Disember 01, 2020

Pokok kayangan, paling senang nak jaga!!

Okay, last time syu ada cerita sikit pasal pokok ni kan? Pokok ni namanya POKOK UDARA atau nama saintifiknya dikenali sebagai Tillandsia spp.  Kalau nak tahu, pokok ni tergolong dalam famili Bromeliad. Setakat ni ada 450 spesis yang dah diperakui & jumlah spesis ni pulak belum termasuk yang hybrid tau. Kalau termasuk yang hybrid tak tau lah ade berapa spesis semuanya.



Syu gelar pokok ni pokok kayangan bukannya apa, sebab nak membela dia tu just gantungkan aje. Lepas tu dia punya harga tu boleh katakan harga kayangan lah jugak. Tambah-tambah kalau jenis hybrid & rare species. Kadang boleh cecah ribu-ribu jugak seketul kecil macam ni πŸ˜…. Macam Syu, Syu tak mampulah. Koleksi yang sedia ada ni pun koyak poket nak berbeli πŸ’ΈπŸ€‘.


T.bulbosa


Pokok ni seriously senang nak dapat!! Kat shopee melambak ada. Ada bermacam-macam spesis korang boleh beli. Tapi, kena cari yang trusted seller tau. Setakat ni seller yang Syu selalu beli kat shopee Razina Airplants, AugustFame Nursery, Ecoway Enterprise & Georgeloh75. Tapi majoritinya beli kat Razina Airplants lah sebab banyak pilihan & harga pon harga mampu milik!!



Kalau korang nak tau, Syu start berjinak-jinak bela pokok ni since 2016. Syu beli masa time pergi ekspo pertanian kat Bt. Gajah. Masa tu Syu just dapat grab dalam 5 spesis jer sebab harga dia memang boleh kata mahal jugak la untuk sepokok. Tapi majoriti yang Syu bela semua matiπŸ˜”. Salah sendiri jugak sebenarnya sebab terlebih rajin!!


T.ionantha druid

Pokok ni standard jer pokok kayangan, tapi ownernya tak kayangan sangat pon tak ngapa πŸ˜†!! Sebab pokok ni pon memang senang nak dapat dah sekarang ni. Harga pun busuk-busuk boleh lagi dapat dalam bawah RM10. pada yang baru starting nak berjinak-jinak dengan pokok ni korang boleh lah beli yang murah-murah dulu. At least kalau mati, korang takda lah rasa ralat sangat. 



Antara tips penjagaan yang korang mesti tahu : 

πŸ’• Rendam air seminggu sekali (cuaca panas 2 hari sekali - waktu pagi sahaja)
πŸ’• Baja (cecair) : 3 bulan sekali (kalau guna air hujan tak payah baja pon tak apa!!)
πŸ’• Medium tanaman : Tali pancing, dawai & kayu mati
πŸ’• Pesticide & insecticide : Bila perlu
πŸ’• Indirect sunlight : Make sure bukan tempat yang redup yer


T.ionantha stricta


πŸ˜‚So, kesilapan terbesar Syu mase bela pokok-pokok ni dulu adalah sebab TERLEBIH RAJIN. Hari-hari asyik nak siram jer sampai kena serangan kulat kawan tu dibuatnya. Kepada korang-korang yang tak berapa nak rajin tu, ape lagi?? Inilah pokok kayangan yang paling sesuai untuk korang bela. Pokok yang sememangnya tak banyak kerenah. Tak payah tanah & baja segala. Siram pun seminggu sekali jer. Lepas siram lepapkan ajer dekat luar rumah. Tapi, maka sure tak dedahkan pokok-pokok udara ni dengan direct sunlight okey!! Takut pokok-pokok tu mati nanti πŸ˜‰πŸ’•.

November 04, 2020

Pokok Udara (Tillandsia spp.)

Pokok udara
Sumber Foto : Google


Sejak 2016, Syu memang suka sangat dengan pokok udara ni. Kalau korang nak tahu nama scientific pokok udara ni adalah Tillandsia spp. Pokok ni ade bermacam-macam jenis & rupa bentuk yang sememangnya sangat unik. Malah, harga dia boleh tahan kayangan juga. Tambah-tambah kalau spesis hybrid & rare.



Sebenarnya pokok udara ni dah ramai dah orang bela. Kalau korang nak tau, pokok janggut hantu atau juga dikenali sebagai Spanish Mosses (T. usneoides) tu pun antara salah satu spesis pokok udara juga. CARA PENJAGAAN pokok ni nak kata susah pun tak. Nak kata senang pon tak juga. Kalau kena cara penjagaannya, insyaallah...memang meriah dia beranak pinak πŸ˜‚. Silap-silap korang boleh buat jual. Nanti ada kelapangan Syu explain lagi pasal pokok udara ni di entri seterusnya okay!!