Ogos 27, 2021

3 Pantang Larang Sijil Vaksinasi

Sijil vaksin digital palsu

Hari tu Syu ada terbaca pasal satu artikel yang share pasal dua orang kawan karib ni. Nak dijadikan cerita, yang sorang ni pada awalnya chat kawan dia bertanya khabar. Yang bertanya khabar tu katanya golongan antivaksin. Lepas dah lama-lama chat tu,dia boleh pulak mintak kawan dia share sijil vaksin. Dah lah antivaksin, then senang-senang jer nak ada sijil. Orang lain yang pergi cucuk & dapat side effect, orang lain pulak senang-senang nak sijik vaksin. Amboi!! Sikit punya helok dia punya perangai. Nasib kawan yang dah divaksin tu jenis bijak orangnya. Dia tetap tak share walaupun dia sampai kena carut dek kawan karib dia. Good job. 


Bila dapat tahu cerita macam ni, Syu jadi naik menyampah pulak dengan golongan antivaksin ni. Nak vaksin ke tak nak, itu pilihan. Tak ada sebarang paksaan pun. Tapi janganlah sampai nak pergunakan orang lain. Sedangkan ko sendiri antivaksin. Yang hairannya, bila tak nak vaksin, bijak pulak kaitkan dengan hal  agama. Kata ada kaitan dengan Yahudi lah. Diorang tanam chip pengesan lah apa lah. What nonsense! Tapi dek kerana desperate nak kan perlepasan, sanggup pulak tolak tepi hal agama. Nampak tak punya buruknya perangai. By the way, korang boleh tengok artikel penuhnya kat SINI.


Sijil vaksinasi
Ini antara 3 pantang larang sijil vaksinasi.



So, for those yang dah lengkap dua dos vaksin tu, korang kena make sure yang korang TAK SHARE any single thing pasal korang punya sijil vaksin. Tak kira lah samada dekat famili korang ke best friend forever & ever ke. Sebab benda-benda macam ni  sekarang dah jadi private & confidential (P&C) okay. Waima family & friends korang melutut merayu & menangis air mata darah  sekalipun, never ever share your vaccination certificate. Tolong jadi  person with vaccine yang berintegriti. Bila korang simply-simply dedahkan sijil korang, secara tak langsung korang dah dedahkan orang yang berisiko untuk dijangkiti kepada virus Covid-19. Especially pada diorang yang belum divaksin. Jadi lah, orang yang bijak okey, Korang yang tak nak vaksin, takpe. Nanti orang lain dapat dine-in & pergi melancong bagai, jangan ko nak merah mata & meroyan macam orang gila πŸ˜‰πŸ’•. 

Intellifluence : Apa Perlu Buat Sebelum Buka Akaun Intellifluence?

Intellifluence
Intellifluence - Tips

Salam Jumaat sahabat-sahabat blogger. Nak dijadikan cerita, semalam Syu dah lengkap terima dos vaksin kedua Pfizer di PPV Seri Iskandar. Alhamdulillah, setakat hari ni masih belum ada apa-apa kesan sampingan. Harap takde langsung lah kesan sampingannyaπŸ˜…. Bukan apa, husband Syu hari tu demam jugak lah dalam 2 hari lepas kena cucuk. Siap ada sakit dada bagai. Mungkin sebab husband Syu ada sakit jantung & tekanan darah tinggi agaknyer. Apa-apa pun syukur alhamdulillah, kesan sampingannya tak lah berapa teruk sangat. Actually, Syu sempat jugak tanya orang yang dekat PPV semalam. Katanya kesan sampingan tu bergantung pada sesetengah orang jugak. Ikut antibodi. Emmm...meleret pulak berceritaπŸ˜‚.  Macam dah lari tajuk nampak gayanya ni!! πŸ˜†

Okay-okay. Kita berbalik kepada topik. Actually, hari ni Syu nak cerita sikit pasal Intellifluence. Tak banyak pun, ada dua point jer. Kat sini Syu nak bagitahu, apa yang perlu korang perlu buat sebelum korang buka akaun Intellifluence. 


1) Buka akaun Paypal

Akaun Paypal ni penting tau. Bukan apa, sebab segala payment dari Intellifluence ni akan dimasukkan di sini. Nak bukak akaun PayPal ni tak susah mana pun. Korang just pergi dekat website Paypal & sign-up jer macam biasa. Tapi korang kena ingat satu perkara. Duit dari Paypal ni bukan korang boleh guna terus tau. Dari Paypal ni korang kena buat withdrawal dengan men-transfer duit korang ke akaun bank yang korang dah link kan. Lepas dah masuk dalam akaun korang, baru boleh guna 😁.  Pada yang nak sign-up Paypal, korang boleh klik SINI, Insyaallah. kalau ada kelapangan. Next time Syu akan cerita macam mana nak sign-up akaun PayPal.


2) Tukar domain

Kalau korang nak buat duit Intellifluence guna blog. Korang kena make sure yang korang tak guna domain tumpang. Domain tumpang ni macam blogspot.com & wordpress.com. Bila korang ada domain sendiri, korang akan nampak independent & senang untuk diterima bila apply job dekat marketplace. Actually, ada banyak lagi platform yang korang boleh gunakan untuk ber-Intellellifluence selain dari blog.  Contoh macam YTube, Tiktok & Instagram. Tapi incomenya lagi banyak kalau korang buat job melalui blog korang. Alang-alang korang dah ada passion dalam dunia blog. Apa salahnya kalau korang buat dia nampak lagi official dengan tukar domain. 

