Posts with the label Cookies
Memaparkan catatan dengan label Cookies. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cookies. Papar semua catatan

April 19, 2024

Biskut Almond London Crunchy Mudah & Sedap

Almond London

Biskut Almond London antara biskut legend evergreen yang tak lapuk ditelan zaman. Sentiasa on demand setiap kali tibanya hari raya 🀭. Kalau korang perasan, biskut Almond London tahun 2024 dah tak macam dulu dah.


Sekarang biskutnya dah diberi nafas baru menjadi Matcha Almond London - London tu rasanya dah boleh tukar jadi Jepun dah. Sebab Matcha kan sinonim dengan negara Jepun πŸ˜…. Sesuai dengan selera & tekak penggemar-penggemar matcha/green tea. 


Adunan biskutnya masih sama. Cuma coating coklatnya sahaja digantikan dengan coklat putih & serbuk matcha. Kalau Syu, Syu lagi prefer Biskut Almond London instead of Biskut Matcha Almond sebenarnya. Almaklumlah, sejenis Syuderis ni memang tak berapa minat sangat dengan white chocolate. Rasa cepat muak bila makan πŸ˜‚. 

 

 

Resepi Biskut Almond London Crunchy & Sedap

 

Almond London
Syu tak pakai almond nibs sebab nak bagi biskutnya nampak lebih menyerlah dengan sprinkles warna-warni ni.

 

Tak kisahlah Biskut Almond London atau Biskut Almond Matcha sekalipun. Hari ni, Syu nak kongsi dengan korang resepi adunan biskut almond yang mudah & sedap. Nak buat makan sendiri pun boleh. Nak buat jual pun tak ada masalah. Yang penting biskutnya crunchy luar & dalam πŸ˜‹. 


BAHAN-BAHAN ADUNAN BISKUT


1 sdk esen vanila

1 biji telur

375 butter

220g - Tepung jagung

30g - Susu tepung

3g emplex

3g baking powder

320g tepung gandum

30g tepung ubi

40g cornflakes/nestum (Dikisar halus)

 

 

BAHAN-BAHAN UNTUK COATING


Coklat masak - Syu pakai milk chocolate campur dengan dark chocolate

Shortening/Coco butter substitute (CBS)

Sprinkles/Almond nibs (Untuk hiasan)



CARA-CARA


  1. Gaul butter & gula aising hingga sebati
  2. Masukkan telur & juga esen vanila. Kemudian gaul lagi hingga adunannya mesra. 
  3. Lepas semuanya dah sebati, bolehlah masukkan kesemua bahan-bahan kering & uli sehingga adunannya tak melekat pada tangan.
  4. Rehatkan doh sekejap di dalam peti sejuk & kemudian bolehlah dibentukkan adunannya macam biasa.
  5. Susun dalam dulang pembakar elok-elok. Lepas tu, bakar doh Almond London yang dah dicanai tadi selama 30 minit pada suhu 160℃.
  6. Bila dah sejuk, bolehlah korang salut dengan coklat masak & taburkan dengan sedikit almond nibs/sprinkles - Coklat masak tu korang just cairkan guna kaedah double boiling.



Tips badam ranggup


Biji badam yang korang letak sebiji-sebiji dalam adunan tu korang kena bakar terlebih dahulu, supaya badamnya tak lemau bila dimakan. Untuk hasil badam yang lebih crunchy, tipsnya korang kena bakar biji badam tu 3 kali.


Bakar selama 15 minit pada suhu 130℃. Lepas dah bakar, bagi badamnya sejuk. Lepas tu bakar lagi. Repeat sampai 3 kali. Barulah korang akan dapat biji badam yang crunchy! Nak bakar guna oven boleh, nak guna air fryer pun tak jadi masalah.

 


Tips cairkan coklat

 

Untuk coating biskut Almond London, terpulang pada korang nak pakai coklat jenis apa. Asalkan korang cairkan coklat dengan menggunakan kaedah double boiling.


