Giveaway By Nazfea Solehah & Arra Sephia

November 24, 2021

Masa lunch break tadi Syu sempat luangkan masa blogwalking blog rakan-rakan baru Blogger. Saja curi-curi masa luaskan kawasan jajahan. Singgah rumah orang sini, lepas tu singgah pulak rumah orang sana. Meleret-leret. Sampailah Syu terhenti dekat satu blog ni. Blog Nazfea Solehah namanya. Blog ni tak ada dalam senarai blog yang Syu follow. Jadi, Syu tinggalkan jejak Syu kat sana dengan tinggalkan beberapa komen & follow sebagai tanda sokongan. Bukan apa, saja nak meramaikan kawan. 



Muda lagi rupanya tuan tanah blog ni. Selidik punya selidik, dah lama rupanya Nazfea ni berkecimpung dalam dunia blog & penulisan bersama dengan kembar dia. Bukan tu jer. Rupa-rupanya nama Nazfea Solehah & Arra Sephia ni memang terkenal dengan penulisan cerpen & puisi seperti "Hadirnya Doa Merawat Luka" & "Jurnal Pejuang Introvert". Hebatlah kamu berdua ni dik. Dalam diam ya. Ni baru betul ikut resmi padi dalam diam berisi.



Alang-alang dah terlanjur blogwalking dekat blog Nazfea Solehah, Syu ternampak post pasal giveaway ni. Kalau nak tahu, giveaway ni giveaway pertama gabungan diorang berdua buat bersama. Jadi, Syu rasa terpanggil nak luangkan masa untuk join & war-war kan kepada korang. Tak syok lah kalau join sorang-sorang jer. Dalam pertandingan, kalau tak ada opponents tak best!! 😁



Panjang pulak Syu berceloteh yer 😅. Padahal nak ajak join giveaway jer pun. By the way, jom ramai-ramai support giveaway pertama dari blogger Nazfea Solehah & Arra Sephia ni!! Syarat-syaratnya mudah jer. Nak tahu lebih lanjut pasal giveaway ni korang tekan pada banner. - ALL THE BEST OKEY!!😊🍎


Giveaway By Nazfea Solehah & Arra Sephia

What My Bawagian Says

  1. Selamat bergiveaway kak..😀😀

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mekaseh Naim. Jemput join jugak yer!!😊🍎

      Padam
  2. wahhh tq sebab tulis post tentang blog kita hehe. doakan kita berjaya ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takde hal lah Nurin. Sama-sama blogger kenalah support each other 😊🍎.
      Teruskan menulis & berkarya okey!!

      Padam
  3. Balasan
    1. Terima kasih mamapp. Jemputlah join sekali. Baru meriah!!😊🍎

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!