November 28, 2021

Can We?

 

Rumah Perakku : Temuduga

Bismillahirrahmanirahim. Alhamdulillah. Hari ni semua perkara berjalan dengan tenang & lancar. Walaupun, Syu agak gabra memikirkan pasal temuduga ni malam tadi. Tapi, bila sampai di tempat temuduga. Alhamdulillah, hilang terus semua gabra tu. Mana taknya, ada supporters ikut sekali jadi peneman 😁.

Suami Syu tak dapat nak temankan sebab kena kerja. Jadi, kakak ipar & biras Syu tolong hantarkan ke pusat temuduga 😊. Sanggup diorang menunggu berjam-jam di tempat parking kereta semata-mata nak tunggu Syu. Terima kasih sangat-sangat. 


Untuk makluman korang, sesi temuduga Rumah Perakku ni dibuat di Dewan Komuniti Chemor. Kalau ikutkan, Syu boleh jer nak pergi sendiri. Tapi, diorang yang offer diri nak temankan Syu. Alang-alang diorang nak ke Klebang ambil anak, so diorang cuba setelkan urusan Syu sekali. 

Terus terang Syu cakap, sesi temuduganya memang santai gila. Tak sama macam interview kerja. Majoriti yang datang pakai baju pun sempoi jer. Duduk sebelah-sebelah pun boleh sembang santai-santai. Padahal baru jer kenal dalam beberapa saat (Dalam hati : ke aku yang terlebih ramah? πŸ˜…). Even sembang dengan tukang temuduga pun santai-santai macam jumpa member. Tanya ini tanya itu. Gelak-gelak. Kalau lah temuduga SPA macam ni kan sewonok!! Hilang semua gabra. Hi3 😁.

Pegawai yang bertugas pun ramai. Jadi, masa menunggu tu tak ada lah sampai makan sehari suntuk. Lebih kurang macam kita pergi ke PPV cucuk vaksin πŸ˜

Masa sembang-sembang dengan pegawai LPHP(Lembaga Perumahan & Hartanah Perak) tadi, dia ada pesan siap-siap yang dia tak janjikan bulan & bintang untuk Syu dapat Rumah Perakku tu. Sebabnya rumah yang Syu nak tu hanya ada 53 buah jer. Permohonannya banyak. Potensi nak dapat hanya 50-50. Bergantung pada rezeki.


Sekiranya permohonan berjaya. Rumah tu mestilah didiami, tidak dijual, tidak dibuat sewa mahupun homestay. Permohonan akan automatik terbatal sekiranya, pihak LPHP mendapat maklumat yang kita dah beli rumah lain. Syu tak letak harapan yang terlalu tinggi untuk Rumah Perakku ni. Sebab Syu sendiri pun tak tahu rezeki Syu sampai takat mana. Selebihnya, Syu hanya mampu tawakal. 

November 27, 2021

A Soul For A Speaker

وَΨ§Ω„Ψ³َّΨ§Ψ±ِΩ‚ُ وَΨ§Ω„Ψ³َّΨ§Ψ±ِΩ‚َΨ©ُ فَΨ§Ω‚ْΨ·َΨΉُوْٓΨ§ Ψ§َيْΨ―ِيَΩ‡ُΩ…َΨ§ Ψ¬َΨ²َΨ§ۤΨ‘ًۢ Ψ¨ِΩ…َΨ§ ΩƒَΨ³َΨ¨َΨ§ Ω†َΩƒَΨ§Ω„ًΨ§ Ω…ِّΩ†َ Ψ§Ω„Ω„ّٰΩ‡ِ ۗوَΨ§Ω„Ω„ّٰΩ‡ُ ΨΉَΨ²ِيْΨ²ٌ Ψ­َΩƒِيْΩ…ٌ


[As for] the thief, the male and the female, amputate their hands in recompense for what they committed as a deterrent [punishment] from Allah. And Allah is Exalted in Might and Wise.


[Surah Al-maaidah 8:38 ] 


Innalillahi wa inna ilayhi raji'un. We surely belong to Allah and to Him we shall return. Honestly, I'm speechless to say anything about this tragedy. Special condolence I wish to the victim's family & friends. No matter how bad someone is. As human being, who are we to judge & punish people so violently. Patience & calmness are keys to peaceful. Every problem can be solved with discussion. No need to kill πŸ˜”. 


This man showed to the policeman the way he locked the victim's neck which caused him to death πŸ˜”. 
 



[Notes : This tragedy was happened 2 days ago in Ipoh, Perak. It went viral when someone uploaded the videos of that incident in Facebook] 

Just Enjoy The Sat.ur.day

 

November 26, 2021

Dangal (2016)

 

Genre : 

Action, sport & drama


Pelakon : 

Amir Khan [Mahavir Singh Phogat], Sakshi Tanwar [Mahavir's wife], Fatima Sana Shaikh & Zaira Wasim [Geetha],  Sanya Maholtra & Suhani Bhatnagar [Babita Kumari], Aparshakti Khurana & Ritwik Sahore [Omkar], Girish Kulkarni [Pramod Kadam/ Geeta's coach]


Pengarah : 

Nitesh Tiwari


Rating :

🌟🌟🌟🌟🌟/5

✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽


Agak lama juga Syu tak buat movie/filem review yer. Actually, ada banyak cerita yang Syu shortlisted untuk di review di blog. Cuma  idea nak mengarang tu macam ke laut sikit. Okey!! Without further ado, kali ni Syu nak review satu filem Bollywood yang best untuk dijadikan tontonan seisi keluarga. Jalan cerita, penjiwaan & sumbangan pelakon dalam filem ni memang terbaik. Korang bayangkan, si Amir Khan selaku hero dalam filem ni sanggup berlakon & berusaha menguruskan badan dia semata-mata nak bagi nampak real dalam lakonan dia. Selama 6 bulan dia ambil masa untuk lakonkan kembali watak Mahavir Singh Pogat dalam versi muda. Dari badan segemuk-gemuk alam dia sanggup kuruskan badan dek kerana passionnya dalam bidang lakonan. Ini baru betul-betul menjiwai watak πŸ‘.



Kalau korang nak tahu, filem Dangal ni diadaptasi dari kisah sebenar dua orang atlet gusti wanita di India. Mereka berdua adalah Geetha Pogat & Babita Kumari. Mahavir Singh ni boleh dikatakan mempunyai latar belakang yang hebat juga dalam bidang gusti. Suatu ketika dulu, dia juga merupakan atlet gusti di peringkat kebangsaan. Namun, dia terpaksa melupakan minat & passionnya dalam bidang gusti setelah dia berkeluarga. Dalam filem ni diceritakan bagaimana Mahavir menjerumuskan dua anak perempuanya Geetha & Babita ke dalam bidang gusti. Pada awalnya, Mahavir Singh nak kan sangat anak lelakinya mewarisi kebolehan bergustinya tu. Tapi malangnya, semua anak-anak yang dilahirkan adalah perempuan. πŸ˜… Kesian...



