Januari 10, 2026
Air Plant Dah Keluar Bunga! 😍

Hari tu airplant ni just bertukar warna jer - Air Plant Tukar Warna Pink Tanda Nak Berbunga . Hari ni dia dah selamat keluarkan bunga! Yang tak pernah tengok bunga air plant, macam ni lah rupa dia. Panjang-panjang warna purple. Esok lusa bunganya dah layu, keluarlah anak pokok dia yang kecil-kecil tu. Lepas dah cerdik sikit, baru asingkan dari induk.
![]() |
| Cantik tak saya? 😍 |
Ada sesetengah spesis, bunganya warna putih. Ada sesetengah tu pula bunganya macam sepit udang ada bulu-bulu. Entahlah. Tak kisahlah macam mana rupa bunga dia. Yang pasti, kita seronok tengok air plant kita ni berbunga. Tak sabar nak tengok pokok ni beranak-pinak pula 😁.
Januari 08, 2026
Air Plant Tukar Warna Pink Tanda Nak Berbunga!

![]() |
| Kemarin ada hijau-hijau sikit warna dia. |
Tillandsia streptophylla ni Syu beli sekali dengan Tillandsia vanhyningii masa kat Foodfest Batu Gajah tahun lepas. Sepokok RM10. Hari tu masa bela dekat rumah lama, tak nak dia ni berbunga beranak pinak. Sama macam pokok airplants Syu yang lain. Sampai ada yang dah kembali bertemu dengan pencipta pun ada 😂. Lepas jer pindah rumah, elok pula airplant yang ini bertukar warna & stanby nak berbunga. Suka agaknya cuaca kat sini - Hujan, redup & panas-panas manjah gittew! Cepatlah keluar bunga. Tak sabar nak tengok rupa dia macam mana!
![]() |
| Semalam masa balik kerja tengok dah pink macam ni. Lawa. Tak sabar nak tengok bunga dia keluar 😍. |
Januari 16, 2023
String of Hearts (SOH) Ku

Dulu, pokok String of Heart (SOH) Syu ni hidup segan mati tak mahu 🌿. Tumbuh pun macam nak tak nak saja. Jenuh bertukar tanah segala. Hari harilah dok belai bagi kasih sayang. Semata-mata tak nak bagi mati - Dalam hati, senang lagi tanam taugeh 😂. Ada saja yang tak kena. Itu belum campur dengan gangguan anasir-anasir luar lagi.
![]() |
| Ini baru jumpa seekor. Dekat celah-celah daun nun ada banyak lagi 😑. |
Elok kawan tu nak tumbuh elok. Dikunyahnya pula dek ulat beluncas. Satu kerja pula nak kelebek celah-celah daun nun satu persatu. Kalau tak ditengok. Jawabnya, habis togel satu pokok kena kunyah. Benci tau! Dahlah pokok ni mahal & susah nak cari 😂. Nak bela pun sikit punya azab. Senang-senang dikendurikan. Banyak cantik punya perangai!
Sampai satu masa tu, Syu memang dah rasa give up sangat nak jaga pokok-pokok SOH Syu ni. Sudahnya Syu biarkan saja dalam pasu nun. Bangun celik mata, siram air saja. Tak ada nak belek-belek macam dulu dah. Yang gerammya. Bila dibiar, elok pula tumbuh melata dalam pasu.
![]() |
| Alhamdulillah, penuh satu pasu 😊💕. |
Sama macam pokok-pokok dekat belakang rumah nun. Jenis tak sukakan perhatian & belaian manja agaknya pokok-pokok Syu ni 😂. Macam manusia jugalah kan. Kalau asyik dikongkong, rimas juga. Lagipun, tak ada kebebasan dalam hidup pun tak seronok.
Sekarang, alhamdulillah. Syu dah rasa lega sikit tengok pokok-pokok SOH Syu 😚💕. Elok gemuk penuh pasu. Cuma sekali sekala tu Syu nak kena tengok-tengokkan juga pokok-pokoknya. Bukan apa, takut ulat beluncas tu datang lagi buat kenduri.
