Shopee : Akaun Kena Banned (Part 1)

September 06, 2021

Ini alkisah hari Jumaat hari tu. Nak bercerita. Tapi tak terluah. Dia punya sabar tu tahan bawak sampai ke hari ni. Tak tahulah nak geram ke nak menyampah dengan Shopee ni.  Niat hati kononnya nak shopping lah bersempena event Shopee 9.9 ni. Semuanya gara-gara ternampak abam Jackie Chan dok menari-nari dekat iklan Shopee dalam TV (Sambil menaip entri ni pun nampak iklan Jackie Chan ni lagi!! Geramnya ๐Ÿ˜”). Tak ke menggugat keimanan nak bershopping. Cubalah buka aplikasi Shopee. Bila bukak akaun, nak sign in Shopee tak boleh. Ahhh...sudah!! Mulalah nak naik geram. Banyak kali jugaklah Syu cuba untuk login. Asyik keluar notifikasi "Login failed"? 


Shopee : Banned
Bengang jugaklah sebab nak shopping tak dapat!!๐Ÿ˜…

 

Entah macam mana tiba-tiba terdetik hati ni nak baca email. Rupa-rupanya, ada satu email dari Shopee (bertarikh : 2/9/2021) ni bagitahu akaun Syu dah kena banned!! Lagilah makin bertambah menyirap lah dibuatnya. Dah kenapa kan? (Dalam hati : "Aku nak shopping ni. Kenapa banned akaun aku!! ๐Ÿ˜…"). Rasanya, Syu tak ada pun beli & jual barang terlarang. Dalam otak dah pikir. Mesti ada someone yang dah hack akaun Shopee. Kalau tak, masakan sampai kena banned ye dak? Selama hari ni kalau Syu nak login pun Syu just guna akaun 3rd party iaitu akaun Facebook. Bertahun-tahun dah guna, baru hari ni kena banned. Lawak sungguh. 




APA NAK BUAT?

Dekat sini ada 3 alternatif yang korang boleh buat untuk dapatkan semula akaun Shopee korang.  Antara alternatifnya :

1) Appeal form

Shopee : Banned
KIRI : Email pemberitahuan dari pihak Shopee. KANAN : Appeal form yang korang kena isi & submit.

Once korang kena banned, perkara yang korang kena buat adalah dengan submit appeal form dekat Shopee.  Appeal form ni korang akan dapat melaui email yang dihantar oleh pihak Shopee. Dekat email tu korang klik jer perkataan "Appeal Form" yang dah di highlight dengan warna oren tu. Then korang isi jer form tu macam biasa. Lepas tu korang submit. Tunggulah dalam 3-5 hari bekerja. Pihak Shopee akan hantar maklumbalas.


2)   Email 

Selain dari appeal form, korang boleh jugak hantar fraud appeal melalui email ke help@support.shopee.com.my untuk respon yang lebih cepat, Tapi, kalau korang rasa dengan submit appeal form dah cukup, ianya tak jadi masalah pun. Sebabnya, respon dari team Shopee ni kira agak cepat jugaklah untuk isu-isu yang macam ni.

Shopee : Banned




3)  Telefon Help Center Shopee

In case korang tak dapat sebarang maklum balas daripada korang punya appeal, alternatif terakhir korang boleh buat adalah dengan menelefon terus Help Center Shopee ditalian +603 2777 9222 . Masa ni korang ceritalah segala apa yang terbuku dihati korang (Macam nak buat aduan kes penderaan rumahtangga pulak jer kan. Padahal akaun Shoppe kena banned jer. Ha3 ๐Ÿ˜). Untuk pengetahuan korang, Help Center Shopee ni beroperasi setiap hari bermula jam 9 pagi sehingga jam 6 petang. So, bila ada kelapangan & keperluan, korang boleh telefon untuk mendapatkan maklumbalas dari pihak Shopee.

