Apa Nak Buat : Kontraktor Mesin Rumput Terpecahkan Windscreen Kereta 😕

November 12, 2021

Dalam tengah sedap-sedap memandu, tiba-tiba petepek batu hinggap dekat cermin depan kereta korang. Korang pernah tak berhadapan dengan situasi ni? Kalau pernah angkat tangan. Syu pernah kena yer. Walaupun ceritanya dah agak lama. Tapi, Syu tetap nak abadikan pengalaman Syu ni dekat sini supaya  korang tahu macam mana nak buat bila berhadapan dengan situasi ni.



Nak dijadikan cerita, dua tahun sudah Syu nak pergi ke Hospital Raja Permaisuri Bainun hantar kuah rojak kakak ipar tempah. Masa ni Syu tengah jadi penganggur tegar 😅. So, ada banyak masa nak ke sana sini hantar pemakan segala. Memandangkan wad kakak ipar Syu ada buat majlis bacaaan yassin, so dia pun bagilah job sikit dekat Syu. Syu tak ada lah mintak bayaran pun, sebabnya niat Syu memang saja nak bersedekah. Alah, takat kuah rojak tu. Bukan susah mana pun nak buat. Bahan-bahan pun memang dah sedia-sedia ada dekat rumah.


Cracked windscreen


Masa on the way nak hantar kuah rojak tu, ngam-ngam lepas Syu turun flyover nak ke Taman DR, ada nampak kontraktor mesin rumput tengah potong rumput. Entah macam mana, tiba-tiba terdegar bunyi butir batu terkena cermin depan. Syu memang tak jangka yang impak dari batu tu boleh membuatkan windscreen kereta Syu pecah, sebab Syu perasan batunya macam kecil jer 😅. Lepas gerak dalam 50 meter ke depan, baru cermin Syu pecah sepenuhnya. Nasib cermin tu tak pecah berderai terus tau. Kalau pecah terus ni memang berterabur gamaknya muka kena kaca 😐. Masa pecah tu memang kuat jugaklah bunyi cracking tu dari dalam kereta. Agak gelabah jugaklah sebenarnya bila kena macam tu. Almaklumlah, nak repair windscreen memang makan modal jugak. Dah lah tengah menganggur. Mana nak cekau duit 😂.



Alhamdulillah, lepas kaotim dengan kontraktor mesin rumput, dia sanggup ganti cermin depan kereta Syu yang diorang dah pecahkan. Tapi, kereta kena bawa sendiri dekat panel bengkel yang dia sarankan lah. Itu tak ada hal. Janji cermin yang pecah tu berganti. Lega rasa hati bila kontraktor mesin rumput tu cover duit beli windscreen sekali dengan pemasangan. Tak pasal-pasal dapat cermin kereta baru. 😁Bagus jugak kan (Dalam hati : Kalau tak, alamat koyak poket aku 😝)



So, macam mana korang nak dapatkan FOC (Free of charge) windscreen bila korang berhadapan dengan situasi macam Syu ni? Apa yang korang perlu buat adalah :


  1. Jangan panik - Bila dah kena. Jangan menonong jer balik rumah yer. Itu memang meminta sangat untuk koyakkan poket sendiri.
  2. Berhenti disisi jalan & switch on lampu kecemasan
  3. Ambil gambar windscreen korang yang pecah tu
  4. Maklumkan kepada tukang mesin rumput - Nanti dia akan panjangkan hal ni pada bos dia. Masa ni korang kaotimlah puas-puas. Janji windscreen kereta korang berganti.
  5. Ambil details - Nama & NRIC/passport tukang mesin rumput, nombor telefon, nama syarikat & nama panel insurance syarikat diorang (yang ini berguna untuk korang claim cermin baru).
  6. Laporan polis (Dalam tempoh 24 jam) - In case kalau bos diorang tak nak bagi ganti rugi. Ini antara pilihan lain korang boleh buat. Pastikan korang sertakan segala maklumat kejadian, maklumat syarikat kontraktor & tukang mesin rumput yang bertanggungjawab.
  7. Claim cermin baru dari panel insurance kontraktor mesin rumput - Sekiranya korang dah ada polis report, maklumat syarikat & panel insuran kontraktor mesin rumput tu. Korang boleh telefon panel insuran diorang untuk dapatkan panel bengkel yang boleh menggantikan cermin kereta korang yang pecah tu. 

Sekiranya korang tak ada details pasal syarikat kontraktor tu. Korang pergi ke PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) yang korang rasa ada kaitan dengan kotraktor mesin rumput ni. Macam Syu, dah sah-sah under Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Dari sini, mungkin diorang boleh membantu korang untuk dapatkan details kontraktor mesin rumput tu. Janji korang ingat lokasinya dekat mana. Bukan apa, senang sikit kerja korang nak selitkan maklumat tu masa buat polis report nanti. Tapi, kebiasaannya benda ni sekejap jer boleh settle. Macam Syu hari tu tak payah buat polis report pun. Sebab masa berbincang melalui telefon, kontraktor mesin rumput tu terus bagitahu bangkel panel syarikat diorang. Kurang dari tempoh 24 jam masalah cermin depan kereta Syu selesai. Sesen pun tak keluar. Semoga perkongsian Syu ni bermanfaat untuk korang berhadapan dengan situasi macam ni 😊.

Comments

  1. mmgla sesen x kuar duit tapi leceh kan buang masa nak contact insurance semua bagai.. huhuhu

    BalasPadam
  2. tq atas prkongsian akak.. sngt brguna..

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!