Dekat setahun lebih nak bagi SOH ni jadi sampai macam ni 😑 |
Yang bergantung-gantung tu pun sama. Tak reti-reti nak beranak-pinak 😂. |
Almaklumlah, lauk dah banyak. Gemuk-gemuk pula tu. Takkan datang nak tengok saja kan? Semestinya, datang singgah untuk dikendurikan. Tapi, sebelum diaorang nak buat kenduri. Syu kendurikan diaorang dulu. Awas! 🐛
Oktober 13, 2021
String of Hearts (SOH) : Hidupnya Segan, Mati Pula Tak Mahu 😩

![]() |
| Dari tahun lepas bela. Banyak ini jer yang menjadi. Dah kenapa lah dengan korang ni 😅. |
Dalam bab-bab berkebun ni ada masa & ketika tak semuanya yang ditanam menjadi. Contoh macam kes pokok berjuntai yang macam Syu tanam ni. Kalau ikutkan ada 4 jenis semuanya. Empat-empat pokok ni perangainya sama, sejenis hidup segan mati tak mahu.
Banyak kali dah tukar tanah & tempat, ada saja yang tak kena. Campak baja pun macam tak ada function. Sudahnya Syu lantakan jer 😂. Siapa suruh bebal sangat. Dah bagi kasih sayang sepenuh hati boleh pulak buat perangai. Bukan kita kerah suruh buat kerja rumah bagai. Suruh hidup beranak pinak dalam pasu pun sikit punya seksa.
![]() |
| Tengoklah yang orang ni bela. Elok segar bugar penuh pasu. Warna pun cantik jer. Sejuk mata memandang. Yang kita punya? Sakit hati tengok 😂. |
Sudahnya, satu pasu jer yang dapat survived. Yang lain (String of Turtles, String of Dolphins, String of Pearls) semua dah RIP. Ini pun tak tahu boleh hidup sampai bila. Tengok Mat Salleh elok jer tanam dalam pasu beranak-pinak. Siap berjurai-jurai lagi sampai nak cecah lantai.
Yang kita punya? Mengucap panjang dibuatnya. Hari-hari tengok perkembangan memang seperti meminta untuk dicarutkan 😂. Tapi, tak baik nak carut-carut pokok kan. Mana tahu, dalam tengah kita dok siram tu dia dok berselawat berdoa untuk kita. Nak tak nak bertabah jelah . Terus jer bela walaupun hidupnya segan mati tak mahu 😅.
Ada tak dalam kalangan kawan-kawan blogger Syu bela pokok ni. Kalau ada tolong lah share tips sikit dekat ruangan komen. Jenuh dah Syu bercari artikel pasal penjagaan pokok ni. Mak sedara dekat kampung tanam pokok bunga elok jer tak banyak perangai. Siram dengan air siang ikan pun elok membulat. Pokok yang kat rumah Syu ni banyak pula songgehnya. Ke sebab pokok ni patutnya duduk dekat tanah tinggi? Musykil dah Syu 😕.
Jun 06, 2021
Cara Gantung Airplants Guna Tali Pancing

Hari ni pokok-pokok Syu dekat depan rumah habis terbalik dikerjakan dek kucing liar. Geram betul!! Apa dibuat bertenggek dekat pasu tu pun tak tahu. Nak marah kucing tu pun tak boleh. Nama pun binatang, bukan tahu apa pun. Kita marahlah macam mana sekalipun esok mesti jadi lagi. Nak tak nak redha jelah. Walaupun semuanya jatuh dalam longkang, tapi masih lagi dapat diselamatkan 😢. Nasib baiklah time tu tak hujan. Kalau tak memang tak jumpa dah pokok-pokok Syu tu 😅. Silap-silap boleh nangis tak berlagu dibuatnya.
Pada awalnya Syu gantung dekat pasu sebab tak nak bagi nampak kosong. Tapi bila dah jadi macam ni, Syu rasa lebih baik Syu gantung semua jer pokok-pokok Syu ni dekat besi awning. Lagi selamat. Tak adalah Syu terkilan pokok jatuh masuk longkang lagi 😂. Sedih tau kalau tengok pokok-pokok kita kena pedajai macam ni. Dah lah lama kita bela.