Actually, ada satu lagi alternatif.  Tapi, alternatif ni tak akan berkesan once akaun Shopee korang dah kena banned!! Nak tahu apa dia? Shopee Chat ๐Ÿ˜† . Nak tak nak, 3  cara yang  Syu listkan dekat atas ni jer yang korang boleh guna pakai. Kat sini Syu cuma guna 2 alternatif jer untuk dapatkan semula akaun Shopee Syu. Shopee appeal form & email. Bukan apa, tak kuasa Syu nak menelefon Shopee. Buat ngabiskan kredit jer!! Lagipun mood nak shopping dekat Shopee dah hilang (Dalam hati : "Bagus jugak. Jimat duit aku!! ๐Ÿ˜") . Bersambung...

What My Bawangians Say

  1. Curious pulakk macam mana boleh kena banned ni, seram sejukkk jugakk kita. Dah lah coins shopee kita banyak hahaha, memang rugi la kalau tak sempat guna >.<

    BalasPadam
    Balasan
    1. ๐Ÿ˜”Itu lah pasal. Akak pon tengah dok bercari punca kenapa sampai kena banned. Dah lah dalam wallet tu ada lagi balance RM40. Coins pun banyak ๐Ÿ˜….Rugi jer kalau tak dapat unbanned akaun.

      Padam
    2. Bagi saya, RM40 tu banyakkk jugakk lahhh, lepas makan minum saya 3 hari >.<

      Padam
    3. Tu pasal selagi boleh akak gigih submit appeal jugak. Harap dapatlah reactivate balik account. Hu3 ๐Ÿ˜‚.

      Padam
  2. Alaaaa sian nyaaaa.. Dah kenapa plk tegiba kena banned? Dia ada bgtau sebab ke dalam emai tu syu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dekat email sebelum ni tak ada mentioned pun Kak Ret.Tadi Magrib baru dapat respon dari pihak Shopee.Nanti Syu cerita kat part 2 sebab apa akaun Shopee kena banned ๐Ÿ˜‚

      Padam
  3. Allahu, seram jugak ni ๐Ÿ˜ฑ

    BalasPadam
  4. boleh pula tiba-tiba kena bannned. memang geram dibuatnya..

    BalasPadam
  5. harap2 masalah dapat diselesaikan
    Tunggu episod ke-2

    BalasPadam
  6. Pernah jugak kena banned. Tapi kejap je masalah setel. Tak sampai 3 hari rasaya lepas buat appeal tu.

    Kalau ada problem macam ni, boleh je live chat Shopee. Pagi-pagi buta pun diorang layan. ๐Ÿ˜…

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah submit appeal dah hari Jumaat hari tu. Tapi disebabkan bertembung dengan weekend, hari ni baru dapat maklumbalas.Itu pun lepas dah published post ni ๐Ÿ˜†.

      Live chat tak boleh masuk sebab dah totally kena banned ๐Ÿ˜….Banyak kali dah cuba.

      Padam
  7. Seram jugak la kalau akaun shopee kena banned macam ni

    BalasPadam
  8. Aduh.. Apesal boleh kena banned pulak tu.. Parah jugak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semalam baru dapat feed back dari Shopee. Ada kelapangan nanti Syu cerita nanti dekat part 2 ๐Ÿ˜Š.

      Padam
  9. berdebar pulak nak tunggu feedback dari shopee tu

    BalasPadam
  10. Nak shopping nak bagi business, kena banned, inshaAllah dapat feedback soon tu

    BalasPadam
  11. Dah kenapa pulak kena banned tak pasal pasal. Curious gak nak tahu kenapa. Untuk tunggu part II.

    BalasPadam
  12. seramnyaa gini,, x tau punca kena banned dah la suka jugak shopping kat shoppe tuu huu

    BalasPadam
  13. Takutnya, jgn la jadi gitu sbb dlm tu ada duit kot, coin pun ada..

    BalasPadam