Julai 31, 2023
Cloud 9 Gold Caramel Nut Crisp Sedap & Crunchy !ðĪŠ
Hari ni Syu nak spill the tea pasal Cloud Gold yang satu ni. Siapa-siapa yang jenis sweet tooth, confirm akan ketagih punya! Sebungkus, memang tak cukup. Sekali cuba mesti nak ulang makan lagi ðĪ.
Syu beli RM6.55 sebungkus dekat Speedmart 99. Di dalamnya ada 11 mini pek Cloud 9 Gold Caramel Nut Crisp ð. |
Ini dia! Cloud 9 Gold Caramel Nut Crisp! Serius sedap! Rasa isi dalamnya sebiji macam kacang tumbuk & gula-gula udang ð. Cuma tekstur lembut sikit & tak berderai.
Bahagian luar Cloud 9 Gold Caramel Nut Crisp ni disalut dengan coklat supaya nampak lebih premium ðĪĪ. Rugi sangat kalau korang tak beli. Sementara belum viral, baik korang grab dalam sebungkus dua. Kalau tak nanti melepas.
Kacang dekat bahagian dalamnya berlapis-lapis. Lepas tu crunchy pula tu ðĪĪ. |
Julai 17, 2023
Genap Setahun!
Alhamdulillah. Siapa sangka. Pejam celik. Hari ini, dah genap setahun Syu berada di syarikat Wan Ly Protective Packaging Sdn. Bhd. nið . Bukan mudah ya! Hanya insan-insan terpilih yang berjiwa kental saja boleh survived dekat sini - Luar nampak keras. Hakikatnya hatiku selembut tisu ð.
Walaupun, rakan seperjuangan Syu ramai yang dah berubah haluan. Tapi, perjuangan Syu di sini akan tetap Syu teruskan. Almaklumlah, demi periuk nasi ð. Selagi tak ada orang interfere kerja kita. Kita layankan saja - Kalau ada yang interfere, kaki-kakikan saja ðĪĢ.
Hidup ini keras!
Hidup ni keras. Nak tak nak tetap kena hadap ð. |
Pentoksik-pentoksik dalam life bekerja ni perkara biasa. Dah macam duri dalam daging. Dekat mana-mana pun ada sebenarnya . Jadi, kena belajar beradaptasi. Kalau jumpa orang yang macam ini, kita persetankan saja. Apa boleh buat. HIDUP INI KERAS! Selagi boleh sabar. Kita sabar ð.
Janji masuk office, kita buat kerja kita. Cukup bulan dapat gaji kita pergi enjoy. Jangan mengabdikan diri dengan kerja saja. Pergilah healing & berdamai dengan keadaan dekat mana-mana tempat korang suka ð. Asalkan kita bahagia & masuk kerja dengan otak yang fresh.
Sesulit mana sekalipun. Hadapi dengan tenang. Demi kelangsungan hidup, nak tak nak rezeki tetap kena dicari. Yang penting, kena pandai reset otak supaya mood kerja tak ke laut. Apa-apa pun, tahniah untuk diri sendiri sebab mampu bertahan sehingga hari ni. Harap Syu boleh kekal positif, optimis & tak toksik macam "mereka-mereka" itu ðĪŠ.
Julai 12, 2023
Hello July! ðĨ°
Hampir dua minggu, bulan Jun melabuhkan tirai. Baru hari ni Syu ada kesempatan nak sentuh blog Syu. Makin lama makin sendu. Jangankan pageviews blog, income Google Adsense Syu pun tak berapa cantik sejak beberapa bulan ni - Ada hasil. Tapi tak berapa nak masuk sangat ð!
Tak sampai 10USD pun ð. |
Aktif tapi tak konsisten
Syu masih berblog lagi sebenarnya. Tapi, tak seaktif & sekonsisten dulu. Mungkin sebab Syu terlalu penat dengan rutin kerja Syu agaknya. Ditambah pula dengan penyakit "M" ð . Ini pun curi-curi menulis masa tunggu hujan berhenti masa melawat kawasan kilang tadi.
Hujan lebat alkisahnya tadi. Itu yang dapat curi masa sikit berceloteh di blog ðĪ. |
Fully utilised!
Hari Isnin sampai hari Sabtu. Memang fokus dengan kerja saja dari pagi sampai ke petang. Selingan masa kerja? Jangan cakaplah. Memang tak ada langsung ðĨī.
Waktu rehat yang ada pun, memang cukup-cukup untuk makan & solat sahaja. 7.5 jam memang fully utilised. Tak ada Masa langsung nak mengulat. Tak pernah tak ada kerja. Kerjanya sentiasa saja ada ðĪĢ.
Handphone? Memang tak dapat sentuh sangat masa time kerja. Bukan apa. Tak berani. Nanti kena aim. Tambah-tambah kita ni orang HR. Tak pasal-pasal dapat pula surat cinta nanti. Mata-mata pun banyak dekat tempat kerja Syu ni - Pentoksik pun banyak juga ðĪĢ.
Macam biskut Chipsmore ðŠ
Bila balik rumah, kerja lain pula dah menunggu. Nak hadap laptop menulis blog? Memang tidaklah jawabnya. Bukan tak ada masa. Tapi, tak ada feel. Mana taknya, dah puas dah hadap laptop dekat office nun. Bila tengok keyboard & screen laptop, auto jem terus otak dibuatnya ð.
Sebab itulah, entri blog Syu macam biskut Chipsmore. Sekejap ada. Sekejap tak ada. Tenggelam timbul gitu. Harap masih ada lagi pembaca yang sudi datang menjengah blog Syu yang dah suam-suam kuku ni ð. By the way, selamat datang Julai! Please be nice ya.
Translate
AUTHOR
FEATURED POST
Popular Posts
- 7 Design Perkataan "ØĻِØģْŲŲŲŲŲŲŲŲŲŲŲŲŲŲŲŲŲŲŲ ِ اŲŲŲِ اŲØąَّØْŲ َŲِ اŲØąَّØِŲْŲ ِ" Untuk Entri Blog
- Panduan Tukar Hakmilik Kenderaan Individu Kepada Syarikat Di JPJ
- 10 Surah Lazim PENDEK & MUDAH DIHAFAL
- Cara Betul Peram Ciku Supaya Cikunya Masak Sekata & Manis
- Check Out Memo (COM) Pekerja Asing