Intellifluence : Apa Perlu Buat Sebelum Buka Akaun Intellifluence?

Ogos 27, 2021

Intellifluence
Intellifluence - Tips

Salam Jumaat sahabat-sahabat blogger. Nak dijadikan cerita, semalam Syu dah lengkap terima dos vaksin kedua Pfizer di PPV Seri Iskandar. Alhamdulillah, setakat hari ni masih belum ada apa-apa kesan sampingan. Harap takde langsung lah kesan sampingannyaπŸ˜…. Bukan apa, husband Syu hari tu demam jugak lah dalam 2 hari lepas kena cucuk. Siap ada sakit dada bagai. Mungkin sebab husband Syu ada sakit jantung & tekanan darah tinggi agaknyer. Apa-apa pun syukur alhamdulillah, kesan sampingannya tak lah berapa teruk sangat. Actually, Syu sempat jugak tanya orang yang dekat PPV semalam. Katanya kesan sampingan tu bergantung pada sesetengah orang jugak. Ikut antibodi. Emmm...meleret pulak berceritaπŸ˜‚.  Macam dah lari tajuk nampak gayanya ni!! πŸ˜†

Okay-okay. Kita berbalik kepada topik. Actually, hari ni Syu nak cerita sikit pasal Intellifluence. Tak banyak pun, ada dua point jer. Kat sini Syu nak bagitahu, apa yang perlu korang perlu buat sebelum korang buka akaun Intellifluence. 


1) Buka akaun Paypal

Akaun Paypal ni penting tau. Bukan apa, sebab segala payment dari Intellifluence ni akan dimasukkan di sini. Nak bukak akaun PayPal ni tak susah mana pun. Korang just pergi dekat website Paypal & sign-up jer macam biasa. Tapi korang kena ingat satu perkara. Duit dari Paypal ni bukan korang boleh guna terus tau. Dari Paypal ni korang kena buat withdrawal dengan men-transfer duit korang ke akaun bank yang korang dah link kan. Lepas dah masuk dalam akaun korang, baru boleh guna 😁.  Pada yang nak sign-up Paypal, korang boleh klik SINI, Insyaallah. kalau ada kelapangan. Next time Syu akan cerita macam mana nak sign-up akaun PayPal.


2) Tukar domain

Kalau korang nak buat duit Intellifluence guna blog. Korang kena make sure yang korang tak guna domain tumpang. Domain tumpang ni macam blogspot.com & wordpress.com. Bila korang ada domain sendiri, korang akan nampak independent & senang untuk diterima bila apply job dekat marketplace. Actually, ada banyak lagi platform yang korang boleh gunakan untuk ber-Intellellifluence selain dari blog.  Contoh macam YTube, Tiktok & Instagram. Tapi incomenya lagi banyak kalau korang buat job melalui blog korang. Alang-alang korang dah ada passion dalam dunia blog. Apa salahnya kalau korang buat dia nampak lagi official dengan tukar domain. 

Pada yang tak tahu, pertukaran domain ni korang boleh buat dekat mana-mana service provider yang bagi khidmat tukar domain. Setakat ni, Syu rasa NetKL lah yang paling terbaik untuk beli domain. Harganya kira agak berbaloi jugaklah. Service pun boleh tahan cepat 😁. Sebelum tu nak bagitahu, cas pertukaran domain NetKL akan naik harga tau start bulan depan. So, for those yang ada niat nak tukar domain. Inilah masa yang terbaik. Alang-alang nak tukar domain tu, terus panjangkan tempoh luput domain. Yang ni maksimum korang boleh buat sampai 9 tahun. Lama kan? πŸ˜‹

Lepas korang dah ada dua benda ni. Barulah korang boleh ber-Intellifluence dengan jayanya. Bila dah ada domain sendiri, insyaallah nak apply job dekat mana-mana marketplace pun senang πŸ˜‰πŸ’•.  Pada yang belum join, korang boleh klik SINI untuk sama-sama jana income USD dengan Syu. Pada yang dah ada akaun Intellifluence, tapi masih lagi lost. Jangan risau. Drop pertanyaan korang dekat contact form. Insyaallah, selagi mana Syu boleh tolong. Syu cuba tolong πŸ˜ŠπŸ’•.

What My Bawagian Says

  1. Dua dua dah cuma tak sempat nak explore intellifluence betul betul lagi.Huhu...

    BalasPadam
  2. Kalau pakai domain sendiri, baru nampak gagah sikit kan kak syu. Kalau tak, rasa tersisih sebab menumpang blogspot.com hahaha.

    BalasPadam
  3. Tahniah dah lengkap 2 dos vaksinasi

    BalasPadam
  4. Masih pening juga tapi tak habis explore lagi..

    BalasPadam
  5. ye betul.. dua2 ni penting untuk intellifluence..

    BalasPadam
  6. kalau kita accept job tu syu, entri yg kita buat post kt blog kita mcm biasa ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha...ah Kakmim. Post jer macam biasa. Macam mana Kakmim create post sebelum-sebelum ni, macam tu lah Kakmim kena buat. Senang jer. Asalkan point yang akak tulis tu ada kena mengena & tak langgar requirements yang dia nakπŸ˜‰πŸ’•. Lepas dah publish, share link akak. Nanti diorang check.

      Padam
  7. Alaa :( saya takut nak beli domain sendiri sebab takut tak mampu nak tampung kos. Kalau guna blogspot memang susah untuk dapat job ke Kak Ayu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tak mampu tak ngape Kai. Masih ada platform lain yang boleh guna sebagai alternatif. Cuma nak dapat job buat review melalui blog tu macam payah sikitlah. Sebab Intellifluence ni prefer influencers yang dah ada domain sendiri. Takpe, pelan-pelan kayuh tau. Kalau ada insta, FB, YTube & Tiktok boleh guna platform yang tu dulu untuk ber-intellifluence πŸ˜‰πŸ’•.

      Padam
  8. ala kena beli domain ke?? ahahahah kedekut plakkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha...ah Ammi. Nak senang dapat job better beli domain 😁. Intellifluence ni macam susah sikit nak dapat job dekat market place kalau guna domain tumpang.

      Alah, kalau kumpul RM5 sebulan insyaallah boleh dapat beli domain sendiri πŸ˜ŠπŸ’•. Jangan nak kedekut sangat. Babap baru tahu. Ha3 πŸ˜†.

      Padam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!