April 30, 2021

Eh2, Dah Duduk Kat Atas Pulak??😂



Eh2, pejam celik dah masuk minggu kedua join contest lucky blog AO ni😅. Pada awalnyer agak susah jugak nak collect point, tapi lama-lama macam terbiasa pulak dibuatnya. Alang-alang set alarm nak bangun sahur, solat semua bagai boleh set terus timing untuk collect point jugak. Memandangkan bulan Ramadhan ni tidonyer macam tak berapa sangat, so ada freetime collect point lah jawabnyer. Bukan susah mana pun. Tekan-tekan dah dapat point. 

Alhamdulillah. Harap boleh terus konsisten untuk collect point.

Actually niat nak menang contest ni memang tak ada langsung pun. Join pun just untuk suka-suka. Sekadar nak memeriahkan blog. Tapi kalau menang pun apa salahnyer kan😁?? Boleh selesaikan salah satu target blogging Syu tahun ni. Ada masa tu terciduk jugak nak kumpul point. Bukan apa, sebab semua contestant-contestant yang join contest ni pun bukan kaleng-kaleng hebatnyer, tambah-tambah bloger Atiqah Najihah😅. Bila-bila masa jer diorang-diorang ni boleh kejar point yang Syu dah kumpul. Mana tau situasinya boleh jadi macam cerita perlumbaan sang arnab dengan kura-kura tu. Terlajak tido macam arnab dah terlepas collect point. Ha3, jangan main-main possibility tu tetap ada tau!! Tapi kalau kalah tu biasa lah kan. Adat bertanding. Mesti ada kalah & menang.

By the way, pada contestant-contestant yang lain. Chayok!! Teruskan usaha korang tau!! Jangan give up. Masih ada banyak masa lagi untuk korang kejar point. Tambah-tambah AO dah kurangkan gap untuk collect point tu kepada dua jam. Lagi banyak korang boleh collect. Janji korang kena konsisten & yang paling penting set alarm😆!! Mana lah tau korang boleh atasi Syu punya point pulak😉. Siapa tahu kan??


💪Keep it up!! Don't give up!!


Scammer Sambal Nyet Terciduk!!

Syu ni bukan lah peminat tegar makanan pedas. Bukan apa, kadang perut ni tak tahan. Almaklum lah, Syu ni ada masalah gastrik. So, memang doktor tak recommend sangat Syu makan makanan yang pedas-pedas. Korang tau kan Sambal Nyet Khairul Aming yang viral tu?? Baru-baru ni ada isu jugak tau pasal Sambal Nyet fake. Memandangkan Sambal Nyet ni memang sentiasa on demand. Korang bayangkan lah sale sambal ni saja cecah RM1 juta dalam tempoh 4 bulan. So, tak hairanlah kalau ada yang cuba copy paste produk dia ni untuk kaut keuntungan. Giler apa fake seller nak duduk diam bila bab-bab duit ni?? Tapi at the end makan diri sendiri lah. 


Kadang-kadang bila dok fikir-fikir balik, benda sambal macam ni pun ada orang nak buat yang fake kan?? Even nak buat sambal macam si KA tu sekalipun, jangan lah pergi copy kawan tu punya produk sebijik-sebijik. Buat sambal macam dia tapi letak brand sendiri. Bukan pergi buat sambal carca merba lepastu pergi letak produk orang lain. Salah dah tu tau!! Dah lah jual kualiti sambal yang tak elok, siap basi berbuih semua bagai. Dah rosak reputasi si KA ni. Yang kawan tu beria lah buat sambal nyet ni elok-elok siap beli machine mahal-mahal. Tapi sudahnyer nama dia pulak yang busuk.

Actually si KA ni tak tahu pun yang sambal dia dah di fake kan. Tapi disebabkan ramai buyers yang mengadu & DM dekat dia pasal kualiti sambal dia tak okay. Dia pun rasa macam agak pelik kat situ tambah-tambah bila dia tengok gambar yang buyers sent dekat dia. Then after dia selidik betul-betul & suruh kawan dia beli sample sambal dari seller fake ni baru lah dia sahkan yang sambal tu memang bukan hasil tangan dia. So, nak tak nak dia terpaksa lah ambik action dengan buat polis report & annoucement pasal sambal nyet dia ni

. Sebahagian cerita pasal isu sambal nyet KA ni korang boleh tengok dekat screenshots kat bawah ni takpon korang boleh pergi ke IG Khairulaming sendiri untuk kepastian. By the way, gambar fake seller tu takda lah Syu screenshot sebab malas nak sebarkan keaiban orang. Bulan-bulan Ramadhan ni kan...tak helok!! Buat kurang pahala puasa jer.