Pada yang tak tahu, pertukaran domain ni korang boleh buat dekat mana-mana service provider yang bagi khidmat tukar domain. Setakat ni, Syu rasa NetKL lah yang paling terbaik untuk beli domain. Harganya kira agak berbaloi jugaklah. Service pun boleh tahan cepat 😁. Sebelum tu nak bagitahu, cas pertukaran domain NetKL akan naik harga tau start bulan depan. So, for those yang ada niat nak tukar domain. Inilah masa yang terbaik. Alang-alang nak tukar domain tu, terus panjangkan tempoh luput domain. Yang ni maksimum korang boleh buat sampai 9 tahun. Lama kan? πŸ˜‹

Lepas korang dah ada dua benda ni. Barulah korang boleh ber-Intellifluence dengan jayanya. Bila dah ada domain sendiri, insyaallah nak apply job dekat mana-mana marketplace pun senang πŸ˜‰πŸ’•.  Pada yang belum join, korang boleh klik SINI untuk sama-sama jana income USD dengan Syu. Pada yang dah ada akaun Intellifluence, tapi masih lagi lost. Jangan risau. Drop pertanyaan korang dekat contact form. Insyaallah, selagi mana Syu boleh tolong. Syu cuba tolong πŸ˜ŠπŸ’•.

Ogos 25, 2021

Drama Wifi Sebelah Rumah - Episod 3

Wifi sebelah rumah
Wifi sebelah rumah

Bila nampak jer Mira, Ghaz jadi terdiam & kelu seribu bahasa. Segala apa yang dia nak cakap dekat Mira masa dia praktis tadi semua tak keluar. Sejenis pemalu Ghaz ni. Tapi dalam perangai pemalu tu banyak jugak perangai gila-gila dia πŸ˜†. Bila dah tengok Ghaz terkedu macam tu, nak tak nak Mira terpaksa memulakan conversation terlebih dahulu. Bukan apa, sebab Mira rasa canggung bila tengok Ghaz tak bercakap. Bila Mira dah start bercakap, barulah Ghaz mula bagitahu dekat Mira apa yang selama ni dia nak bagitahu. Actually, Ghaz cuma nak cakap terima kasih jer pun dekat Mira. Yelah, haritu kan Mira ada bagi password wifi dekat Ghaz masa dia terdesak sangat nak siapkan paperwork dia dekat cafe kak Zetty tempoh hari. 


Masa dekat rumah, Mira pun berceritalah dekat adik dia, Zana. Zana tergelak-gelak bila dengar kakak dia bercerita yang Ghaz. Tak sangka, mamat sesado Ghaz tu pemalu & segan nak bercakap dengan Mira. Dekat rumah sebelah pulak, Ghaz pun sobuk membawang dengan Fendi pasal apa yang jadi masa dia bersenam dekat taman petang tu.

Wifi sebelah rumah

Masa dekat tempat kerja, Mira ajak Ghaz & Fendi makan tengahari sekali. Tapi, Fendi menolak sebab dia nak bagi peluang pada Ghaz untuk luangkan masa dengan Mira. Fendi pun bagitahulah yang dia puasa hari tu. Padahal Mira dah nampak dah air minum Fendi dekat meja. Puasa apa macam tu kan? πŸ˜‚. Apa-apa pun Fendi tetap menolak untuk makan tengahari sama-sama dengan Mira. Ghaz dah tak sedap hatilah sebab dia kan pemalu sikit bila berdepan dengan Mira. Nak tak nak dia terpaksalah terima pelawaan Mira.


Masa dekat restoran, hanya Mira jer yang order makan. Ghaz cuma order air jer. Mira pun rasa macam pelik lah kan. Tapi masa makan tengahari tu Mira sempatlah berbual-bual dengan Ghaz. Cuma bila Ghaz dah start berangan, Mira dah rasa lain macam. Bukan apa, Mira tengok Ghaz dah buat perangai pelik. Bila dah berangan, apa pun tak sedar. Ghaz dah start malu dah. Tapi nasib Fizi call Mira masa tu. At least dapat jugak dia cover line. Lepas habis makan tengahari, Fizi ajak Mira keluar. Tak tahu lah pergi mana. Yang pastinya diorang keluar berdua πŸ˜‚. 

Wifi sebelah rumah

Petang lepas habis kerja, Fizi offer diri untuk hantar Mira balik rumah. Masa dekat rumah Mira, mama & papa Mira suka sangat dengan kedatangan Fizi. Bukan apa, diorang bertiga boleh berbual & beramah mesra macam dah lama kenal.  Papa Mira pulak macam okey jer. Tak ada pulak marah-marah. Kat sini nampak sangat yang papa Mira suka sangat dengan Fizi jika dibandingkan dengan dua teruna yang duduk dekat sebelah rumah dia. Siapa lagi kalau bukan Ghaz & Fendi. 

Wifi sebelah rumah

Keesokkannya, Mira, Ghaz & Fendi terpaksa kerja sehingga malam. Mira ajak diorang berdua balik sama. Almaklumlah, duduk berjiran kan. Apa salahnya balik sama-sama. At least, takdelah Mira balik sorang-sorang tak berteman. Bahaya jugak kan. Fendi bila dia tahu Mira yang ajak, memang automatically menolak. Macam biasalah nak peluang dekta Ghaz spendtime dengan Mira. Bukan selalu Ghaz dapar peluang. Walaupun duduk berjiran, bukan senang nak bertegur sapa.Tambah-tambah kalau ada papa Mira. So, ini lah peluang keemasan Ghaz untuk kenal lebih rapat dengan Mira.

Wifi sebelah rumah

Masa on the way balik ke rumah, Mira & Ghaz lalu dekat satu butik ni. Dekat situ ada sekumpulan busker tengah main lagu kegemaran Mira. Mira pun bagitahu Ghaz yang lagu tu lagu kegemaran dia. Bila Ghaz dapat tahu, dia pun ajak Mira untuk enjoy lagu tu. Nasib ada bangku tepi butik tu. Dapat jugak diorang enjoy the moment. Sambil-sambil dengar busker tu busking, Mira & Ghaz pun sempat sambung berbual. Lepas tu, baru diorang teruskan perjalanan diorang untuk balik rumah. Bersambung...

Cadbury Dairymilk Bubbly

Cadbury dairymilk bubbly
Cadbury dairymilk bubly


Sejak beberapa hari ni memang takdan nak create post sebab terlalu sibuk menghabiskan sisa-sisa masa yang ada dengan mengemas rumah. Bukan apa, sebab kemungkinan Syu akan start bekerja semula seperti biasa awal bulan hadapan. Rasa macam tak syok lah pulak bila dah nak kena start kerja . Bila dah terlampau lama sangat melengkau macam ular sawa kat dalam rumah, dah jadi malas nak kerja. Kalau cenggini nak isi form jadi suri rumahtangga sepenuh masa lah. Ha3 πŸ˜†. 


