Responsif Youtube Video. Buat Online Pun Boleh!!

November 23, 2021

Hari ni gantung periuk belanga sebabnya orang rumah Syu dah kenyang makan nasi Vanggey 😆 dengan ayam Baker's Cottage. Makanya, tidak berasaplah dapur hari ini. Horey!! Memandangkan Syu ada kelapangan, jadi Syu nak buat perkongsian sikit pasal satu laman web yang membolehkan video YTube di convert menjadi video yang responsif bila diletakkan di blog.



Sebelum ni Syu ada kongsi cara macam mana nak buat video YTube responsif di blog [Cara Buat Responsif YouTube Video Di Blog] . Caranya mungkin agak renyah sikit sebab korang kena bermain dengan kod CSS & html. Kali ni Syu tunjuk satu cara lagi. Kali ni lagi mudah. Korang hanya perlu copy, paste & embedded kan sahaja link YTube video yang korang nak letak pada blog 😉💕. 




Untuk embed link YTube tu, korang perlu pergi ke Embend Responsively. Lepas dah dapat kodnya. Korang just copy & paste pada post yang korang nak create. Make sure korang paste dalam mode html view okay & bukan compose view. Dekat bawah ni korang boleh tengok hasil video YTube dari kod yang Syu dah embed menggunakan Embend Responsively (Sila papar menggunakan versi mobile mode 📲




Semoga perkongsian Syu kali ni bermanfaat pada korang yang nak letak video YTube pada blog dengan cara yang mudah tanpa bermain dengan kod CSS & html yang ternyata menyerabutkan kepala tu. Sebarang pertanyaan korang boleh drop diruangan komen - Good Night!! Nah epal 😉🍎!!

What My Bawagian Says

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!