8 Tips Memberi Nasihat

April 25, 2021

Gossip

Memandangkan ada sedikit kelapangan petang ni. Jadi jari-jemari ni rasa macam diseru-seru pulak untuk buat penulisan sikit pasal tips memberi nasihat. Mungkin sebab gula terlebih masa makan puding karamel sahur tadi gamaknya. Jadi, ideanya tu datang mencurah-mencurah pula macam iklan Coco Crunch di TV 😅.


Entri yang Syu buat ni pun berdasarkan pengalaman & pemerhatian Syu jugak. Bukan apa, sebab kadang-kadang ada orang tu niat dia memang baik dah nak beri nasihat & menegur. Tapi cara memberi nasihat & teguran tu pula yang tak kena caranya.


Hujung-hujungnya ada pula yang terguris hati & bermasam muka. Bila fikir-fikir balik. Orang ni nak bergaduh ke nak bagi nasihat sebenarnya ni kan? Lain macam pula hasil nasihat menasihatinya. Sepatutnya output dari teguran tu mestilah positif. Bukan?  Waima, nasihat tu tak diterima sekalipun. Sepatutnya pengakhirannya tak ada lah sampai bergaduh bercerakau.



1) NASIHATLAH DALAM KEADAAN YANG TENANG


Bila kita nak beri nasihat, perkara yang pertama kita kena pastikan yang emosi kita ni tidak berada dalam keadaan yang marah. Bukan apa, takut jadi lain ceritanya nanti. Memang niat asal kita dah bagus. Nak beri nasihat. Tapi bila nasihat dalam keadaan marah, pengakhirannya akan jadi satu pergaduhan. Kata nak bagi nasihat. Tapi bagi nasihatnya macam nak bergaduh.




Kalau boleh cara yang macam tu yang kita tak nak. Nak beri nasihat kena tenang-tenang. Bila kita beri nasihat dalam keadaan yang marah sudah pasti akan akan ada bait-bait ayat yang tak sedap didengar yang kita terucap secara tak sengaja. Itu yang kita taknak sebenarnya. Terlajak perahu boleh undur. Terlajak kata? Makan diri jawabnyer.



2) PILIH MASA YANG SESUAI


Jikalau keadaan masa tu nampak macam tengah tegang. Cuba bagi satu tempoh cooling period atau tempoh bertenang. Tak boleh nasihat hari ni, cuba nasihat hari lain. Tak rugi pun kalau kita bagi ruang sekejap untuk bertenang. Lagi elok sebenarnya. Benda boleh bawak bincang nak buat apa gaduh-gaduh kan? Bila keadaan tu dah nampak macam dah tenang, baru kita mula bagi nasihat. Sekurang-kurangnya, orang yang kita beri nasihat tu  senang nak terima apa yang kita cuba sampaikan. Walaupun nasihat yang kita nak sampaikan tu agak perit untuk dia dengar & hadam.



3) JAGA BAHASA, INTONASI & BODY LANGUAGE


Nak beri nasihat ni bukan mudah tau. Macam nak buat marketing la jugak. Nada, intonasi & bahasa percakapan kita memang memainkan peranan penting. Malah, body language pun sama. Bila intonasi & nada kita bagi nasihat tu tak kena, possibility orang salah anggap dengan apa yang kita cuba nak sampaikan tu mungkin ada. Niat asal nak bagi nasihat jer ni. Tapi disebabkan benda-benda macam ni diorang dah salah anggap. Dah jadi satu hal kat situ.


"Yang kurik itu kendi,

Yang merah itu saga,

Yang cantik budi pekerti,

Yang indah itu bahasa."


Kesinambungan dari point ni jugak, kalau boleh...elakkan beri nasihat melalui text. Sebab apa?? Bila kita beri nasihat dengan cara macam tu, ianya mungkin takkan beri kesan mendalam sangat kepada si penerima. Sebab feel dia tu tak sama macam bagi nasihat secara berdepan. Silap-silap nasihat yang korang taip tu diorang pandang sekali lalu jer. Malas nak baca punya pasal.


Nasihat


Macam body language pulak, yang ni pun korang kena ambik point. Bila kita tak control kita punya body language, nanti orang kata kita "menganjing" pulak. Yang ni kita tak nak okay. Selagi boleh cuba control. Time-time bagi nasihat macam ni janganlah korang buat muka sepesen ke apa ke. Confirm-confirm diorang akan rasa yang korang ni annoying.