Untuk hasil coklat yang cantik berkilat & tak terlalu pekat, korang boleh letakkan sedikit shortening atau pun coco butter substitute (CBS). Dekat kedai barang bakeri ada jual. Tak mahal manapun harganya. Tapi, kalau korang dah terdesak sangat, korang boleh guna butter 😁. 


Dah cair semua coklat, korang boleh tutupkan api. Make sure air dalam periuk sentiasa panas. 


Bila coklat masak cair sepenuhnya. Terus tutup api & boleh start salut korang punya biskut Almond London. Make sure air dekat dalam periuk tu sentiasa panas supaya coklatnya sentiasa cair. Kalau tak panas, boleh buka api lagi & panaskan seperti biasa. 

 

Biskut Almond London Crunchy Mudah & Sedap

April 19, 2024

Mac 28, 2024

Cara Buat Bangkit Cheese Sedap Rapuh & Cair Di Mulut Sukatan Cawan

Bangkit cheese boleh dikatakan kuih raya yang viral juga sejak beberapa tahun ni. Dulu, kita ada bangkit original dengan bangkit pandan. Sekarang dah diolah sikit rasanya supaya kena dengan selera orang Malaysia yang sukakan cheese dalam masakan.



Tak tahu siapa yang start dulu buat kuih bangkit cheese ni. Yang pasti Syu suka sebab sedap & ada rasa lemak-lemak. So, untuk raya tahun ni. Syu cuba buat sikit biskut bangkit cheese ni tapi dengan cara Syu sendiri.

 

Bangkit cheese
SUMBER FOTO : Sirap Limau


Bahan asas biskutnya sama. Cuma ada beberapa bahan tambahan Syu letak dalam adunan biskut bangkit cheese ni supaya biskutnya double triple sedap. Lebih lemak & ketagih nak makan lagi & lagi. Jom Syu share resepinya macam mana.



BAHAN-BAHAN

 

250g - Pure salted butter (Nak pakai butter biasa pun boleh)

1 Cawan (200g) - Gula aising

1/3 Tin - Susu pekat (Untuk rasa lemak)

250g - Cream cheese

3 Cawan (750g) - Tepung ubi kayu (Disangai)

2 Cawan (500g) - Tepung jagung (Disangai)

1 Cawan (250g) - Tepung gandum (Disangai) 

1 ½ Sdk. - Baking powder

1 ½ Sdk. - Esen vanilla (Masukkan sekali dalam kuning telur)

2 Biji - Kuning telur

 50g - Cheddar cheese parut

Sedikit garam untuk rasa lemak



  1. Pukul butter, cream cheese dengan gula aising hingga sedikit kembang.
  2. Masukkan kuning telur, esen vanila & susu pekat. Pukul lagi sampai sekata.
  3. Masukkan bahan-bahan kering & juga cheddar cheese yang dah diparut.
  4. Gaul sebati sehingga doh tak melekat pada tangan.
  5. Rehatkan doh sekejap di dalam peti ais selama 20 minit. Kemudian bolehlah dicanai & ditekap guna acuan  bangkit cheese. 
  6. Untuk suhu oven. Bakar pada suhu 160-170℃ selama 30 minit (Bergantung pada jenis oven) atau sehingga biskutnya masak.
  7. Bila dah masak boleh keluarkan & simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba!

Cara Buat Bangkit Cheese Sedap Rapuh & Cair Di Mulut Sukatan Cawan

Mac 28, 2024

April 26, 2022

Resepi Biskut Makmur Crunchy

Biskut makmur

RESEPI BISKUT MAKMUR CRUNCHY || Biskut makmur antara biskut raya WAJIB ADA di rumah Syu setiap kali raya. Setiap tahun mesti akan buat. Resepi biskut makmur ni memang mudah & senang cara pembuatannya. Dengan menggunakan doh yang sama, korang juga boleh hasilkan dua jenis biskut yang berbeza. Satu biskut makmur & satu lagi biskut arab.

 

 

Apa Beza Biskut Arab & Biskut Makmur?

