Kena Gelak Sebab Cakap Loghat Perak!!

April 27, 2021

Laugh


Sejak filem Zombie Kampung Pisang & Hantu Kak Limah arahan Mamat khalid semua tu pecah panggung. Semakin hari semakin terkenal loghat Perak ni. Even MB Peja pon siap promote negeri Perak dalam rancangan "Moh Kenei Perak". Bangga teman!! Kalau dedulu kan masa awal-awal masuk universiti memang deme ni tak mandang loghat Perak ni. Digelakkan lagi ade ler.



Masa Syu belajar dulu-dulu, ada satu pensyarah Mat Salleh ni asal dari Michigan. Sir Zayn Al-Abidin Gregory nama dia. Kalau rajin korang pergi lah tengok insta dia. Pencinta Bahasa Melayu pensyarah Syu ni tau. Nak dijadikan cerita, masa tu subjek Landscape Agriculture kalau tak silap Syu. Masa tu dia buat intro pasal pokok. Satu...satu  slide lecturer ni tunjuk. Then sampailah satu slide ni, dia tunjuk ada satu gambar pokok. Ini dia pokoknya. 


Pokok langsuir
Pinjam gambar ya Warisan Petani😁.

Dia tanya lah ni pokok apa. Then laju jer jawab langsuyor!! Bukan langsuwer yer Syu jawab kengkawan. Tapi langsuyor!! Udah satu kelas terdiam masa tu. Pastu pakat gelak. Syu pun apa lagi. Selagi dayalah mempertahankan jawapan. Budak-budak lain pakat sebut langsuwer-langsuwer. Sudahnya, lecturer tu cakap betul!! Nah...ape lagi mengepak lah!!



Then untuk menghilang kehuru-haraan, pensyarah Syu pun explain lah pada budak-budak ni yang langsuyor tu asalnya dari loghat Perak. Nah, Mat Salleh pun faham & tahu langsuyor tu apa. Yang dia jadi faham tu pun bukan apa, sebab orang rumah dia pun asal orang Perak 😆. Apa-apa pun thank God he saved my day!! Kalau tak sampai ke sudah Syu malu kat situ. Tapi itulah, sampai ke final semester jugalah kena bahan pasal perkataan langsuyor tu. Syu just lantak kan jer. Nak buat macam mana dah memang orang Perak panggil langsuyor. 



Tapi korang kena tahu jugak tau, tak semua orang Perak cakap loghat Perak ni. Perakian yang duduk belah-belah daerah Larut Matang & Kerian selalunya loghat diorang lebih ke arah Utara. Yang betul-betul pekat loghat Perak ni pulak selalunya dekat daerah Perak Tengah & Kuala Kangsar macam Bota, Sayong & Lambor semua tu lah. Yang ni memang betul-betul piyor cakap Perak. Kalau yang duduk belah daerah Hilir Perak & Batang Padang pulak, loghat diorang lebih kepada loghat selatan semenanjung (Johor & Selangor). Sebab apa?? Sebab majoriti diorang banyak yang keturunan Jawa & Bugis hasil dari perang saudara dedulu.



Cer kabor!! Loghat negeri kome cenggane rupenyer?Teman nok juger tau 😁.

Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!