Saloma Steamboat & Grill - Tanjung Rambutan, Perak

Mei 20, 2022

Memandangkan semalam Syu malas nak masak. Jadi, kita pilih port makan terbaik untuk kenyangkan perut yang tercinta. Dengar cerita ada satu restoran steamboat MURAH & SEDAP baru buka di kawasan Ipoh ni. Saloma Steamboat & Grill nama restorannya. Lokasi restoran ni letaknya nun di Tanjung Rambutan nun 😂. Kalau dari rumah Syu, makan masa setengah jam jugalah nak sampai ke sana. Tapi bila sentuh bab nak isi perut. Soal jauh? No problem 😁.

 

Steamboat & Grill Buffet Ipoh
Memang meriah & dapat sambutan ramai. Sedap & murahlah katakan.

 

Kalau ikutkan dah lama dah Syu aimed restoran ni sebenarnya. Dari bulan puasa hari tu lagi Syu nak makan berbuka puasa dekat sini. Tapi tak sempat. Sebab malas nak keluar rumah jauh-jauh semata-mata nak berbuka puasa 😆. Even masa raya ke-10 tempoh hari pun Syu dah planned nak makan dekat sini ramai-ramai dengan famili sebelah suami. Tapi disebabkan tempahan dah penuh. Terpaksa batalkan niat.



Semalam lepas maghrib baru dapat peluang jejakkan kaki. Tak ada booking dah. Kami berdua laki bini terus datang walk-in saja. Cuba nasib. Andai kata penuh. Anggap saja tak ada rezeki. Alhamdulillah. Lengang. Tak ramai orang masa kami datang semalam. Tapi masa kami masuk, ada jugalah beberapa meja yang dah di-reserved awal oleh pelanggan.

 

 

Cantik, Selesa & Mesra Foto

 

Sejujurnya, suasana restoran Saloma Steamboat & Grill ni memang cantik & meriah. Waktu siang memang restorannya nampak macam sendu & biasa saja. Cuba kalau korang datang waktu malam. Memang colourful & ceria tempatnya. Merata-rata lampu dipasang keliling restoran ni. Tempat pun santai & sejuk mata memandang. Tambah-tambah bila diselitkan elemen buluh dalam dekorasi kedai. Rasa macam duduk dekat kampung pun ada.


Saloma Steamboat & Grill
Dia punya tema tu macam ala-ala Buloh Inn dalam filem Do Re Mi 😁.


Bukan itu saja. Di restoran ni juga ada dikhaskan satu port untuk korang bergambar. Buat yang suka ber-OOTD & berhajat nak ambil gambar buat kenang-kenagan tu memang sesuai sangatlah. Misal kata korang tak ada cameraman. Jangan risau. Korang boleh minta tolong krew restoran ni ambilkan gambar. Insyallah, diorang sudi membantu - Sebab Syu sendiri pun buat juga 😁.



Semua menu sedap-sedap belaka

 

Kalau korang nak tahu, semua menu di Saloma Steamboat & Grill ni dihidangkan secara buffet. Bermula dari hidangan pembuka selera sehinggalah ke pencuci mulut. Terus terang Syu cakap. Semua menunya sedap-sedap belaka. Pilihan pun banyak. Memang rambang mata nak memlilih. Terpulang korang nak makan banyak mana sekalipun. Asalkan syaratnya JANGAN MEMBAZIR.


Steamboat & Grill Buffet Ipoh
Kita sebagai mem besar memang gembira sangatlah sebab dapat gantung periuk belanga satu hari.


Harus diingat ya. Setiap pembaziran makanan yang korang buat, pihak restoran akan kenakan cas/penalti untuk setiap gram yang korang dah bazirkan - RM20/200g kalau tak silap Syu 😅. Jadi, Syu nasihatkan bila nak makan tu berpada-padalah. Biar bersukat orang kata. Jangan ikut nafsu. Barulah tak ada pembaziran. Lagipun, membazir tu kan amalan syaitan.

 

Steamboat & grill di restoran Saloma Steamboat & Grill ni memang tak dinafikan kesedapannya. Dari bahan perapan grill sampailah ke sos pencicah. Memang padu tak terkata. Untuk kuah steamboat pula, ada dua pilihan kuah diberikan. Satu kuah tomyam & satu lagi kuah sup. Syu sempat rasa kuah tomyam saja semalam. Boleh tahn sedap juga kuahnya. Next round nak cuba kuah sup pula.


Steamboat & Grill Buffet Ipoh
Big boss memang sukalah. Tambah-tambah ada udang galah fresh.Memang makan puas-puaslah jawabnya.


Selain steamboat & grill, menu lain yang paling Syu suka ialah soft icecream, kek red velvet & spaghetti. Sampai ke hari ni teringat-ingat tau. Sebab sedap sangat. Even sayur pak choy gorengnya yang simple tu pun sedap. Lagi satu yang seronoknya bukan apa. Tauke kedai pun tak kedekut orangnya. Lepas dah bayar pun dia still bagi kebenaran untuk tapau aiskrim.


Makan buffet di restoran ni memang puas hati. Sudahlah murah harganya. Banyak pilihan & sedap pula tu. Memang tak rugi makan buffet dekat sini. Pada yang ada disekitar Ipoh, korang WAJIB SINGGAH restoran Saloma Steamboat & Grill ni.



Dengar cerita, harga promosi buffet tuan kedai dah lanjutkan sehingga penghujung bulan May ni sahaja. Masuk bulan Jun, harga bakal dinaikkan. Jadi sementara tengah murah ni. Jomlah pakat ramai-ramai pergi serbu. Tak cuba memang rugi. Jangan lepaskan peluang okey! Untuk maklumat lanjut & sebarang tempahan boleh rujuk details di bawah.

 

Logo
 
HARGA
 
Dewasa - RM29.90 (NP : RM32.90)
Warga emas/OKU - RM24.90 (NP : RM27.90)
 
Kanak-kanak :
 
7-12 tahun - RM19.90
3-6 tahun - RM9.90
1-2 tahun - PERCUMA
 
WAKTU OPERASI
 
Isnin-Ahad
5 p.m. ~ 12 a.m.
 
 
NO.TELEFON : 011-1878 7736 
 

Comments

  1. Kalau murah dan sedap memang boleh datang selalu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul wak. Memang tak rugi kalau nak repeat lagi.

      Padam
  2. cantik cafe ni! kalo sedap jauh skit pon xkisah nk pegi.. berbaloi.. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Nak repeat pun tak ada hal sebab puas hati makan kat sini 😁💕.

      Padam
  3. ehhh murah nau harga dia...
    udang dia gemukssss geram je tengok.
    ammi masukkan dalam "OneNote" ni jap ye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan...
      Memang puas gila makan malam tu.
      Cadang nak repeat lagi sebelum diorang naikkan harga.
      He3 😁💕.

      Padam
  4. Murah betul. Ada makanan laut. Ingat RM40 lebih untuk dewasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Memang murah sangat. Puas makan 😁💕.
      Kalau makan di kedai lain dekat RM50 diorang cas.

      Padam
  5. Uniklah hiasan restoran tu.

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!