April 25, 2023

Hari Raya Aidilfitri 2023 Syuderis.com

Hari Raya Aidilfitri 2023 kali ni sendu sikit. Pasalnya, encik suami tak dapat cuti raya. Dia kena kerja. Sedih 😒! Adik-beradik Syu pula kena take turn beraya belah isteri. Ada yang balik beraya di Kedah. Ada yang balik beraya di Parit - Yang ni masih lagi dalam negeri Perak still okay lagilah 😁.


Adik beradik yang ada masa raya pertama hari tu hanya Syu, Sarah Deris, adik lelaki yang nombor empat & lima saja. Rindu & sunyi pula bila ramai yang missing. Jadi tak cukup korum ambil gambar raya tahun ni. Selalu penuh & riuh 😂.


Hari Raya Aidilfitri 2023
Gambar wefie guna khidmat meja makan & gelas 🤭. 


Hari Raya Aidilfitri 2023
Rutin wajib sebelum tabur duit raya 😂. 


Hari Raya Aidilfitri 2023
Empat beradik saja yang ada 🥲. 


April 20, 2023

Selamat Hari Raya Aidilfitri Semua!

Hari Raya Aidilfitri
KREDIT FOTO : MyweekendPlan


Tengah sibuk buat preparation raya ke tu? Raya tahun ni Syu sambut ala kadar saja. Sama macam raya-raya yang sebelum ni 🤭. Raya Aidilfitri Syu tahun ni kalau ikutkan Syu malas nak berperang dengan mesin jahit - Tapi, kena hadap juga sudahnya, sebab bajunya nak kena dikecilkan. Husband pula minta alter bahagian lengan 😂. 


Jadi, Syu belilah baju dah siap di ekspo raya kemarin. Baju pun tak beli banyak. Cukup seorang dua pasang. Lagipun, harga baju raya tahun ni boleh tahan mahal juga ya. Saiz pun banyak saiz-saiz miss universe 😂. Kita yang saiz miss unibesar ni susah sikit nak jumpa baju yang kita berkenan.


Hari Raya Aidilfitri
Ramai manusia 🤭. 

Biskut raya pun Syu buat mana sempat saja. Setakat hari ni masih belum ada kuih tunjuk dalam senarai. Actually, Syu nak juga beli biskut yang dah siap. Tapi, takut kena scam 🤣. Punah harapan nanti kalau beli biskut raya tak sedap. Rasa puas hati lagi kalau buat sendiri. 


Biskut makmur
Kuih favourite & wajib ada setiap tahun 🤤. 


Setakat ni Syu baru buat biskut makmur & biskut cornflakes crunchy. Masih ada 6 balang kuih raya lagi yang belum ada isi. Syu tak tahu nak letak kuih apa 😅. Memandangkan lusa baru raya. Malam ni & esok Syu nak pecut buat kuih raya lagi. Harap sempatlah 😅. By the way, Selamat Hari Raya Aidilfitri in advance buat semua rakan Blogger. Maaf zahir & batin. 

April 16, 2023

Sling Bag Cantik & Murah Di Shopee

Sling bag Baellery


Agak lama juga sebenarnya Syu tak berbeli barang di Shopee 🤭. Setelah sekian lama peram barang dalam Shopee Cart. Akhirnya, Syu release beberapa item yang Syu berkenaan untuk guna masa raya nanti. Almaklumlah, zaman-zaman gawat ni. Banyak benda & perkara nak kena di-filter. Kalau pakai beli saja. Nanti duit tak mandang 🤣.



Memandangkan Syu punya beg pun banyak yang dah minta nyawa. Maka, kita beli satu sling bag harga mesra rakyat yang cantik, kompak & serbaguna dari Shopee - Sling bag Baellery (Design A) . Pasal brand kita pandang sebelah mata sekejap. Janji ada satu beg cantik & multipurpose yang boleh di usung ke hulur ke hilir masa beraya nanti.


Letak sampul duit raya pun muat 🥰. 


Pada Syu, beg ni memang beg serbaguna! Walaupun saiznya kecil, tapi ada banyak compartments yang membolehkan korang guna untuk simpan duit (duit kertas & syiling) & kad. Pouch bahagian depannya pula ada ruang khas untuk simpan handphone - Lepas ni tak payah nak terkorek-korek cari handphone dalam bag lagi dah 🤣.


