Deepa Raya Kita Ke Mana?

November 04, 2021

Deepavali


Cak!! Selamat Hari Deepavali atau Diwali buat semua penganut beragama Hindu di seluruh dunia.  Dan selamat bercuti juga buat semua rakyat Malaysia. Paling best orang di Silver State (Negeri Perak) lah sebab cutinya bawak meleret sampai ke hujung minggu nanti  😁💕. Tapi itu lah, bila dah cuti meleret ni nak pergi mana pun dah tak reti. Keluar ke pekan nanti ramai manusia. Almaklumlah semua cuti. Yang menyambut Deepavali mesti nak keluar beraya punya. Jadinya, kita stay sajalah dekat rumah buat sementara waktu. Kita bagi chance Deepa Raya dulu. Mungkin petang-petang sikit baru keluar melihat alam. Tak jalan-jalan cari makan mungkin balik kampung 😊💕. 



Pagi ni seronok tengok rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) dekat TV3. Entah apa mimpi  hari ni terdetik nak buka & tengok. Selama hari ni tak pernah tengok pun sebab bersiarannya terkena waktu hari orang kerja 😅. Memang hidaklah nak bukak kan. Bila dah tak tahu nak buat apa, Syu pun tengoklah kejap buat halwa mata. Seronok jugak topik Deepavali hari ni.  Paling best dengar orang main tabla & sita  dekat studio MHI. Siap main lagu "Rasa Sayang Hey" lagi.


Lepas tu ada tunjuk satu family Melayu ni fasih cakap Tamil. Puncanya, sebab mak angkat diorang orang yang berbangsa India. Mak angkat diorang ni bela diorang dari baby sampai ke besar. Sudahnya, satu keluarga fasih bercakap dalam bahasa Tamil. Cuma mak diorang macam terangkak-terangkak sikitlah nak bercakap Bahasa Tamil sebab baru belajar. Bukan senang tau nak belajar bahasa lain. Tambah Bahasa Tamil yang berbelit-belit tu. Memang terbaiklah 👍. Muhibbah gila rasa bila ada keluarga yang berlainan bangsa dapat stick together macam satu famili. 



Sebenarnya, rakyat Malaysia ni harmoni & muhibbah tau kalau bersatu padu macam ni. Cuma ada sesetengah tangan & anasir yang berotak racist jer yang  menjadikan  rakyat kita yang berbilang kaum ni berpecah belah.  Kalau ada bisikan-bisikan yang cakap satu-satu kaum ni jahat, memang susahlah nak bersatu padu. Kaum Melayu kata Cina & India jahat. Macam tu jugak sebaliknya yang kaum-kaum lain cakap.  Kalau semua nak racist, sampai ke tujuh keturunan akan berbarah kata kaum-kaum lain jahat. Mana yang racist tu, ubah pemikiran. Belajar bergaul dengan kaum lain. Best sebenarnya bila dapat tahu pasal agama, budaya & adat orang lain. Bukan Syu suruh ikut yer. Tapi ambil tahu. Sebab itu semua adalah general knowledge bila mana kita duduk sebumbung dengan rakyat yang berbilang kaum.



Panjang pulak berceloteh. Padahal nak letak gambar ucapan jer. Tu pasal Syu Deris ni tak boleh pegang keyboard 😂.   By the way - SELAMAT BERCUTI & SELAMAT HARI DEEPAVALI  buat semua penganut beragama HINDU. DEEPAVALI NAL VALTHUKAL !! 😊💕

What My Bawagian Says

  1. Tak g mana pun kak
    Duk rumah je ni

    BalasPadam
  2. Uncle sempat pusing2 dengan aunty....

    BalasPadam
  3. akak pun tak ke mana Syu..lagi seronok layan novel, Netflix dan layan blog serta settlekan kerja untuk klien..

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!