Pokok kayangan, paling senang nak jaga!!

Disember 01, 2020

Okay, last time syu ada cerita sikit pasal pokok ni kan? Pokok ni namanya pokok udara atau nama scientific dia Tillandsia spp. ianya tergolong dalam famili Bromeliad. Setakat ni ada 450 spesis yang dah diperakui & jumlah spesis ni pulak belum termasuk yang hybrid tau. Kalau termasuk yang hybrid tak tau lah ade berapa spesis semuanya.

 Syu gelar pokok ni pokok kayangan bukannya apa, sebab nak membela dia tu just gantungkan aje. Lepastu dia punya harga tu boleh katakan harga kayangan lah jugak tambah kalau jenis hybrid & rare species. 

T.bulbosa

Pokok ni seriously senang nak dapat!! Kat shopee melambak ada. Tapi kena cari yang trusted seller tau. Setakat ni seller yang Syu selalu beli kat shopee Razina Airplants, AugustFame Nursery, Ecoway Enterprise & Georgeloh75. Tapi majoritinya beli kat Razina Airplants lah sebab banyak pilihan & harga pon harga mampu milik!!

Kalau korang nak tau, Syu start berjinak-jinak bela pokok ni since 2016. Syu beli masa time pergi ekspo pertanian kat Bt. Gajah. Masa tu Syu just dapat grab dalam 5 spesis jer sebab harga dia memang boleh kata mahal jugak la untuk sepokok. Tapi majoriti yang Syu bela semua matiπŸ˜”. Salah sendiri jugak sebenarnya sebab terlebih rajin!!

T.bulbosa

Pokok ni standard jer pokok kayangan, tapi ownernya tak kayangan sangat pon tak ngapaπŸ˜†!! Sebab pokok ni pon memang senang nak dapat dah sekarang ni & harga pon busuk-busuk boleh dapat dalam bawah RM10. pada yang baru starting nak berjinak-jinak dengan pokok ni korang boleh lah beli yang murah-murah dulu. At least kalau mati, korang takda lah rasa ralat sangat. 

Antara tips penjagaan yang korang mesti tahu : 
πŸ’• Rendam air seminggu sekali (cuaca panas 2 hari sekali - waktu pagi sahaja)
πŸ’• Baja (cecair) : 3 bulan sekali (kalau guna air hujan tak payah baja pon takpe!!)
πŸ’• Medium tanaman : Tali pancing, dawai & kayu mati
πŸ’• Pesticide & insecticide : Bila perlu
πŸ’• Indirect sunlight : Make sure bukan tempat yang redup yer

T.ionantha stricta

πŸ˜‚So, kesilapan terbesar Syu mase bela pokok-pokok ni dulu adalah sebab TERLEBIH RAJIN. Hari-hari asyik nak siram jer sampai kena serangan kulat kawan tu sudahnyer. Kepada korang-korang yang tak berapa nak rajin tu, ape lagi??ni lah pokok kayangan yang paling sesuai untuk korang bela. Pokok yang sememangnya tak banyak kerenah. Lepas siram lepapkan ajer dekat luar rumah. Tapi maka sure bukan direct sunlight okey!!

What My Bawagian Says

  1. awesome ! looking free premium themes visit

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sure. Thank you. But there are still many things to fix & learn since I'm a new blogger.

      Padam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!