Sebagai penghargaan kepada diri sendiri, maka tibalah masa untuk Syu raikan keriangan dengan coklat bar Cadbury Dairymilk Bubbly. Actually Syu dah beli coklat ni masa hari Jumaat minggu lepas. Cuma tak berkesempatan nak makan. So hari ni lepas siap-siap berhempas kemas rumah, niat kononnya nak bagi self reward lah sikit pada diri sendiri. 

Cadbury Dairymilk Bubbly
Rupa kat luar helok. Korang tengok rupa dalam dia kejap lagi macam mana. πŸ˜†

Hati ni memang dah excited dah nak cuba sebenarnya. Ingatkan dalam dia ada biskut macam Cadbury Dairymilk Chipsmore hari tu. Tengok dekat packaging macam dalam dia ada biskut. Tapi, rupa-rupanya dalam dia ada aerated chocolate milk. Alah...Frustrated giler rasa πŸ˜†!! Rasa luar & dalam sama jer rupanya. Cuma aerated coklat tu disalut sekali lagi dengan chocolate milk.

For those yang ada trypophobia, jangan lah korang renung lama-lama isi dalam coklat ni. Sangat-sangat tak digalakkan 😌. Takut mengundang trauma. Elok-elok nak makan coklat, terus kemurungan. Kih3 😁. Overall, rasa dia kira okey lah. Sama jer macam coklat Cadbury Dairymilk yang original tu. Cuma versi yang ni dia lebih menjurus kepada tekstur coklat yang lembut dekat dalam. Kelainan rasa coklat tu jer yang takde. Next time, tak nak beli dah. Susah nak gigit sebab dalam dia macam senang berderai. Ha3πŸ˜‚. 

Cadbury Dairymilk Bubbly
Macam ni lah rupa kat dalam coklat ni πŸ˜‚. Tertipu tengok gambar dekat packaging. 

Ogos 24, 2021

Sulthan(2021)

Sulthan(2021)


Genre : 

 Action, romance, thriller & adventure


Pelakon : 

Karthi [Sulthan], Rashmika Mandanna [Rukku], Giant Zanjeer [Gada], Ramachandra Raju [Jayaseelan], M. Kamaraj [Michael], Lal [Mansoor],Yogi Babu [Otta Lorry], Arjai [Thalaya], Haresh Peradi [Manickavel]


Pengarah : 

Bakkiyaraj Kannan


Rating :

🌟🌟🌟🌟🌟/5

✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽

Filem Tamil yang ni memang terbaik. Tengok sekali memang ketagih nak tengok lagi. Tapi betul memang tak dinafikan. Pada awalnya, Syu tengok filem Tamil sengsorang jer. Lepas  husband Syu join sekaki, dia tiba-tiba fell in love pulak πŸ˜‚. Punya lah pulun dok ulang-ulang tengok movie ni sampai dua tiga empat kali. Katanya best. Suka tengok orang lawan-lawan 😁.  Filem ni kalau korang nak tengok, dalam YTube pun ada. Tapi kalau nak tengok yang high definition (HD), boleh tengok kat Disney+Hotstar.

Kalau nak tahu, filem ni mengisahkan tentang sekumpulan gangster yang diketuai oleh pemuda yang bernama Sulthan. Nak dijadikan cerita, Sulthan ni sebenarnya merupakan seorang anak yatim yang kehilangan mak. Dia ni jugak merupakan anak kepada ketua gangster. Maknya meninggal lepas lahirkan dia. So, masa Sulthan kecik-kecik, ayahnya & konco-konco dia yang menjaga Sulthan ni sampai lah dia besar panjang. 

Sepanjang tempoh Sulthan membesar, konco-konco ayahnya lah yang membela Sulthan. Sebab itu Sulthan sayang sangat dengan diorang ni. Walaupun Sulthan hidup membesar dengan diorang, Sulthan tak pernah tahu yang selama ni dia hidup bermandikan darah dengan kehidupan gangsterism ayah dia. Sebab ayah dia & konco-konconya banyak buat kerja-kerja ni secara rahsia tanpa pengetahuan Sulthan. Kalau diorang nak buat sekalipun, mesti diorang akan pastikan yang kerja kotor diorang tu Sulthan tak nampak. 

Setelah berjaya melanjutkan pelajaran untuk menjadi seorang engineer di luar negara, Sulthan pun balik lah ke kampung halaman dia yang terletak di Vizag (Visakhapatnam) . Bila dia balik semula ke Vizag, baru dia dapat tahu yang selama ni ayah dia ni seorang ketua gangster. Memandangkan Sulthan ni orang yang terpelajar, so dia merasakan yang perbuatan ayah dia & konco-konconya ni adalah satu jenayah yang sememangnyer menyalahi undang-undang. 

Setelah kematian ayah dia, Sulthan terpaksa menggalas tangungjawab & amanat mendiang ayah dia untuk menjaga kumpulan gangster tu. Memandangkan Sulthan dah anggap konco-konco ayah dia tu macam ahli keluarga sendiri, so nak tak nak Sulthan terpaksa melepaskan hasrat dia untuk membuka perniagaanya di luar negara.

Sebelum kematian ayah Sulthan, ada beberapa orang wakil dari sebuah kampung ni pernah datang mintak pertolongan. Katanya, kampung diorang ni kena kawal dengan satu kumpulan gangster jahat yang diketuai oleh Jayaseelan. Pada awalnya Sulthan tak tahu pasal janji mendiang ayahnya tu. Tapi selepas diberitahu oleh orang kampung barulah Sulthan tahu yang niat ayahnya adalah untuk membantu buat kali terakhir sebelum cuci tangan dari dunia gangsterism ni.