Pada adik manis yang buat kerja ni, terus terang akak cakap...lepas ni bawak-bawa lah berubah yer. Tak elok tabur pasir dalam periuk nasi orang. Kalau kamu betul-betul seller yang jujur & berintegriti, kamu takkan buat kerja-kerja macam ni. So, nasihat akak kalau nak berbisnes tu biar lah jujur baru lah berkat & bukannya copy paste produk orang lain macam ni. Agak malu jugak tau bila akak tengok video pengakuan & permohonan maaf kamu semalam. Dah lah muslimah, bertudung, pastu buat kerja macam ni dalam bulan Ramadhan pulak tu...aduhai...Harap kamu belajar dari kesilapan kamu ni.

Actually, tekak ni ada teringin jugak nak try sambal nyet si Khairul Aming (KA) ni. Memandangkan asyik SOLD OUT jer memanjang tak mengapa lah. Lupakan jer niat tu😂. For those yang nak beli sambal nyet ni make sure beli yang original from KA okay. Ni link SHOPEE dia yang valid 👉 bit.ly/35dm6rm . Tapi korang kena ingat minimum order dia cuma 2 botol jer tau.


Ingat!!Seller Jujur, Buyer Sayang!!



 Baca Artikel:

April 29, 2021

Garnier Light Complete : Boleh Cerah Ke?

BOLEH CERAH KE | Memandangkan hari ni cuti bersempena Nuzul Al-quran, jadi ada lah kelapangan sikit ni untuk Syu review pasal produk skin care yang Syu tengah pakai sekarang ni. Garnier Light Complete?? Boleh cerah ke pakai produk ni?? Ahaaa...jujur Syu cakap. Boleh!! Tapi, effect dia tu tak lah secepat macam produk-produk timbang kilo kat luar sana. Yelah, sebab skin care ni pun takde mengandungi merkuri sebaliknya produk mengandungi ekstrak semulajadi dari Yuzu segar Jepun yang sememangnyer kaya dengan vitamin C🍊.


💕😄 Dapat free booster serum.


Memang tak dinafikan dalam iklan diorang ada promote yang produk ni boleh cerahkan kulit dalam masa 3 hari, tapi bergantung dengan jenis & kondisi kulit jugak sebenarnya. Actually produk Garnier Light Complete ni Syu tak beli complete set. Syu just beli krim serum jer. Mungkin sebab tu kesan dia tak berapa nak cepat. Syu beli krim ni dekat Shopee jer. Masa tu diorang ada buat promosi. Jadi, Syu grab je lah terus dalam 2 set.



Setakat Syu pakai produk ni ada nampak lah sikit perubahan pada kulit Syu. Actually kalau korang nak tau, muka Syu ada sunburn sikit. So, untuk mengurangkan jelaga yang semakin berleluasa tu Syu decide untuk try produk ni. Even tempoh keberkesanan tu  macam lambat & tak  sama macam yang diiklankan, tapi kesan dia tu tetap ada. Lagipun, belum sampai sebulan Syu pakai produk ni😄. Nak hasil yang optimum kena lah amalkan produk ni secara kosisten. Baru nampak hasil yang betul-betul macam yang diiklankan.



VITAMIN C BOOSTER SERUM | Krim serum yang Syu beli ni memang best tau!! Even kulit Syu jenis yang berminyak, tapi bila Syu apply kat muka memang tak rasa melekit & berminyak langsung. Set krim serum ni ada dua jenis tau, satu krim siang & satu krim malam. Memandangkan masa promosi haritu pembelian Syu lebih RM60, so seller bagi percuma 30x booster serum & lemon pouch yang cute ni. Satu pack booster serum tu Syu masukkan kat dalam dua-dua krim siang & malam. Tak payah nak picit-picit dah. Tinggal sapu jer kat muka terus. Kalau korang berminat nak cuba korang boleh klik pada link ni untuk membeli 👉 GARNIER LIGHT COMPLETE SKIN CARE SET


Love sangat dengan pouch lemon ni. Comel sangat!!😚💕

April 28, 2021

Turunnya Al-Quran Di Bulan Ramadhan


بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

إِنَّآ أَنزَلْنَٰهُ فِى لَيْلَةِ ٱلْقَدْرِ
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran pada malam kemuliaan"

وَمَآ اَدْرٰىكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِۗ
"Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?"

لَيْلَةُ الْقَدْرِ ەۙ خَيْرٌ مِّنْ اَلْفِ شَهْرٍۗ
"Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan"
تَنَزَّلُ الْمَلٰۤىِٕكَةُ وَالرُّوْحُ فِيْهَا بِاِذْنِ رَبِّهِمْۚ مِنْ كُلِّ اَمْرٍۛ
"Pada malam itu turun malaikat & ruh (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur"
سَلٰمٌ ۛهِيَ حَتّٰى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
"Sejahteralah (malam itu) sehingga terbit fajar"


[Al-Qadr:97]


😚 Salam Nuzul Al-Quran buat blogger-blogger & selamat beramal di bulan yang penuh keberkatan ni. Kalau korang tengok la kan...Dalam surah Al-Qadr ni ada mentioned yang turunnya Al-quran tu pada malam kemulian (Al-qadr).


