Tongmo (Sosej Kemboja) : Sedap Ke?

Ogos 20, 2021

Tongmo


Sekian lama tak keluar rumah, semalam Syu dengan husband sempat keluar sekejap jalan-jalan makan angin. Itu pun lepas bawak encik husband pergi cucuk vaksin dos kedua dekat PPV Seri Iskandar. Alang-alang dah keluar tu, jauh sikitlah merewangnya. Memandangkan ada banyak masa. so kitorang laki bini lajak terus ke RTC Gopeng. Singgah Mydin & replenish sekali barang dapur. Senang. Tak payah nak keluar banyak-banyak kali dah 😅. 


Bukan apa, sejak terperuk dalam rumah ni, memang Syu rase malas sungguh nak keluar. Tapi, bila dah keluar tu, macam tak reti-reti pulak nak balik  😂. Actually, bukan tak nak keluar jumpa orang ke apa. Cuma malas nak bersiap!! 😆. Kalau setakat keluar rumah tegur jiran keliling boleh lagi kalau nak pakai baju kelawar & tudung cekup. Tapi kalau nak kena pergi jalan-jalan, mesti nak kena pakai proper sikit kan 😂. Takkan nak pakai baju kelawar jugak. Nanti orang kata gila!! Ha3 😆.


Apa-apa pun alhamdulillah, masa pergi Mydin RTC Gopeng semalam memang lengang selengang-lengangnya. Tak ramai orang langsung. Memang agak senanglah nak berbeli barang. Tapi macam kesian pulak dengan peniaga-peniaga yang meniaga dekat tepi-tepi tu. Syu tengok banyak jugaklah kedai yang tutup terus 😔. Termasuklah kedai Harold's bakeri yang Syu selalu singgah berbeli. Tapi apa boleh buat kan? Dah lockdown. Hanya essential bussiness jer yang boleh beroperasi. 


Masa on the way nak balik ke Simpang Pulai, Syu nampak ada banyak hawkers meniaga dekat tepi jalan. Bila tengok orang meniaga macam tu, rasa rindu pulak dengan pasar malam 😂. By the way, masa kitorang tengah ronda-ronda bercarik makan, terperasan ada satu hawker ni jual "tong mo". Pernah dengar pasal "tong mo" ni, tapi tak pernah cuba lagi. Bila dah nampak ada orang jual, so Syu & husband rase macam berminat nak cuba. Tapi sebelum tu, "tong mo" tu apa yer? 😁


"Tong mo" 


- Sosej Kemboja

-  Merupakan makanan tradisi masyarakat Kemboja

- Diperbuat dari daging lembu cincang yang telah diperap dengan rempah & kemudiannya di sumbat ke dalam usus lembu muda yang telah dicuci bersih.


"Tong mo" ni kira macam daging cincang sumbat lah senang cerita. Macam sosej, tapi kenyal sikit. Sebab dalam dia memang totally daging. Makanan yang bernama "tong mo" ni sebenarnya merupakan makanan tradisi masyarakat Kemboja. Yang mana ianya telah di bawa masuk & diperkenalkan oleh masyarakat Kemboja yang datang berhijrah ke Malaysia ni lebih 100 tahun dulu. Dalam kalangan masyarakat berketurunan Melayu-Champa di sekitar Kerian, Perak, "tong mo" ni menjadi antara salah satu simbol budaya yang masih dikekalkan sehingga sekarang dari generasi ke generasi. 


Tong mo stall
Satu set brother ni jual RM10. Boleh lah kan.


Kalau korang nak tahu, proses nak buat "tong mo" ni bukannya mudah tau. Sebab ianya mengambil masa berminggu-minggu untuk jadikan ramuan daging tu lebih sebati dengan rempah perapan. Lepas daging cincang tu dah disumbat elok-elok, "tong mo" ni akan di jemur pulak dalam beberapa hari. Dekat situ dah confirm-confirm makan masa lagi kan. Jadi tak hairanlah kalau harga dia mahal sikit. Kejap!! Mahal ke? Rasanya kalau satu set (4 ketul) RM10 tu kira okeylah kan. Nak murah mana lagi ye dak?😁. Kira berbaloilah. Kena dengan bahan & proses nak membuatnya. Dengar cerita, golongan berusia jer yang mahir buat "tong mo" ni. Sebab cara penyediaan diorang dikatakan lebih teliti & memang ikut betul-betul cara tradisional. 