Pada masa yang sama, ketua polis bandar Vizag ni tengah sibuk buat pembersihan gangster. So, mana-mana gangster yang pernah ada rekod jenayah, semuanya akan dibunuh serta merta sekiranya ada terima aduan. Bila berita ni sampai ke pengetahuan Sulthan, dia selagi boleh cuba berusaha keras untuk menyelamatkan konco-konco ayah dia ni dari dibunuh. Jalan terakhir yang dia pilih adalah dengan membawa semua konco-konco ayahnya duduk di kampung orang yang pernah datang mintak pertolongan dengan mendiang ayahnya. Di sana, Sulthan cuba ubah perangai gangsterism konco-konco ayah dia ni dengan menjadi sekumpulan pesawah yang bebas dari sebarang jenayah. 

Pada yang belum tengok, Syu memang rekomen sangat-sangat filem Tamil ni. Dari susun atur ceritanya memang best!! Walaupun agak ganas, tapi ada banyak jugak elemen & nilai pengajaran yang kita boleh terima dari movie ni. Sekali sekala tengok cerita Tamil apa salahnya yer dak? Kadang-kadang cerita Tamil pun boleh buat berair mata tau. Jangan memain😁

Ogos 20, 2021

Domain NetKL Naik Harga 😁

Domain
Domain

Salam, pelanggan NetKL yang dihormati.


Berikutan pengumuman kenaikan harga domain oleh registry domain (Verisign) baru2 ini (yang akan bermula 1 September 2021), NetKL tiada pilihan selain turut menaikkan harga jualan domain kami.


❤ Cinta hatimu : NetKL ❤


Kemarin ada terima surat cinta dari NetKL melalui email. Katanya harga domain naik harga bermula awal bulan September ni πŸ˜‚. Apa boleh buat. Redha jelah. Tapi tak ngape. Naiknya RM5 jer. Masih mampu lagi. Demi blog ku turutkan jua πŸ˜πŸ’•. Pada yang beli pakej "Advance Users" tu memang tak heran dah pasal domain fees ni naik, sebab domain diorang free of charge (FOC) πŸ˜†. Tapi bayarnya memang tersedulah jugak tengok. Kita-kita yang blogger picisan & ambik pakej biashe-biashe ni jer kena bayar. Hi3. By the way, kat bawah ni Syu listkan senarai harga baru domain-domainnya yer.


JENIS DOMAIN HARGA ASAL HARGA TERKINI
(Mulai September 2021)
com. RM45 RM50
net. RM49 RM55
org. RM52 RM55
biz. RM60 RM75

So, itulah harga terkini domain lepas ni. Actually, masih sempat lagi kalau nak register & renew domain dengan harga asal. Kalau ada pulus lebih, boleh renew awal & panjangkan sikit tahun expirednya ( Maksimum 9 tahun). Janji buat sebelum awal bulan depan lah yer πŸ˜‰πŸ’•. Roger jer orang NetKL. Insyaallah diorang boleh tolong.

Tongmo (Sosej Kemboja) : Sedap Ke?

Tongmo


Sekian lama tak keluar rumah, semalam Syu dengan husband sempat keluar sekejap jalan-jalan makan angin. Itu pun lepas bawak encik husband pergi cucuk vaksin dos kedua dekat PPV Seri Iskandar. Alang-alang dah keluar tu, jauh sikitlah merewangnya. Memandangkan ada banyak masa. so kitorang laki bini lajak terus ke RTC Gopeng. Singgah Mydin & replenish sekali barang dapur. Senang. Tak payah nak keluar banyak-banyak kali dah πŸ˜…. 


Bukan apa, sejak terperuk dalam rumah ni, memang Syu rase malas sungguh nak keluar. Tapi, bila dah keluar tu, macam tak reti-reti pulak nak balik  πŸ˜‚. Actually, bukan tak nak keluar jumpa orang ke apa. Cuma malas nak bersiap!! πŸ˜†. Kalau setakat keluar rumah tegur jiran keliling boleh lagi kalau nak pakai baju kelawar & tudung cekup. Tapi kalau nak kena pergi jalan-jalan, mesti nak kena pakai proper sikit kan πŸ˜‚. Takkan nak pakai baju kelawar jugak. Nanti orang kata gila!! Ha3 πŸ˜†.


Apa-apa pun alhamdulillah, masa pergi Mydin RTC Gopeng semalam memang lengang selengang-lengangnya. Tak ramai orang langsung. Memang agak senanglah nak berbeli barang. Tapi macam kesian pulak dengan peniaga-peniaga yang meniaga dekat tepi-tepi tu. Syu tengok banyak jugaklah kedai yang tutup terus πŸ˜”. Termasuklah kedai Harold's bakeri yang Syu selalu singgah berbeli. Tapi apa boleh buat kan? Dah lockdown. Hanya essential bussiness jer yang boleh beroperasi. 


Masa on the way nak balik ke Simpang Pulai, Syu nampak ada banyak hawkers meniaga dekat tepi jalan. Bila tengok orang meniaga macam tu, rasa rindu pulak dengan pasar malam πŸ˜‚. By the way, masa kitorang tengah ronda-ronda bercarik makan, terperasan ada satu hawker ni jual "tong mo". Pernah dengar pasal "tong mo" ni, tapi tak pernah cuba lagi. Bila dah nampak ada orang jual, so Syu & husband rase macam berminat nak cuba. Tapi sebelum tu, "tong mo" tu apa yer? 😁


"Tong mo" 


- Sosej Kemboja

-  Merupakan makanan tradisi masyarakat Kemboja

- Diperbuat dari daging lembu cincang yang telah diperap dengan rempah & kemudiannya di sumbat ke dalam usus lembu muda yang telah dicuci bersih.


"Tong mo" ni kira macam daging cincang sumbat lah senang cerita. Macam sosej, tapi kenyal sikit. Sebab dalam dia memang totally daging. Makanan yang bernama "tong mo" ni sebenarnya merupakan makanan tradisi masyarakat Kemboja. Yang mana ianya telah di bawa masuk & diperkenalkan oleh masyarakat Kemboja yang datang berhijrah ke Malaysia ni lebih 100 tahun dulu. Dalam kalangan masyarakat berketurunan Melayu-Champa di sekitar Kerian, Perak, "tong mo" ni menjadi antara salah satu simbol budaya yang masih dikekalkan sehingga sekarang dari generasi ke generasi. 


