Ogos 31, 2024
Makan Puas-puas Sushi King 4-Course Buffet

Hari ni last promo Sushi King 4-Course Buffet. Memandangkan encik suami cuti hari ni. So, kita ajak dia makan sushi puas-puas dekat Sushi King. Harga member cuma RM57.70/pax. Kalau korang nak tahu, set buffet ni lengkap dengan air, appetizer & dessert. Nak makan menu selain sushi pun boleh. Tapi, harganya tak samalah. Nak kena add-on dalam cart. By the way, dikesempatan ini Syu nak ucapkan Selamat Hari Merdeka yang ke-67 kepada semua rakan Blogger Syu. Malaysia Madani Jiwa Merdeka! Jemput makan & selamat berhujung minggu 😉.
![]() |
Ada banyak menu Sushi King 4-Course Buffet kali ni. Rambang mata nak pilih. |
![]() |
Setel! Nanti ada buffet Sushi King lagi kita repeat 😋. |
Ogos 25, 2024
Lama Tak Singgah Satay Hut Tanjung Karang

Dulu masa duduk area Selangor, abah rajin bawa kitaorang semua makan dekat Satay Hut Tanjung Karang ni. Sataynya sedap. Besar-besar. Dulu biasa je kedainya. Menunya cuma ada satay je. Tak banyak pilihan.
Sekarang kedainya dah upgraded. Menu pun dah banyak. Pilih je nak makan apa. Janji bayar dulu masa dekat kaunter. Kalau tak nanti, sampai kesudah makanan korang tak sampai-sampai 😬. Tapi korang jangan risau. Servis dekat sini memang cepat!
Kalau korang singgah makan dekat Satay Hut Tanjung Karang ni. Korang wajib cuba Mee Bandung Special dia. Serius sedap. Kuahnya memang padu 👍🏻! Siap ada letak sotong dengan udang lagi. Pada Syu, kira berbaloilah harga semangkuk RM15.
![]() |
Kenyang sangat! Satay kita tapau je bawa balik kampung 😂. |
Selain mee bandung, mee goreng mamak dekat sini pun boleh tahan juga. Teksturnya lembab-lembab gittew. Cukup rencah & cukup rasa. Harga tak ingat berapa 😂. Satay? Syu tapau bawa balik & bagi dekat adik Syu. Tak tahu sedap macam dulu ke tidak. Nanti tanya dia balik 🤭.
Disember 30, 2023
Lunch Di Dekori Premium Cafe

