Januari 11, 2024
Cara Aktifkan Mesej GDPR Google Adsense 😵💫

Ini alkisah tentang Google Adsense (GA) Syu. To be honest, topik hari ni agak susah sikit nak dihadam. Harap korang bertabah membaca explaination Syu yang caca merba ni. By the way, korang ada nampak tak notification ni dekat GA korang?
Dah lama dah Syu perhati notification pasal publish Mesej GDPR (General Data Protection Regulation) ni di GA sebenarnya 😅. Tapi, sampai kesudah Syu tak buat apa-apa kemaskini. Almaklumlah, jarang selenggara blog & GA sejak dua menjak ni. Korang tau tak pasal mesej GDPR ni?
Remember to publish your GDPR message using a Google-certified CMP to continue showing AdSense ads on your site in the EEA and the UK. If you don't publish it by 16 January 2024, we'll publish one for you.
Memandangkan, hari ni ada kelapangan. Jadi, Syu luangkan masa sikit untuk menghadap benda alah ni sampai habis. Itu pun paksa diri juga menelaah satu persatu. Jenuh jugalah nak hadamkan dalam kepala pasal benda alah ni. Nampak macam simple saja. Tapi, agak renyah untuk di-digest dalam kepala 🥹.
Apa itu mesej GDPR?
Secara roughly, apa yang Syu fahamlah kan. Mesej GDPR ni merupakan privacy settings untuk korang monetise-kan iklan GA korang. Ianya lebih kepada pelindungan data peribadi pengguna/pengujung website korang yang melibatkan kawasan negara Eropah & UK - boleh baca lebih lanjut pasal EU User Consent Policy.
Dengan adanya mesej GDPR ni, sebelum pengguna/pengunjung website korang klik apa-apa pada halaman korang. Consent dari diorang akan diperolehi terlebih dahulu bagi memaklumkan bahawa segala data/maklumat peribadi diaorang selamat & tak akan disalahgunakan sewenang-wenangnya sepanjang iklan dipaparkan di halaman korang.
![]() |
| SUMBER FOTO : Freepik |
Dengan adanya consent dari pengguna/pengunjung website korang. Dengan ini, mereka membenarkan iklan korang dipaparkan & seterusnya bersetuju sekiranya data peribadi mereka digunakan untuk personal ads korang.
Jadi, for those yang ada apply iklan Google Adsense di blog. Bermula 16 Januari 2024, penggunaan mesej GDPR ni diwajibkan bagi mematuhi syarat-syarat pengiklanan di kawasan Ekonomi Eropah (EU) & UK. Pengaktifan mesej GDPR ni adalah bertujuan membenar & melayakkan iklan korang disiarkan kepada pengguna dari kawasan EU & UK.
Cara aktifkan mesej GDPR di Google Adsense
Syu tak sure cara Syu buat ni betul ataupun tidak sebenarnya 😅. Syu just baca & follow instructions yang dah diberikan saja. Yang pasti, korang kena make sure yang korang aktifkan semua mesej - GDPR, CPRA & Ad blocking recovery. Supaya iklan GA korang menepati polisi pengiklanan di sana.
![]() |
| LANGKAH 1 : Klik pada "GO TO GDPR SETTINGS" atau pergi ke bahagian "PRIVACY & MESSAGING" |
![]() |
| Follow saja steps yang GA bagi ni satu persatu sampai habis. |
![]() |
| Letaklah header & tukarlah sikit rupa paras mesej GDPR korang supaya sedap mata memandang. Boleh edit dekat bahagian "STYLING" |
![]() |
| Tekan "PUBLISH" bila dah selesai create mesej. |
![]() |
| Bila dah setel published semua mesej. Semua status "MESSAGE OFF" akan bertukar jadi "MESSAGE ON" 🟢 |
Actually, kalau korang tak activate-kan mesej GDPR ni pun tak mengapa. Sebab GA boleh tolong publish-kan untuk korang secara automatik bila sampai tarikhnya nanti. GA akan create & publish-kan mesej GDPR korang dengan setkannya kepada sistem default settings.
Tapi, kalau dapat aktifkan sendiri GDPR-nya lagi puas hati kan. At least, korang boleh pilih tetapan mesej GDPR korang sendiri & sesuaikan ikut colour theme blog korang. Barulah nampak lebih kemas. Macam ni! 🫣
![]() |
| Ini antara mesej GDPR yang Syu dah buat untuk blog Syuderis.com 🥰. |
Actually, Syu tak ada lah harap blog Syu ni beriklan sampai ke negara Eropah & UK sana 🤣. Since, GA dah bagi arahan. Maka, kita turutkan saja. By the way, korang dah aktifkan GDPR ke belum? Cuba kongsi sikit diruangan komen. Mana tahu cara Syu buat ni tak betul 😂.