Tong mo stall
Satu set brother ni jual RM10. Boleh lah kan.


Kalau korang nak tahu, proses nak buat "tong mo" ni bukannya mudah tau. Sebab ianya mengambil masa berminggu-minggu untuk jadikan ramuan daging tu lebih sebati dengan rempah perapan. Lepas daging cincang tu dah disumbat elok-elok, "tong mo" ni akan di jemur pulak dalam beberapa hari. Dekat situ dah confirm-confirm makan masa lagi kan. Jadi tak hairanlah kalau harga dia mahal sikit. Kejap!! Mahal ke? Rasanya kalau satu set (4 ketul) RM10 tu kira okeylah kan. Nak murah mana lagi ye dak?😁. Kira berbaloilah. Kena dengan bahan & proses nak membuatnya. Dengar cerita, golongan berusia jer yang mahir buat "tong mo" ni. Sebab cara penyediaan diorang dikatakan lebih teliti & memang ikut betul-betul cara tradisional. 


"Tong mo" ni kena grill dulu. Baru dia ada smoky flavour tu. (Siku siapalah yang menyibuk dok interframe tu. Adoyai πŸ˜’. )


Pada pandangan Syu lah kan, rasa "tong mo" ni lebih kurang jer macam sosej jugak. Cuma tekstur dagingnya agak meriah sikit. Rasa dia macam ada smoky flavour  & masam sikit. Tak tahu betul ke tak rasa tongmo yang Syu makan ni. Tapi, terus terang cakap. Husband Syu tak suka!! Ha3 πŸ˜†. Dia makan dalam dua ketul jer. Lepas tu terus dia surrender. Tak kena dengan tekak dia agaknya. Padahal dia yang nak sangat beli tongmo ni. Sudahnya Syu jugak yang kena habiskan semua πŸ˜….  Geram betul!! Syu rasa, kalau ada rasa manis-manis macam sate tu mungkin sedap sikit. Ni pada pandangan Syu lah yer. Pada yang pernah makan "tong mo", cuba korang share sikit macam mana rasanya. Bukan apa, mana tahu "tong mo" yang Syu makan ni rasa dia tak sama macam yang korang makan tu kan 😁. Syu nak jugak tahu.

Sorry lah kengkawan. Rupanya nampak agak unpleasant sikit πŸ˜‚.Harap korang tak imagine benda lain  lah yer.

Ogos 19, 2021

Program & Pertandingan : Hari Kemerdekaan 2021

Kuala Lumpur
Assalamualaikum korang. πŸͺMacam biskut Chipsmore Syu ni berblog kan. Kejap ada, kejap tak ada πŸ˜†. Actually, dah lama dah nak war-warkan program & pertandingan anjuran Kementerian Komunikasi & Multimedia ni. Tapi disebabkan perangai biskut Chipsmore Syu, maka baru hari ni Syu ada kesempatan nak share. 


Bersempena nak menyambut Merdeka ni kan, boleh dikatakan banyak jugak pertandingan-pertandingan yang dianjurkan di bawah Kementerian Komunikasi & Multimedia ni. Pertandingan yang dianjurkan pun semua sesuai untuk di join oleh semua peringkat umur. Baik kanak-kanak mahupun golongan dewasa. Syu tengok hadiahnya boleh tahan lumayan jugak 😁.


Kat bawah ni Syu senaraikan semua pertandingan yang Syu sempat go through dekat website Merdeka 360. Boleh dikatakan menarik jugak pertandingan-pertandingannya. Kalau Syu multi talented, memang Syu join semua pertandingan-pertandingan ni (Bisikan hati : "Sejenis tamak!! Giveaway geng-geng blogger pun sikit punya bercinta nak join. Ada hati nak join semua. Pigidah!! πŸ˜†" ) 



1) Merdeka Tik Tok Challenge





2) Pertandingan mewarna




3) Pertandingan melukis mural



4} Pertandingan melukis poskad



5) Pertandingan mengambil foto




6) Pertandingan mengambil video



7) Pertandingan karaoke (Smule)



8) Pertandingan fotografi


Actually ada banyak lagi pertandingannya, cuma dekat sini Syu list kan yang pertandingan yang general & masih valid untuk disertai jer. Kalau berminat, korang boleh klik pada logo untuk ketahui lebih lanjut mengenai pertandingan niπŸ˜ŠπŸ’•.



Jom join!! Hadiah pun boleh tahan lumayan. Syu tengok pun jadi merah mata. Perit tengok sebab wangnya besar-besar belaka!! Syu cadang nak join Smule πŸ˜†. Kalau rajinlah!! Kih3. 


Ogos 17, 2021

Encik Suami Tanya : Tak Berblog Ke Hari Ni?

Laugh

Bila suami tanya soalan macam ni, kepala otak ni mulalah nak "shock ". Ha3 πŸ˜†. Sebab selama ni kalau Syu menghadap laptop seharian, mesti husband Syu dah bising.  Bila tiba-tiba ditanya soalan macam tu, so Syu jadi terpaku terpana & terkesima sekejap (Otak ku bertanya : "Mimpi apakah aku?"πŸ˜‚). Ni mesti sebab terbeliak biji mata tengok duit Intellifluence hari tu agaknya πŸ˜†. Baru dia tahu, berblog boleh buat duit. Barangkali, dia ingat Syu buang masa agaknya menghadap laptop hari-hari. 


Nak dijadikan cerita, hari ni Syu malas sungguh nak bukak laptop. Actually, Syu dah siap-siap scheduled kan Syu punya post. Tapi satu jelah πŸ˜†. Kalau korang nak tahu, seharian ni Syu banyak habiskan masa mengemas rumah,layan anak-anak bulus & tengok movie Tamil. Bila husband Syu tengok sejak beberapa hari ni Syu asyik bersenang lenang macam tu jer, dia jadi macam pelik πŸ˜…. Selalu dia nampak Syu  sibuk menghadap laptop sampai ke subuh. 