Tapi, pernah tak korang tertanya-tanya? Kenapa diletakkan 17 Ramadhan sebagai tarikh Nuzul Al-Quran? Sedangkan Al-qadr tu kan sepatunya 10 malam terakhir Ramadhan? Okey, kat sini Syu sediakan sedikit bacaan tambahan untuk korang berkenaan Nuzul Al-Quran & Malam Lailatul Qadar.


Mungkin dengan bahan bacaan ni sedikit sebanyak boleh menjawab persoalan korang berkenaan hubungkaitnya malam Lailatul Qadar dengan Nuzul Al-Quran. Selamat menambah ilmu & selamat beramal 🥰. 



Baca artikel:


👉 Nuzul Al-Quran: Lailatul qadar atau 17 Ramadhan? - Majlis Ulama Isma [MUIS]
👉 Bila malam Lailatul qadar - Mufti Wilayah Persekutuan



Nak Denda Biarlah Relevan & jangan Double Standard!!

Walaupun Syu bukan lah peminat tegar Neelofa, tapi masa Neelofa dengan PU Harris kawen hari tu suka sangat Syu tengok bila diorang disatukan. Dah lah sama cantik, sama padan. Lepas tu tema majlis resepsi dia pulak ala-ala Jabbal Rahmah tambah pulak dengan wedding dress yang cantik sampai ke hari ni tak boleh move on cantiknyer tu!


Actually Syu ni bukan lah jenis nak follow sangat pasal retis-retis Malaysia. Kalau follow cerita pun mungkin just sekadar nak ambil tahu perkembangan semasa jer. Sometimes cerita-cerita macam  ni tiba-tiba shortlisted  dalam senarai recommendation. So, baca jelah kan.



Tapi sejak diorang melangsungkan perkahwinan, masih ada lagi kontroversi yang tepalit dengan diorang berdua ni. Gara-gara isu saman dek kerana melanggar SOP semasa melangsungkan majlis resepsi hari tu, rata-rata netizen-netizen ramai yang tak berpuas hati.


Tambah-tambah bila mengetahui nilai kompaun yang dikenakan ke atas pasangan ni. Abam burger jual burger dekat tangga depan rumah kena kompoun RM50K. Tetapi kenapa kompaun yang dikenakan pada mereka berdua ni tak sama yer?? Neelofa kena RM20K, husbandnya pulak kena RM10K. Kenapa mesti double-standard?? Pulak dah...


Neelofa & PU Harris
SUMBER FOTO : Mstar


Sejujurnya semalam, agak marah jugak sebenarnya bila dapat tahu isu macam ni timbul. Tapi hati ni tetap kata tunggu!! Tapi, tulah...yang hairannya, kenapa pihak berkuasa nak kena double standard yer setiap kali nak ambil tindakan pasal pelanggaran SOP?? Macam contoh la kan...Si polan A ni rakyat marhaen biasa, langgar SOP harga saman dia tinggi.



Tapi si polan B ni pulak golongan kayangan terbang tinggi, saman dia harganyer rendah pulak even kesalahan yang dia buat tu sama dengan si polan A. Eh2, jangan lah macam tu. Keadilan mana? Integriti mana? Isu pasal kompaun ni bukan saja dapat kritikan dari netizen tau, malah ahli politik & pihak lain juga turut mengecam pasal isu ni.



Langgar SOP
SUMBER FOTO : Google

Pada pandangan Syu la kan, Neelofa & family tak salah. Yang salahnya kat sini pihak berkuasa. Bukan lah nak backup, tapi kenapa mesti double standard yer dalam hal pegenaan kompaun?? Kalau boleh, biarlah ada budi bicara sikit bila nak keluarkan kompaun tu.


Tak semua orang mampu nak bayar sampai berpuluh-puluh ribu macam Neelofa. Tambah-tambah peniaga-peniaga kecil yang meniaga depan rumah tepi jalan semua tu. Dalam situasi pandemik macam ni cuba lah bagi muka sikit. Dah lah ekonomi tak berapa nak stabil. Nak cari makan pun agak susah.


SUMBER FOTO : Instgram Neelofa


Dalam hal Neelofa ni, barangkali Neelofa & family pun tak tahu pasal kes abam burger yang kena saman RM50K tu. Tapi disebabkan kekecohan netizen, akhirnya kes abam burger ni sampai ke pengetahuan Neelofa. Sekurang-kurangya bila Neelofa dapat tahu, dia cuba ambil pendekatan untuk tolong bayarkan saman abam burger tu.


Mungkin ada satu sudut tu kita tak berapa suka pada Neelofa & family ni, tapi andai diorang ada buat kebaikkan takkan disebabkan satu keburukkan tu, kita nak tutup semua kebaikkan yang dia dah buat ye dak?? Husnuzon tu kan lebih baik.




SUMBER ARTIKEL


Apalah Khabar Terkini Song Triplets?