Sampailah satu ketika tu, si Geetha & Babita ni tertangkap bergaduh dengan budak-budak lelaki di kampung dia. Dari situ Mahavir sedar yang anak-anak perempuannya juga boleh dibawa ke gelanggang untuk bergusti. Gara-gara pergaduhan tu, bermulalah hari-hari malang dua beradik ni. Setiap hari diorang terpaksa bangun awal, dipaksa berlari, makan makanan yang berprotein tinggi & berseluar pendek macam budak-budak lelaki yang lain. Malah, kepala diorang yang berambut panjang tu juga habis ditogelkan [πŸ˜‚ Togel betul-betul yer. Bukan togel tipu-tipu tau].



Pada awalnya, dua beradik ni memberontak juga. Tapi, selepas dinasihatkan oleh kawan diorang. Baru diorang sedar yang ayah diorang cuba menjadikan diorang wanita yang jauh  luar biasa berbanding wanita-wanita lain di India yang hanya menghabiskan sisa hidup remaja dengan berkahwin, beranak-pinak & duduk di ceruk dapur. Apa jadi lepas tu? Yang ini korang kena tengok sendiri. Tak bestlah kalau jadi spoiler. Syu cerita sikit jer sebahai teaser. Yang pasti filem Bollywood ni antara filem lakonan Amir Khan yang terbest Syu pernah tengok selepas 3 Idiots. Berapa bintang?? Tu kat atas tu πŸ‘†☝.

Jalan-Jalan Karnival Jom Santai

Hidup ni, kalau tak ceriakan diri sendiri siapa lagi yang nak menceriakannya bukan? So, ceria-ceria...lepak-lepak...santai-santai kan diri. Tak kisahlah poket berdebu sekalipun. Bahagia tu tak siapa boleh beli. Semalam, lepas balik kerja sempatlah santai-santai sekejap dekat Karnival Jom Santai di Tesco Station 18. Tiap-tiap tahun memang ada karnival ni.

Bila start jer karnival, muka Syu lah yang selalu muncul kat tempat kejadian. Tambah-tambah dekat gerai Bihun Sup Viral Daging Selambak tu. Sampai adik kedai bihun tu pun dah kenal πŸ˜‚. Tapi, serius cakap. Memang selambak bihun supnya. Kuah sedap. Sambal padu. Daging pun tak kedekut letak. Dahlah sebekas RM5 jer. Gila tak mengulang beli & makan setiap tahun!!Hari ni cadang nak repeat lagi 🀣. 



Actually, malam Sabtu minggu lepas ada jugak Syu menyinggah dekat Tesco Station 18 ni lepak-lepak dengan kakak ipar & anak buah. Tapi, tak lama lah pun. Singgah makan dekat foodcourt, cari barang dalam Tesco, pergi berurut kejap dekat kerusi urut, lepas tu balik. Nak jalan-jalan cuci mata dekat karnival tu macam tak best pulak. Sebabnya cuaca masa tu tak berapa nak elok. Dengan hujan, jalan berlecah segala. Memang taklah nak menyinggah.


Niat di hati kononnya nak snap lah dalam beberapa keping gambar buat modal bercerita dalam blog. Kamera telefon pulak tak berapa nak canggih. Tambah-tambah view waktu malam. Memang confirm gambar blur. So semalam, masa turun melawat kawasan, meletup-letup lah kamera Syu ambil gambar. Tambah pulak cuaca tengah elok & terang [Ada hujan turun jugak. Tapi, hujan renyai-renyai jer]. Meh Syu belanja gambar meh. Nak kata berseni ambil gambar macam Wak Lat & Kak Fizah tu idaklah. Asal ada jer.


Ini jer yang sempat di snap. Udah lapor. Tak mampu nak snap gambar banyak-banyak πŸ˜….


Singgah dekat karnival ni memang asyik nak berbeli pemakan jer. Tudung, baju segala tak berminat pun nak beli. Hanya tengok & berlalu pergi. Tapi, ada satu port ni memang susah sungguh Syu nak move on. Dah lah ngam-ngam pintu masuk dia duduk. Strategik sungguh lokasi.



Walaupun dah singgah masuk berbeli. Balik tu macam nak singgah jugak lagi. Sepesen kedai saka macam Eco2 jugak ke apa ni? πŸ˜‚ Ha3. Nasib baik datang seorang jer. Kalau tak, memang setiap saat kena jeling dengan encik suami. 


Lautan bergelora boleh ku redahi. Lautan asam & jeruk tidak sama sekali πŸ˜‚. 


So, siapa-siapa yang duduk dekat dengan kawasan Ipoh & sekitar kawasan Station 18 ni. Korang bolehlah luangkan masa memeriahkan Karnival Santai-santai. Termasuk hari ini, masih berbaki 3 hari sahaja lagi untuk korang makan sambil berhibur. Tak dapat pergi waktu siang. Waktu malam pun boleh. Karnival ni buka dari 11 padi sampai jam 11.45 malam.



Tentang SOP. Jangan risau. SOP di tapak karnival masih dikawal dengan baik oleh pihak penganjur. Jangan lepaskan peluang okey!! Ada banyak makanan & tarikan yang menarik di karnival ni. Bila lagi nak santai-santai kalau bukan hari ni πŸ˜‰πŸ’•.


So, inilah hasil yang sempat ditangkap. BTW, beg helok lawa tu ditaja oleh?? Jeng3!! Kak SA. Ha3😜

November 25, 2021

I Love You, So I Let You Sleep!! πŸ˜ŠπŸ’•

 


“Night is the wonderful opportunity to take rest, to forgive, to smile, to get ready for all the battles that you have to fight tomorrow.”


-Allan Ginsberg-

Ironinya...Tethop Tak Cukup!! πŸ˜‚

Hari ni agak sedikit stress memikir pasal kerja. Tapi, bagi Syu Deris - "Tenang aja dong!!". Setiap masalah tu mesti ada jalan penyelesaiannya. So, tak payah nak ribut-ribut serabut-serabut. Pekena mee kari semangkuk & segelas teh ais confirm hilang masalah. Tapi, sekejap jelah 🀣. 



Hari ni partner makan tengahari ada bawak makanan sendiri. So, tak ada lah teman berceloteh Syu masa nak makan tengahari kat luar. Kalau tak...time tu lah  mulut nak masuk makanan & time tu jugaklah mulut nak bergossip.


Mee kari & teh ais buih-buih
Makan mee kari lepas tu minum dengan teh ais. Kejap lagi alamat berkocaklah perut πŸ˜‚. 


Tengahari hari ni senyap!! Hanya tangan Syu jer berbicara & berceloteh dekat Syuderis.com. Tapi, sepesen jugak orang kat kedai makan pandang. Mana taknya. Tangan nak menyuap. Mulut pulak nak makan. Jari jemari pulak sibuk menaip. Godek telefon sana sini. Rancak!! Sepertinya, ada partner makan & tak ada, macam sama jer πŸ˜‚. 