 

Sebenarnya, biskut arab dengan biskut makmur ni lebih kurang jer sebenarnya. Diperbuat dari bahan doh yang sama. Cuma bezanya satu ada inti & satu lagi tak ada inti. Biskut arab kosong. Biskut makmur ada isi perut kat dalam 😁.



Ada sesetengah biskut arab tu dicampurkan sekali kacang tumbuk dengan adunan. Bergantung pada citarasa tukang buat kuih. Macam Syu, Syu prefer ada inti macam ni. Lembut di luar. Crunchy di dalam.


Biskut makmur
Biskut makmur dalamnya ada inti. Ada yang letak inti kacang tumbuk & ada juga yang letak kekacang sebiji-sebiji dalam ni - SUMBER FOTO : Cookpad.com



Resepi & cara pembuatan


Seperti biasa. bahan utama untuk buat biskut makmur mestilah kena ada minyak sapi. Bila guna minyak sapi, baru betul-betul terbit rasa authentic biskut makmur tu. Bukannya gantikan minyak sapi dengan majerin mahupun butter dalam adunan sebagai main ingredient. Hilang keaslian rasa biskut makmur tu nanti.



Memang tak dinafikan yang harga minyak sapi memang mahal. Walau bagaimana sekalipun, tak ada substitute ingredient kepada minyak sapi dalam resepi biskut makmur mahupun biskut arab. Sebaiknya, kekalkan penggunaan minyak sapi asli untuk buat biskut ni.

 

Biskut makmur
Lepas dibedak, letak dalam papercup macam ni. Tak ada gulanya terabur.


Waima korang replace dengan majerin/butter campur susu pun rasanya tetap tak kena. Nak tambah majerin/butter boleh. Tapi, dalam sesudu dua sahaja sekadar tambahan. Yang penting bahan wajib ada adalah minyak sapi. Baru sedap rasa biskutnya. Jom kita tengok resepi biskut makmur crunchy versi Syu.



BAHAN-BAHAN


2 cwn. - Tepung Gandum [Disangai & diayak] 

1/2 cwn. - Minyak sapi

1/4 cwn. - Gula kastor

1/3 cwn. - Gula aising

2 Sdt. - Susu tepung [Optional]

Kacang tanah [Disangai & dikisar kasar] 

Susu pekat

Papercup



CARA-CARA


  1. Gaul sebati tepung gandum, gula kastor, minyak sapi sehingga menjadi doh - Pastikan adunan tak melekat di tangan
  2. Campurkan kacang tanah & susu pekat untuk dijadikan inti
  3. Ambil sedikit doh & masukkan inti ke dalam & kemudian bentukkan
  4. Letakkan doh yang sudah dimasukkan inti di atas loyang & bakar pada suhu 180℃ selama 30 minit atau sehingga biskut masak
  5. Biarkan sejuk sekejap, kemudian baru salut dengan campuran gula asing & susu tepung
  6. Masukkan dalam papercup untuk nampak lebih presentable

Resepi Biskut Makmur Crunchy

April 26, 2022

Mac 06, 2022

Cadbury Chocobakes Cookies || Sedap Ke? πŸ€”


Hari ni nak cerita sikit pasal Cadbury Chocobakes yang datang dari India ni. Syu beli masa Syu pergi bercari barang dapur di Lotus's. Memandangkan Syu sendiri pun tak pernah cuba. Jadi, teringin nak rasa sejauh mana kesedapan Cadbury Chocobakes ni.



Kalau korang nak tahu, chocobakes yang di keluarkan oleh Cadbury ni sebenarnya merupakan sejenis biskut coklat yang diletakkan inti coklat Cadbury di dalamnya. Sekotak harganya cuma RM5.99. Dalamnya ada 12 pek individu yang berberat 12.5g.


Inti coklatnya sedap sangt πŸ˜‹. 


Rasa biskutnya memang sedap & tak terlampau manis. Inti coklat yang diletakkan dalam biskut ni pun memang cair di mulut bila di makan. Cicah dengan susu segar pun sedap πŸ˜‹. Pada yang nak mencuba, korang boleh dapatkan Cadbury Chocobakes ni di mana-mana pasaraya Lotus's yang berhampiran dengan korang πŸ˜‰πŸ’•. 