SUMBER FOTO : Shandyclaws

 

Apa khabar tiga kembar Song ni yer?? Pejam celik dah 9 tahun dah umur diorang bertiga ni. Dengar cerita last time masa tahun 2017 diorang ada pergi France ikut mak diorang buat lawatan sambil belajar kat sana selama setahun. Tapi sepanjang diorang di France ada cerita tak sedap didengar terjadi dekat tiga kembar ni.



Even masa diorang kat sana tu takde sapa kenal diorang tapi diorang tetap kena buli dengan golongan yang anti Asian. Kesian diorang. Kecik-kecik dah kena macam tu. Kalau kita tengok update terkini pasal kembar ni di IG Song Il Gook pun macam tak banyak sangat. Tapi incase kalau korang nak tahu lebih lagi pasal perkembangan terbaru tiga kembar ni korang boleh baca news pasal diorang ni di Soompi



Tarik diri dari the return of superman


Masa Song Il Gook mengumumkan penarikkan diri dari rancangan The Return of Superman pada 2016, Syu agak terkejut sebenarnya. Tapi disebabkan komitmen & jadual berlakon Song Il Gook masa tu sangat padat, so dia terpaksa membuat keputusan untuk menarik diri dari rancangan ni. Lepas episod terakhir diorang ditayangkan pada Jan.2016 haritu memang Syu tak follow sangat dah The Return of Superman ni. 


Daehan Minguk Manse
Manse, Minguk & Daehan😘💕. 


Bukan apa, sebab dalam banyak-banyak family yang masuk dalam rancangan ni, Syu memang paling suka si kembar tiga Song ni jer. Suka sangat tengok perangai diorang.  Tambah pula dengan cara didikan Song Il Gook dengan isteri yang sememangnya tegas & penuh dengan sense keibubapaan. 



Tegas dalam mendidik


Korang perasan tak sepanjang rancangan ni ditayangkan kita nampak muka si Song Il Gook jer yang paling banyak menghabiskan masa dengan anak-anak. Tapi kalau korang nak tahu, di belakang tabir si isteri Song Il Gook, Jung Seong Yun lah yang banyak bagi guidelines macam mana cara nak mendidik si kembar tiga Daehan Minguk & Manse ni.


Walaupun isteri Song Il Gook ni nampak lembut, tapi dia memang tegas dalam bab-bab mendisiplinkan anak-anak. Tengoklah dia kerja apa kan. Hakim mahkamah tinggi kot. Bukan calang-calang tau. Tu pasal kalau korang tengok sepanjang episod ni ditayangkan, tak pernah sekalipun wajah Jung Seong Yun ditunjukan. Even interview sekalipun tak pernah.



Bukan isterinya jenis yang menyombong, tetapi atas sebab faktor pekerjaannya sebagai hakim, jadi dia buat keputusan untuk tidak mendedahkan wajahnya . Mungkin untuk menjaga keselamatan & privasi keluarga dia, siapa tahu kan?


Walaubagaimanapun, di pengakhiran episod The Return of Superman, Jung Seong Yun buat pertama kalinya mendedahkan mukanya di dalam rancangan tersebut. Jadilah kan. At the end dapat jugak wajah tulang belakang keluarga Song yang hebat mendidik tiga kembar ni.


Daehan Minguk Manse
SUMBER FOTO : Google


Sungguhpun kembar tiga ni  selalu dimanja & disayangi tetapi ketegasan mendidik tu memang mak ayah diorang bagi penekanan. Lepas tu diorang memang ambil berat sangat pasal perkembangan emosi anak-anak diorang. Setiap perkara yang melibatkan kembar ni memang diorang perhati & kaji betul-betul supaya diorang tak terlepas pandang.



Bila diorang sedar ada kekurangan dengan cara didikan diorang, cepat-cepat diorang ubah. Even dalam bab belajar & cita-cita dioragn ni pun, Song Il Gook & isteri tak pernah memaksa. Cuma yang pasti Song Il Gook tak nak anak jadi pelakon macam dia😂! Apa-apa pun, Syu memang suka & salute dengan sikap mak ayah macam Song Il Gook dengan Jung Seong Yun ni. Pendek kata memang boleh jadi role model diorang berdua ni!

April 27, 2021

Kena Gelak Sebab Cakap Loghat Perak!!

Laugh


Sejak filem Zombie Kampung Pisang & Hantu Kak Limah arahan Mamat khalid semua tu pecah panggung. Semakin hari semakin terkenal loghat Perak ni. Even MB Peja pon siap promote negeri Perak dalam rancangan "Moh Kenei Perak". Bangga teman!! Kalau dedulu kan masa awal-awal masuk universiti memang deme ni tak mandang loghat Perak ni. Digelakkan lagi ade ler.



