dengan Jacob's Baked Crisps ni.

 

Ada perisa asli, cheddar cheese & juga sour cream & onion. 


Nak dijadikan cerita. Masa dekat office hari tu mata Syu makin layu dok menahan mengantuk. Almaklumlah, bosan. Asyik menghadap PC saja memanjang πŸ˜ͺ.



Lepas tu officemate Syu pun bagilah rasa sikit "bekalan masa depan" dia untuk dibuat kudap-kudap. Itulah first time Syu makan Jacob's Baked Crisps ni - Officemate bagi perisa cheddar cheese.


Jacob's Baked Crisps
Antara ketiga-tiga Jacob's Baked Crisps. Flavour yang ini paling sedap πŸ˜‹. 


Tak sangka sedap juga rupa-rupanya. Tapi itulah, harga sebungkus Jacob's Baked Crisps ni boleh tahan mahal juga. Sekali sekala nak beli bolehlah. Kalau hari-hari, mahu koyak poket dibuatnya πŸ˜…. 


Jacob's Baked Crisps
Sedap sangat sampai berkeping-keping masuk mulut πŸ€£. 


Sejujurnya, dalam banyak-banyak perisa Jacob's Baked Crisps, Syu paling suka yang Sour Cream & Onion πŸ˜‹. Sedap! Rasanya ada iras-iras macam  Win Win Baked Potato Crisp paket hijau yang ada dijual di kedai Eco 2 nun 😁.  

Februari 04, 2023

Taman Jepun Ipoh

TAMAN JEPUN IPOH | Tempat menarik & jimat budget di Ipoh ni ada banyak sebenarnya. Cuma korang sendiri yang kena pandai cari & terokainya satu persatuπŸ˜ŠπŸ’•. Contoh macam hidden gem yang ada dalam Taman Rekreasi Dr. Seevasingam ni. Kalau datang beriadah ke sini, jangan lupa singgah ke Taman Jepun Ipoh juga ya!


Taman Jepun Ipoh


Kalau korang nak tahu. Di tengah pekan Ipoh yang sibuk ni ada satu "Taman Mini Jepun" yang cantik & sangat mendamaikan. Taman Jepun ni memang berada di dalam Taman Rekreasi Dr. Seevasingam ni juga. Lokasinya tak jauh dari Hospital Besar Raja Pemaisuri Bainun (HRPB) & dibuka kepada pengunjung secara PERCUMA setiap hari πŸ˜πŸ’•. 


BACA JUGA

Taman Rekreasi Gunung Lang, Bekas Lombong Cantik Di Ipoh 

Concubine Lane : Apa Yang Menarik? 

Pasar Karat Loken (Memory Lane) 



Ipoh-Fukouka Sister City


Taman Jepun Ipoh ni sebenarnya merupakan tanda simbolik terjalinnya persahabatan & kerjasama dua hala antara Bandaraya Ipoh dengan Bandaraya Fukuoka. Taman ini telah dibuka secara rasmi kepada pengunjung pada 30 Jun 1995, yang mana perasmiannya telah dilancarkan oleh Datuk Bandar Ipoh bersama Mr.Watanabe yang mewakili Datuk Bandar Fukuoka.


Sejuk mata memandangkan. Penuh kehijauan. Tempat yang bagus untuk release stress πŸ˜Œ. 


Reka bentuk landskap & elemen-elemen yang ada dalam Taman Jepun Ipoh ini diinspirasi dari salah sebuah bandar indah yang berada di negara Jepun iaitu Fukuoka. Luas keseluruhan Taman Jepun Ipoh ini adalah kira-kira 1.2 hektar



Tarikan menarik


Bila sebut Taman Jepun, semestinya 5 komponen utama ini akan  ada dalam pelan susunatur satu-satu Taman Jepun itu. Antaranya :

  • Kolam
  • Zen garden
  • Jambatan
  • Ikan koi
  • Pokok buluh


Taman Jepun Ipoh
Nak ke kiri boleh. Nak kanan pun boleh juga. Tak ada masalah 😁. 


Yang pasti, masuk ke Taman Jepun Ipoh ni korang tak akan sesat punya. Sebab laluan tamannya berbentuk circle. Tak kiralah korang pilih laluan sebelah kanan mahupun laluan sebelah kiri.  Starting point & ending point-nya tetap sama 🀭.  Tapi, kalau korang start dari laluan sebelah kiri. Ini antara tarikan-tarikan menarik yang korang akan nampak. 



1) Karesansui Garden (Japanese Styled Rock Garden) 


Taman Jepun Ipoh
Landskap Batuan Jepun inspirasi dari Satoyama & bandar Fukuoka.


Di sebelah kiri pintu masuk. Korang akan nampak satu laluan yang kiri kanannya ada taburan batu-batu putih, ketulan batu besar & pokok renek yang ditanam secara berkelompok-kelompok. Laluan ini diberi nama Karesansui Garden.


Taman Jepun Ipoh
Landskap Batuan Jepun inspirasi dari Teluk Hakata. 


Karesansui Garden yang ada di dalam Taman Jepun Ipoh ni sebenarnya merupakan landskap abstraks yang menggambarkan pemandangan indah Satoyama & bandar Fukuoka. Setiap elemen-elemen yang ada pada rekabentuk landskap ni ada maksud tersirat disebaliknya.


  • Taburan batu putih - Kolam & tasik
  • Ketulan batu & pokok-pokok renek - Gunung ganang
  • Rumput - Sawah padi



2) Kolam Teratai


Taman Jepun Ipoh
Masa ni bunga teratainya belum kembang lagi. 


Lepas lalu Karesansui Garden, korang akan nampak kolam kecil yang dalamnya ada banyak pokok teratai. Kalau nasib korang baik, korang akan dapat tengok kolam ni penuh dengan bunga teratai. 



3) Japanese pond


Taman Jepun Ipoh
Ada pulau di tengah nun πŸ️. 


Selain bergambar & berjalan cuci mata keliling Taman Jepun Ipoh ni. Korang juga boleh beri makan kepada kura-kura & ikan-ikan yang ada dalam Japanese Pond ni. Bawalah roti atau makanan ikan sikit sebelum korang datang ke mari. Dapat juga diaorang makan. 


Taman Jepun Ipoh
Ada banyak ikan dalam kolam ni. Jenis tak takut orang pula tu πŸ˜. 


Jangan datang sini bawa batang pancing & penangguk ikan sudahlah ya! Sebab dekat sini tak dibenarkan memancing πŸ˜….  Bukan apa. Manalah tahu ada yang geram nak bawa balik dalam seekor dua. Almaklumlah, ikan-ikan yang ada dalam kolam ni semuanya jenis tak takut orang & suka main-main dekat gigi air.  Termasuk kura-kura ni πŸ˜‚. 


Taman Jepun Ipoh
Acik-acik kalau datang sini jangan lupa bawa makanan tau. Jangan jadi macam tukang ambil gambar ni. Datang bawa diri saja πŸ’. 


So, kalau korang mencari tempat terapi mata & tenangkan fikiran. Taman Jepun Ipoh inilah tempatnya. Datang ke Ipoh, wajib singgah ke sini. Kalau ada baju kimono, bawa sekali! Boleh ber-OOTD terus 🎎.