Mac 23, 2022
Tips Menulis Blog Terbaik 2022

Tulis penat-penat. Tapi yang membacanya boleh dikira dengan jari. Susah sangat ke menulis artikel blog ni sampai tak ada orang nak baca? Padahal konten dah padu & meletup. Di mana silapnya? Di sini Syu senaraikan tips menulis blog yang menarik & mesra carian enjin (search engine) supaya korang boleh :
- Meningkatkan trafik blog
- Menjadikan artikel yang korang tulis keywords friendly di enjin carian
- Digemari audiences setiap masa
1) TOPIK & TAJUK
Nak pilih topik & tajuk pun tak boleh sembrono ya. Tambah-tambah pada penulis blog yang menjadikan menulis ni sebagai kerjaya sepenuh masa & sumber pendapatan. Jadi, pilihlah topik & tajuk dengan sebaik-baiknya untuk artikel yang bakal ditulis pada blog.
Topik blog yang macam mana yang sesuai?
Intipati utama kepada perkara yang ditulis di blog kita panggil sebagai topik - Cth : Resepi, advertorial, sukan, tutorial, hiburan dll. Untuk pemilihan topik sebaiknya kita pilih topik yang :
- Ada kaitan dengan niche blog
- Menarik & diminati pembaca
- Trending & evergreen untuk jangka masa yang lama - Topik yang tak lapuk dek hujan & tak lengkang dek panas.
![]() |
| SUMBER FOTO : GoHighBrow |
Nak pilih tajuk yang macam mana?
Tajuk blog merujuk kepada judul utama (Headlines) yang bakal korang tulis pada blog. Pemilihan tajuk blog yang betul & tepat sememangnya sangat membantu dalam meningkatkan trafik blog. Sebaiknya, tajuk yang dipilih mestilah :
- Menarik & menonjol - Fokus pada keywords pertama & tiga keywords yang terakhir (Salesforce.com)
- Ringkas & padat - Sebaiknya kurang dari 10 patah perkataan
- Mengandungi keywords yang ada permintaan di enjin carian (Search engine)
- Mempunyai keywords yang mesra carian (Organic search)
Sebelum menulis tajuk artikel pada blog, ambil pusing juga soal keywords terlebih dahulu. Supaya korang boleh kenal pasti tajuk artikel yang macam mana yang dicari & trending. Keyword yang mesra carian menentukan sejauh mana posisi artikel korang dalam enjin carian.
Sekiranya keywords pada tajuk yang korang tulis mesra carian. Maka, tajuk entri blog korang akan dipaparkan pada ranking teratas dalam senarai cadangan search engine. Ini sekaligus membuktikan yang tajuk korang tu sangat-sangat organik.
Sebaiknya korang buat keywords research terlebih dahulu supaya korang tahu topik & tajuk yang macam mana yang audiences suka cari & baca. Sekurangnya korang tak rasa rugi dengan feedback yang bakal korang terima dari hasil artikel yang korang dah terbitkan.
2) SAIZ & JENIS TULISAN (Fonts)
![]() |
| Sumber Foto : Renderforest.com |
Mungkin pada pandangan mata kita, saiz & jenis fonts yang digunapakai dah cukup terbaik untuk artikel yang kita dah tulis. Hakikatnya, tidak pada sudut pandangan pembaca.
Jenis tulisan yang serabut & terlampau fancy sebenarnya menyakitkan mata & menyukarkan pembaca untuk memahami artikel yang dah ditulis. Jadi, pilihlah jenis tulisan yang bersesuaian. Begitu juga dengan saiznya. Tulisan terbaik adalah tulisan yang :
- Menonjol & menyerlah
- Tulisan yang minimalis & mesra mata - Cth: Roboto, Georgia & Trebuchet
- Elakkan tulisan berangkai & berkerawang - Cth : Sacramento, Parisienne & Pinyon Script
- Saiz yang sesuai untuk dibaca di skrin dekstop/laptop & telefon - 16 pt & ke atas adalah pilihan yang terbaik
3) FORMAT PENULISAN
Menulis artikel di blog tak sama seperti kita menulis karangan masa sekolah dedulu. Ianya bebas & tak terikat pada apa-apa format spesifik pun.
Secara kasarnya, masih ada diselitkan elemen asas penulisan seperti PENGENALAN, ISI & PENUTUP/KESIMPULAN dimasukkan ketika menulis. Selebihnya bergantung kepada strategi penulis untuk tarik minat pembaca. Tapi sebaiknya artikel yang ditulis hendaklah :
- Mudah dibaca & difahami
- Mempraktikkan penggunaan H1,H2,H3 (Headings, subheadings & paraghraph) dengan betul semasa menulis
- Di highlight kata kunci & poin utama - Penggunaan bold, italic, underline mahupun mengubah warna & latarbelakang (Text color & text background color) sangat digalakkan bagi menyerlahkan poin yang cuba hendak disampaikan kepada pembaca
- Gunakan bulleted & numbered list
- Ayat yang ringkas, padat & jelas
- Menggunakan tanda baca yang betul
- Perenggan pendek & tidak terlalu panjang
- Gunakan singkatan & istilah/jargon yang mudah difahami pembaca - sebaiknya sertakan sekali pautan luar untuk makna perkataan & istilah tu
4) PENGGUNAAN IMEJ & VIDEO
Asyik baca tulisan saja membosankan juga. Sekali sekala kena selitkan juga beberapa keping gambar mahupun video dalam artikel supaya pembaca rasa terhibur & stay lebih lama untuk membaca artikel korang sampai habis. Selain itu juga, pengunaan imej seperti infografik, gambarajah, grafik statik & beranimasi (Cth : GIF) sangat berkesan untuk memudahkan pemahaman pembaca.
