Jalan-Jalan Karnival Jom Santai

November 26, 2021

Hidup ni, kalau tak ceriakan diri sendiri siapa lagi yang nak menceriakannya bukan? So, ceria-ceria...lepak-lepak...santai-santai kan diri. Tak kisahlah poket berdebu sekalipun. Bahagia tu tak siapa boleh beli. Semalam, lepas balik kerja sempatlah santai-santai sekejap dekat Karnival Jom Santai di Tesco Station 18. Tiap-tiap tahun memang ada karnival ni.

Bila start jer karnival, muka Syu lah yang selalu muncul kat tempat kejadian. Tambah-tambah dekat gerai Bihun Sup Viral Daging Selambak tu. Sampai adik kedai bihun tu pun dah kenal 😂. Tapi, serius cakap. Memang selambak bihun supnya. Kuah sedap. Sambal padu. Daging pun tak kedekut letak. Dahlah sebekas RM5 jer. Gila tak mengulang beli & makan setiap tahun!!Hari ni cadang nak repeat lagi 🤣. 



Actually, malam Sabtu minggu lepas ada jugak Syu menyinggah dekat Tesco Station 18 ni lepak-lepak dengan kakak ipar & anak buah. Tapi, tak lama lah pun. Singgah makan dekat foodcourt, cari barang dalam Tesco, pergi berurut kejap dekat kerusi urut, lepas tu balik. Nak jalan-jalan cuci mata dekat karnival tu macam tak best pulak. Sebabnya cuaca masa tu tak berapa nak elok. Dengan hujan, jalan berlecah segala. Memang taklah nak menyinggah.


Niat di hati kononnya nak snap lah dalam beberapa keping gambar buat modal bercerita dalam blog. Kamera telefon pulak tak berapa nak canggih. Tambah-tambah view waktu malam. Memang confirm gambar blur. So semalam, masa turun melawat kawasan, meletup-letup lah kamera Syu ambil gambar. Tambah pulak cuaca tengah elok & terang [Ada hujan turun jugak. Tapi, hujan renyai-renyai jer]. Meh Syu belanja gambar meh. Nak kata berseni ambil gambar macam Wak Lat & Kak Fizah tu idaklah. Asal ada jer.


Ini jer yang sempat di snap. Udah lapor. Tak mampu nak snap gambar banyak-banyak 😅.


Singgah dekat karnival ni memang asyik nak berbeli pemakan jer. Tudung, baju segala tak berminat pun nak beli. Hanya tengok & berlalu pergi. Tapi, ada satu port ni memang susah sungguh Syu nak move on. Dah lah ngam-ngam pintu masuk dia duduk. Strategik sungguh lokasi.



Walaupun dah singgah masuk berbeli. Balik tu macam nak singgah jugak lagi. Sepesen kedai saka macam Eco2 jugak ke apa ni? 😂 Ha3. Nasib baik datang seorang jer. Kalau tak, memang setiap saat kena jeling dengan encik suami. 


Lautan bergelora boleh ku redahi. Lautan asam & jeruk tidak sama sekali 😂. 


So, siapa-siapa yang duduk dekat dengan kawasan Ipoh & sekitar kawasan Station 18 ni. Korang bolehlah luangkan masa memeriahkan Karnival Santai-santai. Termasuk hari ini, masih berbaki 3 hari sahaja lagi untuk korang makan sambil berhibur. Tak dapat pergi waktu siang. Waktu malam pun boleh. Karnival ni buka dari 11 padi sampai jam 11.45 malam.



Tentang SOP. Jangan risau. SOP di tapak karnival masih dikawal dengan baik oleh pihak penganjur. Jangan lepaskan peluang okey!! Ada banyak makanan & tarikan yang menarik di karnival ni. Bila lagi nak santai-santai kalau bukan hari ni 😉💕.


So, inilah hasil yang sempat ditangkap. BTW, beg helok lawa tu ditaja oleh?? Jeng3!! Kak SA. Ha3😜

What My Bawagian Says

  1. chantek and meriah dah gambar2 ciksyu nih.. makannns 😅😭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takleh challenge wak. Wak hebat lagi .Ki3 😁

      Padam
  2. syok dpt pi karnival camni...mcm2 menu bole terliur kn hehe..siap duit je la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul!!Yang itu Syu sokong. Siap duit jer 😁💕.

      Padam
  3. Pergi karnival ni paling bahagia dapat makan macam macam jenis makanan. Kalau situ makanan sedap, situ je lah kita pergi :)

    BalasPadam
  4. bestnya gi karnival gini. kalau pergi dengan geng kaki makan jugak memang lagi banyaklah hasil tangkapannya. Lawa gambarnya, buat orang terliur.

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!