Family Mart Kuala Kangsar, Perak

November 09, 2021

Ni alkisah hari Ahad minggu sudah. Tak jangka udah malam-malam baru nak keluar jalan-jalan ke Kuala Kangsar. Niat asalnya nak perkena Street Coffee dekat Tambun. Tapi, kedainya tak buka pulak 😂. Sudahnya lajak ke Meru nak beli air Big Cup. Malangnya. Kedai tu pun dah tutup jugak. Nasiblah kan...siapa suruh malam-malam baru nak sibuk-sibuk jalan-jalan cari makan (JJCM) kan.



Bila apa yang dihajat tak dapat. So, teruslah lajak ke Kuala Kangsar jalan-jalan cuci mata. Saja nak merasa suasana malam dekat Kuala Kangsar macam mana. Dah lama jugak tak ke sana 😁. Sampai-sampai jer ingatkan sendu pekannya. Rupa-rupanya boleh tahan jugak meriah. Almaklumlah, hari Jumaat sudahkan hari bersempena sambutan Kelahiran Sultan Perak. Jadi, tak hairanlah kalau sisa-sisa kemeriahan tu masih ada lagi.



Cadang nak snap lah barang satu dua gambar sebagai bukti jalan-jalan dekat Kuala Kangsar ni. Kamera handphone cikai Syu ni pulak yang tak berapa nak semenggah sikit bila ambik gambar 😂. Tambah-tambah waktu malam. Hasilnya dapat snap gambar dalam Family Mart jer. Jadilah yedak daripada tak ada langsung. 


Bahagian makan Jepun macam onigiri tu memang antara Syu punya favourite. Kalau tak diet memang dah borong banyak dah 😁.

 

Agak terkejut jugaklah sebenarnya dekat pekan Kuala Kangsar dah ada Family Mart 😅. Ingat belah Ipoh jer yang ada. Selalunya lah kan, kalau Family Mart dekat Ipoh ni memanjang ajer penuh orang dok beratur nak masuk berbeli. Entah bila nak lengang pun tak tahu. Tapi, dekat Family Mart cawangan Kuala Kangsar ni memang best!! Sebabnya, tak ramai orang. Syu sampai-sampai jer memang legang. Makanan pun masih banyak lagi & cuma certain items yang dah clear dekat rak & chiller jer diorang isi balik.



Memandangkan Syu tengah on diet, jadi Syu cuma grab Onigiri dengan Frappe (Syu pilih perisa Kyoho Grape) jer. Selebihnya semua encik suami yang punya 😂. Macam-macam lah yang diambilnya. Sandwich, roti, cheesecake yang lonjong tu dengan air teh peach (Serius tak sedap air tehnya!! 😅). Nasib dah puas makan oden dekat rumah hari tu. So, tak ada lah dibelinya oden. Kalau tak, mesti masuk list jugak tu  😆. 


KIRI : Dia punya tenung tu macamlah roti-roti ni tak ada dekat convenient store yang lain. Kalau tak dilarang beli, mesti nak beli jugak. KANAN : Nampak tak bertapa lengangnya Family Mart dekat Kuala Kangsar ni 😅. 

Frappe tu serius tak sedap. Nyesal beli ðŸ™„

So, inilah hasil yang sempat di grab di Family Mart Kuala Kangsar. Lepas dah tak tahu nak pergi mana, kitorang berdua pun bergerak lah balik ke sarang lalu jalan Manong. Kalau ikutkan boleh jer nak guna highway. Saja jer nak rasa suasana malam guna jalan kampung. Nak kata jalannya sunyi sepi tu idaklah, masih ada jugak orang yang lalu lalang walaupun masa tu jam dah menunjukkan pukul 11.30 malam 😅. Yang pasti, kitorang sampai rumah pukul 1.30 pagi. Esoknya, memang nenong-nenong lah masuk kerja laki bini sebab masing-masing kerja pagi. Rasakan!! Siapa suruh JJCM tak planning dulu 😂. 

What My Bawagian Says

  1. oo..depan CIMB bank, dkt2 KFC lah ni..lamanya tak balik kampung..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yer...betul 😁. Sebaris KFC & bertentang dengan CIMB bank. Balik kampung nanti jangan lupa singgah. Hi3.

      Syu pun dah lama tak lepak Kuala Kangsar. Dulu masa duduk area Ulu Kenas, rajin jugak ke sini cari pemakanan & barang dapur.

      Padam
  2. Orang sekarang dipanggil generasi Family Mart...

    Uncle generasi 7 Eleven...

    hehehehe

    BalasPadam
  3. lamaaaaa sangat dah rasa tak jejak masuk family mart . terliur pulak nengok gambar hahahhah

    BalasPadam
  4. Saya kalau FM ni oden oden oden hehe tu je yg reti makan pun

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oden dah terer buat. So, tak adalah Syu berbeli. Hi3 😁.

      Padam
  5. Kalau balik Putrajaya mmg tak miss masuk FM utk bekal balik Kuantan, mcm2 ada kan geram tgk

    BalasPadam
  6. Sekali skala dating sampai pagi apa salahnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak kisah nak dating sampai pagi Ammi. Tapi, esoknya Senin teman keroje. Mangkor dibuatnya 😂. Ha3.

      Padam
  7. Dah banyak dah franchise Family Mart sekarang. Boleh cakap dah ada dimana mana je. Baru bukak agaknya ramai tak tahu, tu yang lengang tu kot.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak. Dah tumbuh melata dah cawangan Family Mart ni. Sekarang dah ada pulak CU Mart. Sepesen dengan Family Mart ni jugak. Tapi, diorang jual makanan Korea jer.

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!