![]() |
| SUMBER FOTO : Blogtyrant.com |
- Gunakan saiz & skala imej yang bersesuaian - Imej yang bersaiz besar menyebabkan blog lambat loading
- Format imej yang terbaik & cepat loading - JPEG, WEBP atau AVIF
- Imej yang ada kaitan dengan tajuk artikel - Cerita pasal makanan. Tiba-tiba dalam entri muncul gambar binatang. Memang tak kena langsung.
- Jelas & tidak blur
- Grafik statik & bergerak mampu meningkatkan pemahaman pembaca
- Responsif untuk dipaparkan dalam apa jua mode
5) IKLAN
Selit iklan pada artikel memang bagus. Sebab dari iklan itulah penulis blog dapat menjana pendapatan. Tapi harus diingat satu perkara. Nak selitkan iklan pun kena berpada-pada juga. Kalau boleh, pastikan iklan yang diletakkan jangan sampai mengganggu konsentrasi & merimaskan pembaca untuk membaca.
Artikel mahupun blog yang terlampau sarat dengan iklan, boleh menyebabkan pengunjung jadi serik untuk membuat kunjungan. Kalau boleh, dalam satu artikel paling kurang selitkan 3-4 iklan (In-article ads) sahaja. Bergantung kepada panjang artikel yang korang tulis. Jangan tamak letak iklan. Sebab ketamakkan tu akan mempengaruhi mood pembaca yang membaca.
Cuba belajar letakkan diri korang pada situasi si pembaca. Sudah semestinya korang akan berasa rimas & menyampah tengok iklan yang melampau-lampau kan? Tambah-tambah pop up ads yang suka muncul tiba-tiba & bukan-bukan hala pada artikel. Tak salah nak letak iklan pada artikel & blog. Cuma jangan melampau-lampau.
6) PENGGUNAAN CTA (Call-to-action)
Pernah dengar YTubers cakap - "Jangan lupa tekan butang LIKE, SHARE & SUBSCRIBE"? Kalau korang nak tahu itu antara salah satu contoh call-to-action (CTA) yang dilakukan secara verbal untuk galakkan audiences bagi sokongan. Bila diajak & disuruh semestinya akan ada tindakan susulan dari audiences korang.
![]() |
| Sumber Foto : Marketing91.com |
CTA tu apa?
CTA tu sebenarnya merupakan ajakan & galakkan kepada audiences untuk bertindak lebih lagi pada artikel yang telah ditulis pada halaman blog. Kita sedia maklum yang menulis di blog tak sama seperti kita berkomunikasi secara verbal. Bila kita nak audience bagi respon. CTA antara salah satu caranya.
Misal kata korang ada tulis satu artikel ni. Tapi artikelnya macam dah sendu. Gunakan CTA ni supaya artikel sendu korang tu hidup kembali. Jangan lupa sertakan pautannya sekali supaya pembaca korang senang nak baca.
Bila penggunaan CTA korang berkesan, secara automatik korang berjaya menarik minat pembaca untuk stay lebih lama di halaman blog. Bermula dari satu halaman, pembaca akan pergi ke halaman yang lain. Antara contoh CTA yang selalu digunakan pada artikel :
➣ BACA JUGA
Penggunaan CTA yang betul bukan sahaja dapat meningkatkan pageviews. Malah, dapat mengoptimumkan peratusan bounce rate blog - Bounce rate optimum adalah dalam linkungan 26% - 40%. Nak letak CTA pun mesti kena dengan caranya juga. Sebaiknya CTA :
- Diletak pada tempat yang sesuai
- Ringkas & sederhana
- Tidak terlampau kerap diletakkan pada artikel atau pada halaman blog - 2 ke 3 CTA sudah memadai untuk satu-satu artikel
7) PENULISAN YANG SANTAI & BERSAHAJA
Penulisan yang santai & bersahaja memudahkan penyampaian serta memudahkan pemahaman pembaca. Tapi, harus dititik beratkan juga dari aspek penggunaan bahasa supaya artikel yang ditulis tu mudah untuk dialih bahasa.
Harus diingat, pembaca blog tak semestinya dari negara kita. Ada juga pembaca dari negara luar. Jadi, tulislah artikel menggunakan bahasa & ayat yang mudah diterjemah oleh Google translate supaya pembaca dari luar dapat memahami setiap bait ayat yang ditulis pada artikel.
Kesimpulannya, penulisan entri yang menarik bukan sahaja dapat mengekalkan mood & minat pembaca untuk stay lebih lama di halaman blog korang. Malah, ianya sekaligus dapat meningkatkan pageviews juga. Blog yang mempunyai hasil penulisan yang menarik, mesti takkan putus dengan audiences.Jadi, teruskan menulis artikel blog yang menarik & berkesan.