Masa Syu belajar dulu-dulu, ada satu pensyarah Mat Salleh ni asal dari Michigan. Sir Zayn Al-Abidin Gregory nama dia. Kalau rajin korang pergi lah tengok insta dia. Pencinta Bahasa Melayu pensyarah Syu ni tau. Nak dijadikan cerita, masa tu subjek Landscape Agriculture kalau tak silap Syu. Masa tu dia buat intro pasal pokok. Satu...satu  slide lecturer ni tunjuk. Then sampailah satu slide ni, dia tunjuk ada satu gambar pokok. Ini dia pokoknya. 


Pokok langsuir
Pinjam gambar ya Warisan Petani😁.

Dia tanya lah ni pokok apa. Then laju jer jawab langsuyor!! Bukan langsuwer yer Syu jawab kengkawan. Tapi langsuyor!! Udah satu kelas terdiam masa tu. Pastu pakat gelak. Syu pun apa lagi. Selagi dayalah mempertahankan jawapan. Budak-budak lain pakat sebut langsuwer-langsuwer. Sudahnya, lecturer tu cakap betul!! Nah...ape lagi mengepak lah!!



Then untuk menghilang kehuru-haraan, pensyarah Syu pun explain lah pada budak-budak ni yang langsuyor tu asalnya dari loghat Perak. Nah, Mat Salleh pun faham & tahu langsuyor tu apa. Yang dia jadi faham tu pun bukan apa, sebab orang rumah dia pun asal orang Perak 😆. Apa-apa pun thank God he saved my day!! Kalau tak sampai ke sudah Syu malu kat situ. Tapi itulah, sampai ke final semester jugalah kena bahan pasal perkataan langsuyor tu. Syu just lantak kan jer. Nak buat macam mana dah memang orang Perak panggil langsuyor. 



Tapi korang kena tahu jugak tau, tak semua orang Perak cakap loghat Perak ni. Perakian yang duduk belah-belah daerah Larut Matang & Kerian selalunya loghat diorang lebih ke arah Utara. Yang betul-betul pekat loghat Perak ni pulak selalunya dekat daerah Perak Tengah & Kuala Kangsar macam Bota, Sayong & Lambor semua tu lah. Yang ni memang betul-betul piyor cakap Perak. Kalau yang duduk belah daerah Hilir Perak & Batang Padang pulak, loghat diorang lebih kepada loghat selatan semenanjung (Johor & Selangor). Sebab apa?? Sebab majoriti diorang banyak yang keturunan Jawa & Bugis hasil dari perang saudara dedulu.



Cer kabor!! Loghat negeri kome cenggane rupenyer?Teman nok juger tau 😁.

Takziah Buat Sahabat Serumpun Kita Di Indonesia


ٱلَّذِينَ إِذَ أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌۭ قَالُوا۟ إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh suatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

[ Al-baqarah : 156 ]


Agak sedih juga ya, dalam kita tengah sibuk-sibuk berpuasa & tambah-tambah pulak lagi beberapa hari jer nak menjelang Aidilfitri tup-tup dapat pula perkhabaran yang menyedihkan dari sahabat seberang kita di bumi Indonesia. Walaupun ada masa & ketika, Malaysia & Indonesia tak berapa nak ngam tetapi bila melibatkan perkara-perkara macam ni Malaysia-Indonesia tetap bersatu hati. Kalau korang nak tau, minggu lepas pada hari Rabu (21,Apr.2021) kapal selam KRI Nanggala 402 milik Indonesia dilaporkan hilang di perairan Bali sejam selepas menerima arahan untuk menyelam. Dilaporkan seramai 53 anak kapal dikatakan terkorban dalam tragedi tu.

Lepas beberapa hari pencarian baru lah bangkai kapal selam tu dijumpai dekat perairan Bali sedalam 838m. Teruk jugak conditonnya. Dengar khabar kapal selam tu terbelah tiga😔. Tak tahu la apa punca sampai terbelah tiga macam tu. Ada yang kata bekalan tenaga kapal selam tu terputus semasa membuat penyelaman & ada yang kata sebab tangki minyak retak. Wallaualam.  Apa-apa pun takziah diucapkan buat mereka yang kehilangan keluarga tersayang dalam tragedi kapal selam KRI Nanggala 402 ni.


Al-fatihah...

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ
☀الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ☀ الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ☀ مَـالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ☀ اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ☀ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ


Baca artikel:

April 25, 2021

Terima Kasih Daun Keladi!!

Hari ni agak monday blues yer kengkawan. Tambah pulak kerja dekat office menimbun. Materials nak kena record, claim pulak nak kena submit. Haiyaaaaa....stress guwe!! Tapi nak tak nak terpaksa lah hadap jugak kan. Dah periuk nasi kita😂.

Masa balik kerja, ngam-ngam sampai rumah ternampak sampul putih ni. Ingatkan surat Indah Water ke bill api ke...rupa-rupanya dapat gift masa join GRBSRB hari tu. Hati manyak syiok la sikit. Maklum lah, dah lama jugak tak dapat kad raya ni!! 