Selesai buat rawatan di klinik semalam. Syu ronda-ronda dulu di pekan Ipoh. Saja! Malas nak balik rumah. Jadi, Syu roger cousin husband & ajak dia keluar lunch sama. Cadang nak ajak dia lepak di AEON Kinta City. Tapi, macam tak cukup masa lah pula. Dianya kerja. Rehat sejam saja. Takut rushing pula dia nak balik office nanti 😅.
Nak dijadikan cerita. Dia ajaknya Syu lepak dekat cafe tempat dia kerja. Lokasinya nun di Soho Ipoh sana. Dekat Dekori Premium Cafe. Memandangkan dia staff dekat sana. So, dapatlah harga istimewa sikit bila kitaorang makan dekat situ 😁. Dekat sini ada, deserts, pasta, tea & coffee. So, korang nak lunch menu yang lite-lite, boleh singgah sini.
Salted egg pasta sedap! 😋
Sejujurnya, kafenya memang cantik & selesa. Sesuai sangat dijadikan tempat untuk celebrate apa-apa party. Makanan pun boleh tahan sedap juga. Especially, Salted Egg Pasta-nya. Cousin husband Syu cakap, menu pasta ni memang selalu on demand 😁. Sebab sedap punya pasal - Memang sedap pun sebenarnya 🤭.
![]() |
Sedap pastanya! Ada rasa creamy salted egg & pedas-pedas manis 😋. |
![]() |
Signature Toast Berry Chocolate ni pun sedap tau 😘 |
Niat asal nak makan Kakigori sebenarnya . Since, selesema & batuk Syu pun belum reda lagi. Jadi, kita makan makanan yang lain sajalah. Yang sejuk-sejuk kita skip dulu. Kemudian hari baru kita datang singgah makan dekat sini lagi 🥹. Kalau tak nanti, alamat lambat baik-lah batuk & selesema Syu.
November 19, 2023
Izzat Steamboat & Grill : Steamboat & Grill Ala Korea Di Teluk Intan, Perak
Semalam, Syu dengan husband try makan buffet steamboat & grill di restoran Izzat Steamboat & Grill di Teluk Intan, Perak. Kalau dari Ipoh, dekat sejam lebih jugalah nak sampai ke sana. Nak dijadikan cerita. Punca utama keterujaan Syu & husband nak singgah makan dekat sini adalah disebabkan pengaruh Tik Tok 😂.
Bukan apa, kerap sangat videonya fyp. Lepas tu, dapat tahu pula dekat restoran ni ada set daging wagyu premium. Harga marhaen pula tu! - Itu yang menggelejat nak pergi sangat tu 🤣. Dah tak pasal-pasal terkenang-kenang & terliur nak cuba.
![]() |
Lokasi restorannya betul-betul bersebelahan dengan Hotel Anson, Teluk Intan. |
So nak tak nak. Balik kerja pukul 1 semalam, Syu & husband terus gerak ke Teluk Intan. Sampai sana, ngam-ngamlah waktu untuk kitaorang berdua minum petang. By the way, best ke tidak makan dekat sini? Meh Syu nak review.
Kalau korang nak tahu. Apa yang best & uniknya pasal restoran Izzat Steamboat & grill ni adalah disebabkan style & suasana restorannya yang ada vibes ala-ala macam makan steamboat & grill dekat kedai makan Korea gittew.
![]() |
Corong sedut asap tu yang unik sebenarnya. Rasa macam makan dekat kedai makan Korea pun ada. |
Korang tengoklah! Siap ada cerobong asap seketul ko dekat tengah-tengah meja makan tu! Setiap meja ada. Memang acah-acah Korea sangat tau. Padahal benda tu function untuk sedut asap jer sebenarnya. Ha3 🤣.
Berapa harga satu kepala?
Harga buffet steamboat & grill dekat sini RM39.90/pax untuk dewasa. Boleh dikatakan harga standard-lah pada Syu. Set buffetnya pun lengkap. Start dari appetizers sampailah ke deserts. Perapan daging untuk grill pun ada bermacam-macam jenis - BBQ, teriyaki, spicy Thai, Bombay, Signature & dll. So, boleh pilih ikut selera tekak korang.
![]() |
Macam-macam jenis perapan ada. Pilih jer mana yang korang nak. Janji jangan membazir. |
Cuma, pilihan side dishes & seafood tu tak semeriah macam Syu makan dekat Saloma Steamboat & Grill hari tu 😅. Syu perhati, kebanyakkan seafood dekat sini macam banyak seafood yang jenis frozen tu. So, korang faham-fahamlah rasanya macam mana ya. - Yang pasti kuah rojak buah dekat sini memang padu!
Sos wasabi is the best 👍🏻!
Sos pencicahnya jangan cakaplah. Ada banyak jenis ya kawan-kawan! Memang rambang mata korang nak pilih yang mana satu. Tapi, walau macam mana sekalipun. Dalam banyak-banyak sos pencicah. Syu paling suka sos wasabi.
Memang sedap! Sosnya tak ada lah pedas mana pun. Tapi, rasa menyengit wasabi dekat hujung-hujung hidung tu yang buat Syu ketagih. Macam husband Syu, dia suka sos mustard. Yang lain tu dia kata biasa-biasa saja.
![]() |
Kuah rojaknya memang sedap. Cukup rasa masam, pedas & manisnya. |
4 pilihan kuah steamboat istimewa
Untuk steamboat. Ada 4 jenis pilihan kuah yang korang boleh pilih. Kuah sup ayam, kuah tomyam, kuah asam pedas & kuah kari nyonya - Tadi Syu pilih kuah asam pedas. Untuk kuah asam pedas tu. Kuahnya sedap dah. Cukup rasa pedas masamnya.
Cuma, kalau ada rasa manis-manis sikit dekat hujung-hujung tu mesti lagi sedap - Sejenis tekak tak boleh tak ada gula 😂. Pada yang tak suka makan pedas & ada bawa anak kecil, Syu sarankan korang pilih kuah sup ayam.
![]() |
Untuk set premium, korang boleh add-on wagyu skewers,baby octopus,smoked duck, hirisan daging wagyu A5 & salmon. |
Kalau korang datang sini. Makanlah kenyang-kenyang & puas-puas ya. Manfaatkan 120 minit yang diberikan pada korang tu sebaik-baikya 🤭. Bab parking jangan risau. Ada banyak! So, untuk booking & details lebih lanjut. Korang boleh jengah sendiri ke website Izzat Steamboat & Grill.
Julai 31, 2023
Cloud 9 Gold Caramel Nut Crisp Sedap & Crunchy !🤪

Hari ni Syu nak spill the tea pasal Cloud Gold yang satu ni. Siapa-siapa yang jenis sweet tooth, confirm akan ketagih punya! Sebungkus, memang tak cukup. Sekali cuba mesti nak ulang makan lagi 🤭.
![]() |
Syu beli RM6.55 sebungkus dekat Speedmart 99. Di dalamnya ada 11 mini pek Cloud 9 Gold Caramel Nut Crisp 😁. |
Ini dia! Cloud 9 Gold Caramel Nut Crisp! Serius sedap! Rasa isi dalamnya sebiji macam kacang tumbuk & gula-gula udang 😁. Cuma tekstur lembut sikit & tak berderai.
Bahagian luar Cloud 9 Gold Caramel Nut Crisp ni disalut dengan coklat supaya nampak lebih premium 🤤. Rugi sangat kalau korang tak beli. Sementara belum viral, baik korang grab dalam sebungkus dua. Kalau tak nanti melepas.
![]() |
Kacang dekat bahagian dalamnya berlapis-lapis. Lepas tu crunchy pula tu 🤤. |

Jun 04, 2023
Bask Bear Coffee Sedap. Tapi...

