Ronda-ronda Taiping Bandar Warisan

November 21, 2021

Taping | Bandar Warisan


Okay, ni alkisah hari Isnin minggu lepas. Nak bercerita macam biasalah mood "M" berleluasa 😂. So, hari ni baru ada kerajinan sikit nak buka laptop. Ini pun curi-curi masa jugak nak coretkan sesuatu dekat blog tau. Nak dijadikan cerita, kitorang laki bini rasa malas sungguh nak masuk kerja Isnin hari tu. Jadinya, kitorang masing-masing merancang bercuti sakit secara sengaja 😁.  Sekali sekala apa salah ponteng kerja kan. Tapi, nak ponteng pun mesti kena dengan cara yer. Bukan sembrono jer "miss in action" tanpa sebab & bukti. Itu memang meminta sangat untuk dimaki berguni-guni dengan bos. 


So, pagi-pagi Isnin tu,  Syu & husband masing-masing pergi klinik panel ambil medical leave (ML). Untuk tahun ni, ML Syu memang tak pernah ambil langsung. Jadi, Syu manfaatkan sisa-sisa ML yang ada untuk pergi jalan-jalan. Takkan nak ambil emergency leave (EL) pulak kan. Rugi cuti tahun Syu. Dah lah Syu dah plan nak guna cuti tahun tu untuk pergi berkhemah pertengahan bulan Disember  nanti.



Sejujurnya, memang Syu tak berapa sihat pun hari tu. Tapi, sakitnya tak ada lah teruk sangat sampai tak boleh bangun. Yang pasti, lepas jalan-jalan pusing satu Taiping eloklah segar bugar dibuatnya 😂. Hilang segala sakit kepala bagai. Nampak gayanya, ni petanda sakit nak pergi jenjalan agaknya ni.


Lepas pergi klinik & dapat MC segala, kitorang pun berhora-hore lah ke Taiping. Saja jalan-jalan makan angin. Nak pergi time Sabtu & Ahad, encik husband pulak kerja. Bagus jugak pilih hari bekerja untuk jalan-jalan ni sebenarnya. Orang pun tak ramai. Highway pun lengang jer.


So, apa jer yang kitorang berdua buat dekat sana? Apa lagi kalau bukan jalan-jalan cari makan dekat Kuala Sepetang. Ingatkan, nak cubalah naik boat cruise & buat eagles sightseeing. Malangnya, cuaca pulak tak mengizinkan. Jadinya, kitorang hanya singgah makan & pusing-pusing Kuala Sepetang jelah.


Mee Laut Udang Laut Segar Pak Hashim
😌 Nak kata sedap sangat tu...tak jugak. Tapi boleh lah kalau takat nak bagi 3⭐. 


Sejujurnya, tak ada apa sangat pun kat Kuala Sepetang ni. Cuma Syu rasa sayang sebab kawasan dekat Kuala Sepetang ni macam tak berbela. Kalau dijaga elok,insyallah ada potensi untuk jadi kawasan ekepelancongan yang sama level macam dekat Kuala Selangor tu. 


Sementara nak tunggu hujan berhenti, Syu & husband pun pergilah singgah makan dekat Mee Udang Laut Segar Pak Hashim. Nak singgah Mee Udang Mak Jah tak buka lah pulak. Makan dekat sini agak mahal jugak yer. Bila makan nasi goreng udang & mee udang dekat sini, teringat terus akak nasi goreng udang yang Syu selalu beli tu. Udangnya lebih kurang macam ni jugak. Harga pun tak sampai RM15 sepinggan 😅.



Lepas jer makan, kitorang pun ronda-rondalah pekan Taiping sekejap cuci mata. Nak jenjalan lebih-lebih dekat Kuala Sepetang macam tak ada apa sangat. Tambah pulak cuacanya tak berapa nak elok. Jadinya, kitorang cuci mata dari dalam kereta sajalah. Tak ada lah keluar kereta, sebabnya hujan punya pasal 😆. Start dari susur keluar Changkat Jering> Kuala Sepetang> Bandar Taiping> Kemunting> Semanggol sampai lah destinasi akhir Bukit Merah. Habis kitorang ronda. Lepas Magrib baru bergerak pulang ke sarang.


Bukit Merah
Lama tak singgah Bukit Merah. Kalau jumpa saudara dekat Semanggol tak pernah pun teringin nak pergi. Padahal dah dekat sangat dah tempatnya 😅. 


Masa on the way nak balik tu kitorang sempatlah singgah kejap dekat Ramly Mart di R&R Simpang Tiga, Semanggol. Ingat nak belilah fast food dia dekat Ramly Kiosk tu. Tapi bila tengok macam ramai manusia, Syu decided beli makanan sejuk beku jelah. Nak kata beli banyak tu taklah. Cukup sekadar nak merasa sesetengah produk Ramly yang susah nak dapat dekat pasaraya-pasaraya & kedai makanan sejuk beku yang ada dekat tempat Syu ni. So, itulah alkisah ponteng kitorang laki bini Isnin minggu lepas. 😁 Heeee~


Ramly | Pastikan Ramly Baru Beli
Inilah hasil yang sempat dicekup. Cheese cake & keropok lekor memang sedap yakmat. Menyesal pulak beli sikit!! 😂

What My Bawagian Says

  1. banyak tgk orang travel ke Perak..
    bila dah jenjalan tu makan2 lah yang best kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Kalau jenjalan, makan-makan tu penting 😁💕.

      Padam
  2. Last singgah taiping masa nak naik cameron ikut jalan ke lojing. Masa tu merayap² dari penang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wow sakan. Tu jauh sangat merayapnya sampai cover 3 negeri terus 😂.

      Sebut pasal lojing, dengar cerita ada tapak khemah yang viewnya boleh acah-acah macam pergi Kundasang. nanti nak try pergi lah. 😁 Heeee~

      Padam
  3. seronoknya dpt jenjalan...makan2..best!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Sambil jalan2, makan2...berli buah tangan sikit. Lepas tu poket pun koyak tanpa disedari 😂.

      Jom jenjalan MA.😁 Heeee~

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!