Sambil-sambil nak makan tu sempatlah baca status adik ipar Syu di aplikasi WhatsApp. Agak menarik jugak apa yang dikongsikan. Statement ni diambil dari pengguna laman Twitter yang bernama iKaa. Bunyi macam menganjing tapi hakikatnya betul. Betul sangat-sangat pada orang yang bergaji bawah RM2K macam Syu ni πŸ˜…. Kerja banyak gaji sikit. Yang kerja sikit, gaji banyak!!Tu belum campur pakej datang kerja lambat & wayang buat kerja. 



Sejujurnya lah kan. Walaupun, gaji Syu laki bini cukup makan, cukup pakai & segalanya serba-serbi cukup. Ada masa & ketika, teringin jugak nak merasa macam mana orang lain rasa. Tapi, hanya sekadar teringin sajalah. Teringin tu kan percuma!! Tak salah kan? 😁



Tudiaaaa...Tengah makan pun boleh berceloteh panjang. Isunya sekarang ni hujan. Waktu makan tengahari pun dah nak habis. Macam mana nak rempit balik office ni? Matilanak!! Kalau kena begini. Mana boleh tenang aja dong 🀣!! 

Sajak : Andai Hidup Semudah Gemuk



ANDAI HIDUP SEMUDAH GEMUK


 Celik mata
Dipejamnya lagi
Selimut ditarik berdengkur kembali
Malas nak bangun mencari rezeki
Segala yang dihajati
Tinggal angan dan mimpi


Andai hidup, semudah gemuk
Nescaya malas bersulam mengantuk
Hidup bermatlamat ini
Pasangannya usaha
Barulah hidup kekal berjaya


Bulan itu
Nun...jauh di sana!!
Ditatap indah, disentuh payah
Jangan diangan jatuhnya diriba
Nak berjaya?
Ringankan tulang
Istiqamah berusaha


Jangan diikut resminya nyamuk
Makin membunting, makin menggemuk
Bukan berkira dek kerana darah seteguk
Mencuri hasil itu
Tetap tak elok!!





[Note : Ada lagi nak tambah ni sebenarnya. Tapi cukuplah takat ni. Nak buat panjang-panjang, baik karang lagu terus. Yedak?! Ha3 πŸ˜…]

November 24, 2021

Giveaway By Nazfea Solehah & Arra Sephia

Masa lunch break tadi Syu sempat luangkan masa blogwalking blog rakan-rakan baru Blogger. Saja curi-curi masa luaskan kawasan jajahan. Singgah rumah orang sini, lepas tu singgah pulak rumah orang sana. Meleret-leret. Sampailah Syu terhenti dekat satu blog ni. Blog Nazfea Solehah namanya. Blog ni tak ada dalam senarai blog yang Syu follow. Jadi, Syu tinggalkan jejak Syu kat sana dengan tinggalkan beberapa komen & follow sebagai tanda sokongan. Bukan apa, saja nak meramaikan kawan. 



Muda lagi rupanya tuan tanah blog ni. Selidik punya selidik, dah lama rupanya Nazfea ni berkecimpung dalam dunia blog & penulisan bersama dengan kembar dia. Bukan tu jer. Rupa-rupanya nama Nazfea Solehah & Arra Sephia ni memang terkenal dengan penulisan cerpen & puisi seperti "Hadirnya Doa Merawat Luka" & "Jurnal Pejuang Introvert". Hebatlah kamu berdua ni dik. Dalam diam ya. Ni baru betul ikut resmi padi dalam diam berisi.



Alang-alang dah terlanjur blogwalking dekat blog Nazfea Solehah, Syu ternampak post pasal giveaway ni. Kalau nak tahu, giveaway ni giveaway pertama gabungan diorang berdua buat bersama. Jadi, Syu rasa terpanggil nak luangkan masa untuk join & war-war kan kepada korang. Tak syok lah kalau join sorang-sorang jer. Dalam pertandingan, kalau tak ada opponents tak best!! 😁



Panjang pulak Syu berceloteh yer πŸ˜…. Padahal nak ajak join giveaway jer pun. By the way, jom ramai-ramai support giveaway pertama dari blogger Nazfea Solehah & Arra Sephia ni!! Syarat-syaratnya mudah jer. Nak tahu lebih lanjut pasal giveaway ni korang tekan pada banner. - ALL THE BEST OKEY!!😊🍎


Giveaway By Nazfea Solehah & Arra Sephia

One Cup Is A Must!!

Coffee

Assalamualaikum & selamat pagi sahabat Blogger Syu. Lama juga tak perkena kopi pagi-pagi masa sarapan. Pagi ni sarapan biasa-biasa jer. Seketul leftover ayam Baker's Cottage bahagian dada, sekeping roti gandum jenama Gardenia yang "Sungguh Enak Dimakan Begitu Saja" tu πŸ˜‹. Dan tak lupa juga secawan kopi segera dari OldTown White Coffee sebagai booster & ubat tahan mengantuk di office πŸ˜…!! - Gambar tak dan nak snap sebab semua dah licin masuk dalam perut. Okey bye!! Nak conteng sikit jer dekat blog buat hilang gatal tangan sementara nak start kerja. Nanti ada kelapangan sambung lagi. 😁 He~



HAVE A NICE & WONDERFUL WEDNESDAY GUYS!!😊🍎

November 23, 2021

Good Night!! Sleep Tight!! 😊🍎

Good Night

Good night, good night! Parting is such sweet sorrow, that I shall say good night till it be morrow.”


-William Shakespeare-

Responsif Youtube Video. Buat Online Pun Boleh!!

Hari ni gantung periuk belanga sebabnya orang rumah Syu dah kenyang makan nasi Vanggey πŸ˜† dengan ayam Baker's Cottage. Makanya, tidak berasaplah dapur hari ini. Horey!! Memandangkan Syu ada kelapangan, jadi Syu nak buat perkongsian sikit pasal satu laman web yang membolehkan video YTube di convert menjadi video yang responsif bila diletakkan di blog.



Sebelum ni Syu ada kongsi cara macam mana nak buat video YTube responsif di blog [Cara Buat Responsif YouTube Video Di Blog] . Caranya mungkin agak renyah sikit sebab korang kena bermain dengan kod CSS & html. Kali ni Syu tunjuk satu cara lagi. Kali ni lagi mudah. Korang hanya perlu copy, paste & embedded kan sahaja link YTube video yang korang nak letak pada blog πŸ˜‰πŸ’•. 




Untuk embed link YTube tu, korang perlu pergi ke Embend Responsively. Lepas dah dapat kodnya. Korang just copy & paste pada post yang korang nak create. Make sure korang paste dalam mode html view okay & bukan compose view. Dekat bawah ni korang boleh tengok hasil video YTube dari kod yang Syu dah embed menggunakan Embend Responsively (Sila papar menggunakan versi mobile mode πŸ“²




Semoga perkongsian Syu kali ni bermanfaat pada korang yang nak letak video YTube pada blog dengan cara yang mudah tanpa bermain dengan kod CSS & html yang ternyata menyerabutkan kepala tu. Sebarang pertanyaan korang boleh drop diruangan komen - Good Night!! Nah epal πŸ˜‰πŸŽ!!

