Pengumuman Puasa 2021

April 12, 2021


Sapa tak kenal ayahanda ni sila ketuk ketampi 10x. Biashe tu!! Boleh plak tak kenal. Babap baru tau 😂. Kalau nak tau ayahanda ni tiap-tiap tahun muncul tau. Mana yang tak kenal tu meh Syu nak bagitau. Ayahanda ni nama dia Tan Sri Syed Daniel (TSSD), Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Bila esoknya nak Ramadhan, mesti ayahanda ni akan muncul buat annoucement yang esoknya PUASA!! Time nak dekat raya pon sama tau. Takde dia buat pengumuman, sampai ke sudah lah korang tak tau esoknya jadi puasa/raya. Jangan main-main.


Agak-agak korang la kan...macam mana penampilan uncle TSSD malam ni yer 😁. Last year, ayahanda buat announcement puasa takde duduk kat sofa macam sebelum-sebelum ni. Pastu pakaian pulak baju melayu lengkap bersongkok & bersongket tema color mint. 


Agak-agaknyer tahun ni tema color ape la pulak gamaknyer yer? Mesti ramai yang tertunggu-tunggu kan. Almaklum lah bukan selalu uncle TSSD muncul kat TV. Apa-apa pon, kita nantikan kemunculan uncle TSSD malam ni jam 8 malam menerusi saluran TV1 RTM & juga saluran-saluran TV yang lain.

Comments

  1. Tak sempat tgk mlm tu sbb lambat on tv

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samelah kak mim. penyudahnya...ape lagi...YTube kan hado!!Ki3

      Padam
  2. Boleh terlupa pasal pengumuman puasa ini.. hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samelah...penyudahnya bukak YTube😁

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!