Berkenan nak beli beg ni korang boleh klik link dekat bawah 🤭. 


➣ Sling bag Baellery (Design 2)

April 14, 2023

Giveaway "Raya Gift by UYUM" 2023

Sebelum berbuka puasa, nak cuba selit-selit submit Giveaway "Raya Gift by UYUM" 2023 ni. Harap ada rezekilah, walaupun submit penyertaan last minute 🤭. Bukan apa, sejak dua menjak ni memang tak sempat nak cuit Syuderis.com ni. lama-lama.



Sampai dah sendu blog Syu ni. Income Google Adsense pun dah tak berapa nak cantik macam bulan-bulan yang sebelum ni. Kalau blog walking pun, Syu tengok blog post yang ada dalam dalam reading list saja. Tak mampu nak singgah blog rakan-rakan Blogger & tinggalkan komen satu persatu. Maaflah ya 😂.



By the way, bagi memenuhi syarat utama giveaway Uyum ni, acik Syu nak bagitahu dekat Uyum. 


Acik Syu suka tengok Uyum, sebab Uyum comel sangat! Geram tengok kebambaman & kebulatan Uyum tu. Buat apa pun comel. Makan comel. Candid pun comel! Lepas tu keletah & banyak kerenah pula tu 🤣. Mama cerita Uyum dah  start masuk sekolah rendah kan? Belajar rajin-rajin ya. Jangan nakal-nakal tau 😁. Okay jom berbuka! Selamat berbuka semua! 


Belajar rajin-rajin ya! 😚


April 07, 2023

Bila "Tak Ready" Tu Ada Dalam Kamus Hidup Kau 🤣

Hari ni, Syu "me time" dengan kawan. Berbuka dekat Astana Fartisha. Bila "tak ready" tu ada dalam kamus hidup kau. Maka, inilah hasil gambar-gambar yang ditangkap masa dekat sana tadi. Serius cakap. Ambil gambar serupa tangan tak bedung 🤣. Geram pula tengok ulang-ulang. Nak buang sayang. Sebab gambar buruk itulah kenangan sebenarnya.


Berebut tempat 😂


Seorang lagi giveup sudahnya. Nak menyelit tak dapat 🤣. 


Kejap disuruhnya duduk. Kejap disuruhnya bangun 🤣. 


Kira 123 pun tidak 😂. 


Kaki pun nak bergambar juga 😆. 


Macam sebut Cheese. Cis pun macam ada juga 🤣. 


Yang dekat belakang tu dah kenapa? 😂


Cara Pengambilan Ubat GTN (Glyceryl Trinitrate) Bila Terkena Serangan Jantung

Sakit & ketidakselesaan pada bahagian dada ni sebenarnya merupakan petanda awal kepada berlakunya serangan jantung. Ia boleh menyerang bila-bila masa. Baik lelaki mahupun pada wanita. Kebanyakan serangan jantung, mengakibatkan berlakunya ketidakselesaan pada bahagian tengah atau kiri dada. Keadaan ini akan berterusan selama lebih daripada beberapa minit. Antara tanda-tanda & simptom awal serangan jantung yang lain adalah :


  • Kesukaran untuk bernafas
  • Rasa sakit & tidak selesa pada bahagian rahang, leher, belakang badan, lengan & bahu
  • Pening & mual
  • Sakit kepala
  • Badan berasa lesu


Tanda-tanda & simptom awal serangan jantung adalah berbeza mengikut individu & jantina - KREDIT FOTO : cdc.gov


Sebagai langkah awal dalam mengawal & meredakan serangan tersebut adalah dengan mengambil ubat Glyceryl Trinitrate (GTN) ni. Ubat GTN ni boleh didapati di mana-mana farmasi yang berdekatan dengan harga serendah RM10/botol. Pada mereka yang ada sejarah sakit jantung, WAJIB ADA & spare ubat GTN ni sepanjang masa. Ubat ni kira penyelamat keadaan bila sakit dada melanda.


Botolnya kecil & mudah dibawa ke mana-mana 😁.