Sumber Rujukan
Tips creating great blog - Hostgator
15 Types Of Blog Post Titles That Get Clicked - LoctionRebel
Types of CTAs : 6 Types of Call to Action - Active Campaign
Mac 10, 2022
Tukar Favicon Blogger

Bila laptop rosak. Macam-macam perkara & idea muncul nak dibuat pada blog. Nak buat ini. Nak buat tu. Hari ni entah macam mana datang pula idea nak tukar favicon (favourite icon) blog. Memang tak dinafikan yang Syu dah lama tak tukar favicon blog. Yang hairannya kenapa sekarang baru terlintas nak buat ya? Kenapa bukan masa ada laptop dedulu 😂. Bukan-bukan hala idea nak membega blog ni datang. Selagi tak buat, selagi itulah benda ni duduk berlegar dalam kepala otak- Tukarlah...tukarlah...tukarlah favicon Syu!
DARI KEPALA BERUANG KE EPAL || Penyudahnya, Syu tukar sajalah gambar favicon kepala beruang Syu tu dengan favicon baru yang berbentuk epal. Kenapa epal? Sesuailah dengan tema header Syu yang sedia ada sekarang ni. Nak letak favicon lain macam tak kena pula. Jadi, ada baiknya Syu padankan dengan ikon yang ada pada header blog Syu 🍎. Baru nampak cantik & seragam sikit.
| Goodbye bear 🧸. Hello apple!!🍎 |
Dari segi rekabentuk. Syu pilih imej yang ringkas & tak terlampau fancy untuk dijadikan favicon. Cukup sekadar ikonnya ada kena mengena sedikit dengan header blog Syu. Kalau korang nak tahu, kebanyakkan ikon-ikon yang Syu buat jadi favicon ni semuanya Syu ambil di Icon8.
Di sana ada bermacam-macam pilihan ikon comel yang korang boleh pilih untuk dijadikan favicon blog. Majoriti saiz ikonnya sangat kecil & sangat sesuai untuk dijadikan imej favicon. Jadi, korang tak payah nak runsing-runsing dah pasal saiz yang bakal korang muatnaik masa nak tukar favicon pada bahagian tetapan Blogger nanti.
Memandangkan Syu malas nak reka favicon Syu sendiri. Jadi, Syu tangkap muat sahaja mana-mana ikon yang Syu berkenan di Icon8. Cepat & mudah. Kalau ikutkan ada banyak lagi favicon percuma yang korang boleh dapat di website lain sebenarnya. Cuma korang kena pandai & rajin mencari. Tapi misal kata korang nak guna imej favicon korang sendiri, sebaiknya korang guna FAVICON GENERATOR untuk tukar imej kegemaran korang kepada saiz yang bersesuaian dengan kehendak Blogger.
CARA TUKAR FAVICON BLOG
Walaupun piece of cake sahaja cara nak tukar favicon blog. Tapi kalau tak kena cara, proses penukaran favicon korang mungkin takkan berhasil 😅. Malah favicon yang korang nak tu mungkin takkan muncul selepas korang buat penukaran. Untuk buat penukaran favicon, pastikan imej yang korang nak guna tu saiznya tak lebih dari 100KB - Saiz paling optimum 16 x 16 pixels. Itu perkara yang pertama. Perkara yang kedua. Semasa menukar favicon di blog, ada 2 LANGKAH WAJIB yang korang perlu buat supaya korang dapat menukar favicon blog korang dengan jayanya tanpa sebarang masalah.
LANGKAH PERTAMA : Buang & Tukar Imej Favicon
- Pergi ke bahagian tetapan (Setting) Blogger untuk buat penukaran favicon
- Di bahagian Basic nanti, korang pilih butang Favicon
- Buang gambar favicon yang sedia ada - Sekiranya ada
- Pilih fail (Choose File) & muatnaik gambar yang hendak dijadikan favicon blog
- Tekan butang SAVE
Belum selesai lagi ya proses tukar favicon tu. Lepas muat naik imej favicon kegemaran korang, ada satu perkara lagi yang korang WAJIB BUAT. Kalau korang skip langkah yang ini, sampai kesudah favicon yang korang tukar tu tak akan muncul pada blog yang korang cuba paparkan. Silap-silap yang muncul hanyalah imej favicon korang yang lama atau default favicon dari Blogger.
LANGKAH KEDUA : Reset Imej Favicon
- VIEW BLOG & kemudian masukkan kod ni dihujung URL blog - /favicon.ico
- Tekan ENTER
- Kemudian tekan butang REFRESH untuk reset imej - Masa ni imej favicon korang yang lama akan automatik bertukar kepada imej favicon yang baru
- TUTUP tab kemudian VIEW BLOG sekali lagi - Imej favicon yang baru akan muncul disebelah tajuk yang dipaparkan pada bahagian tab.
Dengan cara ni juga, korang tak payah bersusah payah nak kena clear kan cookies & cached image/file dibahagian browsing data. Cukup sekadar korang resetkan imej favicon korang dengan langkah ni. Pada yang ada perancangan nak menukar favicon blog. Selamat mencuba. Sekiranya tak berjaya. Jangan segan silu untuk bertanya.