![]() |
| Masa ni pemberat & keychain ring tak jumpa. So, snap gambar barang ni jer dulu 😂. |
Untuk buat penggantung airplants ni, apa yang korang kena ada cuma pokok korang, tali pancing, pemberat, keychain ring & gunting. Mula-mula, tali pancing tu korang kena sukat ikut ketinggian airplants dulu, then lipat empat kali [Nak lipat lebih pon boleh]. Make sure kesemua tali yang dilipat tu sama panjang tau. Kalau pokok airplants korang besar, korang boleh gandakan jumlah lipatan tali pancing korang. Disebabkan pokok Syu ni kecik, Syu just gandakan empat kali jer lipatan tali. Once korang dah lipat, korang boleh potong lebihan tali, then ikat bahagian atas & bawah dia jadi macam ni.
![]() |
| Kedua-dua hujung tali diikat macam ni. |
Tali yang korang dah ikat tadi tu korang boleh lah guna untuk letak airplants korang macam ni. Part nak letak ni korang memerlukan kegigihan sikit yer 😁. Setiap tali pancing tu korang kena selak & bukak satu-satu. Bila dah bukak korang selitlah airplants korang dekat tengah-tengah bukaan tali tu. Make sure tali tu korang selit celah-celah daun pokok airplants supaya tak mudah jatuh.
Bila dah siap terletak korang boleh lah letak pemberat dekat bahagian hujung bawah tali tu. Tapi kalau korang nak sambung letak pokok lain korang boleh guna keychain ring sebagai connector. Then last sekali baru korang letak pemberat. Untuk pemberat, kalau ada batu ladung yang kecik tu memang helok sangat. Kalau suami atau adik korang kaki pancing, benda alah tu mesti ada punya. Kalau diorang kata tak ada memang pembohong besar!!😜
![]() |
| Bahagian bawah tali kena letak pemberat supaya pokok tak terbang kena tiup angin |
![]() |
| Bila dah letak pemberat, tali pancing akan jadi tegang & pokok udara korang akan elok terletak. |
TIPS JIMAT LEBIH RUANG MENGGANTUNG
![]() |
| Keychain ring tu fungsi dia sebagai connector jer. Nak sambung baru letak. |
Untuk keychain ring tu, korang akan gunakan bila korang nak sambung letak pokok dekat bawah. Kira dalam satu gantungan tu akan ada pokok airplants yang lain. Bila buat macam ni, korang dapat jimatkan space untuk korang mengantung pokok 😁.
Ruang yang lain tu korang bolehlah guna untuk gantung pokok lain pula. Orkid ke hoya ke kan. Tak adalah airplants jer sepanjang-panjang awning korang. Meluat & serabut jugak tengok kan. Macam tak ada varieti langsung 😂. Bila korang campur-campur gantung pokok barulah nampak meriah 😉.
![]() |
| Dah siap!! Atas tali tu korang gunalah dawai ke apa ke untuk gantung dekat awning korang 😉. |
April 16, 2021
Penyejuk Mata Di Penghulu Segala Hari
Ramadhan ini...
Bersaksikan Penghulu segala hari
Dikau...wahai sang pencinta
Maha pemurah menitipkan mutiara
Mutiara pembasah dunia
Menghilangkan ketandusan & kekeringan semesta
Bumi kau basahi
Tanaman kau segari
Dan aku dikau beri kudrat untuk terus berdiri
Bernafas tanpa henti
Maka nikmat apa lagi yang mahu aku dustai
Cewah, sempat bermadah pujangga pepagi gini. Memandangkan hari ni hari Jumaat. So, mood tu ada helok & gumbira sikit. Maklumlah esoknya hudah weekend😁. Sebenarnyer takda apa sangat pon post entri Syu hari ni. Just post gambar Syu cuci mata jer sebelum nak pergi kerja. Lama tak kelebek anak-anak kayangan Syu ni. Selalu lepas balik kerja, siram-siram terus jenguk mini garden kat belakang rumah pulak. Memang takde masa untuk diorang-diorang ni. Weekend baru ada kesempatan.
Pagi ni adalah lah lebihan masa sikit untuk kelebek diorang ni sementara nak tunggu hujan renyai reda. Actually, anak-anak kayangan Syu ni duduknyer di dalam garage. Tak kena sunlight sangat. Jadi, condition & pertumbuhan diorang masa tu macam terbantut sikit. Tapi, sejak letak diluar berpanas berhujan, takde dibelai & dimanja, helok pulak diorang ni beranak-pinak. Sungguh lah korang ni memang suka jadi anak-anak terbiar & terpinggir 😂!!
