CTRL + U & F12 : Cara Nyahaktif Fungsinya Di Blogger

Disember 13, 2021

Mungkin ada sesetengah Blogger tak tahu fungsi dua butang shortcut ni. Nampak macam butang biasa jer kan. Tapi, dua butang ni memang memainkan peranan yang sangat penting bagi menghalang copycat dari mencuri kod-kod html & CSS dari template yang korang dah design & beli dengan bersusah payah. Mungkin kod tu tak dapat diambil semua. Tapi kebarangkalian kod-kod korang untuk dilihat & diciplak tu tetap ada. Kalau download theme/template dari Gooyabi mungkin tak terasa sangatlah 😁. Sebab kebanyakkan theme/template blog dari sana semuanya FOC (Free of charge). Jadi, tak menjadi masalah sekiranya kod theme/template tu digunakan secara percuma seantero dunia.



Bila sebut pasal kod CSS & html ni. Ada sesetengah web expertise tak kisah pun kod diorang digunakan oleh siapa-siapa. Malah, diorang berlapang dada untuk berkongsi kod-kod tersebut dengan orang lain. Tambahan pula, kod-kod ni sentiasa berubah-ubah & kebolehupayaan guna pakai kod-kod tu berbeza. Even korang nak guna sekalipun kena try & error. Kadang-kadang berhasil. Kadang-kadang tak.



Jadi, diorang hanya berkongsi cara & step supaya ianya bermanfaat untuk korang guna.  Berfungsi atau tak kod tu bergantung pada kebolehupayaan kod tu beradaptasi dengan kod CSS, html & Javascript yang sedia ada dalam theme/template korang. Ada sesetengah kod tak sesuai digandingkan bersama. Tak sekufulah lebih kurang 😁. Jadi, kena berhati-hati bila bermain dengan kod-kod ni. Salah letak kod boleh menghasilkan theme/template yang bermasalah.


By the way, kalau korang nak tahu fungsi kedua-dua butang shortcut ni adalah :


  • CTRL + U : Paparkan segala isi kandungan CSS & html theme/template
  • F12 atau CTRL+SHIFT+I : Mengeluarkan  fungsi DevTools (Developer Tools) yang memaparkan segala elements (CSS,html,Javascript,dll.) yang ada pada theme/template blog korang.


[Note : Fungsi butang-butang ni hanya untuk  Windows & Linux sahaja. Untuk Mac boleh rujuk SINI]


Hal ni mungkin berbeza buat pembeli-pembeli theme/template macam Syu ni. Bukan apa, dah lah beli theme/template cantik mahal-mahal. Lepas tu orang curi kod senang-senang macam tu jer 😂. Bukan kedekut nak berkongsi. Nak berbeli template/theme ni pun agak costly jugalah sebenarnya. Lagi satu, kita kena menjaga juga hak cipta web designer yang dah cipta kod-kod ni.



Lagipun, lepas korang beli theme/template korang tetap kena follow juga terma & syarat pembelian yang selalu web designer dah highlight kan -  "LIMITED TO 2 USERS ONLY" & "DO NOT REMOVE THE CREDIT". Memanglah bukan Syu web designer nya. Tapi, tak patutlah kan kalau kod yang orang lain bersusah payah buat di ambil macam tu sahaja. Tak kiralah kita yang keluar duit sekalipun.  So, untuk elakkan masalah kod dicuri. Penyahaktifan fungsi CTRL + U & F12 sangat sesuai untuk diguna pakai. pada blog korang.





CARA NYAHAKTIF


<script src="https://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/2.2.0/jquery.min.js"></script>


<script>

$(document).keydown(function (event) {

if (event.keyCode == 123) {

return false;

}

else if (event.ctrlKey && event.shiftKey && event.keyCode == 73) {

return false;

}

});


$(document).on("contextmenu", function (e) {

e.preventDefault();

});

</script>


[Note : Keberhasilan penggunaan kod mungkin berbeza mengikut theme/template. Kod ni hanya sekadar cadangan sahaja]


Untuk nyahaktifkan fungsi dua butang ni, korang hanya perlu  masukkan kod ni ke dalam HTML/Javascript Widget  di bahagian layout. Lepas dah SAVE, kod ni akan automatik diaktifkan. Berdasarkan Syu punya teknik try & error. Hanya kod ni sahaja yang Syu rasa berfungsi dengan baik untuk nyahaktifkan fungsi kedua-dua butang ni. Ada juga KOD-KOD LAIN yang Syu cuba. Tapi, hasil dia berbeza-beza & tak menepati apa Syu nak. 


Ctrl + U & F12 Shortcut Key





KEBURUKKAN PENYAHAKTIFAN


Bila korang nyahaktifkan kedua-dua fungsi butang CTRL+ U & F12 dengan menggunakan kod ni. Ia secara automatik akan menyukarkan korang & juga pengguna laman web untuk menggunakan fungsi Right Click. Kalau korang rajin buat giveaway, cara macam ni mungkin akan menyukarkan contestants korang untuk menggunakan sebarang poster/banner. Walaubagaimanapun, fungsi copy (CTRL + C) & paste (CTRL+ V) masih boleh digunakan seperti biasa untuk menyalin isi kandungan blog. Tapi, hanya terhad untuk copy & paste perkataan sahaja.  Sebarang imej hanya boleh di-view sahaja apabila diklik.



Kalau korang ada beli & installed theme/template dari designer. Tak kiralah dari platform mana sekalipun. Ianya juga sedikit sebanyak akan menyukarkan designer blog korang untuk mengakses elemen yang dilaporkan bermasalah tu dikemudian hari. Jadi, sebelum korang minta designer blog korang cek. Sebaiknya korang aktifkan semula fungsi butang F12 dengan cara me-remove kod yang Syu bagi tadi dari Html/Javascript widget (Make sure korang buat salinan kodnya terlebih dahulu di Notepad/Words).



Lepas masalah template blog dah berjaya diselesaikan, baru korang nyahaktifkan semula kod pada blog. Actually, kalau tak remove pun tak apa. Sebab masih ada shortcut key lain yang boleh digunakan untuk designer blog korang cek masalah template. Melainkan, dia dah terbiasa guna butang F12. Apa-apa pun, pilihan di tangan korang 😉🍎.

Comments

  1. Alaaa.. uncle bukan faham nak buat benda2 ni.. Guna yg basic je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi2. Takpe uncle. Serahkan pada mereka-mereka yang faham. Blog uncle yang basic tu pun dah cukup bombastik tau 😁🍎.

      Padam
  2. memang x pandai yg code2 ni...

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!