Cara pengambilan ubat GTN


Ubat GTN ini merupakan ubat sublingual. Bila sakit dada, ubat ni perlu diletakkan di bawah lidah & dikemam sehingga ubatnya cair bagi tujuan melegakan sakit dada (angina) akibat serangan jantung. Ia bertindak dengan cara mengembangkan salur darah supaya peredaran darah ke jantung menjadi lebih lancar & seterusnya membekal oksigen yang mencukupi pada otot jantung.


KREDIT FOTO : FB Duta Kenali Ubat Anda


Kenapa kena letak bawah lidah? Salah satu sebabnya, kawasan bawah lidah ni dikatakan mempunyai banyak bekalan salur darah & mampu mempercepatkan lagi proses penyerapan ubat. Paling maksimum, ubat GTN ni boleh dikonsum sebanyak 3 kali sahaja. Sekiranya sakit dada masih lagi berlanjutan selepas 3 kali pengambilan. Segera dapatkan rawatan di hospital yang berdekatan untuk dapatkan rawatan susulan.



Cara penyimpan yang betul


Cara penyimpanan ubat GTN ni mudah saja. Ia perlu disimpan dalam botol kaca yang gelap & berada pada suhu bilik. Jauh daripada cahaya, suhu panas & lembab. Selain itu :


  • Sentiasa tutup botol dengan ketat.
  • Simpan ubat ini dalam bekas asal.
  • Gunakan ubat ini dalam tempoh 8 minggu selepas dibuka.
  • Jauhi daripada kanak-kanak.
  • Pulangkan ubat berlebihan/telah luput ke farmasi untuk dilupuskan.
  • Elakkan dari terkena cahaya matahari

April 04, 2023

Poskad Raya Comel Dari PoskadDanKamu

Actually, dah jarang dah orang hantar kad raya & poskad sekarang ni. Almaklumlah, zaman dah moden. Kad raya pun banyak dah digitalise-kan. Hantar guna hujung jari saja. Tak perlu bersetem berpos segala. Even duit raya pun sama. Pakai transfer saja guna QR Code. Tak gaduh nak masuk sampul raya. Cuma pada Syu, aura & kemanisan beraya tu tak sama dah macam dedulu.


Poskad raya
Cantik & simple poskadnya.


Hari ni Syu dapat sekeping poskad cantik dari PoskadDanKamu. Comel sangat poskadnya. Walaupun hanya sekeping kad kecil, togel tak bersampul. Pada Syu, ianya penuh dengan nostalgia & kenangan! Almaklumlah, kawan tak ramai 🤭. Bila dapat sekeping poskad macam ni, terubat rasa rindu dekat kawan-kawan yang nun jauh dimata. 


Poskad raya
Jadi makin cantik poskadnya bila tepek setem ikan laga 🤭. 


Dedulu, kad raya & poskad ni tanda simbolik keakraban kita dengan kawan-kawan. Tak kiralah kawan duduk jauh or duduk dekat sekalipun.  Bila nak dekat raya, mesti akan ada sesi balas membalas kad raya. Yang dekat depan mata, bagi by hand pun cukup. Yang duduk jauh, macam biasalah. Mesti kena pos.



Makin ramai kawan. Makin banyaklah dapat kad rayanya 😁. Once dah dapat kad raya or poskad, lepas habis baca bukan disimpan buat pekasam ya kadnya! Tapi, dibuat gantung dekat dinding rumah as perhiasan raya. Paling syok kalau dinding rumah, dinding kayu. Oh, rindunya! Rindu nak dapat kad raya banyak-banyak.


Poskad raya
Nak poskad raya cantik? Cari PoskadDanKamu 🥰


April 02, 2023

Buffet Ramadhan Yang Sangat Mengecewakan

Kemarin, makan buffet berbuka puasa di satu cafe ni. Ingatkan okaylah buffetnya. Rupa-rupanya tak okay 😔. Buffet dah siap booking & bayar deposit. Sampai-sampai, banyak makanan dalam tray dh tak ada. Sudahlah kita yang rekemen port ni dekat saudara mara. Jadi serba salah & segan pula bila buffet Ramadhannya sangat-sangat below expectations.



Ingatkan nak buatlah blog review pasal makan buffet Ramadhan dekat sini. Bila dah kena macam tu, auto tertutup terus mood Syu nak ambil gambar- Tapi paksa diri juga snap dalam sekeping dua as a prove pernah makan dekat sini 😌. Bukan apa, terkilan sangat Syu & famili Syu rasa. Rasa tak berbaloi. Masa sambung lepak dekat mamak pun tak habis lagi story tak puas hati makan dekat cafe ni.


