Cara Hilangkan Kesan Dakwat Pada Baju Putih

Mei 30, 2022

CARA HILANGKAN KESAN DAKWAT PADA BAJU PUTIH || Fabrik berwarna putih memang agak sensitif untuk dijaga. Malah agak sukar untuk dibersihkan especially bila terkena kotoran degil. Memang tak dinafikan diluar sana ada bermacam-macam petua & produk menghilangkan kesan degil pada fabrik berwarna putih.


Baju putih
SUMBER FOTO : thespruce.com


Namun, belum tentu semuanya berhasil untuk menghilangkan kotoran terutamanya kesan dakwat. Even menggunakan cecair peluntur saja belum mencukupi untuk pembersihan yang menyeluruh. Kenapa Syu cakap macam tu? Sebab Syu sendiri dah cuba 😂. 



Kesan dakwat hitam taknak hilang!

 

Nak dijadikan cerita. Minggu lepas baju kerja Syu terkena dakwat pen hitam. Habis bertompok-tompok satu baju dibuatnya. Sudahlah baju kerja Syu tu ada dua helai saja company bagi. Kalau baju ni tak dapat diselamatkan. Nampak gayanya tinggal satu baju sajalah untuk Syu pakai pergi kerja hari-hari 😌.



Actually, Syu ada cuba juga beberapa petua & tips di beberapa website & FB. Malangnya semua tak membuahkan hasil. Jadi makin parah lagi ada lah. Sakit mata tau bila tengok baju putih kena macam ni - Hati pun sakit juga sebenarnya 😂. Sebab itulah Syu tak suka beli baju warna ni. Sebab susah nak bela!


Tengoklah. Habis bertompok-tompok satu baju 😕.



Guna 3 bahan ni. Dijamin berkesan.


Jenuh Syu berfikir macam mana nak hilangkan kesan dakwatnya. Berhari-hari jugalah Syu rendam dalam cecair peluntur. Macam tak ada harapan saja untuk diselamatkan. 



Semalam Syu nekad nak hilangkan juga kesan dakwat hitam yang dah terkena pada baju Syu tu. Tapi guna cara Syu sendirilah. Cuba punya cuba. Tak sangka berhasil. Nak tahu macam mana Syu buat? Jom Syu tunjukkan caranya.


Untuk hilangkan kesan dakwat yang ada pada baju Syu tu. Syu guna 3 bahan ni :


  • Cecair peluntur - Tak kisah jenama apa
  • Cecair Kao bleach colour
  • Serbuk pencuci - Tak kisah jenama apa



Cara cuci


Pertama sekali, korang kena basahkan dahulu permukaan yang terkena dakwat. Kemudian tuang rata cecair peluntur biasa diikuti dengan cecair peluntur untuk pakaian berwarna. Biarkan berbuih sekejap & barulah ditabur rata sabun serbuk.



Letakkan sedikit air. Selepas itu korang gonyohlah sampai kesan dakwat tu hilang - Gonyoh saja pakai tangan, tak payah pakai berus pun tak apa 😁. Lepas kotorannya dah hilang. Korang bilas bersih-bersih. Misal kata kotoran masih ada lagi, korang repeat semula proses. Insyaalah, kesan dakwat akan beransur pudar & hilang.

Harus diingat juga ya. Cara ni hanya boleh digunakan pakai untuk baju putih sahaja. Jadi, janganlah korang cuba cara ni pada pakaian berwarna pula. Takut lain pula hasilnya nanti.  Sebab gabungan 3 bahan ni agak kuat juga sebenarnya.



Pada mereka yang sensitif dengan serbuk pencuci & cecair peluntur, Syu sarankan korang guna sarung tangan. Dikhuatiri akan memberikan radang pada kulit. Apa-apa pun hasilnya memang menjadi. Kesan dakwat pada baju putih Syu berjaya dihilangkan. Selamat mencuba! 😊💕

Comments

  1. Masalah zaman sekolah dulu. Poket habis kena dakwat pen. Hehe..

    BalasPadam
  2. dlu selalu terjadi, sebab tu makin berusia ni jarang dah pakai baju warna putih..

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!