Sijil Vaksin Digital Palsu

Ogos 13, 2021

Sijil vaksin digital palsu
Baru-baru ni tular dalam  laman Facebook berkenaan  sijil digital vaksinasi palsu yang dijual pada harga RM15. Tak beragak betul πŸ˜†. "Aku  yang pergi cucuk, kau yang dapat sijil. Apa kes?". Lebih kurang macam tu lah pertanyaan berbaur tak puas hati dalam kepala otak Syu ni. Ha3 πŸ˜„. 


Sijil vaksin digital palsu


😌Geram pulak rasa hati. Bukan apa, yang kita ni gigihlah bangun pagi-pagi pergi Pusat Penerimaan Vaksin (PPV) tadah lengan nak kena cucuk. Senang-senang jer diorang yang tak kena vaksin ni nak kan sijil. Desperate sangat ke nak dapatkan kelonggaran SOP? Jangan buat main. Tak pasal-pasal ada pulak ada yang terkena jangkitan virus Covid-19 ni nanti. Tak rasa serba salah ke jadi penyebar? 😐


Sijil vaksin palsu

😁Cerdik pandai jugak yer mereka-mereka ni buat duit. Kalau jenis yang tak celik MySejahtera mesti senang-senang jer kena tipu. Especially orang-orang tua yang tak berapa nak reti pasal teknologi. Padahal bendanya free jer boleh dalam MySejahtera. Tak pasal-pasal melayang RM 15. Aduhai πŸ˜…. Memanglah bukan RM15K. Tapi tetap duit jugak kan?

Buat masa sekarang, kes berkenaan sijil digital vaksin palsu ni masih lagi dalam siasatan polis. Jadi pada kawan-kawan yang dah lengkap divaksin, diminta berhati-hati dalam membuat perkongsian mengenai sebarang bentuk gambar sijil digital vaksin di mana-mana platform. Bukan apa, takut kalau-kalau ada scammer-scammer yang mengambil & menyalahgunakan gambar sijil digital vaksin kita. Dengan teknologi sekarang ni kan macam-macam benda boleh dibuat. Sedangkan kad pengenalan pun boleh diklon. Inikan pulak sijil digital vaksin 😏. 

Sekarang ni, bukti yang dapat menunjukkan kita dah divaksin cuma ada dua jer. Samada kad vaksinasi ( Diterima melalui aplikasi MySejahtera setelah selesai menerima dos pertama vaksin) atau sijil vaksinasi (Diterima melalui aplikasi MySejahtera setelah lengkap menerima dos vaksin). Status vaksinasi korang ni, boleh ditengok di bahagian profil dalam aplikasi MySejahtera  πŸ˜‰πŸ’•. 


So, lepas ni tak payah dah nak buang masa & duit dengan beli sijil digital vaksin palsu dekat scammer-scammer di luar sana. Melainkan korang tergolong dalam kalangan antivax yang acah-acah tak nak vaksin, tapi ada cita-cita tinggi nak kan sijil πŸ˜†. Ada yang antivaksin ke kat sini? Syu yakin rakan-rakan blogger Syu semua bijak-bijak & non-antivax 😁. 

Comments

  1. Tah apa2 ja yang tawarkan benda2 mcm ni. tak baik tau kelirukan orang. Maghoh ni maghoh

    BalasPadam
  2. senang betol dorg buat keje!
    kalo camni ssh la nk capai herd immunity..
    sruh cucuk xnk.. tp sng2 menipu sijil vaksin.. mcm2 hal la dorg ni..

    BalasPadam
  3. Ambil kesempatan nak buat keuntungan.. Pantang betul. Yang beli tu mesti antivax Eh sakit hati betul.

    BalasPadam
  4. Iye betul. Benda freeee nak bayar dah kenapa? hahaha...yang antivax tu, hmmmm..haaa sekarang baru nak gelabah..huhu...anywho, stay safe ya :)

    BalasPadam
  5. macam2 orang nak buat duit tak kira bahaya kan nyawa orang lain ..

    BalasPadam
  6. Orang kita pasal buat bende2 palsu ni memang terrer

    BalasPadam
  7. Ada juga terbaca juga mengenai sijil kad vaksin ni kt FB . Memang bahaya juga kan kalau keluarkan kad vaksin macam tu . Silap2 ada yang palsu

    BalasPadam
  8. Pernah baca ada company yang buat sevis printing. Tapi risau bila ada pihak yang salah guna.

    BalasPadam
  9. sakit hati sangat baca pasal ni sebab perbuatan diorang ni bahayakan orang lain.

    BalasPadam
  10. Demi kelonggaran sop sanggup je ada yang menipu. Tak fikir keselamatan orang lain lansung. ish ish ish..apa nak jadilah kan

    BalasPadam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!