Baru Dia Tahu, Mi Sedap Tu SEDAAP!! πŸ˜†

September 17, 2021

Masa mula-mula kahwin dedulu, husband ada cakap yang dia tak suka mi SEDAAP ni. Sebab katanya tak sedap πŸ˜…!! Bulan lepas, masa keluar berbeli barang dapur, Syu sempat grab senyap-senyap barang sebungkus. Asyik makan MAGGIE jer, lama-lama naik jemu lah pulak. Sekali sekala, kita tukar selera makan mee goreng segera SEDAAP pulak.

Syu beli pun sebab nak lepas gian makan Mi SEDAAP jer. Lama sangat dah tak pekena. Syu tak ada lah ambik banyak. Sebab yang sorang tu kata tak suka 😁. Lagipun dalamnya dah ada 5 bungkus. Nanti grab banyak-banyak takut tak termakan pulak. (Eh, kejap-kejap. Grab sebungkus? Dalam ada 5 bungkus. Apa bendalah ayat Syu ni. Bungkus dalam bungkus? Ha3 πŸ˜‚. Patutnya 5 pek lah kan?)

Mi Sedaap
"Jelas terasa sedapnya". Memang ngam lah dengan slogan dia πŸ˜…. 

Nak dijadikan cerita, ada satu malam tu Syu masaklah satu pek sekali dengan pakej scrambled egg. Husband nampak dia pun jadi terliur. Cubalah makan dalam sesuap. Kunyah-kunyah. Tiba-tiba dia diam kejap (Menghayati kesedapan agaknya 😁). Lepas dah telan baru ada respon kata sedap πŸ˜†! Lambat nau respon nya. Dia punya gaya makan mee segera macam makan hati.


Bila ditekak dah kata sedap, tak pasal-pasal disuruhnya Syu buat yang baru. Yang Syu punya di ambiknya. Dalam hati Syu "Baru dia tahu, mi SEDAAP tu SEDAP!!". Dulu kemain menyombong πŸ˜†. Asal nak beli jer kata tak sedap. Asal tunjuk jer, memanjang kata tak sedap. Padahal tak pernah di rasanya. Bila dah tau sedap, sampai ke hari ni asyik dok mengulang restock mi SEDAAP sampai mi MAGGIE pun dilupakannya.

Mi Sedaap
Maaflah. Food plating tak semenggah sikit πŸ˜…. 

Malam tadi kitorang try pulak yang pek JUMBO sekali pakej scrambled egg 😁. Tapi kan, yang pek JUMBO ni macam kurang sikitlah rencahnya. Yang membezakan dengan pek biasa cuma dia punya kuantiti mi jer. Mi dalam pek JUMBO ni macam banyak sikit berbanding dengan pek biasa. 

Bila makan mi goreng segera. Tiba-tiba teringat masa zaman belajar dedulu. Selain nasi, mi segera ni lah makanan pengganti nasi time poket tengah senak. Nak mintak duit dekat mak & abah segan. So, makan jelah mi segera sampai lah abah telefon tanya ada duit lagi ke tak πŸ˜…. Kadang-kadang sampai kena marah sebab tak bagitahu duit dah licin. Bukan tak nak mintak, cuma terfikir & kesian dekat abah sebab ada banyak lagi yang dia nak kena tanggung kat rumah.


Actually ada banyak lagi perisa mi SEDAAP ni. Cuma setakat ni yang Syu boleh terima mi goreng jer. Itupun beli yang original. Pernah cuba yang sambal & ayam. Tapi tak sedap πŸ˜†. Siapa dekat sini suka Mi SEDAAP angkat tangan!! πŸ™‹

What My Bawangians Say

  1. Akak pun suka yang ni Syu. Betul² sedap. Hehe...
    Samalah, masa kat u... mi adalah penyelamat di kala duit poket semakin berkurangan. Huhu... Bukan pasal takut nak mintak... tak, tapi kesian kat mak ayah. Kan!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu kak!! Betul2 SEDAAP 🀣!!Memang kena lah slogan yang ditulis kat packaging tu. Tak tipu.

      Urmmm...bertakung pulak air mata bila kenang zaman belajar πŸ˜‚. Betul kak. Bukan takut nak mintak. Cuma kesian & tak sampai hati. Masa belajar dedulu, adik-beradik ramai yang kecik-kecik & bersekolah lagi. Dah confirm-confirm nak pakai duit banyak kan. So, kita pun berfikirlah nak tolong mak & abah jimatkan kos perbelanjaan. Niat dah baik. Tapi ending nya kena marah pulak🀣.

      Padam
  2. πŸ™‹‍♀️πŸ™‹‍♀️πŸ™‹‍♀️ sayaaaa.
    Tak ada lah suka. Tapi boleh la sekali sekala nak makan. Mi segera goreng Mee Sedap lah yang best. Saya lebih prefer mi segera berkuah dan brand mestilah MAGGIE! hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Sekali sekala nak makan tu boleh lah.

      Mi segera berkuah semestinya lah MAGGIE kan. Suka yang kari, asam laksa & tomyam πŸ˜‹.

      Padam
  3. suka juga makan mee sedap mi goreng ni sebab pengaruh member duduk hostel dulu lepas tu ketagih dan jimat duit juga..haha
    mee sedap yg mi goreng je setakat ni yang saya suka makan yang perisa lain tu agak kurang sikit..

    BalasPadam
    Balasan
    1. πŸ˜ŠπŸ’•Kan. Sama lah. Syu pun selalu beli yang mi SEDAAP goreng jer. Ada jugak mi SEDAAP yang berkuah, tapi tak sesedap yang mi goreng niπŸ˜…

      Padam
  4. umah akak stok. ni tak putus, he hee kena ada je
    malm2. lapar menu ank bujang
    tp. lama2 boring dah ktanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syu selalu spare dua brand mi segera jer kat rumah. Tak MAGGIE, mi goreng SEDAAP ni. Bila ada, time terdesak lapar boleh masak ye dak 😁. Kena tukar-tukar jugak. Asyik hadap mi SEDAAP memanjang pun jemu jugak.

      Padam
  5. Lebih suka mi maggie daripada yang lain2nya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi3😁. Syu pun suka mi MAGGIE jugak wak.

      Padam
  6. Jika Naim lebih kepada produk Maggie . hehe. Lapar pulak lihat mi hehe

    BalasPadam
  7. Kita geng! Selalu beli yang jumbo tu, memang puas hati makan la kalau jumbo tu hahahahaha. Haaaa baru tahuuu kesedapan dia macam mana kan kak syu, lepas ni mesti selalu suruh kak syu masakkan hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sep sikit!! Ha3😝
      Memang puas makan yang jumbo sebab mi nya lebih. Tapi kalau rencahnya dia bagi lebih sikit pun okey jugak. Bila mi dah jumbo, macam tak terasa sangat pulak rencahnya.

      Itulah. Baru tahu mi SEDAAP tu sedap πŸ˜†. Dulu masa masak mi MAGGIE ada gak husband suruh masak. Sejak mi SEDAAP ada, elok jer masak sendiri. Senang nak masak pun. Celur mi, masuk perencah, gaul-gaul, siap!! 😁

      Padam
  8. tak pernah try lagi
    rabia masak maggi goreng guna jenama maggi tu
    yg kari punya maggi kari

    BalasPadam