![]() |
| Barisan anak-anak kayangan Syu 😘. Alhamdulillah elok segar bugar. |
![]() |
| T.Ionantha stricta : Tak sedar dah beranak-pinak😍. |
![]() |
| T.Pseudobaileyi |
![]() |
| T.Caput Medusae |
![]() |
| T.Streptophylla |
![]() |
| T.Capitata domigensis |
![]() |
| T.Vanhyningii |
![]() |
| T. Xerographica : Ini antara collection Syu yang paling mahal 😂. |
![]() |
| T.Funckiana : Budak ni kalau keluar bunga memang cantik yakmat!! |
Februari 21, 2021
Mini Backyard Garden Project Start!!
Memandang benih-benih sayur Syu dah sampai, so boleh lah Syu start berhora-hore ngan diorang jap lagi. Tapi kan korang-korang, jangan plak korang-korang ingat Syu semai semua biji benih ni tau. Banyak kot!!😆. Syu just semai mana yang Syu nak jer. Yang selebihnya tu Syu simpan untuk guna kendian hari. Syu pon ada pikir jugak, Kalau Syu semai semua...mana Syu nak letak semua pokok-pokok tu nanti bila dah besar??Udahlah ruangnyer sekangkan kera jer😂.
![]() |
| Germination tray tak payah beli dah, bekas limau mandarin kan hado!! (Sila abaikan budak dua ketoi yang kat depan tu😅) |
Part nak menyemai ni seronok!! Pasal apa?? Tu haaa...ada dua PA penyibuk tu haa...Asal nak buat keje jer mesti ada nak menyelit. Germination tray ni Syu guna tray limau mandarin jer. Ngam-ngam time tu Chinese New Year baru jer habis & Kebetulan pulak bekas ni officemates Syu dah tak pakai, so Syu decided jadikan tray ni untuk tempat Syu semai benih. Tak payah nak berbeli tray dah kan?? Selagi boleh kita utilize kan apa yang ada. Bijak tak??Hih3!!😆
Berdasarkan pengalaman Syu la kan, nak semai biji benih ni better rendam semalaman. Tujuan dia untuk bagi biji benih tu kembang & memudahkan percambahan biji benih. Kalau kita teros direct tanam ke tanah, proses dia untuk bercambah tu agak lambat sikit & posibility benih tu hidup pon mungkin agak tipis.
![]() |
| Memang tak semenggah betol Syu punya backyard kan? Tak sabar nak buat transformation🌱. |
Februari 20, 2021
Bertambah Lagi Rakyat Kayangan Beta!!
Time-time weekend macam ni apa lagi rutin Syu kalau bukan melayan air plants. Asal celik mata jer airplant, nak tutup mata pon airplants lagi😂. Tapi takpe, layan airplants ni sekejap jer. Tak lama mana pon. Rendam, shake pastu gantung. Senang!! Dalam sambil-sambil Syu dok sibuk-sibuk merendam airplant dalam baldi, brother J&T pon sampai hantar parcel. So, ini lah dia barang yang dalam parcel tu kalau korang nak tau.
Maka dengan ini, bertambah lah lagi rakyat kayangan Syu kat depan rumah nun & pada masa yang sama berterbangan jugak lah duit-duit Syu kat RAZINA AIRPLANT 😅. Lepas ni kena cari & buat rumah diorang pula. Jangan main-main, korang ingat bila rakyat bertambah, rumah tak bertambah??Ha3!! 😂
![]() |
| T. Streptophylla : Syu memang dah lama nak tambah spesis airplant ni dalam koleksi Syu. Akhirnya dapat jugak tambah 😊💕. |
![]() |
| Tengoklah dia punya curl tu. Menggoda betul!! 😍 |
![]() |
| T.Ionantha Silver : Actually spesis ni Syu dah ada dah. Just beli sikit lagi buat tamba-tambah. |
![]() |
| T. Pseudobaileyi : Kembar si Caput Medusae. |
![]() |
| Tengok dia punya stripe tu, tersangatlah tempting. |
Pada korang-korang yang berniat nak menambah koleksi airplants korang, Syu sarankan korang beli dengan trusted seller yang pernah Syu mentioned dalam post ni - POKOK KAYANGAN,PALING SENANG NAK JAGA!! atau korang boleh klik pada link dibawah untuk terus membeli di Shopee. Baca juga TIPS PENJAGAAN yang Syu dah kongsi pada entri Syu sebelum ni supaya korang tahu macam mana nak jaga pokok-pokok udara ni 😊💕.