Weekend Lepas Buat Apa Jer?

Weekend


Alhamdulillah. Sabtu Ahad lepas sempatlah cuit sekejap akaun Google Syu. Dekat sehari suntuk jugaklah menghadap. Itupun sebab banyak sangat selingan πŸ˜‚. Mana taknya. Laptop nak hadap. Kerja rumah pun nak hadap jugak. Nak masak lagi. Tu belum campur dengan berbakul kain yang terlihat "rancak" dalam bilik tetamu nun. Itupun nak kena hadap kejap lagi lepas balik kerja nanti. Kalau tak lipat siapa nak buat. Niat hati nak jer upah jiran belakang rumah tu tolong lipatkan. Tapi nanti tak syok pulak di cop pemalas πŸ˜‚. So, hadap jelah.




SESI "CUCI" GOOGLE ACCOUNT STORAGE


Sebut pasal Google Account Storage Syu. Sejujurnya, agak serabut jugak yer bila asyik dapat notifikasi dari Google ni. Mana tak nya. Ruang penyimpanan di akaun Google Syu dikatakan dah hampir 99% dah digunakan. Bila dah kena macam tu, Google apa lagi. Berdesup-desup hantar email suruh tambah space. Sajalah tu nak suruh kita keluar duit. Sebulan katanya kena bayar RM8.49 untuk 100GB. Nampak macam murah. Tapi, kalau dicongak-congak balik. Setahun RM101.88 jugaklah nak kena bayar. Domain setahun busuk dalam RM60. Kalau campur yang ini? Koyak jugak poket. So, no thanks Google!! πŸ˜…. 



Memandangkan Syu tengah ada kerajinan nak buka laptop. So, nak tak nak terpaksalah Syu rajinkan jugak diri untuk manage storage Google Account Syu. Yang jadi penuh tu sebab Syu ter-sync Syu punya photo dalam phone ke Cloud. Setiap kali ada gambar baru dari phone, berdesup-desuplah gambar tu masuk dalam Google Photo.



Korang bayangkanlah, dalam Google Photo sahaja dah 14.2GB. Dah lah space kawan tu cuma boleh muat 15GB jer πŸ˜‚. Bila nak delete satu-satu udah pening kepala. Nak buang sayang. Bukan apa, dalam setiap gambar tu semua ada kenangan. Walaupun gambar tu gambar seekor semut sekalipun. Itupun Syu tak habis pilih lagi yang mana satu nak delete.


Penuh gambar kahwin. Tu belum campur gambar makanan & pokok-pokok segala πŸ˜‚.

Yang penting Syu dah remove auto sync ke Google Photo. So, tak akan ada lagi muat naik gambar secara automatik dari phone Syu. Selain Google Photo, Syu buang jugak mana-mana file & email yang tak berguna yang ada dalam Google Drive & GMail. Kebiasaannnya, dalam Google Drive ni Syu simpan dokumen temuduga kerja, sijil-sijil belajar & beberapa dokumen peribadi Syu laki bini 😁. Bukan apa, senang bila dah ada soft copy. Tak payah kalut nak scan & upload dua tiga kali bila nak guna.





SESI MEMBALAS KOMEN DI BLOGGER


Lepas dah buang segala mak nenek sampah dalam akaun Google. Syu beralih pulak ke Blogger. Dekat Blogger pulak, sesi melihat & membalas komen pun bermula. Sejujurnya, banyak komen-komen sahabat Syu terbiar sendu diruangan komen. Maaflah yer. Punya lama baru Syu nak respon.



Nak kata Syu tak balas langsung tu taklah. Ada juga beberapa komen-komen yang Syu sempat balas secara random. Itu pun balas dengan menggunakan handphone. Bila buka Blogger guna handphone, korang faham-fahamlah kan. Dia punya view tu kadang-kadang sakit mata nak pandang. Buka guna laptop juga baru puas. Walaupun, laptop Syu dah haok screennya. Entah bila nak tukar pun tak tahu lah πŸ˜‚.


Nah, berderet masuk awaiting list. Padahal yang lain elok jer lepas πŸ˜….


Dalam tengah nak berbalas komen tu, Syu terperasan ada beberapa komen missing dari blog. Dekat dashboard ada tunjuk. Tapi, bila view dekat blog tak ada. Rupa-rupanya, dah masuk dalam "Awaiting Moderation". Itu tak apa lah lagi. Yang hairannya ada pulak yang sesat masuk dalam "Spam". Hallah3 πŸ˜…. Dah kenapa pulak jadi macam tu yer. Mungkin Syu tertekan kot? πŸ˜•Tapi, rasa macam tak...Entahlah.



Malas nak semak kepala berfikir, Syu hantar jer feedback pada pihak Blogger berserta screenshot. Harap Syu boleh tahu sebabnya kenapa. Yang pasti, komen-komen korang semua dah dibalas & diterbitkan. Cuma beberapa komen Kak Azhafizah Syu terpaksa padam. Sebab komennya ber-double muncul dekat dashboard. Minta maaf yer kak πŸ˜…. Tapi, komen akak tetap ada. Cuma komen yang sama jer Syu buang.


Yang ini usah dikenanglah. Blog yang Syu sedia-sedia follow pun masih dok masuk dalam spam.


For those komentator yang komennya masuk dalam "Awaiting List" &  "Spam", Syu harap korang tak berkecil hati tak nampak komen korang muncul dalam blog Syu yer. Memang tak dinafikan ada komen yang dah lah lama duduk bersarang dalam tu πŸ˜‚. Syu sendiri pun tak pasti kenapa jadi macam tu. Apa-apa pun, jangan serik mengomen okay!! Syu suka bila korang tinggalkan jejak. Baru Syu tahu yang blog Syu ada yang memerhati πŸ˜ŠπŸ’•. Terima kasih!!

November 22, 2021

Good Morning!! Here's Monday Again πŸ˜…

 Monday Motivation


Semoga hari Isnin ni tak muncul segala negatif-negatif "M". Kepada sang malas, menyampah, meluat, menung, melagut, melalut segala...nyah kau dari sini!! πŸ˜† Ha3~


Semoga hari Isnin korang pun begitu juga - SELAMAT BEKERJA!! 😊🍎

November 21, 2021

Ronda-ronda Taiping Bandar Warisan

Taping | Bandar Warisan


Okay, ni alkisah hari Isnin minggu lepas. Nak bercerita macam biasalah mood "M" berleluasa πŸ˜‚. So, hari ni baru ada kerajinan sikit nak buka laptop. Ini pun curi-curi masa jugak nak coretkan sesuatu dekat blog tau. Nak dijadikan cerita, kitorang laki bini rasa malas sungguh nak masuk kerja Isnin hari tu. Jadinya, kitorang masing-masing merancang bercuti sakit secara sengaja 😁.  Sekali sekala apa salah ponteng kerja kan. Tapi, nak ponteng pun mesti kena dengan cara yer. Bukan sembrono jer "miss in action" tanpa sebab & bukti. Itu memang meminta sangat untuk dimaki berguni-guni dengan bos. 