LOL


Tapi, sejak beberapa hari ni husband Syu tak nampak pun Syu buat rutin harian Syu tu dekat meja kerja. So, dia rase hairan. Itu yang tiba-tiba keluar soalan yang memelikkan segala isi otak Syu tu. Apa husband Syu ingat otak ni sepanjang masa ada idea nak menulis? Adoyai πŸ˜‚. Sedangkan nak masak hari-hari pun boleh kebuntuan idea, inikan pulak berblog yang nak kena perah otak bila nak menulis.


πŸ˜ŠπŸ’•Apa-apa pun Syu bersyukur, husband Syu tak pernah melarang Syu untuk terus menulis. Walapun pada awalnya, dia merasakan berblog ni macam tak ada faedah. Tapi selepas Syu buktikan yang Syu boleh dapat  "something" dari berblog ni, barulah dia sedar yang berblog ni bukan hanya platform untuk mencoretkan  madah-madah kata jer semata-mata. Eceh😁!! 


Pada Syu, even Syu tak dapat income sekalipun dari berblog ni, Syu tetap merasakan kepuasan. Sebab berblog ni seolah-olah macam tempat Syu untuk coretkan segala keinginan Syu untuk menulis. Walaupun, hanya sekadar blogger picisan. Tapi, Syu puas!! Dunia blog ni menjadikan Syu  "somebody" instead of "nobody". Kalau korang nak tahu, actually Syu tak berapa nak aktif sangat di sosmed  macam FB, Instagram & Twitter πŸ˜‚. Tak tahulah kenapa. Tapi di Blogger ni Syu rasakan diri Syu lebih menyerlah, sebab Syu ada rakan-rakan rahsia disebalik dunia blogger ni. 


Walaupun masing-masing tak kenal & tak pernah bertemu muka satu sama lain, tapi Syu rasa seronok. Barangkali, Syu suka orang yang Syu tak kenal, kenal Syu agaknya 😁.  Akhir kalam (Tiru ayat AO),  Syu berharap Syu akan sentiasa konsisten dalam dunia blog ni. Begitu jugak dengan rakan-rakan blogger Syu yang lain. Keep blogging & never stop sharing πŸ˜ŠπŸ’•!!  

Intellifluence : Pengalaman Jana Pendapatan

Intellifluence

Assalamualaikum & apa khabar sayang-sayang sekalian. Tiberkan!! Ha3 πŸ˜†. Sejak dua menjak ni memang malas betul nak create post kat blog. Puncanya sebab tak bukak laptop 😁. Tapi, apa-apa pun Syu sempatlah jugak luangkan masa sikit buat random blogwalking guna handphone. Hari ni, mood ada ON sikit & Syu cadang nak cerita pasal perkembangan terkini Syu punya Intellifluence. 

Sejujurnya, masa mula-mula join dedulu, macam-macam persoalan & keraguan bermain-main dekat kepala otak Syu (Otak ku berkata : "Dapat duit ke join Intellifluence ni? πŸ˜…"). Tapi, selepas Syu selesai complete kan Syu punya task & dapat gaji pertama dari Intellifluence, akhirnya segala persoalan Syu pun terjawab. Even, husband Syu pun terbeliak biji mata lepas Syu tunjuk hasil Syu ber-Intellifluence yang masuk dalam akaun Paypal Syu (Dalam hati : "Baru miker tau!! Ha3 πŸ˜†")  

Intellifluence : Pengalaman jana pendapatan

Kalau nak diikutkan, rasanya tak sampai dua bulan pun Syu join Intellifluence ni. Asalnya, Syu cuma nak kan badge Intellifluence tu jer sebenarnya πŸ˜†. Dengki sebab tengok ade sesetengah blogger tepek dekat sidebar. Tak badge Intellifluen, badge Nuffnang. Dek kerana nak kan badge, tak sangka pulak boleh terjebak sejauh ni. Walaupun Syu tak berapa tahu pasal Intellifluence ni, tapi Syu gigih jugak nak cuba & tengok sejauh mana kebenaran nya. Ada hasil ke? Betul ke boleh dapat duit join Intellifluence ni? Entah-entah fake & tak legit. Nak tak nak, Syu cuba lengkapkan Syu punya profile satu per satu then Syu submit application dekat mana-mana marketplaces yang bersesuaian dengan kriteria Syu. Actually, masa ni Syu punya profile masih belum lengkap 100%. Lepas Syu follow satu-satu requirement yang Intellifluence nak baru Syu dapat profile yang betul-betul lengkap. Alhamdulillah, akhirnyaa selang beberapa hari lepas submission, Syu dapat notification. Mula-mula tu macam tak berani jugak nak accept pitch. Tapi, Syu buat mana yang termampu & tawakkal jer lepas dah submit Syu punya task. Dapat tak dapat, lantak kan ajer. 




TASK PERTAMA INTELLIFLUENCE


Actually, kalau korang nak tahu, post Syu pasal permainan game online Plays.org bulan sudah tu antara salah satu job yang Syu dapat dari Intellifluence ni. Dek kerana Plays.org ni lah, Syu dapat lengkapkan profile Intellifluence Syu dengan jayanya. Masa mula-mula terima job task ni dari Plays.org ni, Syu agak takut jugak sebenarnya. Bukan apa,risau kalau-kalau Syu ter-miss apa yang diorang nak. Nak siapkan task dari Intellifluence ni tak lama mana pun. Tapi disebabkan Syu nak diorang puas hati dengan hasil kerja Syu, so makan masa satu hari jugaklah nak siapkan. 


Intellifluence : Client's feedback
Seronok bila orang suka dengan hasil kerja kita πŸ˜ŠπŸ’• . Rasa dihargai sangat-sangat. Thanks Christine!!


Lepas posted review dekat blog, kemudian Syu submit task Syu dekat Intellifluence. Alhamdulillah, Syu tak sangka Plays.org gembira & berpuas hati dengan hasil kerja Syu. Siap tanya lagi Syu pakai tools apa sampai buat Gifs tu nampak cantik. Sejujurnya, malu jugak nak cakap sebenarnya, tapi dah orang tanya. Kita bagitahu jelah kita pakai Canva πŸ˜…!! Nak ngedit pakai Photoshop segala dah tak berapa nak reti. Sebab skills Syu dah lama berkarat. So untuk selamatkan keadaan, Syu Canva kan ajer. Senang!!  Materials semua dah ada. Cuma nak olah sikit jer. 