Disember 01, 2020
Pokok kayangan, paling senang nak jaga!!
Okay, last time syu ada cerita sikit pasal pokok ni kan? Pokok ni namanya POKOK UDARA atau nama saintifiknya dikenali sebagai Tillandsia spp. Kalau nak tahu, pokok ni tergolong dalam famili Bromeliad. Setakat ni ada 450 spesis yang dah diperakui & jumlah spesis ni pulak belum termasuk yang hybrid tau. Kalau termasuk yang hybrid tak tau lah ade berapa spesis semuanya.
Syu gelar pokok ni pokok kayangan bukannya apa, sebab nak membela dia tu just gantungkan aje. Lepas tu dia punya harga tu boleh katakan harga kayangan lah jugak. Tambah-tambah kalau jenis hybrid & rare species. Kadang boleh cecah ribu-ribu jugak seketul kecil macam ni 😅. Macam Syu, Syu tak mampulah. Koleksi yang sedia ada ni pun koyak poket nak berbeli 💸🤑.
![]() |
| T.bulbosa |
Pokok ni seriously senang nak dapat!! Kat shopee melambak ada. Ada bermacam-macam spesis korang boleh beli. Tapi, kena cari yang trusted seller tau. Setakat ni seller yang Syu selalu beli kat shopee Razina Airplants, AugustFame Nursery, Ecoway Enterprise & Georgeloh75. Tapi majoritinya beli kat Razina Airplants lah sebab banyak pilihan & harga pon harga mampu milik!!
Kalau korang nak tau, Syu start berjinak-jinak bela pokok ni since 2016. Syu beli masa time pergi ekspo pertanian kat Bt. Gajah. Masa tu Syu just dapat grab dalam 5 spesis jer sebab harga dia memang boleh kata mahal jugak la untuk sepokok. Tapi majoriti yang Syu bela semua mati😔. Salah sendiri jugak sebenarnya sebab terlebih rajin!!
Pokok ni standard jer pokok kayangan, tapi ownernya tak kayangan sangat pon tak ngapa 😆!! Sebab pokok ni pon memang senang nak dapat dah sekarang ni. Harga pun busuk-busuk boleh lagi dapat dalam bawah RM10. pada yang baru starting nak berjinak-jinak dengan pokok ni korang boleh lah beli yang murah-murah dulu. At least kalau mati, korang takda lah rasa ralat sangat.
Antara tips penjagaan yang korang mesti tahu :
💕 Rendam air seminggu sekali (cuaca panas 2 hari sekali - waktu pagi sahaja)
💕 Baja (cecair) : 3 bulan sekali (kalau guna air hujan tak payah baja pon tak apa!!)
💕 Medium tanaman : Tali pancing, dawai & kayu mati
💕 Pesticide & insecticide : Bila perlu
💕 Indirect sunlight : Make sure bukan tempat yang redup yer
![]() |
| T.ionantha stricta |
😂So, kesilapan terbesar Syu mase bela pokok-pokok ni dulu adalah sebab TERLEBIH RAJIN. Hari-hari asyik nak siram jer sampai kena serangan kulat kawan tu dibuatnya. Kepada korang-korang yang tak berapa nak rajin tu, ape lagi?? Inilah pokok kayangan yang paling sesuai untuk korang bela. Pokok yang sememangnya tak banyak kerenah. Tak payah tanah & baja segala. Siram pun seminggu sekali jer. Lepas siram lepapkan ajer dekat luar rumah. Tapi, maka sure tak dedahkan pokok-pokok udara ni dengan direct sunlight okey!! Takut pokok-pokok tu mati nanti 😉💕.



