Kemarin lepas balik kerja, Syu rasa lapar sangat! Nak terus masak makan malam, ayam pula keras kejung baru keluar peti ais - Lupa nak keluarkan masa balik rehat tengahari alkisahnya 😂. Perut pula dah berkeroncong minta diisi.
Jadi, sementara nak tunggu ayam beku tu defrost, tangan pun kelebeklah apps GRABFOOD. Lapar. Tapi, tak tahu nak makan apa sebenarnya. Yang pasti tekak Syu teringin nak cuba sesuatu yang baru & ringan-ringan - More kepada snacks ataupun appetiser macam itulah kononnya 🤭
BACA JUGA
➣ D'Laksa Asam Laksa : Asam Laksa & Rojak Padu!!
➣ 4Fingers Crispy Chicken : Cheesy Cheesy Chicken Combo
➣ GrabFood : Hokkaido Baked Cheesetart (HBCT) Murah!!
Then, baru Syu teringat Bask Bear Coffee dah ada buka cawangan barunya di Station 18. So, inilah masanya untuk Syu explore & cuba menu menarik yang ada di Bask Bear Coffee ni. Bukan apa. Syu pun nak tahu juga macam mana rasanya. Kawan Syu kata sedap! Tambah-tambah coffee & toasties-nya 😁.
![]() |
Be bold. Be brave. Be a bask bear katanya 😁 |
Kalau ikutkan ada satu lagi cawangan Bask Bear Coffee di bandar Ipoh nun. Tapi, malas nak pergi ke sana. Sebab payah sangat nak dapat parking 😅. Memandangkan Bask Bear Coffee dah ada di Station 18. Maka, kita pesan saja guna aplikasi GRAB. Tak kalut nak walk-in & beratur segala - Sambil-sambil tunggu order sampai, dapat juga Syu buat kerja lain 🤭.
Sedap! Tapi...
Semalam, Syu pesan Salted Caramel Hazelnut Machiato & Beefy Double Down Cheesy Toasties. Untuk encik suami tak ada. Sebab dia kerja 😁. Jadi, kita beli untuk kita seorang saja - Harap dia tak baca entri ni. Nanti kantoi 😂!
![]() |
Syu pesan Salted Caramel Hazelnut Machiato & Beefy Double Down Cheesy Toasties 🤤. |
Pada Syu, Salted Caramel Hazelnut Machiato & Beefy Double Down Cheesy Toasties dari Bask Bear Coffee ni memang sedap. Cuma portion-nya, alahai sikit sangat. Macam tak kena pula dengan harganya - Total semalam, kena RM23.40 lepas dapat diskaun GRAB Unlimited😅.
Rasa macam lagi berbaloi kalau buat sendiri. Especially Beefy Double Down Cheesy Toasties Tu. Nak kata guna bahan premium tidak juga 😅. Biasa-biasa saja. Cuma hashbrown 2 keping. Kepit dengan patty daging dengan salad 😂. Korang pernah makan ke Bask Bear Coffee ni. Apa komen korang?
Mei 30, 2023
Makan Malam Di Nifayyi Warung & Cafe
![]() |
Cantiklah tempatnya. Suka tengok interior design kafe ni 🥰. |
Officemates Syu ada rekemen Syu makan dekat Nifayyi Warung & Kafe ni. Dengar cerita makanan dekat sini sedap-sedap belaka. Especially menu western-nya. Memandangkan encik suami ajak Syu makan dekat luar. Jadi, Syu suggest pada dia supaya makan dekat Nifayyi Warung & Kafe 🤭.
Lokasi kafe ni letaknya di Taman Fair Park, Ipoh. Tak jauh dah kalau korang dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) nun. Depan sikit Restoran Nasi Kandar Pelita, dah boleh nampak dah kafenya - Sebelah kanan jalan 😁.
BACA JUGA
➣ Waritha Simpang Pulai Memang Best & Padu
➣Makan Malam Di Restoran Al-Medina Nasi Arab
![]() |
View dari atas pun cantik 😍 |
Sejujurnya, memang best makan dekat Nifayyi Warung & Kafe ni. Tempatnya cantik & ada banyak pilihan makanan - Tak tahu nak rekemenkan menu yang mana satu sebab semuanya nampak sedap-sedap belaka 🤭. Portion-nya pun boleh tahan banyak. Kira berbaloilah dengan harga 😁.
![]() |
Syu punya Chargrill Chicken Chop Spaghetti Aglio Olio 🤤. |
![]() |
Encik suami pesan yang ini. Cheesy Mushroom Chicken Chop 🤤 |
Instead of korang datang walk-in, sebaiknya korang buat reservation awal terlebih dahulu. Sebab kafe ni memang memanjang ramai orang - Keluar segerombolan, masuk pun segerombolan 😂. Tambah waktu tengahari & makan malam. Kalau gigih nak walk-in juga, kenalah tunggu ada meja kosong baru korang boleh takes turn macam Syu semalam 😅.
Mei 04, 2023
Waritha Simpang Pulai Memang Best & Padu!👍🏻

