September 29, 2024
Kupi-kupi di Kupi Kahfi
September 25, 2024
First Time Makan Bubur Nangka
Seumur hidup, baru ni pertama kali Syu cuba makan bubur nangka. Pasalnya buah nangka yang masak Syu suka buat makan mentah je 😅. Tak berapa minat kalau buat bubur-bubur ni. Tapi, memandangkan si Sarah Deris dah buat. Kita cubalah rasa juga.
Dalam bubur nangka ni Sarah ada letak biji sagu dengan jagung sikit buat ghaso-ghaso 🤭. |
Alhamdulillah. Sedap ya. Cuma Syu lagi prefer makan mentah juga 😅. Kalau buat bubur, isi nangka tu jadi lembik. Tak crunchy macam makan mentah. Lepas tu rasa isi nangka tu pula macam kena overshadowed dengan rasa kuah santan. Itu yang Syu tak berapa berkenan tu. Harap-harap encik suami boleh tolong habiskan 😂.
September 22, 2024
Bertambah Lagi Umur Kita 😅
Alhamdulillah, masih lagi diberikan keizinan untuk bernafas. Hari ni, tambah satu tahun lagi umur Syu. Tinggal 4 tahun lagi nak cecah 40th series. Uban dekat atas kepala pun dah banyak dah 😂.
. |
A piece of cake with infinite counts of love 😋. |
Apa-apa pun thanks to Sarah! Kek favourite ni. Jadilah buat ghaso-ghaso. Makan lebih-lebih pun tak boleh. Pasalnya dari semalam asyik makan manis-manis. Bila umur makin meningkat ni faham-faham sajalah. 24 jam penyakit dok usha-usha kita 😂.
September 10, 2024
Bertahanlah Syu! Bertahanlah Sampai Tahun Depan 😂
Hari ni cukup seminggu Syu handle kerja-kerja related dengan overtime (OT) & gaji pekerja. Serius pening kome! Sampai sakit-sakit badan. Macam manalah mak buyung sorang tu boleh hadap benda ni hari-hari 😱. Kita yang baru seminggu hadap ni pun dah stress. Dengan kena belajar sendirinya lagi 🥹.
Kiri kanan kena jalan. Kalau tak memang lambatlah kerja dibuatnya 😂. |
Paling tak syok tu bila software-nya macam musibat. Sekejap-sekejap nak hang. Lepas tu tiba-tiba not responding. Pantang buka benda lain. Sumpah sampah & lembab software-nya 😣! Entah siapalah yang rekemenkan benda alah ni dekat bos dulu.
Sangat-sangatlah tak praktikal & tak efficient untuk digunakan buat kira OT & gaji yang company-nya ada ramai pekerja. Bukan setakat memeningkan orang. Menyusahkan orang pun ya juga 😮💨!
Nampak tak muka stress tu? Sampai nak menguap pun tak ada masa tau 🥲. |
Kalau ikutkan, bendanya senang je. Kira OT, check & tukar schedule bila perlu. Cukup bulan, kira gaji diorang. Cuma masa nak menghadapnya tu yang tak cukup sebab dah terlampau banyak workload.
Sudahlah nak kena kira & check satu-satu. Lepas tu ada kerja-kerja ad-hock lagi. Itu belum campur lagi kerja yang Syu sedia-sedia dok handle. Tapi itulah. Apa boleh buat? Nak tak nak terpaksa jugalah Syu take over kerja ni sampai tahun depan.
Bila dah tambah kerja ni, dengan harapan ada lah hendaknya "gula-gula" dari company. Almaklumlah, kita dah cover kerja orang kan. Takkan lah tak ada pertambahan gaji walau secoet 😌? Kita dah berbudi. Pandai-pandailah berbahasa. Yedak? Okay done berceloteh 🤭!
Ogos 31, 2024
Makan Puas-puas Sushi King 4-Course Buffet
Hari ni last promo Sushi King 4-Course Buffet. Memandangkan encik suami cuti hari ni. So, kita ajak dia makan sushi puas-puas dekat Sushi King. Harga member cuma RM57.70/pax. Kalau korang nak tahu, set buffet ni lengkap dengan air, appetizer & dessert. Nak makan menu selain sushi pun boleh. Tapi, harganya tak samalah. Nak kena add-on dalam cart. By the way, dikesempatan ini Syu nak ucapkan Selamat Hari Merdeka yang ke-67 kepada semua rakan Blogger Syu. Malaysia Madani Jiwa Merdeka! Jemput makan & selamat berhujung minggu 😉.
