Giveaway Sampul Raya Hipster

April 08, 2021

Korang...Syu nak bagitahu ni...Design Sampul Raya Hipster 2021 dari Azhafizah.com dah keluar tau!! Cantik-cantik semua designnya kali ni. Kalau korang pergi dekat FB page Blog Si Hati Merah Jambu, korang boleh tengok ada macam-macam lagi design sampul raya hipster dari Azhafizah.com ni. Harga dia sememangnya harga mampu milik. Actually, diorang ni dah lama dah buat sampul raya hipster ni. Since 2010 lagi  tau. 


Syu memang in love sangat dengan design sampul ni. Cantik & sejuk mata memandang. Ni silap-silap nak bagi orang pon sayang πŸ˜‚. 

Bila sentuh bab sampul raya ni kan...rasanya Syu pun dah lama tak berbeli sampul duit raya since pandemik ni berleluasa πŸ˜‚. Bukan apa, sebab balance sampul raya yang lepas-lepas pon Syu belum habis guna lagi. Almaklumlah, family Syu dengan husband tak ada lah besar mana pon. Anak buah pulak tak berapa nak ramai. Tambah-tambah pulak raya tahun lepas ramai yang tak dapat balik berkumpul. So,penggunaan sampul raya tu agak terhad la kat situ. Jadi tak hairan lah kalau stok sampul raya Syu boleh bertahan sampai bertahun-tahun lamanya πŸ˜…. 

Design yang ini pon boleh tahan jugak. Simple but nice!!

Tapi, misal kata la kan Syu ada sampul raya yang designnya cantik-cantik macam Azhafizah.com ni, gerenti Syu sayang nak bagi kat orangπŸ˜…. Silap-silap Syu guna untuk jadikan decoration kat dinding. Bukan apa, sayang!! Sebab terlampau cantik sangat nak bagi kat orang. Tambah-tambah yang fully handmade by soul macam ni. Halah3!!

Yang ni rekaan yang paling minimalist & designnya tak telampau fancy sangat.

Masa zaman 80-an & 90-an dulu-dulu, nak beli lampu kelip-kelip tu mahal tau. So, alternatif lain untuk menceriakan lagi rumah adalah dengan menampal sampul raya & kad raya dekat dinding.Mana-mana kad raya yang dapat dari kawan-kawan tu semua tampal kat dinding, sampul raya yang cantik-cantik tu pun sama jugak. 


Bila buat macam tu baru la nampak ceria sikit rumah. Kalau nak tau, selain bagi duit raya, aktiviti tampal kad raya & sampul raya dekat dinding ni pon salah satu tradisi jugak tau masa celebrate Hari Raya Aidilfitri masa zaman 80-an & 90-an duluπŸ˜‰. Tapi sekarang ni zaman 20-an, Syu rase memang tak ada dah main tampal-tampal sampul & kad raya kat dinding ni lagi kan....

πŸ‘†Klik banner untuk join.

Okey. Sambil-sambil korang tengok-tengok design sampul tu. Masih belum terlambat jugak untuk korang join give away (GA) sampul raya dari Azhafizah.com. ni. Cubalah!! Mana la tau kan, korang bernasib baik menang sampul raya yang cantik-cantik ni. Kalau menang GA ni dah tak payah korang  berbeli sampul raya lagi kan?? 


Syu harap raya tahun ni adalah peluang & sinar untuk kita berkumpul satu family seperti sediakala. Bukan apa...bagi Syu, kehadiran pandemik ni memang sangat-sangat menjejaskan hubungan & interaksi sesama keluarga.

Comments

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!