MASYUK KE BUAT JOB DEKAT INTELLIFLUENCE NI?


Masyuk tak masyuk bergantung pada diri sendiri sebenarnya. Walapun untuk satu job hasilnya tak cecah ribu-raban, tapi pada Syu kalau dikumpul banyak-banyak barangkali boleh cecah jugak ribu-raban tu. Bak kata pepatah "Sikit-sikit lama-lama jadi bukit". Silap haribulan, orang income tax pun kejar kita tau. Ki3 πŸ˜…. Cuma nak kena rajinlah. Tak pecahkan ruyung, mana nak dapat sagunyer yer dak?


Nasihat Syu lah kan. Kalau boleh pelbagaikan platform untuk ber-Intellifluence. Jangan terhadkan pada blog semata-mata. Kalau job mintak buat review dekat TikTok, kita create satu akaun TikTok untuk buat review. Kalau job mintak buat review dekat YTube pulak, bukak satu channel Ytube. Dari situ, baru boleh dapat jana income lebih. 


Intellifluence payment
Lepas dah convert duit Malaysia, dapatlah jugak dalam RM400 lebih. Okay lah kan? Siapa nak bagi banyak macam tu?


Dari Intellifluence ni, Syu nampak yang kita sebagai blogger ni masih boleh dapat duit tepi selain jana pendapatan dari iklan Google Adsense. Sejujurnya lah kan, sejak Syu berjinak-jinak semula dalam  blog ni, Syu rasa jana income melalui Intellifluence lagi cepat berbanding dengan Google Adsense. Kalau Google Adsense ni ambik masa sikit nak jana pendapatan sebab dia base on pageviews, clicks & segala macam mak nenek yang sampai hari ni pun banyak benda yang Syu tak habis explore lagi. Dah lah nak apply pun sikit punya bercinta nak tunggu approve. Lepas tu, beriklan sikit punya nak penuh blog πŸ˜‚. Bayarnyer ciput jer. Ini dari sudut pandangan jujur Syu lah yer 😁.

Otherwise, kalau korang rasa jana income dari Google Adsense lagi vavavom, silakan. Tak ada larangan. So, done tulis panjang lebar pasal pengalaman Syu jana pendapatan dari Intellifluence. Next, insyaallah Syu akan perbanyakkan lagi post berkenaan Intellifluence ni dari masa ke semasa. Supaya kita boleh jana income sama-sama melalui Intellifluence ni. Amin.Doa-doakan yer πŸ˜‰πŸ’•.

Ogos 13, 2021

Covid-19 : Kes Baharu Meningkat. Apa Cerita?

Disapointed


Tengoklah. Sakan betul naiknya. Apa cerita ni?😌. Sungguhlah, Syu memang tepuk dahi tengok kes harian Covid-19 ni semalam. Dari manalah datangnyer sampai naik mendadak macam ni yer.  Ada pertambahan kes dari kelonggaran SOP ke? Atau berpunca dari warga asing yang dok berbaris panjang- panjang masa dekat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Rumah Prihatin Hotel Grand Season hari tu? Takpun masih lagi disebabkan kluster kilang yang muncul tak henti-henti? Waallahualam.  Cuma Syu rasa agak terkilan. Seolah-olah usaha Syu duduk terperuk dalam rumah macam tak mendatangkan apa-apa hasil untuk turunkan kes harian Covid-19 ni.

Kes harian Covid-19

 

Pada Syu, kalau rasa tak ada keperluan untuk keluar, better duduklah rumah diam-diam. Letih dah nak bagi nasihat. Kata bingai karang, marah mengalahkan akak Super Ring πŸ˜…. Jangan dibuat main dengan varian Delta yang baru ni kome. Jadikan apa yang jadi pada keluarga yang terkena Covid-19 kat luar sana sebagai pengajaran. 


Think wisely. Act brilliantly. Even kerajaan bagi kebenaran dine-in, rentas negeri & daerah segala. Duduk jer rumah. Malas masak, order. Food Panda & Grab hado!! Malas makan, puasa. Selama hari ni reti jer tak payah nak di ajo πŸ˜‚. Lepas dapat kelonggaran, auto "bodoh piang". Kalau dah menggeletis sangat nak cuti-cuti Malaysia, carilah lokasi yang tak ramai manusia. Tapi pada pandangan Syu, renti-rentikan lah niat tu dulu. Apa-apa pun terus budayakan norma baharu. Harap-harap kes tak naik lagi hari ni.

Sijil Vaksin Digital Palsu

Sijil vaksin digital palsu
Baru-baru ni tular dalam  laman Facebook berkenaan  sijil digital vaksinasi palsu yang dijual pada harga RM15. Tak beragak betul πŸ˜†. "Aku  yang pergi cucuk, kau yang dapat sijil. Apa kes?". Lebih kurang macam tu lah pertanyaan berbaur tak puas hati dalam kepala otak Syu ni. Ha3 πŸ˜„. 


Sijil vaksin digital palsu


😌Geram pulak rasa hati. Bukan apa, yang kita ni gigihlah bangun pagi-pagi pergi Pusat Penerimaan Vaksin (PPV) tadah lengan nak kena cucuk. Senang-senang jer diorang yang tak kena vaksin ni nak kan sijil. Desperate sangat ke nak dapatkan kelonggaran SOP? Jangan buat main. Tak pasal-pasal ada pulak ada yang terkena jangkitan virus Covid-19 ni nanti. Tak rasa serba salah ke jadi penyebar? 😐


Sijil vaksin palsu

😁Cerdik pandai jugak yer mereka-mereka ni buat duit. Kalau jenis yang tak celik MySejahtera mesti senang-senang jer kena tipu. Especially orang-orang tua yang tak berapa nak reti pasal teknologi. Padahal bendanya free jer boleh dalam MySejahtera. Tak pasal-pasal melayang RM 15. Aduhai πŸ˜…. Memanglah bukan RM15K. Tapi tetap duit jugak kan?