So, pagi-pagi Isnin tu,  Syu & husband masing-masing pergi klinik panel ambil medical leave (ML). Untuk tahun ni, ML Syu memang tak pernah ambil langsung. Jadi, Syu manfaatkan sisa-sisa ML yang ada untuk pergi jalan-jalan. Takkan nak ambil emergency leave (EL) pulak kan. Rugi cuti tahun Syu. Dah lah Syu dah plan nak guna cuti tahun tu untuk pergi berkhemah pertengahan bulan Disember  nanti.



Sejujurnya, memang Syu tak berapa sihat pun hari tu. Tapi, sakitnya tak ada lah teruk sangat sampai tak boleh bangun. Yang pasti, lepas jalan-jalan pusing satu Taiping eloklah segar bugar dibuatnya πŸ˜‚. Hilang segala sakit kepala bagai. Nampak gayanya, ni petanda sakit nak pergi jenjalan agaknya ni.


Lepas pergi klinik & dapat MC segala, kitorang pun berhora-hore lah ke Taiping. Saja jalan-jalan makan angin. Nak pergi time Sabtu & Ahad, encik husband pulak kerja. Bagus jugak pilih hari bekerja untuk jalan-jalan ni sebenarnya. Orang pun tak ramai. Highway pun lengang jer.


So, apa jer yang kitorang berdua buat dekat sana? Apa lagi kalau bukan jalan-jalan cari makan dekat Kuala Sepetang. Ingatkan, nak cubalah naik boat cruise & buat eagles sightseeing. Malangnya, cuaca pulak tak mengizinkan. Jadinya, kitorang hanya singgah makan & pusing-pusing Kuala Sepetang jelah.


Mee Laut Udang Laut Segar Pak Hashim
😌 Nak kata sedap sangat tu...tak jugak. Tapi boleh lah kalau takat nak bagi 3⭐. 


Sejujurnya, tak ada apa sangat pun kat Kuala Sepetang ni. Cuma Syu rasa sayang sebab kawasan dekat Kuala Sepetang ni macam tak berbela. Kalau dijaga elok,insyallah ada potensi untuk jadi kawasan ekepelancongan yang sama level macam dekat Kuala Selangor tu. 


Sementara nak tunggu hujan berhenti, Syu & husband pun pergilah singgah makan dekat Mee Udang Laut Segar Pak Hashim. Nak singgah Mee Udang Mak Jah tak buka lah pulak. Makan dekat sini agak mahal jugak yer. Bila makan nasi goreng udang & mee udang dekat sini, teringat terus akak nasi goreng udang yang Syu selalu beli tu. Udangnya lebih kurang macam ni jugak. Harga pun tak sampai RM15 sepinggan πŸ˜….



Lepas jer makan, kitorang pun ronda-rondalah pekan Taiping sekejap cuci mata. Nak jenjalan lebih-lebih dekat Kuala Sepetang macam tak ada apa sangat. Tambah pulak cuacanya tak berapa nak elok. Jadinya, kitorang cuci mata dari dalam kereta sajalah. Tak ada lah keluar kereta, sebabnya hujan punya pasal πŸ˜†. Start dari susur keluar Changkat Jering> Kuala Sepetang> Bandar Taiping> Kemunting> Semanggol sampai lah destinasi akhir Bukit Merah. Habis kitorang ronda. Lepas Magrib baru bergerak pulang ke sarang.


Bukit Merah
Lama tak singgah Bukit Merah. Kalau jumpa saudara dekat Semanggol tak pernah pun teringin nak pergi. Padahal dah dekat sangat dah tempatnya πŸ˜…. 


Masa on the way nak balik tu kitorang sempatlah singgah kejap dekat Ramly Mart di R&R Simpang Tiga, Semanggol. Ingat nak belilah fast food dia dekat Ramly Kiosk tu. Tapi bila tengok macam ramai manusia, Syu decided beli makanan sejuk beku jelah. Nak kata beli banyak tu taklah. Cukup sekadar nak merasa sesetengah produk Ramly yang susah nak dapat dekat pasaraya-pasaraya & kedai makanan sejuk beku yang ada dekat tempat Syu ni. So, itulah alkisah ponteng kitorang laki bini Isnin minggu lepas. 😁 Heeee~


Ramly | Pastikan Ramly Baru Beli
Inilah hasil yang sempat dicekup. Cheese cake & keropok lekor memang sedap yakmat. Menyesal pulak beli sikit!! πŸ˜‚

Sajak : Pentoksik Maya

Cyber Bully



PENTOKSIK MAYA



 Berfikir ligat seiring jemari

Ditekan, dihentak di papan kekunci

Di sini rancak, di sana juga rancak

Tanpa berdosa!!

Si pentoksik maya.



Di sini dijaja, di sana juga dijaja

Puasnya tidak

Rasa bersalah pun tiada

Tak mahu mengalah, pantang juga menyerah

Memang dasar si pentoksik maya!!



Cakap siang itu dipandang-pandang

Cakap malam pula didengar-dengar

Lain orang, ada mungkin lain pandang

Lain pandang

Barangkali, lain pula terjemahannya.



Sengketa itu

Jangan dicipta andai tidak bertanya

Setiap yang hujung mesti ada pangkalnya

Jangan mengherdik

Jangan juga sekali menghina

Gundah gulana si polan yang terkena.



Walau bergunung ilmumu di dada

Berpijak kaki tinggi di menara

Andai tidak ada  padamu sekelumit rasa

Sungguh kelam hitam hatimu

Wahai pentoksik maya. 




Ingat,

Andai buruk di luahkan

Buruk jua bakal ditelan

Bukan menyindir mahupun diajak berlawan

Sekadar peringatan buat pedoman.

November 20, 2021

Shopee 12.12 Birthday Sale

Good news for all Shopee shoppers. Come & let's enjoy 40% upsize for New Customer & 30% upsize for Existing Customer. Use code: 


SHPIAB4 - RM15 min spend RM18 for New Customer 

IA12PH - 15% Coins Cashback min spend RM66 capped at 990 coins for Exisiting Customer


Shopee 12.12 Birthday Sale
πŸ‘† FIND OUT MORE for more details


By the way, don't forget to claim your free shipping vouchers in your Shopee Apps. Up to 12 Million vouchers for you to grab!! Don't miss it!! Save the date & claim it on :



Opening Sale - 20th Oct

Pre-hype - 21st Nov - 11th Dec

Peak Day - 25th Nov & 12th Dec



  • Lowered as low as RM0 Free Shipping on Champion Brands & Super Sellers of the day
  • Free Shipping Vouchers (Daily 12PM) with increased quantity of claimable RM0 Free Shipping Vouchers (FSV) for Free Shipping Sellers (FSS), Champion Brands & Super Sellers
  • Free Shipping Hour will run from 12PM - 2PM featuring 1000x SKUs from Free Shipping Sellers (FSS) in Shocking Sale (SS) session


What To Do Today?