Ada banyak menu Sushi King 4-Course Buffet kali ni. Rambang mata nak pilih. |
Setel! Nanti ada buffet Sushi King lagi kita repeat 😋. |
Ogos 29, 2024
See You Next Year Mak Buyung! 🫂💕
Esok officemate Syu dah nak kena warded Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). Pregnant kali ni katanya agak berisiko sikit. Pasal urinya duduk dekat bawah (Placenta previa) & tutup pintu rahim. So, doktor nasihatkan dia warded hospital awal sikit untuk elakkan komplikasi & bleeding.
Buat makan-makan sikit sebelum mak buyung warded. |
Sebelum mak buyung di-warded-kan. Kitaorang pakat buat makan-makan sikit masa lunch break. Borak. Gelak-gelak. Bukan apa, takut rindu. Pasalnya tahun depan baru dapat jumpa dia balik dekat office 🥹. Apa-apa pun semoga dipermudahkan urusan bersalin kamu ya Wana. Moga selamat ibu & anak. Tahun depan kita jumpa ya! 🫂💕
Lama juga tak buat makan-makan dekat office 😅. |
Ogos 25, 2024
Lama Tak Singgah Satay Hut Tanjung Karang
Dulu masa duduk area Selangor, abah rajin bawa kitaorang semua makan dekat Satay Hut Tanjung Karang ni. Sataynya sedap. Besar-besar. Dulu biasa je kedainya. Menunya cuma ada satay je. Tak banyak pilihan.
Sekarang kedainya dah upgraded. Menu pun dah banyak. Pilih je nak makan apa. Janji bayar dulu masa dekat kaunter. Kalau tak nanti, sampai kesudah makanan korang tak sampai-sampai 😬. Tapi korang jangan risau. Servis dekat sini memang cepat!
Kalau korang singgah makan dekat Satay Hut Tanjung Karang ni. Korang wajib cuba Mee Bandung Special dia. Serius sedap. Kuahnya memang padu 👍🏻! Siap ada letak sotong dengan udang lagi. Pada Syu, kira berbaloilah harga semangkuk RM15.
Kenyang sangat! Satay kita tapau je bawa balik kampung 😂. |
Selain mee bandung, mee goreng mamak dekat sini pun boleh tahan juga. Teksturnya lembab-lembab gittew. Cukup rencah & cukup rasa. Harga tak ingat berapa 😂. Satay? Syu tapau bawa balik & bagi dekat adik Syu. Tak tahu sedap macam dulu ke tidak. Nanti tanya dia balik 🤭.
Ogos 23, 2024
Alhamdulillah Abah Okay!
Alhamdulillah. Abah okay! Kemoterapinya berjalan lancar. Cuma abah tak boleh gerak-gerak sangat pasal tube (Cannula) tu masih ada dekat dalam badan abah lagi.
Doktor cakap bacaan blood pressure abah tinggi. So, belum boleh cabut lagi tube-nya. Even lepas dh cabut sekalipun, abah kena baring lagi 3 jam untuk elakkan bleeding.
Abah okay. Cuma doktor tak bergerak-gerak. |
Overall, condition abah okay & masih dalam pemantauan. Doktor cakap abah boleh makan macam biasa. Cuma belum boleh duduk & bergerak macam biasa. Apa-apa pun alhamdulillah. Syukur pada Allah. Mungkin esok abah dah boleh discharge.
Ogos 22, 2024
Daftar Abah Masuk Wad Hospital Selayang
Snap gambar sebelum gerak ke Hospital Selayang. |
Siang tadi pergi ke Hospital Selayang untuk setelkan hal abah masuk wad. Pasalnya esok abah nak kena buat kemoterapi. Kalau ikutkan abah sepatutnya dijadualkan masuk wad pukul 8 pagi. Disebabkan tak ada katil kosong. Terpaksalah abah tunggu sekejap di ruangan menunggu - Dalam pukul 2.30 petang baru abah dapat katil. Sampai terlelaplah abah dibuatnya 🥹.
Setel pendaftaran kitaorang semua isi tangki dulu dekat kafe. |
Sementara nak tunggu abah dapat katil. Sambil-sambil tu Syu setelkan pendaftaran tempat tinggal mak di Anjung Kasih. At least dapatlah mak berehat juga masa jaga abah di hospital nanti. Lagipun Syu sendiri pun tak pasti bila abah boleh discharge. Pasalnya doktor & nurse pun tak ada cakap apa-apa.