Disember 29, 2021
10 Template Blog Cantik & Murah Di Etsy

Templat blog di Etsy memang cantik-cantik semuanya. Rambang mata bila tengok. Ada yang murah & ada juga yang mahal. Bergantung pada tema, susun atur & rekabentuknya. Tapi, semahal mana sekalipun template korang itu tak bermakna yang blog korang sudah cukup bagus untuk menarik minat pembaca. Blog yang terlampau sarat & serabut juga kadang-kadang boleh menyukarkan pembaca untuk cari entri yang korang dah post.
Selain dari Etsy ni, ada banyak platform lain yang menjual templat blog. Malah, templat blog percuma pun korang boleh dapat. Cuma, apa yang tak seronoknya pasal templat percuma ni adalah bila mana CSS, html & Javascript templat tu bermasalah & corrupted, korang sendiri pun jadi buntu macam mana nak betulkan 😅. Bila korang beli secara terus dengan perekanya sendiri, sekurang-kurangnya diorang boleh tolong korang sekiranya templat yang korang beli tu bermasalah.
Berdasarkan pengalaman Syu Beli Templat Di Etsy, proses membeli templat memang sangat-sangat mudah. Malah, pereka templat blog Syu juga sangat membantu apabila ada permasalahan pada templat. Memang tak dinafikan, ada sesetengah templat blog di Etsy mahal sampai harga cecah ratusan ringgit. Tapi, kalau korang bijak memilih. Korang boleh dapat templat yang harganya tak sampai pun RM30. Tak percaya? Dekat bawah ni Syu senaraikan 10 templat blog yang cantik & murah untuk korang miliki - Klik pada gambar untuk tengok live demo.
1) Snowdrop
2) Orianna
3) Siobhan
4) Heather
5) Clementine
6) Lily
7) Soulmate
8) Tulip
9) Nettle
10) Dahlia
Disember 16, 2021
DevTools : Ubah Suai Theme Blog Tanpa Merosakkan Kod Html/CSS

Ada baca tak perkongsian Syu pasal - CTRL + U & F12 : Cara Nyahaktif Fungsinya Di Blogger kemarin? Tak baca lagi? Tak apa, Nanti ada freetime korang baca okey 😊. Hari ni Syu nak buat sedikit perkongsian dengan korang macam mana nak buat pengubahsuaian design blog korang dengan menggunakan salah satu dari butang shortcut ni. Walaupun korang tak ada pengetahuan asas & pengalaman langsung pasal CSS & html. Syu yakin, korang sendiri pun boleh cutomize kan blog korang sendiri dengan menggunakan DevTools. Tapi, sebelum nak gunakan DevTools ni, make sure korang aktifkan semula fungsi butang shortcut F12. Kalau korang tak ada apply. Korang boleh proceed dengan pengubahsuaian template menggunakan DevTools.
Syu tahu mesti ramai yang takut nak kacau bahagian html bila nak buat customization theme pada blog kan? Syu dulu pun noob jugak pasal koding-koding ni. Sepatah haram pasal CSS & html pun Syu tak tahu. Tapi, selepas Syu banyakkan membaca & rujuk artikel-artikel pasal CSS & html. Alhamdulillah, ada lah bertambah sikit kemahiran asas Syu bermain dengan kod-kod. Bila nak edit html tu memang seram & takut sangat kan. Bukan apa, takut tersalah masuk kod. Syu faham. Dulu Syu pun macam tu jugak. Tapi sekarang dah biasa dah 😉. Sebab Syu sendiri dah tahu nak buat macam mana.
Memandangkan Syu dah tahu caranya serba sedikit. Tak menjadi masalah sekiranya Syu kongsikan dengan korang. Tambah-tambah pada mereka-mereka yang tak ada keberanian nak buat pengubahsuaian pada blog 😁. Sejujurnya, sampai sekarang Syu masih lagi belajar macam mana nak apply sesetengah kod dalam blog. Tapi, sejak gunakan fungsi DevTools (Developer tools), kerja pengubahsuaian blog Syu jadi lebih mudah & sekaligus dapat mengurangkan kesilapan Syu dari memasukkan kod yang salah ketika mengedit html.
Cuma satu perkara korang kena ingat. Devtools ni hanya sekadar petunjuk kepada elemen yang korang nak inspect & ubah sahaja. Sebarang pengubahsuaian di DevTools tak akan di apply secara automatik pada blog. Ianya hanya sekadar alternatif lain bagi mengurangkan risiko korang tersalah sentuh & masukkan kod CSS pada blog. Satu perkara lagi, sebelum menyentuh sebarang kod di bahagian THEME, pastikan korang buat backup terlebih dahulu. Kalau korang tak buat sebarang backup, ianya akan jadi satu masalah bila korang nak recover balik kod yang korang dah ubah. Yang ni wajib buat dulu okey!!😉
CARA GUNA DEVTOOLS UNTUK UBAHSUAI TEMPLATE
Untuk pengetahuan korang, DevTools ni korang boleh guna dengan cara menekan butang F12 atau CTRL + SHIFT + I. Dengan adanya DevTools ni, ianya membolehkan korang kenalpasti kod-kod CSS & html yang korang nak adjust masa tukar design blog nanti. sebaik sahaja fungsi DevTools ni dipaparkan, secara automatik akan dipaparkan juga segala kod CSS & html dalam blog korang. Tapi, korang kena ingat. Sebarang pengubahsuaian kod pada bahagian ni tak akan mengubah apa-apa pada design blog korang. Jadi, nak tak nak korang kena pergi ke bahagian theme juga untuk buat pengubahsuaian kod.