Blogging


Recently I received so many notifications regarding my Google storage through my Gmail. It mentions that my Google storage is almost full. I think today, I am going to do some sort of cleaning & removing any unwanted files & mails. Maybe I'll unsubscribe some of the newsletters that I've subscribed over the years. It is the best option for me to stay away from all those junk emails. I am pretty sure it might not take a whole day to clean up all that mess.



Once finished, I'll try my best to spend a couple of time to respond to all my beloved commentator traces in the comment section & do some random blogwalking. Very sorry for not being able to reply all your messages. Thanks also to keep continuing support me in the blogging world until today. Hope my fellow supporters can continually spread lots & lots of positive vibes amongst bloggers. Just give me a couple of time to sort all the stuffs & respon to each of your comments. Here is my apple smile as a token for your loyalty 😊🍎. Have a nice & a cheerful weekend to all of you. 

Good Morning Fellas!!😊🍎

 Weekend quote

November 19, 2021

Asal Usul "Hari Ini Rancak. Di Sini Rancak. Di Sana Rancak. Berdosa!!"

Kenal tak abang ni? Dia lah punca kepada macam mana boleh viralnya ayat "Hari ini rancak. Di sini rancak. Di sana rancak. Berdosa!!" tu πŸ˜‚. Sekarang ni dekat platform Tiktok sahaja, dah ramai Tiktokers yang guna suara abang ni sebagai background sound untuk buat video Tiktok. Alhamdulillah. Setakat ni, Syu masih belum terjebak lagi. Lagipun, Syu tak berapa aktif sangat bertiktok. Almaklumlah, tak ada bakat & tak berseni untuk jadi seorang penghibur.


Sini rancak. Sana rancak. Mana-mana rancak. Berdosa!!
Style bergambar dia dah macam Uncle Gedek pun ada. Boleh geng dengan Uncle Gedek rasanya lepas ni πŸ˜‚.

 

Dek kerana cara penyampaian dia yang bersahaja, sedikit sebanyak berjaya menarik & mempengaruhi orang ramai untuk menggunakan bait-bait ayat abang ni. Kalau nak tahu, abang ni sebenarnya seorang driver lori kontena. Nama dia Ahmad Safuan. Tujuan asal dia muat naik video "Hari ini rancak. Di sini rancak. Di sana rancak. Berdosa!!" di akaun Tiktoknya tu hanya sekadar suka-suka jer. Malah, abang Safuan ni sendiri pun tak menyangka yang videonya tu boleh jadi seviral ini. Di TikTok, video tu sahaja dah mencecah 4.6 juta tontonan 😁. 



Actually, abang Safuan ni ada bagi penjelasan dekat dalam YTube Channel dia pasal ayat "Hari ini rancak. Di sini rancak. Di sana rancak. Berdosa!!" ni. Katanya, ayat tu bukan idea asal dari dia. Dia hanya sekadar mengguna & menyesuaikan ayat tersebut mengikut situasi semasa dia ditempat kerja. Ayatnya nampak biasa, tapi cara & intonasi penyampaiannya memang tak dinafikan dapat buat orang terhibur. Even Syu sendiri pun boleh ketawa bila tengok balik video abang Safuan ni πŸ˜‚.



Kalau nak tahu, idea asal ayat ni adalah dari seorang abang "Mat Rempit" dari Pulau Pinang. Identiti dia Syu sendiri pun tak pasti. Sebab bila tengok dalam video asal, memang tak ditunjuk pun muka & disebut nama segala. Nak dijadikan cerita masa tu abang "Mat Rempit" tu tengah keluar merempit ramai-ramai dengan kawan-kawan dia. Jadi masa dia tengah buat video, dia pun bercelotehlah dengan panjang lebarnya pasal aktiviti yang diorang buat masa tu. Sampailah satu part ayat dia sebut tu seakan-akan sama macam yang ada dalam video Tiktok abang Safuan ni.



Tapi yang bagusnya, abang Safuan & abang "Mat Rempit" tu masing-masing tak claim pun ayat tu sebagai diorang berdua punya. Abang Safuan cakap, kalau abang "Mat Rempit" tu nak claim sekalipun tak menjadi suatu masalah. Sebaiknya dia berterima kasih dapat pinjam ayat tu sampai jadi viral. Terbaiklah abang Safuan πŸ‘.

Al-Fatihah Buat Sahabat Blogger Kak Kamsiah Yussof

Assalammualaikum saya ucapkan kepada semua pembaca blog Pn.Komsiah.


Pada 1 November 2021, Pn.Komsiah telah pergi ke alam rahmatullah pada jam 8.36 malam. Jenazah beliau telah selamat dikuburkan pada jam 11 pagi pada esok hari. Saya sebagai anaknya meminta semua pembaca untuk doakan mak saya Komsiah binti Yusoff. Semoga arwah beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di syurga firdaus 


- Tasha-


Innalillah & Al-Fatihah buat sahabat blogger kita Kak Kamsiah Yussof. Agak terkejut juga bila dapat perkhabaran ni dari posting anak Kak Kamsiah sendiri di blog arwah Detik-detik Indah Dalam hidupku. Rupa-rupanya dah dekat 3 minggu arwah tinggalkan kita buat selama-lamanya. Allah...memang tak sangka betul. No wonderlah dah lama tak nampak post arwah dekat blog. Last post pun cerita pasal sup rangka ayam. Itupun ngam-ngam hujung bulan lepas. Lepas tu tak ada langsung dah post dari arwah.


Takziah buat Tasha sekeluarga. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Pada Syu, ianya memang suatu kehilangan yang agak besar juga didalam dunia Blogger ni. Masih tak percaya yang arwah dah tak ada.