Apa-apa pun, Syu berdoa sangat agar semuanya berjalan lancar esok. Harap abah kuat sepanjang proses kemoterapi tu nanti. Abah kena kuat tau abah! Anak cucu abah semua tunggu abah balik kat kampung nun 🫂💕.
Ogos 10, 2024
Simple Breakfast 😗
Telur separuh masak ni kadang-kadang susah juga nak buat. Pagi ni elok pula kejadian dia 😅. |
Salam hujung minggu korang! Pagi ni makan breakfast lite-lite jer sebelum masuk kerja. Ada telur separuh masak, kurma tepek cheese Salim & air kopi Moccona kosong secawan 😁. Jadilah buat lapik perut. Ini pun kenyang ni. Selalu Syu jarang makan breakfast. Pagi ni ada kerajinan sikit. Korang dah breakfast ke tu?😗
Stock kurma bulan puasa hari tu 😂. Dalam peti ais ada lagi 2 kotak tak makan. |
Ogos 05, 2024
4 Kali Submit Baru Lepas!
Alhamdulillah. Malam tadi, selesai urusan tandatangan letter of offer dengan Hong Leong Bank - Letter of offer ni surat tawaran pinjaman dari bank. Surat ni kita akan tandatangan selepas loan lulus & sebelum tandatangan perjanjian jual beli (S&P). Nak tunggu Rumah Perakku memang bercintalah jawabnya.
Takkan selamanya nak jadi calon simpanan kan? Memang lambatlah. Kena pula sekarang ni harga rumah makin lama makin naik. So, nak tak nak terpaksalah usaha sendiri cari rumah subsale yang murah-murah. Jadilah, buat tempat berteduh sebelum nak "tutup mata" 😅.
Kusyuk dengar explanation. Sampai tak sedar ada orang snap gambar 😂. |
Apa-apa pun, terima kasih banyak Syu ucapkan pada Encik Umarul & Puan Amalina
sebab sudi tolong setelkan urusan pinjaman perumahan Syu dengan Hong
Leong Bank. Banyak kali juga loan Syu kena rejected dengan bank sebenarnya. Tak
sangka. Cubaan kali ke-4 baru berhasil 😁. Bukan senang bank nak bagi lepas.
Tambah-tambah bila apply full loan.
Sekarang ni tinggal nak setelkan S&P agreement dengan lawyer pula. Kalau tak ada aral melintang. Insyaallah, dalam bulan Oktober Syu mungkin akan pindah masuk ke rumah baru. Harap semuanya berjalan lancar. Nanti ada masa, Syu spill gambar rumah yang Syu beli & cerita sikit pengalaman Syu beli rumah direct dari owner.
Ogos 03, 2024
Selamat Hari Lahir Abah!
Semalam hari lahir abah. Hari lahir yang ke-59 tahun. Tahun depan, genap 60 tahun dah usia abah. Alhamdulillah, abah dah makin sihat. Dah boleh jalan sikit-sikit tengok kebun dekat depan rumah nun.
Cuma kederat abah dah tak macam sebelum-sebelum ni. Dulu boleh lagi nak pikul pam racun & mesin rumput. Sekarang tak dapat dah. Almaklumlah, faktor umur & kesihatan. So, abah berehat jelah ya abah. Biar anak-anak abah pula yang take turn uruskan kebun.
Masa ni abah tengah sihat & baru nak start tanam pokok-pokok keliling rumah kampung. |
Apa-apa pun, selamat hari lahir diucapkan buat abah. Semoga dipanjangkan usia, diberikan kesihatan yang baik & dimurahkan rezeki dunia & akhirat. Akak sayang abah! Tak nak sakit-sakit dah tau! Sedih akak kalau tengok abah tak sihat 🥹.
Julai 29, 2024
Alkisah Glamping Di Gunung Medan Perlis
Hari tu Syu tunjuk view sunrise Gunung Medan masa time subuh kan? Ini cerita penuhnya. Kalau korang nak tahu, hari Jumaat hari tu kitaorang laki bini pergi bercuti ke Perlis 😬. Selesai tabur duit dekat Padang Besar, kitaorang bermalam di Kuala Perlis pula sebab husband Syu cakap dia teringin nak makan seafood fresh dekat medan ikan bakar sana.
Since dekat pekan hotel banyak dah fully booked. Kitaorang pun cubalah ber-glamping satu malam di Gunung Medan Glamping & Cafe Perlis. Lokasinya pun dah tak jauh dah dari pekan Kuala Perlis. Dalam 12 minit je dari tempat kitaorang glamping. So, hari ni Syu nak cerita sikitlah pengalaman ber-glamping dekat sana macam mana 🤭.