Nak inspect kesilapan elemen blog korang senang jer. Selepas DevTools dipaparkan. Korang cuma perlu tekan butang INSPECTION (ARROW Icon) atau tekan CTRL+ Shift + C. Kemudian, korang hanya perlu klik dekat mana-mana bahagian elemen blog yang korang nak tukar atau betulkan. Once dah jumpa, korang cuma perlu masukkan kod CSS yang korang nak tambah. Lepas dah nampak hasilnya, korang boleh proceed untuk ADD CSS di bahagian CUSTOMIZE THEME atau EDIT HTML.
Berkenaan dengan kod CSS ni sejujurnya korang kena belajar juga kodnya sikit-sikit. Supaya korang tahu elemen apa yang korang nak ubah pada blog korang 😊. Masa ni korang kena try & error sikitlah yer. Sebab ada masa & ketika kebarangkalian kod yang korang masukkan tu mungkin tak berjaya. Tapi, dengan cara yang Syu tunjuk ni sekurang-kurangnya boleh kurangkan kadar kesilapan korang memasukkan kod yang salah pada html/CSS di ruangan theme. Sekurang-kurangnya theme/template blog korang tak jadi caca merba.
So, setakat ni sahaja perkongsian Syu. Next entri Syu akan kongsi lebih details macam mana korang nak ambil & gunakan kod-kod CSS tu untuk dimasukkan ke dalam theme/template korang. Sekiranya korang ada sebarang pertanyaan & kemusykilan, korang boleh drop di bahagian komen atau di Contact Form. Semoga perkongsian Syu ni dapat memudahkan korang untuk perbaiki masalah design blog korang. Andai perkongsian Syu ni tak membantu, sebaiknya korang hubungi semula web designer korang atau cari mana-mana expertise yang hebat dalam pengubahsuaian blog. Mungkin korang boleh dapatkan servis dari Alien Oren (AO) untuk buat blog refreshment 😉🍎.
Disember 13, 2021
CTRL + U & F12 : Cara Nyahaktif Fungsinya Di Blogger

Mungkin ada sesetengah Blogger tak tahu fungsi dua butang shortcut ni. Nampak macam butang biasa jer kan. Tapi, dua butang ni memang memainkan peranan yang sangat penting bagi menghalang copycat dari mencuri kod-kod html & CSS dari template yang korang dah design & beli dengan bersusah payah. Mungkin kod tu tak dapat diambil semua. Tapi kebarangkalian kod-kod korang untuk dilihat & diciplak tu tetap ada. Kalau download theme/template dari Gooyabi mungkin tak terasa sangatlah 😁. Sebab kebanyakkan theme/template blog dari sana semuanya FOC (Free of charge). Jadi, tak menjadi masalah sekiranya kod theme/template tu digunakan secara percuma seantero dunia.
Bila sebut pasal kod CSS & html ni. Ada sesetengah web expertise tak kisah pun kod diorang digunakan oleh siapa-siapa. Malah, diorang berlapang dada untuk berkongsi kod-kod tersebut dengan orang lain. Tambahan pula, kod-kod ni sentiasa berubah-ubah & kebolehupayaan guna pakai kod-kod tu berbeza. Even korang nak guna sekalipun kena try & error. Kadang-kadang berhasil. Kadang-kadang tak.
Jadi, diorang hanya berkongsi cara & step supaya ianya bermanfaat untuk korang guna. Berfungsi atau tak kod tu bergantung pada kebolehupayaan kod tu beradaptasi dengan kod CSS, html & Javascript yang sedia ada dalam theme/template korang. Ada sesetengah kod tak sesuai digandingkan bersama. Tak sekufulah lebih kurang 😁. Jadi, kena berhati-hati bila bermain dengan kod-kod ni. Salah letak kod boleh menghasilkan theme/template yang bermasalah.
By the way, kalau korang nak tahu fungsi kedua-dua butang shortcut ni adalah :
- CTRL + U : Paparkan segala isi kandungan CSS & html theme/template
- F12 atau CTRL+SHIFT+I : Mengeluarkan fungsi DevTools (Developer Tools) yang memaparkan segala elements (CSS,html,Javascript,dll.) yang ada pada theme/template blog korang.
[Note : Fungsi butang-butang ni hanya untuk Windows & Linux sahaja. Untuk Mac boleh rujuk SINI]
Hal ni mungkin berbeza buat pembeli-pembeli theme/template macam Syu ni. Bukan apa, dah lah beli theme/template cantik mahal-mahal. Lepas tu orang curi kod senang-senang macam tu jer 😂. Bukan kedekut nak berkongsi. Nak berbeli template/theme ni pun agak costly jugalah sebenarnya. Lagi satu, kita kena menjaga juga hak cipta web designer yang dah cipta kod-kod ni.
