Hinakah Berstatus Janda?

September 19, 2021

[jan.da] | جندا


Orang perempuan yg pernah berkahwin tetapi tidak bersuami lagi kerana bercerai atau kematian.


-Dewan Bahasa & Pustaka-

Nauzubillahiminzalik. Bagi lah dekat mana-mana wanita sekali pun. Tak ada wanita mana pun yang niatnya membina masjid semata-mata nak pegang gelaran janda ni. Kita dah sedia-sedia tahu. Semua perkara yang melibatkan ajal maut & jodoh tu semua Allah yang tentukan. Lain orang, lain jalan ceritanya yang Allah dah atur.  Kadang-kadang, tak semua perkahwinan tu akan berakhir dengan bahagia macam yang kita nak kan sepertimana dalam drama love story dekat TV.  Bak kata Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri.


Hinakah Berstatus Janda

Jadi, kita sebagai orang luar sangat tak layak untuk pertikai apa yang berlaku dalam rumahtangga orang. Itu sebab dalam perkahwinan adanya nikah, cerai & rujuk. Andai  perceraian tu jalan terakhir kepada kemelut rumahtangga, tak ada siapa yang dapat menghalang. Sebagai orang luar janganlah nak judgemental sangat dalam soal dalam kain orang lain. Takut nanti kain sendiri koyak langsung tak sedar. Kadang-kadang Syu pun tak faham dengan mulut-mulut bawangian yang toksik kat luar sana. Tak kahwin salah. Dah kahwin salah. Bercerai pun salah? Dah tu apa yang betulnya yer?



JANDA VS. DUDA


Dedulu, menjadi janda ni memang dipandang serong sangat-sangat. Tak kisah lah samada menjanda disebabkan diceraikan, mintak cerai mahupun bercerai mati. Kalau yang bercerai mati tu mungkin ada elok sikitlah dipandang. Sebab bila bercerai mati, tak banyak hal yang nak dipertikaikan. Kebiasaannya yang selalu jadi bahan ejekkan adalah kalangan janda yang terlibat dalam kes bercerai hidup. Semestinya janda yang bercerai hidup ni akan jadi topik bualan hangat makciks-makciks bawang. Bila dah pegang status janda ni, ada segelintir masyarakat beranggapan yang janda ni jahat. Suka goda suami orang lah apa lah. Senang cerita, semua serba serbi buruknya pada janda. Padahal tak semuanya berperangai macam tu. Takkan lah dek kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga. 



Yang hairannya, duda tak pulak kena tempias yer 😅. Idak pulak diorang dicop perampas mahupun perosak rumahtangga orang. Jika dibandingkan dengan wanita yang pegang status janda, lelaki  yang pegang status duda jarang sekali terpalit dengan apa-apa spekulasi & andaian buruk oleh masyarakat. Mungkin dek kerana duda ni seorang lelaki, barangkali susah sikit untuk dibuli & diperkotak-katikkan jika dibandingkan dengan janda yang seorang wanita. Pernah rasa penumbuk duda? Nak rasa cubalah.



STIGMA MASYARAKAT HARI INI


Sekarang ni dah zaman millennium. Zaman moden. Sewajarnya, pandangan tu jauh ke depan bergerak seiring zaman. Tapi, masih ada lagi ke yang cop janda ni jahat? Kaki kikis & perosak rumahtangga orang? Mungkin ada segelintir janda yang berbuat macam tu. Tapi takkan disebabkan segelintir janda yang buat perangai tak semenggah, kita semua nak pukul rata pada diorang-diorang yang tak ada kena mengena. Pada Syu, itu tak adil. Walaupun Syu pernah alami dalam keluarga Syu sendiri. Tapi, itu tak menjadikan Syu stereotype untuk melabelkan semua janda ni jahat. Walhal Syu tengok mak Syu (sebelum berkahwin) & kawan Syu elok jer perangai. Idaklah pulak diorang menggoda & merosakkan rumahtangga orang. Yang tergoda tu mungkin lah. Ironinya bukan orang lain pun yang tergoda. Selalunya, suami-suami makciks-makciks bawang toksik tu jugak yang sibuk kejarkan janda.



Kadang-kadang sedih tau. Golongan-golongan yang macam ni selalu sangat dipandang serong. Padahal diorang tak ada salah apa pun. Kalau jenis janda yang jahat tu tak boleh nak kata apa lah kan. Cuma yang tak ada salah apa tu turut terpalit sama.  Walhal, ada dikalangan janda ni terdiri dari kalangan ibu tunggal yang gigih mencari rezeki untuk menyara anak-anak & tak terlibat langsung pun dalam bab nak menjatuhkan masjid orang. Ini antara bait-bait luahan seorang janda yang Syu baca dalam salah satu blog. Memang sedih jugaklah baca luahan dia. Cerita penuh boleh baca dekat SINI.

Yang perempuan pulak, ramai yang menjuih2 bibir pandang kami penuh prasangka. Nak ngorat suami diorang lah, dikatakan tak reti jaga suami. Lebih buruk lagi ditambah perisa & disensasikan kisah perceraian kami yang memang selalunya kalian tak tahu punca sebenar. Diperli2 kami sehingga kami malu nak menghadap masyarakat. Kami bukan bahan hinaan. iktiraf kami sebagai ibu tunggal yang berjuang sendirian membesarkan anak2. Kalau ada golongan kami yang jahat atau terlebih hot & nakal, jangan lah kami semuanya dilabel sama.