Total dome ada 6. Ada Family Dome & Super Family Dome 🤭. |
Mula-mula Syu ingatkan tempatnya biasa-biasa je tau. Bila dah sampai. Rasa terpegun gila tengok dome-dome yang ada dekat situ 😂! Sumpah comel! Dia punya view tu macam duduk dekat oversea pun ada. Rasa macam tak percaya dekat area Kuala Perlis ni ada port glamping yang cantik untuk pergi healing. Tempatnya bersih. Suasana pun tenang & damai je. Kira jauhlah dari hiruk-pikuk bandar 😌.
Untuk family dome ni boleh muat dalam 3-4 orang 👨👩👧👦. Harga RM170/malam untuk hari Khamis hingga Jumaat & Public Holiday). Hari lain RM120/malam. |
Dalam dome jangan cakaplah. Kelengkapan semua serba serbi lengkap Syu tengok. Masuk dekat dalam je terus
rasa tak nak keluar-keluar tau. Tambah-tambah boleh tengok movie. Aircond-nya pun boleh tahan sejuk🤣. Memang
lena betul tidur dibuatnya. Servis penghantaran makanan pun ada disediakan juga - Senarai menu & harga makanan ada diletakkan sekali dalam bilik.
Untuk pengetahuan korang, parking space dekat sini agak limited sikit sebab tempatnya berbukit. Tapi, kalau korang ambil dome 1,2 & 3, korang boleh parking kereta betul-betul depan dome. Cuma dome 4 sampai 6 sahaja korang tak boleh parking depan dome sebab laluan nak masuk ke glamping area tu agak sempit.
Setiap dome ni ada disediakan kerusi, tempat memanggang & kepala paip. Nak ke tandas & bilik mandi, korang kena menapak ke belakang sikit dalam 50 meter - Malam-malam pergi tak scary pun sebab tempatnya terang berderang.
Sunset & sunrise sumpah cantik!
View paling mahal! Cantik kan? 🥰 |
Sambil-sambil ber-glamping, korang juga boleh cuci mata tengok pemandangan sunrise & sunset. Nak view lagi cantik, korang kena naik & tengok Viewpoint Gunung Medan. Dari tapak glamping jaraknya cuma 100 meter je - Insect repellent jangan lupa pakai tau. Nyamuk banyak sepanjang trek nak naik ke view point tu!
Setel tengok pemandangan, korang bolehlah lepak minum-minum petang dekat Glass Cafe Gunung Medan ni. Ada macam-macam makanan & minuman ada jual dekat situ. Cafe ni dibuka kepada pengunjung setiap hari dari jam 5 petang sampai 11 malam. Sabtu Ahad ada buka sekejap waktu pagi sampai 10 pagi. So, bolehlah kalau korang nak singgah breakfast.
On the way nak naik ke Viewpoint Gunung Medan korang boleh nampak cafe ni dekat sebelah kiri. |
Actually, Syu cadang nak sambung glamping lagi satu malam. Malangnya,
dome yang kitaorang duduk tu dah fully booked sampai hari Ahad 🥹. Sedih kan! So nak tak nak, terpaksalah kitaorang check out juga tengahari Sabtu
tu. Rasa menyesal pula tak book dua malam terus. Next time kalau datang sini,
nak booking terus 2 malam. Baru puas hati!
Julai 28, 2024
Sedap Ke Moccona Coffee?
Salam hujung minggu korang. Hari ni nak review sikit pasal kopi. Sejak boikot instant coffee brand NESCAFE, Syu slowly beralih ke brand lain. Last time Syu guna instant coffee brand Indocafe. Sedap juga instant coffee brand ni. Murah pun murah 😅. Cuma ada masa & ketika, Syu jadi pedih ulu hati kalau terlebih consume. Tambah-tambah kalau ambil masa perut kosong. Tapi, memamg tak dinafikan instant coffee-nya memang sedap.
Kali ni, Syu cuba pula instant coffee dari brand Moccona. Harga sebotol boleh tahan mahal juga. Almaklumlah, produk import. Actually, dah lama dah Syu perhati instant coffee brand Moccona ni di Speedmart 99. Tapi tak terbeli-beli sampai kesudah. Ada yang kata brand Moccona ni sedap. That's why Syu buat keputusan untuk beli juga. Bukan apa, saja nak tahu rasanya sedap ke tidak macam yang diwar-warkan tu 🤭.