Lagipun, lepas korang beli theme/template korang tetap kena follow juga terma & syarat pembelian yang selalu web designer dah highlight kan - "LIMITED TO 2 USERS ONLY" & "DO NOT REMOVE THE CREDIT". Memanglah bukan Syu web designer nya. Tapi, tak patutlah kan kalau kod yang orang lain bersusah payah buat di ambil macam tu sahaja. Tak kiralah kita yang keluar duit sekalipun. So, untuk elakkan masalah kod dicuri. Penyahaktifan fungsi CTRL + U & F12 sangat sesuai untuk diguna pakai. pada blog korang.
CARA NYAHAKTIF
<script src="https://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/2.2.0/jquery.min.js"></script>
<script>
$(document).keydown(function (event) {
if (event.keyCode == 123) {
return false;
}
else if (event.ctrlKey && event.shiftKey && event.keyCode == 73) {
return false;
}
});
$(document).on("contextmenu", function (e) {
e.preventDefault();
});
</script>
[Note : Keberhasilan penggunaan kod mungkin berbeza mengikut theme/template. Kod ni hanya sekadar cadangan sahaja]
Untuk nyahaktifkan fungsi dua butang ni, korang hanya perlu masukkan kod ni ke dalam HTML/Javascript Widget di bahagian layout. Lepas dah SAVE, kod ni akan automatik diaktifkan. Berdasarkan Syu punya teknik try & error. Hanya kod ni sahaja yang Syu rasa berfungsi dengan baik untuk nyahaktifkan fungsi kedua-dua butang ni. Ada juga KOD-KOD LAIN yang Syu cuba. Tapi, hasil dia berbeza-beza & tak menepati apa Syu nak.
KEBURUKKAN PENYAHAKTIFAN
Bila korang nyahaktifkan kedua-dua fungsi butang CTRL+ U & F12 dengan menggunakan kod ni. Ia secara automatik akan menyukarkan korang & juga pengguna laman web untuk menggunakan fungsi Right Click. Kalau korang rajin buat giveaway, cara macam ni mungkin akan menyukarkan contestants korang untuk menggunakan sebarang poster/banner. Walaubagaimanapun, fungsi copy (CTRL + C) & paste (CTRL+ V) masih boleh digunakan seperti biasa untuk menyalin isi kandungan blog. Tapi, hanya terhad untuk copy & paste perkataan sahaja. Sebarang imej hanya boleh di-view sahaja apabila diklik.
Kalau korang ada beli & installed theme/template dari designer. Tak kiralah dari platform mana sekalipun. Ianya juga sedikit sebanyak akan menyukarkan designer blog korang untuk mengakses elemen yang dilaporkan bermasalah tu dikemudian hari. Jadi, sebelum korang minta designer blog korang cek. Sebaiknya korang aktifkan semula fungsi butang F12 dengan cara me-remove kod yang Syu bagi tadi dari Html/Javascript widget (Make sure korang buat salinan kodnya terlebih dahulu di Notepad/Words).
Lepas masalah template blog dah berjaya diselesaikan, baru korang nyahaktifkan semula kod pada blog. Actually, kalau tak remove pun tak apa. Sebab masih ada shortcut key lain yang boleh digunakan untuk designer blog korang cek masalah template. Melainkan, dia dah terbiasa guna butang F12. Apa-apa pun, pilihan di tangan korang 😉🍎.
November 23, 2021
Responsif Youtube Video. Buat Online Pun Boleh!!

Sebelum ni Syu ada kongsi cara macam mana nak buat video YTube responsif di blog [Cara Buat Responsif YouTube Video Di Blog] . Caranya mungkin agak renyah sikit sebab korang kena bermain dengan kod CSS & html. Kali ni Syu tunjuk satu cara lagi. Kali ni lagi mudah. Korang hanya perlu copy, paste & embedded kan sahaja link YTube video yang korang nak letak pada blog 😉💕.
Semoga perkongsian Syu kali ni bermanfaat pada korang yang nak letak video YTube pada blog dengan cara yang mudah tanpa bermain dengan kod CSS & html yang ternyata menyerabutkan kepala tu. Sebarang pertanyaan korang boleh drop diruangan komen - Good Night!! Nah epal 😉🍎!!
November 18, 2021
Cara Follow Rakan Blogger Yang Tak Ada Letak Follower Widget
Ada masa & ketika bila kita dah buat blogwalking jauh-jauh. Tiba-tiba bila nak follow blog rakan blogger yang baru, tak ada Followers Widget. Hallah3. Kita suka blog awak tau. Tapi tak boleh nak follow. Jangan pening-pening. Jangan runsing. Hari ni Syu akan tunjuk dekat korang macam mana follow blogger yang tak letak Followers Widget dekat blog. Memandangkan Syu sendiri pernah alami benda macam ni. Jadi Syu kongsikan caranya macam mana.
Mungkin agak renyah sikit. Tapi pada Syu, ini antara solusi & pendekatan yang Syu rasa berkesan untuk korang follow rakan blog korang yang baru. Mungkin ada sesetengah blogger tak suka difollow & barangkali juga nak ringankan blog dari widget yang memberatkan. Tapi, Follower Widget ni memberatkan blog ke? (Pakar Blogger komen sikit 😁). Sebab Syu ada juga terbaca, widget yang banyak boleh memberatkan blog & meyebabkan page lambat loading. Syu pun tak pasti widget yang mana memberatkan tu. Pada Syu, Followers Widget ni macam tak memberatkan.