Buat masa sekarang, kes berkenaan sijil digital vaksin palsu ni masih lagi dalam siasatan polis. Jadi pada kawan-kawan yang dah lengkap divaksin, diminta berhati-hati dalam membuat perkongsian mengenai sebarang bentuk gambar sijil digital vaksin di mana-mana platform. Bukan apa, takut kalau-kalau ada scammer-scammer yang mengambil & menyalahgunakan gambar sijil digital vaksin kita. Dengan teknologi sekarang ni kan macam-macam benda boleh dibuat. Sedangkan kad pengenalan pun boleh diklon. Inikan pulak sijil digital vaksin 😏. 

Sekarang ni, bukti yang dapat menunjukkan kita dah divaksin cuma ada dua jer. Samada kad vaksinasi ( Diterima melalui aplikasi MySejahtera setelah selesai menerima dos pertama vaksin) atau sijil vaksinasi (Diterima melalui aplikasi MySejahtera setelah lengkap menerima dos vaksin). Status vaksinasi korang ni, boleh ditengok di bahagian profil dalam aplikasi MySejahtera  πŸ˜‰πŸ’•. 


So, lepas ni tak payah dah nak buang masa & duit dengan beli sijil digital vaksin palsu dekat scammer-scammer di luar sana. Melainkan korang tergolong dalam kalangan antivax yang acah-acah tak nak vaksin, tapi ada cita-cita tinggi nak kan sijil πŸ˜†. Ada yang antivaksin ke kat sini? Syu yakin rakan-rakan blogger Syu semua bijak-bijak & non-antivax 😁. 

Ogos 12, 2021

Merah Merona, Bibir Merana

rambutan merah

Masa lockdown macam ni, memang meriah betul musim buah-buahan yer. Hari tu durian, ni menyusul pulak musim buah rambutan. Tengok dekat depan rumah, sakan betul rambutan mak cik sebelah ni berbuah. Kena pulak panas sejak beberapa minggu ni. Memang elok merah merona warna dia. Alhamdulillah diberi rezeki untuk merasa. Ada lah masuk kali kedua mak cik sebelah bagi sedekah. Terima kasih mak cik 😁. Manis & elok lekang isinya  dari biji. Sedap yakmat!! Habis seplastik yang mak cik baru bagi hari tu. Tapi malangnya, bibir Syu dah start menunjukkan tanda-tanda yang Syu tak suka πŸ˜…. 


Alergik getah rambutan


Actually, bibir Syu ni tak tahan kena getah kulit rambutan. Tapi Syu abaikan jer selama ni, sebab Syu ingat Syu alergi dekat certain rambutan jer. Dah suka rambutan punya pasal. Syu bedal jelah macam biasa. Kemarin, dah start gatal-gatal kat bibir. Hari ni tumbuh pulak macam ruam-ruam halus. Dah lah gatal namate. Bibir bahagian mulut atas Syu pulak dah start jadi kasar (contoh macam kat gambar). Kebiasaannya kalau Syu kena alergi rambutan macam ni Syu akan letak Bonjela. Tapi, Bonjela kat rumah ni pulak dah habis. Matilanak πŸ˜‚! Bertabahlah wahai bibir.


Alergik getah rambutan
😁 Pinjam kejap bibir brother sorang ni. (Sumber : Google)


Ogos 11, 2021

Varian Lambda : Mungkin Imun Terhadap Vaksin

varian lambda

Variant lambda


Petang ni nak cerita pasal Covid lagi 😁. Dengar khabarnya, varian Lambda ni dah ada di Jepun & telah dirahsiakan daripada pengetahuan umum.  Kes tu dikatakan berlaku di Lapangan Terbang Haneda tiga hari sebelum berlangsungnya Olimpik Tokyo 2020 πŸ˜‚.  Aduhai, kenapalah dirahsiakan? Dahlah varian Lambda pulak tu. Menurut The Japan Times, individu tersebut merupakan seorang wanita berusia 30-an yang dikatakn baru balik dari Peru. Pada awal pemeriksaan kuarantin, tak ada sebarang simptom pun dikesan pada wanita tu.

Varian Lambda (C.37)

- Pertama kali di kesan di Peru pada Disember 2020
Menurut World Health Organisation (WHO), varian Lambda ni dikategorikan dalam variant of interest (VOI)
- Merebak dengan pantas & kebal kepada vaksin Covid-19

Untuk makluman korang, beberapa hari yang lepas, Tan Sri Dr. Noor Hisham sendiri ada membuat pengesahan dilaman Facebooknya mengenai varian ni. Katanya, varian Lambda ni lebih mudah berjangkit & kebal pada individu yang dah divaksin.  Tapi ada jugak sumber yang menyatakan bahawa vaksin Covid-19 dari China mampu menangkis varian ni. Wallahualam.  Tak tahulah sahih ke tidak. Walaubagaimanapun, di Malaysia masih belum ada tanda-tanda varian ni wujud. Risau jugak, sebab kontigen negara kita baru jer balik dari sana. Harap-harap tak ada apa-apa lah yer.  


Syu harap pada rakyat Malaysia yang dah lengkap divaksin, korang fikirlah panjang-panjang pasal kelonggaran  yang abah dah bagi hari tu. Think & act wisely. Even, penyelidik dari Universiti Tokyo pun dah bagi amaran yang varian Lambda ni mungkin lebih kebal kepada vaksin & mudah berjangkit jika dibandingkan dengan varian sedia ada. Covid-19 ni tak memilih orang kome.  Ikut suka deme jer nak jangkit siapa-siapa. Kalau rasa diri tu kebey beno. Silakan πŸ˜‚.  Kena jangkit, nangeslah kome kat tepi bucu katil nun sampai kesudah.  Kalau boleh, ambik iktibar dari keluarga-keluarga yang dah pernah kehilangan orang yang tersayang  sepanjang pandemik ni, supaya ada timbul sikit kesedaran  pasal bahayanya Covid-19 sekiranya menjangkiti ahli keluarga kita. Lindung diri, lindung semua!!



BACA ARTIKEL