Yang Syu beli ni botol saiz sederhana. Beratnya 100g. Anggaran sukatan bancuhan 2g=200ml air. |
Actually, ada 6 jenis instant coffee brand Moccona yang terdapat di pasaran. Antaranya Classic Decaffeinated, Classic Dark Roasted, Classic Medium Roasted, Espresso, Indulgence & Hazelnut. Setiap jenis instant coffee Moccona ni berbeza-beza dia punya tahap intensiti (kepekatan, aroma & rasa). Jenis yang macam mana korang nak, itu bergantung pada tekak masing-masing. Macam Syu, Syu suka kopi yang pekat & pahit sikit. So, buat masa ni Syu pilih Moccona Indulgence 😋.
Pada Syu, rasa kopi Moccona ni sedap & pekat - Dekat hujung-hujungnya tu ada rasa masam-masam sikit. Baunya pun boleh tahan strong juga. Kalau ikut selera tekak Syu, Moccona ni sedap kalau dibancuh dengan krimer. Tapi, nak kena bancuh pekat sikitlah kopinya. Kalau minum kosong tu macam kurang kick pula rasa dia. Ada yang pernah cuba instant coffee brand Moccona ni tak? Kalau korang, korang prefer minum kosong atau minum dengan krimer. Cuba share sikit.
Julai 18, 2024
Puasa HARI PUTIH
Puasa hari putih atau puasa “Ayyamul Bidh” bermaksud berpuasa pada hari bulan mengambang laitu pada setiap hari ke-13, 14 dan 15 di pertengahan bulan Islam. Hal ini kerana pada waktu itu cahaya bulan sangat terang-benderang.
Puasa pada hari-hari putih umpama berpuasa sepanjang tahun. |
Nama “Ayyamul Bidh” ini diberi bersempena dari kisah Nabi Adam ketika diturunkan ke bumi. Pada ketika itu, tubuh baginda terbakar oleh matahari sehingga menjadi hitam. Lalu Allah memerintah baginda Nabi Adam supaya berpuasa selama tiga hari.
Setiap hari baginda berpuasa, dengan izin Allah sepertiga tubuh baginda kembali menjadi putih. Dari peristiwa inilah terbitnya nama “Ayyamul Bidh” yang berarti “hari-hari putih”.
Daripada Qatadah bin Milhan RA, katanya, Rasulullah SAW telah bersabda:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْمُرُنَا أَنْ نَصُومَ الْبِيضَ : ثَلَاثَ عَشْرَةَ، وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ، وَخَمْسَ عَشْرَةَ، وَقَالَ: هُنَّ كَهَيْئَةِ الدَّهْرِ
Maksudnya: "Rasulullah SAW menyuruh kami berpuasa pada hari-hari putih, iaitu 13, 14, dan 15 haribulan. Baginda juga bersabda: Puasa tiga hari tersebut seolah-olah puasa sepanjang tahun."
-Riwayat Abu Daud (2449)-
Niat Puasa Hari Putih
نَوَيْتُ صَوْمَ أَيَّامَ الْبِيْضِ سُنَّةٌ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: Sahaja aku puasa sunat hari putih kerana Allah taala
Jun 28, 2024
Abah Tak Sihat - Part 1
Hari Raya Haji dah habis! Tak sempat nak cerita apa yang jadi hari tu - Blog pun dah nak dekat dua bulan tak ber-update. Syu tetap beraya juga macam biasa. Tapi, sambut dalam suasana yang sedikit berbeza. Apa yang Syu boleh cakap, Hari Raya Haji Syu kali ni memang penuh dengan perkara yang Syu sendiri tak pernah jangka. Penuh pengorbanan. Plus linangan air mata juga sebenarnya 😔.
Kalau ikutkan, pelan asal kitorang nak beraya di kampung Gelong Gajah, Beruas. Tapi, perancangan Allah lagi hebat. Semuanya start tiga hari sebelum nak raya. Asbab terlebih makan siput sedut. 14/6/2024 (Jumaat) - Allah takdirkan abah Syu tak sihat & terpaksa di-warded-kan di Hospital Manjung semalaman.
Lepas buat check-up semua. Doktor cakap dekat hati abah ada ketumbuhan. Doktor pun tak pasti ketumbuhan apa. Tapi, berita buruknya ketumbuhan tu dah pecah & ada sedikit pendarahan. Disebabkan tak ada pakar hati yang betul-betul pakar di Perak. Doktor sarankan abah dihantar secepat yang mungkin ke Hospital Selayang.