"Tong mo" ni kena grill dulu. Baru dia ada smoky flavour tu. (Siku siapalah yang menyibuk dok interframe tu. Adoyai 😒. )


Pada pandangan Syu lah kan, rasa "tong mo" ni lebih kurang jer macam sosej jugak. Cuma tekstur dagingnya agak meriah sikit. Rasa dia macam ada smoky flavour  & masam sikit. Tak tahu betul ke tak rasa tongmo yang Syu makan ni. Tapi, terus terang cakap. Husband Syu tak suka!! Ha3 😆. Dia makan dalam dua ketul jer. Lepas tu terus dia surrender. Tak kena dengan tekak dia agaknya. Padahal dia yang nak sangat beli tongmo ni. Sudahnya Syu jugak yang kena habiskan semua 😅.  Geram betul!! Syu rasa, kalau ada rasa manis-manis macam sate tu mungkin sedap sikit. Ni pada pandangan Syu lah yer. Pada yang pernah makan "tong mo", cuba korang share sikit macam mana rasanya. Bukan apa, mana tahu "tong mo" yang Syu makan ni rasa dia tak sama macam yang korang makan tu kan 😁. Syu nak jugak tahu.

Sorry lah kengkawan. Rupanya nampak agak unpleasant sikit 😂.Harap korang tak imagine benda lain  lah yer.

Comments

  1. Sedap ni, saya selalu beli kalau g pasar..kadang2 beli yang frozen...panaskan masak dpn tv...

    BalasPadam
  2. Tak pernah makan lagi tongmo ni. Mungkin tak akan cuba kot sebab tak makan usus tu. Tapi baca explanation isi dia tu macam sedap je. Baru tahu proses dia ambil masa jugak.

    BalasPadam
  3. Kawasan saya ni dah 2 tempat saya perasan jual benda ni. Kawasan saya ni pun tak jauh sangat dengan penempatan orang kemboja. Tapi saya tak pernah makan. Teringin juga nak cuba, tapi bila kamu maklumkan ada diperbuat dari usus, memang saya tak makan le.

    BalasPadam
  4. tongmo ni asyik lalu lalang dpn mata je skrg..
    xleh jd ni.. kena try jgk nt.. hahakk

    BalasPadam
  5. tak penah makan lagi.. hehe. tp selalu je nmpak dkt tepi jalan. rasa nak beli haritu tp asyik x jd je.

    BalasPadam
  6. First time dengar tongmo ni! Banyak sungguh nama makanan saya tak pernah dengar >.<
    Kak syu duk kat SI ke? Kirim salam uitm seri iskandar tu kak syu hehehehe

    BalasPadam
  7. sedapnya..kat kawasan kak shida ade org jual tp xjumpa tempatnya haaaha..cepat je dia lalu kat feed fb..pastu ghaib ^_^

    BalasPadam
  8. Tak pernah cuba tapi pernah tengok la orang jual Syu. Tak berani nak cuba. Dorang gantung gitu je. Hehe..

    BalasPadam
  9. Tak pernah makan, tapi pernah nampak orang jual . Niat nak beli tapi tak jadi ada sebab2 tertentu so batalkan niat nak membeli

    BalasPadam
  10. Saya panggil sosej Kemboja. Bagi saya, memang sedap rasanya walaupun saya bukan penggemar daging lembu. Paling syok bila makan panas-panas. Memang terangkat. 👍

    BalasPadam
  11. rindu RTC Gopeng, selalu singgah kalau balik kpg..Harold's bakery dah tutup?..huhu..

    tak pernah makan tong mo..nak cuba jg kalau jumpa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha...ah,dah tutup dah 😔. Hajat hati ingat nak beli lah swiss roll barang sekotak dua kat situ. Tengok2 dah kosong kedainya 😅.

      Cubalah makan. Kalau kena dengan tekak boleh repeat 😁.

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!