Pada Syu, Followers Widget ni antara satu-satu widget yang Syu kira agak penting jugaklah untuk diletakkan di dalam blog. Bukan sebab galak kejarkan followers (Dalam dunia blog ni, bloggers tak kejar followers. Tapi kejar PVs, cliks segala okey 😆). Tapi, sebab nak memudahkan pembaca-pembaca blog kita follow & baca entri terkini yang kita dah post. Bila kita follow blog seseorang tu. setiap kali ada entri baru ianya akan dipapar di dashboard Reading List. So, dekat situ dah memudahkan followers kita untuk tahu perkembangan terbaru blog kita. Betul ke tidak? Tak betul, kabor ke teman 😁.
Jadi, bagi menunaikan hasrat korang untuk mem-follow blog yang tak ada Followers Widget caranya adalah dengan menambah URL blog yang korang nak follow di bahagian Manage Blogs I'm Following. Macam mana? Okey, korang ikut langkahnya dekat bawah ni 😉.
STEP 1 :
Pergi ke bahagian dashboard READING LIST di Blogger
STEP 2 :
Klik pada butang MANAGE
STEP 3 :
Di dashboard MANAGE BLOGS I'M FOLLOWING, korang klik pada butang ADD
STEP 4 :
COPY & PASTE URL blogger yang korang nak follow. Klik pada butang ADD ANOTHER sekiranya korang nak tambah rakan blogger lebih dari satu.
STEP 5 :
Tekan butang NEXT & kemudian pilih samada nak follow secara PUBLICLY/ANONYMOUSLY
STEP 6 :
Klik butang FOLLOW & URL rakan blogger berserta nama blog akan dipaparkan di dashboard MANAGE BLOGS I'M FOLLOWING
Setel!! So, itulah caranya macam mana korang nak add rakan blogger korang yang tak ada letak Followers Widget di blog. Walaupun stepnya macam banyak. Tapi, ini antara cara yang korang boleh guna untuk korang sentiasa tahu perkembangan terkini rakan maya korang 😉. Setiap kali diorang published post, korang akan nampak post diorang dekat dashboard Reading List. Senangkan? Semoga perkongsian Syu ni bermanfaat untuk korang terutamanya pada rakan blogger yang baru terjebak dalam dunia Blogger. Nah apple!! 😁🍎 - Sebarang pertanyaan sila drop diruangan komen atau di contact form.
Oktober 31, 2021
Cara Letak Responsif YouTube Video Di Blog

Pagi ni memang sejuk sangat bila celik biji mata subuh-subuh 😂. Lama jugak hujan malam tadi. Sampai ke subuh pun masih ada sisa-sisa renyai lagi. By the way, untuk pengakhiran bulan Oktober yang indah ni, Syu nak buat perkongsian sikit pada korang-korang yang tak tahu macam mana nak letak responsif YTube video dalam entri, Memang tak dinafikan, ada masa & ketika kita nak jugak selitkan hiburan segala dalam blog. Bukan apa, saja nak bagi blog meriah. Tak ada lah sendu jer dengan tulisan & gambar memanjang.
Mesti runsingkan kalau korang letak video YTube lepas tu dia punya paparan video tu tak responsif. Tambah-tambah bila korang tengok guna handphone atau tablet. Bila jadi pembaca, nak klik video pun rasa macam malas jer sebab video yang dikongsi tu keluarnya separuh. Kalau terkena video yang autoplay, nak tak nak layankan jelah sampai sudah 😅.
Bila view guna desktop mode, video memang nampak sempurna tanpa cacat cela. Tapi, bila korang tengok menggunakan mode yang berskala kecil dari dektop (tablet atau handpone), dia punya aspek ratio tu akan lari sikit. Video yang korang dah kongsi tu tak cantik terletak & akan nampak separuh jer bila nak tengok.
Kalau nak tahu, satu-satu paparan video di blog tu dikatakan responsif bila mana kita buka menggunakan handphone atau tablet, saiz & aspek ratio video tu tak berubah. Apa yang berlaku adalah, video yang responsif ni akan mengubah saiz paparannya secara automatik & pada masa yang sama mengekalkan aspek ratio video tu.
Macam mana nak buat? Ni yang Syu nak explain ni 😄. Untuk langkah yang pertama, korang kena letak kod CSS ni dalam theme korang. Dengan meletakkan kod CSS ni, baru kod html korang apply akan aktif.
LANGKAH 1 : MASUKKAN KOD CSS.videoyoutube{text-align:center;margin:auto;width:100%}.video-responsive{position:relative;padding-bottom:56.25%;height:0;overflow:hidden}.video-responsive iframe{position:absolute;top:0;left:0;width:100%;height:100%;border:0}
LANGKAH 2 : MASUKKAN KOD KE DALAM POST<div class="videoyoutube"><div class="video-responsive"><div style="text-align: center;">< EMBEDDED KOD YTUBE ></ div></ div></ div>








.webp)
.webp)
.webp)