Kalau ikutkan nurse tak bagi mak ikut naik ambulans sekali. Lepas adik bodek banyak kali, baru nurse tu bagi.Tapi,kena isi borang. |
15/6/2024 (Sabtu), 10.00 malam - Mak & abah gerak dulu ke Hospital Selayang. Syu dengan adik-adik menyusul kemudian. Kalau ikutkan boleh jer nak follow belakang ambulans tu sebenarnya. Cuma takut tak terkejar. Almaklumlah, driver ambulans kan bawa laju. Satu lagi sebab fikirkan keselamatan. Dah lewat malam kan. Lagi better gerak asing-asing.
Pasal abah Syu tak risau sangat sebab dekat Hospital Selayang sana ada ramai doktor pakar & nurse yang boleh jaga abah. Cuma kesian dekat mak jelah. Entah mana dilepeknya kawan tu. Bukannya mak boleh masuk dalam wad pun temankan abah 😕. Kalau kitaorang semua tak ke sana. Dekat manalah mak duduk agaknya. That's why selagi boleh, malam tu juga kitorang nak gerak ke Hospital Selayang nun - Nanti sambung cerita lagi.
Jun 17, 2024
Selamat Hari Raya Aidiladha
"Tiada amal anak Adam yg lebih disukai Allah pada hari AidilAdha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yg dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan bertanduk, bulu dan kukunya.
Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka, hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan."
~Hadis Riwayat At-Tirmizi~
April 27, 2024
Choco Rush Chocolate Almond Balls Auntie Anne Sedap!
Hujung minggu lepas, Syu lepak di AEON Kinta City Ipoh dengan Sarah Deris. Bila sampai sana, macam biasalah. Syu confirm akan singgah beli pretzel Auntie Anne's punya 😁. Ingatkan nak singgah beli pretzel Caramel Alomd saja. Tak sangka tertambah Chocolate Almond Balls dalam list - Menu baru Auntie Anne's ni tau!
Menu baru Auntie Anne's Choco Rush
So, berita baik buat penggemar-penggemar coklat, Auntie Anne's kali ni ada keluarkan menu baru yang berasaskan coklat tau! Choco Rush namanya. Dalam menu Choco Rush ni, ada 4 pilihan menu pretzel menarik yang korang boleh pilih. Antaranya :
- Choco Eclairs Oat Pretzel - Harga RM7.90
- Double Almond Chocolate Balls - Harga RM10.90 (7 ketul)
- Chocolate Almond Balls - Harga RM8.90 (7 ketul)
- Choco Eclairs Almond Pretzel - Harga RM8.90
Sedap! Menyesal pula beli satu bekas 😅. |
Yang sedihnya, promosi Choco Rush ni sampai hujung bulan ni saja Auntie Anne buat. So, kalau korang singgah Auntie Anne, better korang beli! Serius sedap & tak menyesal kalau beli lebih. Tambah-tambah Chocolate Almond Balls.
April 22, 2024
Puasa Ganti & Puasa 6 Syawal Serentak?
Puasa sunat enam Syawal antara amalan yang disarankan dalam Islam, di mana umat Islam digalakkan untuk berpuasa selama enam hari dalam bulan Syawal, selepas tibanya Hari Raya Aidilfitri.
Berpuasa enam hari di bulan Syawal mempunyai keistimewaan & ganjaran yang besar. Baginda Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari di bulan Syawal, ganjarannya adalah seperti berpuasa sepanjang tahun [HR Muslim:1164]
Perbezaan puasa ganti dengan puasa 6 Syawal
SUMBER FOTO : Kosmo |
Dalam perspektif agama, terdapat perbezaan antara puasa ganti dan puasa 6 Syawal. Mari kita lihat penjelasan mengenai kedua-dua jenis puasa ini:
- Puasa Ganti (Qadha)
Puasa ganti dilakukan bagi menggantikan puasa yang tidak dapat dilakukan pada bulan Ramadan sebelumnya. Contohnya, jika seseorang sakit atau sedang musafir, mereka boleh menggantikan puasa tersebut di luar bulan Ramadan - Hari selain pada hari diharamkan berpuasa.
- Puasa 6 Syawal
Puasa 6 adalah puasa sunat yang dilakukan selama enam hari di bulan Syawal. Amalan puasa 6 ni dilakukan setelah berakhirnya bulan Ramadan. Ini termasuk dalam amalan sunat yang dianjurkan dalam Islam.
Seseorang boleh memilih enam hari dari mana-mana hari dalam bulan Syawal untuk berpuasa. Ia tidak perlu berurutan dan boleh dilakukan sepanjang bulan Syawal.
Boleh atau tidak gabung puasa ganti dengan puasa 6 Syawal?