Selamat Hari Lelaki Sedunia

 Selamat Hari Lelaki Sedunia


Allahuma salli 'ala Muhamad wa Ali Muhammad (Ψ§Ω„Ω„َّΩ‡ُΩ…َّ Ψ΅َΩ„ِّ ΨΉَΩ„َΩ‰ Ω…ُΨ­َΩ…َّΨ―ٍ وَΨ’Ω„ِ Ω…ُΨ­َΩ…َّΨ―ٍ). Di hari Jumaat yang ceria & indah ni, Syu nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI LELAKI SEDUNIA buat :



ATUK & TOKWAN pemula kepada keturunan
ABAH dunia & akhirat
ARWAH AYAH MERTUA hero hebat encik suami - (Al-fatihah)
SUAMI tercinta & pelengkap hidup
ADIK-ADIK LELAKI yang kaki pancing, burung ayam segala


Terima kasih kerana menjadi lelaki-lelaki yang terbaik dalam hidup Syu. Walaupun, ada banyak pahit & manis dilalui sepanjang perjalanan hidup bersama kalian semua, pada Syu ianya adalah satu pelengkap dalam asam garam kehidupan. Semoga kalian semua mampu menjadi lelaki, suami, ketua, pembimbing serta memberikan tauladan yang baik dalam keluarga - YOU ALL ARE APPLE OF MY EYE!! 😊🍎

November 18, 2021

Cara Follow Rakan Blogger Yang Tak Ada Letak Follower Widget

Ada masa & ketika bila kita dah buat blogwalking jauh-jauh. Tiba-tiba bila nak follow blog rakan blogger yang baru, tak ada Followers Widget. Hallah3. Kita suka blog awak tau. Tapi tak boleh nak follow. Jangan pening-pening. Jangan runsing. Hari ni Syu akan tunjuk dekat korang macam mana follow blogger yang tak letak Followers Widget dekat blog. Memandangkan Syu sendiri pernah alami benda macam ni. Jadi Syu kongsikan caranya macam mana.



Mungkin agak renyah sikit. Tapi pada Syu, ini antara solusi & pendekatan yang Syu rasa berkesan untuk korang follow rakan blog korang yang baru. Mungkin ada sesetengah blogger tak suka difollow & barangkali juga nak ringankan blog dari widget yang memberatkan. Tapi, Follower Widget ni memberatkan blog ke? (Pakar Blogger komen sikit 😁). Sebab Syu ada juga terbaca, widget yang banyak boleh memberatkan blog & meyebabkan page lambat loading. Syu pun tak pasti widget yang mana memberatkan tu. Pada Syu, Followers Widget ni macam tak memberatkan. 


Follow


Pada Syu, Followers  Widget ni antara satu-satu widget yang Syu kira agak penting jugaklah untuk diletakkan di dalam blog. Bukan sebab galak kejarkan followers (Dalam dunia blog ni, bloggers tak kejar followers. Tapi kejar PVs, cliks segala okey πŸ˜†). Tapi, sebab nak memudahkan pembaca-pembaca blog kita follow & baca entri terkini yang kita dah post. Bila kita follow blog seseorang tu. setiap kali ada entri baru ianya akan dipapar di dashboard Reading List. So, dekat situ dah memudahkan followers kita untuk tahu perkembangan terbaru blog kita. Betul ke tidak? Tak betul, kabor ke teman 😁.  



Jadi, bagi menunaikan hasrat korang untuk mem-follow  blog yang tak ada Followers Widget caranya adalah dengan menambah URL blog yang korang nak follow di bahagian Manage Blogs I'm Following. Macam mana? Okey, korang ikut langkahnya dekat bawah ni πŸ˜‰.


STEP 1 : 

Pergi ke bahagian dashboard READING LIST di Blogger


STEP 2 : 

Klik pada butang MANAGE 


STEP 3 : 

Di dashboard  MANAGE BLOGS I'M FOLLOWING, korang klik pada butang ADD


STEP 4 : 

COPY & PASTE  URL blogger yang korang nak follow. Klik pada butang ADD ANOTHER sekiranya korang nak tambah rakan blogger lebih dari satu.


STEP 5 :  

Tekan butang NEXT & kemudian pilih samada nak follow secara PUBLICLY/ANONYMOUSLY


STEP 6 : 

Klik butang FOLLOW &  URL rakan blogger berserta nama blog akan dipaparkan di dashboard  MANAGE BLOGS I'M FOLLOWING


Setel!! So, itulah caranya macam mana korang nak add rakan blogger korang yang tak ada letak Followers Widget di blog. Walaupun stepnya macam banyak. Tapi, ini antara cara yang korang boleh guna untuk korang sentiasa tahu perkembangan terkini rakan maya korang πŸ˜‰. Setiap kali diorang published post, korang akan nampak post diorang dekat dashboard Reading List. Senangkan? Semoga perkongsian Syu ni bermanfaat untuk korang terutamanya pada rakan blogger yang baru terjebak dalam dunia Blogger. Nah apple!! 😁🍎 - Sebarang pertanyaan sila drop diruangan komen atau di contact form.

Mood "M" Memanjang

Lazy


Agak lama juga Syu tak post sesuatu dekat blog. Selalunya dalam selang dua tiga hari mesti ada up post. Tapi, sejak Jumaat lepas mood kemalasan menghadap papan kekunci ni makin menjadi. Kalau ikutkan, ada banyak cerita yang nak dicelotehkan di Blogger ni. Tapi, tak tercoret dek jari jemari Syu ni πŸ˜…. Harap Syu boleh kekal konsisten dalam dunia blog ni walaupun hanya sekadar part-time.



Kadang-kadang terfikir jugak, macam mana blogger hebat dekat luar sana boleh maintain & kekal kosisten dalam menulis blog. Boleh up gambar cantik-cantik. Menulis panjang-panjang. Hari-hari ada sahaja post & content yang vavavom. Macam Syu ni memang jauh sekali lah jika nak dibandingkan. Menulis pun ikut mana dan. Keyword dalam menulis jangan cakaplah. Memang hentam kromo jer. Blog niche pun sama. Tak tahu fokus utamanya dekat mana πŸ˜‚. 



Sebelum kewujudan syuderis.com ni ramai blogger-blogger hebat berkampung dalam Kelab Blogger Ben Ashaari. Kelabnya masih ada lagi sehingga ke hari ni. Tapi, macam mana nak join kelabnya yer. Ada siapa-siapa tahu? Setakat ni Syu hanya joined Kelab Blogger Malaysia dekat Facebook jer. Ada tak siapa-siapa antara kalangan rakan blogger yang rajin, lincah & cerdas dalam bab-bab kelab ni? Dapat buat setahun satu event kumpul semua blogger-blogger dekat Malaysia pun syok jugak. Bukan apa, teringin jugak nak beramah mesra duduk sembang santai-santai dengan rakan-rakan maya ni 😁. Baru meriah muhibbah dapat kelab-ing macam ni. Nak buat kelab sediri tak reti sebab tak cukup berkaliber πŸ˜†. Kabel pun tak berapa nak kuat. Harap sangat kalau ada "someone" yang dapat buat macam Ben Ashaari tu. Baru betul "Bukan Sekadar Blogger". Okey done berceloteh!!πŸ˜›

November 13, 2021

Good Morning Sunshine!!

Saturday Vibes


November 12, 2021

Giveaway by Lady Dini 1.0

Giveaway By Lady Dini


﷽꧂



Alhamdulillah, di hari Jumaat yang sejuk mendung ni memang mata tu layu jer. Ni kalau disorongkan bantal memang hanyut ni. So, gara-gara nak hilangkan mengantuk, sempat jugaklah Syu go trough section reading lists untuk buat blog walking. Nak dijadikan cerita, terpandang post dari sahabat blogger Lady Dini. πŸ’ƒAda GIVEAWAY kome!! Yeah...Ada jugak point Syu nak bercerita dekat blog πŸ˜‹.