(Sumber : iiumc.com)

Zaman sekarang ni janda-janda kat luar sana dah tak macam dulu. Kebanyakannya dah jadi golongan cerdik pandai, bekerjaya & pandai berdikari. Bahkan, tanggungjawab sebagai ayah pun diorang galas sorang-sorang. Ada sesetengah masyarakat hari ni, especially yang duduk di bandar-bandar besar, memang dah tak hairan dah dengan wanita-wanita yang pegang status janda.  Sebab diorang tahu, betapa struggle-nya menjadi janda & ibu tunggal kepada anak-anak jagaan diorang walaupun si duda yang menjandakan si isteri ada yang culas dalam bab nafkah anak-anak. Jadi, sudah-sudahlah menghina wanita yang bergelar janda ni. Dari dok kutuk-kutuk janda jahat penggoda bagai, lagi elok kita berikan sedikit bantuan & dorongan untuk diorang teruskan hidup. Bukan nak menangkan janda ke apa. Cuma nak pesan. Janda tak semua jahat. Tak semua penggoda & perosak rumahtangga. Sekian saja, topik pasal janda.


What My Bawagian Says

  1. Ingat lagi masa arwah mama ammi baru kehilangan arwah ayah. Tahun 99 masa tu.

    Mcm biasa mama gi kerja (kerja kilang je pun) dengan seluar/kain dan t-shirt kerjanya... Ada pulak jiran yg tegur

    "eh.. Semenjak jadi janda lain macam pakaian kau".

    Ammi geram.. Mak saya bukan janda.. Mak saya balu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang sekeliling kadang-kadang banyak yang toksik tau Ammi. Cuma kena pandai-pandai neutralkan diri sendiri. Mulut orang memang tak boleh nak tutup. Patutnya, soal nak pakai apa bila dah jadi janda mahupun balu, tak sepatutnya dipertikaikan. Dah nama pun pergi kerja, kenalah follow dress code yang dah ditetapkan yedak?

      Setakat pemerhatian Syu, sepanjang mak Syu pegang status ni, alhamdulillah...belum pernah kena lagi sampai macam ni. Walaupun bercerai hidup, kawan-kawan mak Syu semua supportive & bagi galakkan. Bila pergi mesyuarat Amanah Ikhtiar Malaysia(AIM), tak ada siapa pun persoalkan pakaian mak Syu walaupun mak Syu nampak bergaya. Cuma Syu perasan, bila mak Syu single dia nampak happy & banyak masa dihabiskan untuk diri sendiri & anak-anak.

      Padam
  2. Stereotaip masyarakat memang susah untuk diubah. Kena tengok apa content dia terima, dengan siapa didikan yang dia dapat. Isu cerai ni banyak benda kena fikir balik. Cerai memang dibenci oleh Allah, tetapi ia bukan satu perbuatan yang larang. Kalau dah memang solusi itu sahaja yang paling baik kita siapa nak menghentikan takdir itu.

    Soal gatal saya rasa janda atau tak janda benda ni adalah individu sendiri. Kalau dia jadi isteri orang and dia nak curang and menggatal dia boleh juga buat. Vice versa untuk lelaki.

    Senang cerita kita as manusia ni tak patut pun nak palatao semua benda.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Nadia. Pucuk pangkal pada diri sendiri jugak. Tangan kalau tepuk sebelah masa kan dia berbunyi. Cuma ada sesetengah masyarakat senang sangat melabel janda ni jahat. Padahal ada jugak yang bukan janda perangai tak semenggah. Rasanya, dah sampai masanya masyarakat dekat luar sana ubah persepsi buruk pasal janda ni.

      Padam
  3. Dulu mungkin ya, tp skg dah lain..byk janda ada kerjaya..tp tak semua la..padangan serong tu biasa..pasti ada bkn kerana statusnya..tp kerana mmg dari azali janda ni sudah di cop sebegitu..walaupun tak sebenarnya!

    BalasPadam
  4. janda/ balu/ ibu tunggal - tak ada wanita yg inginkan status ni. bagi ayu personally.. tak suka word janda tu sbb bunyi macam kasar, balu plak..mcm sedih sgt. so kalau isi borang or apa2..ayu akan letak kat status tu.. ibu tunggal or single mom, nampak lembut je. so far sejak bergelar ibu tunggal ni, takde la dgr perkar2 yg x best & minta dijauhkan lah.. in sya Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 😅 Itulah. Masa Syu buat entri ni, Syu pun rasa macam tak elok & jahat beno bunyi perkataan janda ni. Kalau yang suami meninggal boleh lah lagi panggil balu. Tapi memang sedihlah bunyinya kan. Yang ada anak panggil ibu tunggal/single mom. Yang tak ada anak nak panggil apa pulak? Disebakan ada kekeliruan ni, maka dicoplah semuanya dengan panggilan janda. Walaupun bunyinya macam tak syok nak dengar.

      Harap2 tak ada lah dengar apa2 sebab sekarang ni ramai yang terbuka minda sikit. Tak macam dedulu. Asal janda jer jahat. Perosak rumah tangga semua. Padahal tak semua macam tu.

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!