Cadbury Chocobakes Cookies || Sedap Ke? πŸ€”

Mac 06, 2022

Jun 03, 2021

Tart Nenas Lemak & Melting Di Mulut

TART NENAS LEMAK & MELTING DI MULUT || Inilah dia hasil bekerja dari rumah (BDR). Tak ada kerja cari kerja. Memandangkan lebihan barang-barang untuk buat biskut masih ada lagi, maka berperang lah time-time lockdown ni dengan oven. Rayakan sebulan, apa salahnyer yer dak?😁


Sebenarnya Syu dah buat dah tart ni sebelum ni. Tapi dah habis sebab banyak bawak dekat ofis Syu & husband hari tu. Kiranya semua stok biskut raya dah habis licin. Jadi, terpaksalah repeat buat lagi untuk buat stok kudap-kudap kat rumah time lockdown ni.


Lagipun Syu sayangkan baki minyak sapi yang Syu guna buat tart hari tu. Kalau biar lama-lama nanti rasa dia jadi dah tak sedap. Ada baiknya juga Syu habiskan. Tak ada lah membazir. Dapat dalam satu adunan lagi jadilah. 



Setakat ni, resepi tart yang ni jer yang Syu rasa boleh diterima masuk dek tekak Syu. Sebelum ni pernah buat ikut resepi sebiji-sebiji macam dalam buku resepi & resepi online tapi tak jadi. Tak tahu lah kot tangan ni memang tak berseni ke ape ke kan dalam bab-bab buat cookies ni.


Sudahnya, buat resepi pakai agak-agak macam ni. Senang. Sukat pun mana dan saja. Tapi itulah, tak sangka pula menjadi hasilnya πŸ˜‚ . Tahun ni kira tahun kedua Syu repeat resepi & ingredient yang sama untuk buat tart nenas ni. 


Untuk resepi tart ni korang boleh tengok dekat πŸ‘‰ SINI. Actually, cara buatnya sama jer macam buat biskut-biskut yang lain. Adunannya Syu cuma campur & kacau guna senduk sahaja. Tak ada nak beria-ria pukul macam nak buat kek.


Jem nenas pulak Syu beli yang dah siap dekat bakeri. Malas nak buat sendiri😁. Bukan apa, nak buat jem nenas ni renyah sikit. Isi nenas tu dahlah nak kene sagat halus. Lepastu bila masak tu pula nak kena tunggu sampai kering. Gula tak boleh banyak. Kalau tak nanti jemnya jadi keras. Ehhh...tak kuasa nak duduk bercinta kat dapur layan jem nenas. Lagi baiklah beli dekat kedai. Jimat masa & tenaga.


Fresh from oven.


Masa buat tart ni, Syu tak gunakan susu mahupun susu tepung. Untuk nak bagi rasa lemak-lemak susu tu, Syu gunakan minyak sapi & majerin. Bau dia memang sedap. Tekstur adunan dia pulak korang kena make sure adunan tu lembut & tak melekat dekat tangan.


Bukan apa, kalau terlebih tepung nanti adunannya akan jadi keras. Susah pula korang nak gulung nanti. Lepas tu bila bakar nanti takut tartnya jadi kering & crack. Dah tak cantik & hodoh pula rupanya nanti.


By the way, dari segi suhu pula Syu guna suhu 150 darjah celcius sahaja. Bakar pun tak lama. Lebih kurang 20 minit. Syu pernah terlebih bakar masa mula-mula buat tart ni dulu, sudahnya inti tart jadi keras macam batu πŸ˜‚. Sampai kena komplen dengan sepupu.


Start dari tu memang Syu tak bakar lama-lama. Masa bakar tu kalau korang dah nampak macam golden sikit dekat atas tart tu boleh lah korang keluarkan dari oven.


Siap!! Ready untuk dingap!!πŸ˜‹

Tart Nenas Lemak & Melting Di Mulut

Jun 03, 2021