Sungguhpun tak menang GA. Dapat gift yang macam ni pun dah cukup sentimental bagi Syu. By the way, terima kasih tau K.Shida!! Cantik kad rayanyer. Boleh lah Syu tepek kat dinding buat hiasan raya ni nanti. Nampak juga bukti penyertaan memeriahkan blog.

💕 Terima kasih K.Shida!!
Simple but nice!!😘
😆Ni yang jadi bersemangat nak raya ni!!

 Walaupun masih lagi dalam bulan puasa, nak belanja pantun raya sikit boleh??😃Alah...kasi lah chance sikit...mood raya baru nak on ni...

Rentas negeri raya ni di larang sama sekali,
Pelan balik kampung jumpa mak ayah semua tak jadi,
Jangan diturutkan rasa hati,
Risau terbitnya kluster aidilfitri

Kad raya diterima pengubat rasa
Buat penghilang gundah gulana
Andai tingkahku pernah buat mu terasa
Jari ku susun maaf dipinta

Terima kasih daun keladi!! Ada giveaway boleh join lagi!!😚

8 Tips Memberi Nasihat

Gossip

Memandangkan ada sedikit kelapangan petang ni. Jadi jari-jemari ni rasa macam diseru-seru pulak untuk buat penulisan sikit pasal tips memberi nasihat. Mungkin sebab gula terlebih masa makan puding karamel sahur tadi gamaknya. Jadi, ideanya tu datang mencurah-mencurah pula macam iklan Coco Crunch di TV 😅.


Entri yang Syu buat ni pun berdasarkan pengalaman & pemerhatian Syu jugak. Bukan apa, sebab kadang-kadang ada orang tu niat dia memang baik dah nak beri nasihat & menegur. Tapi cara memberi nasihat & teguran tu pula yang tak kena caranya.


Hujung-hujungnya ada pula yang terguris hati & bermasam muka. Bila fikir-fikir balik. Orang ni nak bergaduh ke nak bagi nasihat sebenarnya ni kan? Lain macam pula hasil nasihat menasihatinya. Sepatutnya output dari teguran tu mestilah positif. Bukan?  Waima, nasihat tu tak diterima sekalipun. Sepatutnya pengakhirannya tak ada lah sampai bergaduh bercerakau.



1) NASIHATLAH DALAM KEADAAN YANG TENANG


Bila kita nak beri nasihat, perkara yang pertama kita kena pastikan yang emosi kita ni tidak berada dalam keadaan yang marah. Bukan apa, takut jadi lain ceritanya nanti. Memang niat asal kita dah bagus. Nak beri nasihat. Tapi bila nasihat dalam keadaan marah, pengakhirannya akan jadi satu pergaduhan. Kata nak bagi nasihat. Tapi bagi nasihatnya macam nak bergaduh.




Kalau boleh cara yang macam tu yang kita tak nak. Nak beri nasihat kena tenang-tenang. Bila kita beri nasihat dalam keadaan yang marah sudah pasti akan akan ada bait-bait ayat yang tak sedap didengar yang kita terucap secara tak sengaja. Itu yang kita taknak sebenarnya. Terlajak perahu boleh undur. Terlajak kata? Makan diri jawabnyer.



2) PILIH MASA YANG SESUAI


Jikalau keadaan masa tu nampak macam tengah tegang. Cuba bagi satu tempoh cooling period atau tempoh bertenang. Tak boleh nasihat hari ni, cuba nasihat hari lain. Tak rugi pun kalau kita bagi ruang sekejap untuk bertenang. Lagi elok sebenarnya. Benda boleh bawak bincang nak buat apa gaduh-gaduh kan? Bila keadaan tu dah nampak macam dah tenang, baru kita mula bagi nasihat. Sekurang-kurangnya, orang yang kita beri nasihat tu  senang nak terima apa yang kita cuba sampaikan. Walaupun nasihat yang kita nak sampaikan tu agak perit untuk dia dengar & hadam.



3) JAGA BAHASA, INTONASI & BODY LANGUAGE


Nak beri nasihat ni bukan mudah tau. Macam nak buat marketing la jugak. Nada, intonasi & bahasa percakapan kita memang memainkan peranan penting. Malah, body language pun sama. Bila intonasi & nada kita bagi nasihat tu tak kena, possibility orang salah anggap dengan apa yang kita cuba nak sampaikan tu mungkin ada. Niat asal nak bagi nasihat jer ni. Tapi disebabkan benda-benda macam ni diorang dah salah anggap. Dah jadi satu hal kat situ.


"Yang kurik itu kendi,

Yang merah itu saga,

Yang cantik budi pekerti,

Yang indah itu bahasa."


Kesinambungan dari point ni jugak, kalau boleh...elakkan beri nasihat melalui text. Sebab apa?? Bila kita beri nasihat dengan cara macam tu, ianya mungkin takkan beri kesan mendalam sangat kepada si penerima. Sebab feel dia tu tak sama macam bagi nasihat secara berdepan. Silap-silap nasihat yang korang taip tu diorang pandang sekali lalu jer. Malas nak baca punya pasal.