Dah lama tak perkena masakan ala Thai di Restoran Waritha. Lokasinya tak jauh dari simpang nak pergi ke Cameron Highlands. Memang elok sangat singgah makan masakan ala Thai dekat sini sebelum gerak ke Cameron Highlands 🤭.
Restoran Waritha ni boleh dikatakan famous juga di area Simpang Pulai. Dekat TikTok pun dah viral 😂. Sebab itu restoran ni selalu penuh dengan pengunjung. Almaklumlah, kebanyakan menu-menu dekat sini sedap-sedap belaka.
![]() |
Lengang sikit sebab ramai yang beransur balik 🤭. |
Nak dijadikan cerita, semalam Syu & encik suami singgah dekat sini makan malam. Selalu kalau makan ikan siakap kami berdua laki bini suka pilih masak sweet sour. Kali ni kami cuba ikan siakap masak style lain pula. Asyik masak sweet sour saja, lama-lama jemu juga yedak 😅?
![]() |
Padu semua menu-menunya. Siakap stim limaunya memang sedap 😘! |
Masa makan dekat Restoran Waritha semalam, kami order nasi putih, siakap stim limau, kangkung ikan masin & udang goreng butter (2 orang makan). Sambal belacan & ulam diaorang bagi free 😁. Total semua semalam cuma RM89 saja. Okaylah kan? Saiz ikan siakapnya besar. Udang masak butter pun boleh tahan banyak udangnya.
Jujur Syu cakap. Makan dekat Restoran Waritha ni memang puas hati. Sedap-sedap semua menu-menunya. Cukup rasa masam, masin, manis & pedasnya. Datang sini memang wajib makan siakap stim limau Waritha ni! Sangat-sangat recommended 👍🏻. Rugi kalau tak cuba!
Mei 03, 2023
Sarah Deris Dah Balik Kolej! Sunyi Rasa 🥲
Semalam pergi Sabak Bernam hantar Sarah Deris balik kolej. Almaklumlah, cuti rayanya dah habis. Kenalah terbang pulang ke sarang balik. Entah bila boleh outing bertiga lagi lepas ni. Dengar cerita, habis exam baru dia ada cuti - Cuti semesterlah tu gamaknya kot 😂. Alah, lamanya rasa. Bosan & sunyi geng bertepuk bertampar dah tak ada! 🥲
![]() |
Kemarin, menjongket anak beranak ke Manjung. Hujan-hujan pun pergi juga 😅. |
Kemarin, sempatlah pergi ke Manjung sekejap ronda-ronda. Kalau ke sana macam biasalah. Tak window shopping, tak lain tak bukan jalan-jalan cari makan 😂. Niat asal ke sana sebenarnya nak beli seafood di pasar malam. Buat lauk tambah-tambah dekat rumah kononnya. Dah hujan lebat sangat. Tak jadi menyinggah nak berbeli. Sedih! 🥲
Lepak di Mastan Ghani
![]() |
On the way ke Sabak Bernam semalam memang panas betul. Berkicap dibuatnya. |
Semalam, gerak awal sikit hantar Sarah Deris. Actually, ada agenda tersembunyi. Sengaja pergi awal sebab nak ronda-ronda & lepak-lepak di Teluk Intan. Sampai sana ingatkan nak perkena dalam semangkuk dua Mee Rebus Pak Din yang Azfar Badrul viralkan tu.
![]() |
Sedaplah juga. Tapi, kalau ada rasa manis-manis sikit mesti lagi sedap 😁. |
Malangnya, tak buka pula kedainya. Masih bercuti raya lagi agaknya 😅. Jadi, kita try saja Mee Rebus & Rojak Mee Mastan Ghani. Dengar cerita, kedai Mee Rebus Mastan Ghani ni pun famous juga di Teluk Intan ni. Selesai makan, terus hantar Sarah Deris balik kolej. Belajar elok-elok Sarah Deris 😩. Rindu geng gelak-gelak kita!