Menurut pendapat yang muktamad oleh para ulama, adalah lebih afdal bagi seseorang untuk berpuasa qada (ganti) & berpuasa sunat 6 Syawal secara berasingan.
Namun, menyatukan puasa qada dengan puasa enam berkenaan adalah harus & tetap mendapat ganjaran pahala kedua-duanya. Berikut adalah beberapa pandangan dari ulama:
- Pandangan Pertama (Muktamad)
Puasa Ganti (Qadha) harus dilakukan terlebih dahulu, kemudian baru dilanjutkan dengan Puasa 6 Syawal. Pendapat ini dianggap lebih afdal (utama).
- Pandangan Kedua
Beberapa fuqaha berpendapat bahawa kita boleh melakukan puasa ganti sekaligus dengan puasa 6 Syawal. Namun, ganjaran pahala dari gabungan ini tidak menyamai pahala seseorang yang telah menyempurnakan puasa sepenuhnya daripada sebulan Ramadan.
Walau bagaimanapun, Mufti Wilayah Persekutuan Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dari Majlis menyimpulkan :
Saya lebih cenderung kepada pendapat yang membolehkannya. Ini kerana ia merupakan jenis ibadah yang sama tetapi dengan dua niat.
Jadi, dibolehkan untuk kita menggabungkan kedua-dua puasa ganti & puasa sunat 6 Syawal serentak dalam satu niat.
Lafaz Niat Puasa Ganti Gabung Puasa 6 Syawal
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ قَضَاءِ رَمَضَانَ
مَعَ سِتَّةِ شَوَّالِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: Sahaja aku berniat puasa esok hari qadha fardhu Ramadan bersama puasa sunat enam hari bulan Syawal kerana Allah Taala
Jadi, jika ingin melaksanakan kedua-dua jenis puasa ini, dibolehkan untuk melakukannya secara berasingan atau mengikut pendapat yang dhaif. Semoga ibadah puasa kita semua diterima & memperoleh manfaat yang berlipat ganda! 🌙✨
April 19, 2024
Biskut Almond London Crunchy Mudah & Sedap
Biskut Almond London antara biskut legend evergreen yang tak lapuk ditelan zaman. Sentiasa on demand setiap kali tibanya hari raya 🤭. Kalau korang perasan, biskut Almond London tahun 2024 dah tak macam dulu dah.
Sekarang biskutnya dah diberi nafas baru menjadi Matcha Almond London - London tu rasanya dah boleh tukar jadi Jepun dah. Sebab Matcha kan sinonim dengan negara Jepun 😅. Sesuai dengan selera & tekak penggemar-penggemar matcha/green tea.
Adunan biskutnya masih sama. Cuma coating coklatnya sahaja digantikan dengan coklat putih & serbuk matcha. Kalau Syu, Syu lagi prefer Biskut Almond London instead of Biskut Matcha Almond sebenarnya. Almaklumlah, sejenis Syuderis ni memang tak berapa minat sangat dengan white chocolate. Rasa cepat muak bila makan 😂.
Resepi Biskut Almond London Crunchy & Sedap
Syu tak pakai almond nibs sebab nak bagi biskutnya nampak lebih menyerlah dengan sprinkles warna-warni ni. |
Tak kisahlah Biskut Almond London atau Biskut Almond Matcha sekalipun. Hari ni, Syu nak kongsi dengan korang resepi adunan biskut almond yang mudah & sedap. Nak buat makan sendiri pun boleh. Nak buat jual pun tak ada masalah. Yang penting biskutnya crunchy luar & dalam 😋.
BAHAN-BAHAN ADUNAN BISKUT
1 sdk esen vanila
1 biji telur
375 butter
220g - Tepung jagung
30g - Susu tepung
3g emplex
3g baking powder
320g tepung gandum
30g tepung ubi
40g cornflakes/nestum (Dikisar halus)
BAHAN-BAHAN UNTUK COATING
Coklat masak - Syu pakai milk chocolate campur dengan dark chocolate
Shortening/Coco butter substitute (CBS)
Sprinkles/Almond nibs (Untuk hiasan)
CARA-CARA
- Gaul butter & gula aising hingga sebati
- Masukkan telur & juga esen vanila. Kemudian gaul lagi hingga adunannya mesra.
- Lepas semuanya dah sebati, bolehlah masukkan kesemua bahan-bahan kering & uli sehingga adunannya tak melekat pada tangan.
- Rehatkan doh sekejap di dalam peti sejuk & kemudian bolehlah dibentukkan adunannya macam biasa.