Buat julung kalinya blogger Lady Dini buat giveaway kita yer kengkawan. Harap korang tak lepaskan peluang untuk join. Syarat-syaratnya mudah yer. Nak tahu? Korang boleh klik pada banner untuk tahu lebih lanjut. Hadiahnya adalah SPECIAL Lady Dini cakap. Kita bab-bab special ni yang berderau darah ni. Kih3 😁. 



Untuk pengetahuan korang, hanya 3 pemenang bertuah yang bernasib baik jer akan berjaya dapat hadiah special tu tau. So, apa tunggu lagi. Cepat-cepat submit penyertaan korang. Sebab giveaway ni hanya berlangsung selama seminggu jer. Pada yang dah join - WISH YOU ALL THE BEST!!πŸ˜šπŸ’•

Apa Nak Buat : Kontraktor Mesin Rumput Terpecahkan Windscreen Kereta πŸ˜•

Dalam tengah sedap-sedap memandu, tiba-tiba petepek batu hinggap dekat cermin depan kereta korang. Korang pernah tak berhadapan dengan situasi ni? Kalau pernah angkat tangan. Syu pernah kena yer. Walaupun ceritanya dah agak lama. Tapi, Syu tetap nak abadikan pengalaman Syu ni dekat sini supaya  korang tahu macam mana nak buat bila berhadapan dengan situasi ni.



Nak dijadikan cerita, dua tahun sudah Syu nak pergi ke Hospital Raja Permaisuri Bainun hantar kuah rojak kakak ipar tempah. Masa ni Syu tengah jadi penganggur tegar πŸ˜…. So, ada banyak masa nak ke sana sini hantar pemakan segala. Memandangkan wad kakak ipar Syu ada buat majlis bacaaan yassin, so dia pun bagilah job sikit dekat Syu. Syu tak ada lah mintak bayaran pun, sebabnya niat Syu memang saja nak bersedekah. Alah, takat kuah rojak tu. Bukan susah mana pun nak buat. Bahan-bahan pun memang dah sedia-sedia ada dekat rumah.


Cracked windscreen


Masa on the way nak hantar kuah rojak tu, ngam-ngam lepas Syu turun flyover nak ke Taman DR, ada nampak kontraktor mesin rumput tengah potong rumput. Entah macam mana, tiba-tiba terdegar bunyi butir batu terkena cermin depan. Syu memang tak jangka yang impak dari batu tu boleh membuatkan windscreen kereta Syu pecah, sebab Syu perasan batunya macam kecil jer πŸ˜…. Lepas gerak dalam 50 meter ke depan, baru cermin Syu pecah sepenuhnya. Nasib cermin tu tak pecah berderai terus tau. Kalau pecah terus ni memang berterabur gamaknya muka kena kaca 😐. Masa pecah tu memang kuat jugaklah bunyi cracking tu dari dalam kereta. Agak gelabah jugaklah sebenarnya bila kena macam tu. Almaklumlah, nak repair windscreen memang makan modal jugak. Dah lah tengah menganggur. Mana nak cekau duit πŸ˜‚.



Alhamdulillah, lepas kaotim dengan kontraktor mesin rumput, dia sanggup ganti cermin depan kereta Syu yang diorang dah pecahkan. Tapi, kereta kena bawa sendiri dekat panel bengkel yang dia sarankan lah. Itu tak ada hal. Janji cermin yang pecah tu berganti. Lega rasa hati bila kontraktor mesin rumput tu cover duit beli windscreen sekali dengan pemasangan. Tak pasal-pasal dapat cermin kereta baru. 😁Bagus jugak kan (Dalam hati : Kalau tak, alamat koyak poket aku 😝)



So, macam mana korang nak dapatkan FOC (Free of charge) windscreen bila korang berhadapan dengan situasi macam Syu ni? Apa yang korang perlu buat adalah :


  1. Jangan panik - Bila dah kena. Jangan menonong jer balik rumah yer. Itu memang meminta sangat untuk koyakkan poket sendiri.
  2. Berhenti disisi jalan & switch on lampu kecemasan
  3. Ambil gambar windscreen korang yang pecah tu
  4. Maklumkan kepada tukang mesin rumput - Nanti dia akan panjangkan hal ni pada bos dia. Masa ni korang kaotimlah puas-puas. Janji windscreen kereta korang berganti.
  5. Ambil details - Nama & NRIC/passport tukang mesin rumput, nombor telefon, nama syarikat & nama panel insurance syarikat diorang (yang ini berguna untuk korang claim cermin baru).
  6. Laporan polis (Dalam tempoh 24 jam) - In case kalau bos diorang tak nak bagi ganti rugi. Ini antara pilihan lain korang boleh buat. Pastikan korang sertakan segala maklumat kejadian, maklumat syarikat kontraktor & tukang mesin rumput yang bertanggungjawab.
  7. Claim cermin baru dari panel insurance kontraktor mesin rumput - Sekiranya korang dah ada polis report, maklumat syarikat & panel insuran kontraktor mesin rumput tu. Korang boleh telefon panel insuran diorang untuk dapatkan panel bengkel yang boleh menggantikan cermin kereta korang yang pecah tu. 

Sekiranya korang tak ada details pasal syarikat kontraktor tu. Korang pergi ke PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) yang korang rasa ada kaitan dengan kotraktor mesin rumput ni. Macam Syu, dah sah-sah under Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Dari sini, mungkin diorang boleh membantu korang untuk dapatkan details kontraktor mesin rumput tu. Janji korang ingat lokasinya dekat mana. Bukan apa, senang sikit kerja korang nak selitkan maklumat tu masa buat polis report nanti. Tapi, kebiasaannya benda ni sekejap jer boleh settle. Macam Syu hari tu tak payah buat polis report pun. Sebab masa berbincang melalui telefon, kontraktor mesin rumput tu terus bagitahu bangkel panel syarikat diorang. Kurang dari tempoh 24 jam masalah cermin depan kereta Syu selesai. Sesen pun tak keluar. Semoga perkongsian Syu ni bermanfaat untuk korang berhadapan dengan situasi macam ni 😊.

November 11, 2021

Rumah Perakku : Setelah Sekian Lama Menanti

LPHP | Surat Temuduga


🀲🏻Alhamdulillah, sekian lama menanti. Akhirnya sampai jugak jemputan temuduga dari Lembaga Perumahan & Hartanah Perak (LPHP) ni. Lama dah mohon Rumah Perakku ni sebenarnya. Dari masa Syu kerja NGO dulu Syu mohon. Harap ada lah rezeki hendaknya.



Bukan apa, golongan B40 macam Syu ni memang memerlukan sangat-sangat rumah untuk didiami. Tak demand rumah besar pun. Cukup rumah yang elok & selesa untuk menghabiskan masa tua. Nak beli rumah besar-besar tak mampu sebabnya rumah-rumah sekarang banyak RUMAH MAMPU TENGOK berbanding RUMAH MAMPU MILIK πŸ˜‚