4) NASIHAT YANG POSITIF & RELEVAN


Nasihat ni kalau boleh mestilah positif & relevan sikit yer kawan-kawan. Jangan lah ikut mana dan jer. Kalau boleh elakkan bagi nasihat yang merepek & merapu-rapu. Nama pun bagi nasihat kan. Bagi lah nasihat yang membantu & membina sikit.


Sekurang-kurangnya bermanfaat juga untuk diorang hadam & ikut. Kalau kita dah bagi nasihat yang tak baik, output dia pun ikut sama tak baik. Nasihat & teguran ni fungsi dia untuk menyelamatkan & bukannya untuk menjatuhkan. So, nasihat yang baik-baik. Insyaallah baik lah pengakhirannya.




5) EMPATI SERTA TOLAK ANSUR


Part yang ni memang ramai yang failed. Majoriti ramai yang suka bagi nasihat terang-terang & tak hiraukan perasaan orang. Seolah-olah sense of empathy & tolerance tu macam tak ada. Misal kata la kan...tempat tu memang terbuka & dah tak ada tempat nak bawa bincang, cuba pelahan kan sikit nada & intonasi supaya tak jadi perhatian orang sekeliling.


Advice


Bila nak beri nasihat ni, sifat empati & tolak ansur tu kena ada sikit. Cuba belajar letakkan diri korang pada tempat diorang. Sometimes, diorang pon ada jugak rasa malu bila aib diorang dipertontonkan. Tambah-tambah di khalayak ramai. Jadi, sebelum nak bagi nasihat, lihat dulu persekitaran korang. Jangan main terjah jer. Tak elok tengok dek orang. Jadi lah seorang penasihat & bukannya seorang penghina.


"Siapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi, maka ia benar menasihatimu. Siapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu."


[Imam Syafi’i] 





6) HUSNUZON




Manusia ni kadang-kadang tak semua ilmu penuh di dada. Kadang-kadang ada perkara yang diorang tak tahu. Jadi kita sebagai manusia ni jangan la cepat sangat nak jatuh hukum. Pantang nampak kalau ada benda yang tak kena. Ini nak tegur itu nak tegur. Annoying tau!! Kalau nak tegur sekalipun, gunalah bahasa yang terhormat & mesti kena juga keadaannya. Jangan sembrono memberi nasihat tanpa usul periksa. Jadi, sentiasa husnuzon takkan ada lah isu salah salah faham. Setiap perkara ada cara dia. Bukan main terjah jer okey!! Benda diorang tak tahu kita nasihat & tegur elok-elok.



يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا۟ اجْتَنِبُوا۟ كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ
صدق الله العظيم

"Wahai orang-orang  yang beriman!! Jauhilah kebanyakkan daripda prasangka, sesungguhnya prasangka itu dosa"



7) MINTA MAAF


Nasihat ni sebenarnya satu teguran.  Waima kita sendiri pon ada jugak rasa tercalar ego bila kena tegur kan?? Macam tu jugak lah orang lain. Sometimes, lepas kita bagi teguran tu tak semesti penerimaannya positif. Kadang-kadang tu ada yang sampai bermasam muka tak nak bertegur. Udah jadi isu lain pulak kan.Almaklum lah, lain orang lain penerimaannya.



Jadi untuk mengelakkan benda ni jadi berpanjangan, adalah lebih baik selepas bagi nasihat tu kita terus minta maaf & berdamai. Itu lebih afdhal kan?? Yelah, bukan apa, takut lah kalau-kalau cara penyampaian kita tu agak sensitif untuk diorang terima & hadam. Mana yang boleh menerima nasihat kita minta maaf, yang tak menerima pun sama.



8) NASIHAT SELAGI DAYA


Advice


Andai kata, korang dah berbuih mulut bagi nasihat. Jangan mengalah. Teruskan bagi nasihat. Mana tau insyaallah berkat nasihat korang hari-hari tu boleh menjentik hati & fikiran diorang. Tapi, kalau sampai satu tahap tu korang dah memang tak boleh nak bagi nasihat, korang biar kan jelah. Kadang-kadang tu tak semua nasihat tu orang boleh terima. Selebihnya apa kita boleh buat adalah dengan berdoa. Harap-harap terbuka & lembut lah hati diorang hendaknya satu masa nanti untuk menerima & berubah dengan nasihat yang korang dah bagi tu.


SEMOGA BERMANFAAT!!

Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!