Nasihat


Macam body language pulak, yang ni pun korang kena ambik point. Bila kita tak control kita punya body language, nanti orang kata kita "menganjing" pulak. Yang ni kita tak nak okay. Selagi boleh cuba control. Time-time bagi nasihat macam ni janganlah korang buat muka sepesen ke apa ke. Confirm-confirm diorang akan rasa yang korang ni annoying.



4) NASIHAT YANG POSITIF & RELEVAN


Nasihat ni kalau boleh mestilah positif & relevan sikit yer kawan-kawan. Jangan lah ikut mana dan jer. Kalau boleh elakkan bagi nasihat yang merepek & merapu-rapu. Nama pun bagi nasihat kan. Bagi lah nasihat yang membantu & membina sikit.


Sekurang-kurangnya bermanfaat juga untuk diorang hadam & ikut. Kalau kita dah bagi nasihat yang tak baik, output dia pun ikut sama tak baik. Nasihat & teguran ni fungsi dia untuk menyelamatkan & bukannya untuk menjatuhkan. So, nasihat yang baik-baik. Insyaallah baik lah pengakhirannya.




5) EMPATI SERTA TOLAK ANSUR


Part yang ni memang ramai yang failed. Majoriti ramai yang suka bagi nasihat terang-terang & tak hiraukan perasaan orang. Seolah-olah sense of empathy & tolerance tu macam tak ada. Misal kata la kan...tempat tu memang terbuka & dah tak ada tempat nak bawa bincang, cuba pelahan kan sikit nada & intonasi supaya tak jadi perhatian orang sekeliling.


Advice


Bila nak beri nasihat ni, sifat empati & tolak ansur tu kena ada sikit. Cuba belajar letakkan diri korang pada tempat diorang. Sometimes, diorang pon ada jugak rasa malu bila aib diorang dipertontonkan. Tambah-tambah di khalayak ramai. Jadi, sebelum nak bagi nasihat, lihat dulu persekitaran korang. Jangan main terjah jer. Tak elok tengok dek orang. Jadi lah seorang penasihat & bukannya seorang penghina.


"Siapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi, maka ia benar menasihatimu. Siapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu."


[Imam Syafi’i] 





6) HUSNUZON




Manusia ni kadang-kadang tak semua ilmu penuh di dada. Kadang-kadang ada perkara yang diorang tak tahu. Jadi kita sebagai manusia ni jangan la cepat sangat nak jatuh hukum. Pantang nampak kalau ada benda yang tak kena. Ini nak tegur itu nak tegur. Annoying tau!! Kalau nak tegur sekalipun, gunalah bahasa yang terhormat & mesti kena juga keadaannya. Jangan sembrono memberi nasihat tanpa usul periksa. Jadi, sentiasa husnuzon takkan ada lah isu salah salah faham. Setiap perkara ada cara dia. Bukan main terjah jer okey!! Benda diorang tak tahu kita nasihat & tegur elok-elok.



يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا۟ اجْتَنِبُوا۟ كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ
صدق الله العظيم

"Wahai orang-orang  yang beriman!! Jauhilah kebanyakkan daripda prasangka, sesungguhnya prasangka itu dosa"



7) MINTA MAAF


Nasihat ni sebenarnya satu teguran.  Waima kita sendiri pon ada jugak rasa tercalar ego bila kena tegur kan?? Macam tu jugak lah orang lain. Sometimes, lepas kita bagi teguran tu tak semesti penerimaannya positif. Kadang-kadang tu ada yang sampai bermasam muka tak nak bertegur. Udah jadi isu lain pulak kan.Almaklum lah, lain orang lain penerimaannya.



Jadi untuk mengelakkan benda ni jadi berpanjangan, adalah lebih baik selepas bagi nasihat tu kita terus minta maaf & berdamai. Itu lebih afdhal kan?? Yelah, bukan apa, takut lah kalau-kalau cara penyampaian kita tu agak sensitif untuk diorang terima & hadam. Mana yang boleh menerima nasihat kita minta maaf, yang tak menerima pun sama.



8) NASIHAT SELAGI DAYA


Advice


Andai kata, korang dah berbuih mulut bagi nasihat. Jangan mengalah. Teruskan bagi nasihat. Mana tau insyaallah berkat nasihat korang hari-hari tu boleh menjentik hati & fikiran diorang. Tapi, kalau sampai satu tahap tu korang dah memang tak boleh nak bagi nasihat, korang biar kan jelah. Kadang-kadang tu tak semua nasihat tu orang boleh terima. Selebihnya apa kita boleh buat adalah dengan berdoa. Harap-harap terbuka & lembut lah hati diorang hendaknya satu masa nanti untuk menerima & berubah dengan nasihat yang korang dah bagi tu.


SEMOGA BERMANFAAT!!

