Shell Out Campak-campak!!

April 23, 2021

Alhamdulillah, siap dah masak!! Menu iftar hari ni masaknyer just campak-campak jer. Selalunya Syu masak paling kurang mesti kena ada 2 jenis lauk. Tapi hari ni rase malas lah pulak nak masak sampai 2 jenis. So, kali ni lauk masak sekali harung jer dengan sayur.

Macam ni lah bila dah hari-hari masak, sampai kita yang tukang masak ni dah buntu tak tahu nak masak apa. Jenuh la berpikir. Kita tanya encik somi nak makan apa dia cakap tak tahu, pastu bila encik somi tanya kita nak masak apa hari ni kita pulak yang jawab tak tahu. Sampai ke sudah lah tak tahunyer. At the end apa lagi, lauk campak-campak jelah penyudahnyer. Fenomena tak tahu nak masak apa ni normal kan para isteri & ibu-ibu sekalian?Hi3๐Ÿ˜
๐Ÿ˜ŒJadilah...Nak makannya bukan ramai. Berdua jer pun.

Memandangkan lauknyer pon tema campak-campak jer hari ni yer cik-cik, tuan-tuan & puan-puan, maka no plating-plating okay. Helok panas-panas dari kuali kasi zas jer terus. Takde nak propa-propa dah nak hidang dalam pinggan bagai. ๐Ÿ˜†Kertas mahjung dengan plastik ada...apadahal yedak?? Habis makan gumpal-gumpal terus masuk tong sampah. Senang, tak payah nak berbasuh pinggan mangkuk bagai.
๐Ÿ“ทSementara menunggu azan tu kita kasi snap dulu.

Kalau rupa ini makan kat kedai, silap-silap RM35 pon boleh jadi ni harga dia. Ke dah lebih?? Lama jugak lah tak perkena shell out ni kat kedai makan. So memang dah tak tahu dh harga diorang jual berapa sekarang ni๐Ÿ˜‚. Apa-apa pon, jemput makan yer semua.

๐Ÿ˜‹Selamat Berbuka Puasa & Jangan lupa baca doa๐Ÿคฒ๐Ÿป. 

 

Comments

  1. best nya shell out! nnt nk buat jg laa... tp kt umah laa hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat...jangan tak buat,hi3๐Ÿ˜‹๐Ÿ’•

      Padam
  2. Sedapnya hidangan shell out. Macam macam jenis seofood ada. Senang masak satu hidangan je kan sekali sayur :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betol tu K.Fizah.Tak payah dah nak masak banyak lauk๐Ÿ˜.

      Padam

๐Ÿ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita ๐Ÿ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!