Biskut Almond London Crunchy Mudah & Sedap

April 19, 2024

Almond London

Biskut Almond London antara biskut legend evergreen yang tak lapuk ditelan zaman. Sentiasa on demand setiap kali tibanya hari raya 🤭. Kalau korang perasan, biskut Almond London tahun 2024 dah tak macam dulu dah.


Sekarang biskutnya dah diberi nafas baru menjadi Matcha Almond London - London tu rasanya dah boleh tukar jadi Jepun dah. Sebab Matcha kan sinonim dengan negara Jepun 😅. Sesuai dengan selera & tekak penggemar-penggemar matcha/green tea. 


Adunan biskutnya masih sama. Cuma coating coklatnya sahaja digantikan dengan coklat putih & serbuk matcha. Kalau Syu, Syu lagi prefer Biskut Almond London instead of Biskut Matcha Almond sebenarnya. Almaklumlah, sejenis Syuderis ni memang tak berapa minat sangat dengan white chocolate. Rasa cepat muak bila makan 😂. 

 

 

Resepi Biskut Almond London Crunchy & Sedap

 

Almond London
Syu tak pakai almond nibs sebab nak bagi biskutnya nampak lebih menyerlah dengan sprinkles warna-warni ni.

 

Tak kisahlah Biskut Almond London atau Biskut Almond Matcha sekalipun. Hari ni, Syu nak kongsi dengan korang resepi adunan biskut almond yang mudah & sedap. Nak buat makan sendiri pun boleh. Nak buat jual pun tak ada masalah. Yang penting biskutnya crunchy luar & dalam 😋. 


BAHAN-BAHAN ADUNAN BISKUT


1 sdk esen vanila

1 biji telur

375 butter

220g - Tepung jagung

30g - Susu tepung

3g emplex

3g baking powder

320g tepung gandum

30g tepung ubi

40g cornflakes/nestum (Dikisar halus)

 

 

BAHAN-BAHAN UNTUK COATING


Coklat masak - Syu pakai milk chocolate campur dengan dark chocolate

Shortening/Coco butter substitute (CBS)

Sprinkles/Almond nibs (Untuk hiasan)



CARA-CARA


  1. Gaul butter & gula aising hingga sebati
  2. Masukkan telur & juga esen vanila. Kemudian gaul lagi hingga adunannya mesra. 
  3. Lepas semuanya dah sebati, bolehlah masukkan kesemua bahan-bahan kering & uli sehingga adunannya tak melekat pada tangan.
  4. Rehatkan doh sekejap di dalam peti sejuk & kemudian bolehlah dibentukkan adunannya macam biasa.
  5. Susun dalam dulang pembakar elok-elok. Lepas tu, bakar doh Almond London yang dah dicanai tadi selama 30 minit pada suhu 160℃.
  6. Bila dah sejuk, bolehlah korang salut dengan coklat masak & taburkan dengan sedikit almond nibs/sprinkles - Coklat masak tu korang just cairkan guna kaedah double boiling.



Tips badam ranggup


Biji badam yang korang letak sebiji-sebiji dalam adunan tu korang kena bakar terlebih dahulu, supaya badamnya tak lemau bila dimakan. Untuk hasil badam yang lebih crunchy, tipsnya korang kena bakar biji badam tu 3 kali.


Bakar selama 15 minit pada suhu 130℃. Lepas dah bakar, bagi badamnya sejuk. Lepas tu bakar lagi. Repeat sampai 3 kali. Barulah korang akan dapat biji badam yang crunchy! Nak bakar guna oven boleh, nak guna air fryer pun tak jadi masalah.

 


Tips cairkan coklat

 

Untuk coating biskut Almond London, terpulang pada korang nak pakai coklat jenis apa. Asalkan korang cairkan coklat dengan menggunakan kaedah double boiling.


Untuk hasil coklat yang cantik berkilat & tak terlalu pekat, korang boleh letakkan sedikit shortening atau pun coco butter substitute (CBS). Dekat kedai barang bakeri ada jual. Tak mahal manapun harganya. Tapi, kalau korang dah terdesak sangat, korang boleh guna butter 😁. 


Dah cair semua coklat, korang boleh tutupkan api. Make sure air dalam periuk sentiasa panas. 


Bila coklat masak cair sepenuhnya. Terus tutup api & boleh start salut korang punya biskut Almond London. Make sure air dekat dalam periuk tu sentiasa panas supaya coklatnya sentiasa cair. Kalau tak panas, boleh buka api lagi & panaskan seperti biasa. 

 

Comments

  1. Tersengih sorang bila baca dia kata mudah nak buat almond london ni hahahaha... Kita ni kalau pegang main tepung ni mmg tolak jauh2 la hahahaa..

    BalasPadam
  2. Biskut almond london ni memang dah jadi biskut wajib bagi setiap rumah . Sepanjang syawal CCL kunjung ke rumah sanak saudara, jiran kawan-kawan majoriti biskut almond london ni tetap ada dalam hidangan kuih raya . Tahun ni rumah CCL tak ada kuih raya , so makan kuih raya di rumah org jer la .hehe

    BalasPadam
  3. Sepanjang buat biskut tolong arwah mama, sekali je kitorang penah buat. Ehhhh tak kuasa nak ngulang sbb rasa renyah haha

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!