Halwa telinga 🎧🎶

Hiburan

Resepi Puding Karamel Lembut Sedap Berlemak Anti Gagal

Puding karamel

Bila mata tak boleh nak lelap. Mulalah otak ni ligat berfikir nak makan macam-macam. Then ada saja idea yang muncul tengah pagi-pagi buta begini😂. Nasib baiklah esok masih cuti lagi. Kalau tidak, masuk kerja esoknya confirm mata macam mata panda.



Actually, dah lama juga Syu tak buat & makan puding karamel ni sebenarnya. Bukan apa, nama pun pencuci mulut kan. Dah sah-sah lah rasanya manis. Sekali sekala nak makan tu bolehlah. Tapi, kalau selalu tu memang tidak lah. Silap-silap hari bulan, boleh potong kaki jawabnya!!😅


Puding karamel
Nak puding karamel elok lembut & sedap macam ni? Jangan derhaka resepi.


Nak buat puding karamel ni tak susah manapun sebenarnya. Bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak. Janji, telur ayam yang korang gunakan tu masih fresh & bukan jenis telur yang berbau hanyir - Ada sesetengah telur tu berbau hanyir tau. Bila buat puding memang tak sedap. Jadi, pemilihan telur ayam yang berkualiti antara kunci kesedapan puding karamel korang.



BAHAN-BAHAN


2 biji - Telur*

250ml - Susu segar fullcream* (Nak pakai susu sejat pun boleh juga)

1 Sdk. - Esen vanilla*

2½ Sdt. - Susu pekat manis*

½ Sdt. - Tepung jagung*

Secubit garam untuk rasa lemak*

3 Sdt. - Gula pasir

2½ Sdt. - Air panas



Pertama sekali, korang buat bancuhan puding karamelnya terlebih dahulu - Bahan-bahan bertanda asterik (*). Tak perlu pukul kembang. Cukup korang gaul sampai adunannya sebati & tak berketul-ketul. Tapis bancuhan & ketepikan.



Sementara tu, korang masak gula hangus & masukkan ke dalam loyang atau cup yang korang nak pakai. Lepas tu barulah korang tuang bancuhan puding karamel yang korang dah buat tadi - Jangan lupa tapis ya bancuhan tu. Kukus selama 15 minit dalam pengukus sehingga masak.


Puding karamel
😋 Ni sekali hadap jer ni. Tambah-tambah kalau makan time sejuk.


Pastikan guna api sederhana. Kalau tak nanti permukaan puding karamel korang akan jadi hodoh & berkedut-kedut macam muka orang tak cucuk botox. Kita tak nak macam tu. Kalau boleh, kita nak puding yang cantik licin & sedap dipandang mata. Gittew!



Dah tau resepi kan? So, jangan lupa cuba tau!! For those yang ada alergi dengan telur & masalah lactose intolerance semua tu. Syu minta maaflah ya. Resepi puding ni memang tak sesuai untuk korang 😅. Mungkin korang boleh gantikan susu & telur tu dengan bahan lain yang seangkatan dengannya. Apa-apa pun, selamat mencuba & selamat bersahur!

April 23, 2021

Shell Out Campak-campak!!

Alhamdulillah, siap dah masak!! Menu iftar hari ni masaknyer just campak-campak jer. Selalunya Syu masak paling kurang mesti kena ada 2 jenis lauk. Tapi hari ni rase malas lah pulak nak masak sampai 2 jenis. So, kali ni lauk masak sekali harung jer dengan sayur.

Macam ni lah bila dah hari-hari masak, sampai kita yang tukang masak ni dah buntu tak tahu nak masak apa. Jenuh la berpikir. Kita tanya encik somi nak makan apa dia cakap tak tahu, pastu bila encik somi tanya kita nak masak apa hari ni kita pulak yang jawab tak tahu. Sampai ke sudah lah tak tahunyer. At the end apa lagi, lauk campak-campak jelah penyudahnyer. Fenomena tak tahu nak masak apa ni normal kan para isteri & ibu-ibu sekalian?Hi3😁
😌Jadilah...Nak makannya bukan ramai. Berdua jer pun.

Memandangkan lauknyer pon tema campak-campak jer hari ni yer cik-cik, tuan-tuan & puan-puan, maka no plating-plating okay. Helok panas-panas dari kuali kasi zas jer terus. Takde nak propa-propa dah nak hidang dalam pinggan bagai. 😆Kertas mahjung dengan plastik ada...apadahal yedak?? Habis makan gumpal-gumpal terus masuk tong sampah. Senang, tak payah nak berbasuh pinggan mangkuk bagai.
📷Sementara menunggu azan tu kita kasi snap dulu.

Kalau rupa ini makan kat kedai, silap-silap RM35 pon boleh jadi ni harga dia. Ke dah lebih?? Lama jugak lah tak perkena shell out ni kat kedai makan. So memang dah tak tahu dh harga diorang jual berapa sekarang ni😂. Apa-apa pon, jemput makan yer semua.

😋Selamat Berbuka Puasa & Jangan lupa baca doa🤲🏻.