- Susun dalam dulang pembakar elok-elok. Lepas tu, bakar doh Almond London yang dah dicanai tadi selama 30 minit pada suhu 160℃.
- Bila dah sejuk, bolehlah korang salut dengan coklat masak & taburkan dengan sedikit almond nibs/sprinkles - Coklat masak tu korang just cairkan guna kaedah double boiling.
Tips badam ranggup
Biji badam yang korang letak sebiji-sebiji dalam adunan tu korang kena bakar terlebih dahulu, supaya badamnya tak lemau bila dimakan. Untuk hasil badam yang lebih crunchy, tipsnya korang kena bakar biji badam tu 3 kali.
Bakar selama 15 minit pada suhu 130℃. Lepas dah bakar, bagi badamnya sejuk. Lepas tu bakar lagi. Repeat sampai 3 kali. Barulah korang akan dapat biji badam yang crunchy! Nak bakar guna oven boleh, nak guna air fryer pun tak jadi masalah.
Tips cairkan coklat
Untuk coating biskut Almond London, terpulang pada korang nak pakai coklat jenis apa. Asalkan korang cairkan coklat dengan menggunakan kaedah double boiling.
Untuk hasil coklat yang cantik berkilat & tak terlalu pekat, korang boleh letakkan sedikit shortening atau pun coco butter substitute (CBS). Dekat kedai barang bakeri ada jual. Tak mahal manapun harganya. Tapi, kalau korang dah terdesak sangat, korang boleh guna butter 😁.
Dah cair semua coklat, korang boleh tutupkan api. Make sure air dalam periuk sentiasa panas. |
Bila coklat masak cair sepenuhnya. Terus tutup api & boleh start salut korang punya biskut Almond London. Make sure air dekat dalam periuk tu sentiasa panas supaya coklatnya sentiasa cair. Kalau tak panas, boleh buka api lagi & panaskan seperti biasa.
April 18, 2024
Team Purple Masuk Beradap! 💜
Awalnya viral ya, warna orange brick bakal jadi warna tema baju raya tahun 2024. Tapi entah macam mana, hujung-hujung ramai pula yang decided untuk pilih warna hijau lembut as warna tema baju raya - Dekat kampung Syu, ramai pula saudara & jiran pilih warna maroon 😅.
Deme pakat pakai warna maroon. Dah sepesen dengan lapik meja pun ada 😅. |
Baju raya Syu tahun ni Syu pilih untuk pakai tema warna purple. Syu tak expect pun nak pakai baju raya tema warna ni sebenarnya sebab kalau ikutkan, Syu nak pakai baju raya tema warna salmon. Tapi, tak jumpa pula warna yang sedondon untuk baju raya husband Syu.Jadi, kita pakai saja warna yang ada. Nak jahit sendiri tak sempat!
Encik suami kita dah macam penyanyi kopratasa dah rupa dia 🤣. |
Apa-apa pun, dikesempatan ni Syu nak ucapkan selamat hari raya buat semua rakan-rakan Blogger yang mengenali Syu. Mohon maaf andai ada terkasar bahasa & tersilap kata. Walaupun tak pernah bersua muka, Syu harap ukhuwah kita akan tetap terus terjalin mesra. Gittew!
(P/S: Pasal baju warna orange brick tu. Ada yang kata, warnanya tu striking sangat & seakan-akan macam baju tok sami & tahanan polis. That's why ramai yang tak berapa berkenan agaknya 🤭. Tak pun warna tu memang dah SOLD OUT sebab kuasa viral)
April 02, 2024
Setel Menyimpul Kasih 😁!
Alhamdulillah, setel kerja-kerja menyimpul popiah simpul kasih Syu! Berjam-jam juga menghadapnya semalam 😅. Dapatlah dua jenis popiah simpul kasih. Satu inti serunding ikan & satu lagi serunding ayam - Serunding ayam tu Syu guna chicken floss yang pedas tu saja.
Yang inti merah-merah ni Syu guna chicken floss pedas 😋. |
Sekarang ni tinggal nak bagi popiah simpul kasihnya betul-betul kering. Lepas tu goreng. Segaja tak goreng awal-awal sebenarnya. Almaklumlah, dekat rumah ni ada peminat popiah simpul kasih. Nanti belum sempat raya, popiah simpulnya dah licin kena ngap 😂!
Jadi, kita goreng lambat-lambat sikit. Memandangkan simpul kasih dah siap. Lepas ni bolehlah Syu fokus untuk buat biskut raya pula. Korang pula macam mana. Dah start buat kuih raya ke belum 😁?
6 paket kulit popiah Syu guna semalam 😂. |