Dina Cafe
Orang ni dapatlah makan. Sebab kenalan tauke cafe ni 😏. 


Actually, Syu dah submit booking dekat owner cafe since hari Rabu. Pagi Jumaat tu, Syu confirm-kan order semula, sekali dengan pembayaran deposit RM100. Total semua kena RM239. Untuk 7 dewasa (RM29/pax) & 2 kanak-kanak (RM18/pax) - Seorang lagi tak ikut. Kalau ikutkan Syu booked dewasa 8 pax.


Yang Syu satu famili rasa ralat. Kitaorang makan tak tara mana pun. Banyak minum air dari makan. Sebab masa kami sampai, makanan banyak dah tak ada dalam tray 🥴. Nak makan apa kalau barang pemakan banyak dah tak ada. Berkali-kali juga masuk cari pemakan. Tak ada apa-apa penambahan pun dibuat. 



Habis sebab datang lambat katanya? 


Masa bayar dekat kaunter, sembanglah dengan adik cashier tu pasal makanan tak berapa nak ada dalam tray segala. Dengan harapan  dapat diskaunlah kononnya 🤣.  Haram, tak di baginya! Ucapan maaf pun tak ada. Alik-alik disalahkan kita datang lambat ke tempat kejadian. Padahal, kita datang sebelum masuk waktu berbuka.


Yang hairannya. Belum sempat sampai pukul 7.30 malam, tray banyak dah kosong? Sudahlah kosong. Tak top up pula tu. Terkuat-kulat orang keluar masuk kedai cari barang pemakan. Lagi mahu sembang kata ada top up. Padahal masa kita tengah ambil makan, dah terdengar dah suara-suara halus dekat belakang kata makanan dah habis 🤣.


Dina Cafe
Tak best makan buffet Ramadhan dekat sini. Kecewa gila rasa 😒.


Masa Syu sampai, section kuih-muih semua licin licau - Tinggal roti putih dua keping, butter spread, jam strawberi & mushroom soup. Sepupu husband & kakak ipar Syu pun cakap benda yang sama. Padahal, diaorang sampai lagi awal dari Syu. Diaorang tengok dekat belah kuih nun, tinggal sikit saja kuihnya. Kalau ambil seorang seketul pun belum tentu cukup 😅. 


Belah main course jangan cakaplah. Sepupu husband cakap, tinggal ayam masak kurma (Tinggal bahagian leher saja 😂), ayam masak kicap, lala, nasi putih, ulam & sambal belacan. Gulai kawah licin! Tinggal kuah saja! Kami yang baru sampai ni mengangalah tak ada makanan. Perut dah lapar. Jadi, cekau mana ada. Husband Syu tak makan pun. Dia minum saja.



Diam seribu bahasa


Semalam, chat personal dengan tauke dekat WhatsApp. Hujung-hujung taukenya diam seribu bahasa. Cakap maaf tidak, apa pun tidak. Esoknya tengok, dia up gambar aiskrim dalam freezer berkoyan-koyan dekat FB 😌. Baguslah, ada improvement dekat situ. Tapi, kami yang bayar makan sampai dekat RM200 lebih ni rasa terkilanlah juga sebenarnya.


Kita faham. Buffet Ramadhannya buffet budget. RM29/pax tu bukanlah kami expect menunya daging wagyu, daging harimau menangis segala. Cukup bila kita dah bayar & datang, makanannya masih lagi ada atas meja. Bila nampak tak ada makanannya, silalah tambah. Bukan biar customers terpinga-pinga, terkorek-korek cari barang pemakan.


Roti naan cheese
Balik makan buffet. Singgah Restoran Al-Hijrah perkena roti naan cheese & ayam tandoori. Lapar! 😖


Lagipun, kita bukan walk in makan dekat sana. Kita siap booking & bayar deposit lagi. Sejujurnya, memang Syu rasa sangat-sangat kecewa & terkilan sangat dengan servis buffet Ramadhan dekat cafe ni. Lepas ni memang taubat lahumlah nak berbuka puasa dekat sana lagi 😌.